CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
 Author| Post time 19-3-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak sampai ke penamat dah nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 10:51 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 25-3-2015 10:54 PM

baru abih maraton cerita ni.. aku bygkan citer ni dlm versi kpop or jpop.. harus comels

lupa mau tanya. tak repot polis ke? atau saje hadif nak buat drama.. if dont get her, nobody will?
kasi tikam ira plak?? tapi hero dah terlentang kat spital nun..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 02:29 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 27-3-2015 02:45 AM

Bab 30



Pn.Anita duduk termenung berseorangan di ruang tamu. Irfan masih belum pulang dari kolej. Mak Cik Izyan pula telah memohon cuti kerana anaknya dikhabarkan telah diserang demam panas. Jadi Pn.Anita membenarkan Mak Cik Izyan pulang bagi menjenguk anaknya yang masih bersekolah itu.

Pn.Anita cuba menenangkan dirinya. Dia sangat terkejut dengan berita yang didengarinya. Anak saudaranya sendiri, Hadif telah bertindak tidak sepatutnya. Dia telah menikam orang ! Hampir luluh jantungnya ketika mendengar hal itu dari Adira di talian telefon. Semuanya berpunca dari anak lelakinya, Faiz Haikal. Nampaknya Hadif memang menyimpan dendam hingga bertindak melampau.

Setelah Hadif mengikut ayahnya berpindah ke luar negara, mereka sudah tak berhubung lagi. Malah adik Pn.Anita, Nurul Izah yang juga ibu kepada Hadif turut pergi membawa diri. Pn.Anita memang enggan rapat lagi dengan mereka. Demi kebaikan Faiz. Akhirnya Hadif kembali dengan dendam  yang masih belum hilang. Pihak polis juga meminta Pn.Anita sekeluarga untuk membantu dalam siasatan. Ini kerana masalah keluarga mereka yang menjadi puncanya. Pn.Anita pasrah. Dia tidak dapat mengelak. Terpaksa dihadapi dengan sabar.

Tak lama selepas itu, bunyi derapan langkah menuruni anak tangga membuatkan Pn.Anita mengangkat muka. Kelihatan Faiz sedang menuruni tangga. Anak lelaki yang sangat disayanginya. Faiz menyertai mama duduk di sofa. Mengambil tempat duduk di sisinya.

“Ma, okay ke ni ?” soal Faiz.

“Tak, sayang..”

“Mama nak Iz buatkan ma air ?” Faiz bertanya lagi. Dia tahu mama selalu resah memikirkan Hadif.

"Boleh jugak. Buatkan Milo panas."

Faiz bangun dan menuju ke dapur. Menyediakan secawan Milo panas untuk mama. Walaupun mama tidak memberitahu apa yang difikirkan olehnya Faiz sudah dapat membaca isi hati mama. Dia sendiri pun bagai tak percaya dengan tindakan Hadif. Jika dia tahu lelaki itu akan bertindak gila sebegitu, dia tidak akan meninggalkan Adira. Dia mungkin masih sempat untuk membantu apa yang patut. Sekurang-kurangnya dia akan cuba menghalang sesiapa dari cedera.
Sampai begitu sekali Hadif sanggup lakukan. Begitu mendalamkah dendamnya terhadap Faiz dan Aina ? Pasti sudah terlalu lama Hadif memendam rasa. Pada mulanya dia gagal memiliki Aina, kemudian gagal memiliki Adira pula. Ditambah lagi Faiz tak pernah melayan Hadif sebagai saudara walaupun tidak berjauhan. Pasti Hadif juga tidak menganggap dirinya sebagai saudara. Faiz mengeluh. Dia tahu dia tak boleh menyalahkan Aina saja. Dia juga yang berpacaran dengan Aina ketika itu. Banyak sebabnya jika ingin dirungkaikan. Sikap buruknya yang dulu telah mendorong Hadif untuk membencinya.

“Iz.. Faiz ?” teguran Pn.Anita membuatkan Faiz tersedar dari lamunan. Mama menggeleng. Sejak tadi dia lihat Faiz mengacau sudu dalam cawan Milo dengan lama kemudian terhenti begitu saja. Lama Faiz terhenti sehingga nampak keras seperti patung.

“Berangan apa ni?”

“Tak.. tak ada apa ma.. fikirkan Hadif.”

Faiz menghabiskan kerjanya menyediakan Milo panas. Dia kemudian menemani mama duduk minum di meja makan. Dia mahu katakan sesuatu.

“Ma..Iz mintak maaf. Sebab Iz, Hadif jadi macam tu. Sebab Iz, mama kena hadap semua ni. maafkan Iz, ma..” luah Faiz. Dia mahu mama tahu dia juga menyesal.

“Iz, semua tu dah berlaku pun. Mama tak boleh nak terus marahkan Iz lagi. Mungkin jugak salah mama tak didik kamu dengan betul. Mama kut yang salah. Mama sibuk sangat masa tu sampai tak ambik tau pasal kamu dengan Hadif. Mama cuma fikir kerja aje.” Pn.Anita juga menyatakan kekesalannya.

“Ma, jangan cakap macam tu. Iz faham ma buat semua tu untuk Iz dengan Irfan. Mama jangan salahkan diri mama aje. Mama pun tak nak semua tu jadi kan,” balas Faiz memujuk mama.

Pn.Anita mengimbau kembali keadaan di mana dia terpaksa bekerja keras untuk menguruskan butik yang baru dibuka ketika masih bersuami. Ketika anak keduanya,Irfan berusia 5 tahun, suaminya meninggal dunia akibat kemalangan di lebuhraya. Ketika itu, suami, En.Ahmad sedang dalam perjalanan pulang dari berjumpa rakan di kejauhan. Tinggallah Pn.Anita seorang yang perlu menguruskan butik dan membesarkan Irfan serta Faiz. Berkat usaha gigih dia berjaya mengembangkan perniagaannya dan membuka beberapa cawangan butik. Oleh itu, dia kini dapat hidup senang dan membiaya segala bil hospital untuk merawat Faiz. Malah membiaya yuran pengajian Irfan di kolej swasta. Kematian suaminya kerana kemalangan itu juga amat mempengaruhi Pn.Anita ketika Faiz juga ditimpa kemalangan. Sebab itu dia risau sangat selain dari mahu Faiz melupakan masa lampaunya yang jahil. Tak sanggup lagi kehilangan orang tersayang. Namun dalam kesibukan dan keghairahannya bekerja itu, dia terlepas pandang sesetengah hal anak-anaknya terutamanya Faiz yang tidak banyak berkongsi dengan hal dengannya. Tahu-tahu saja dia sudah meniduri anak dara orang. Nasi sudah menjadi bubur. Mujur Irfan pandai menjaga diri sendiri dan mudah mendengar katanya. Berbanding anak sulungnya, Faiz lebih degil.

“Mama risau. Agaknya di mana Hadif sekarang ?” Pn.Anita bersuara setelah puas mengimbau kenangan.

“Tak tahu, ma. Polis dah try cari dia merata. Rumah sewa, rumah ayah dengan mak dia pun dah dicari pun tak ada. Tak tahu ke mana dia lesap.”

“Apa-apa pun kita kena hati-hati. Takut kalau-kalau dia datang,” pesan Pn.Anita.

“Faiz tau, ma. Kita call polis kalau ada apa-apa. Jangan takut, ma. Faiz ada dengan mama,” Faiz berkata. Pn.Anita mengangguk faham.


Adira tidak tenang. Siapa yang mampu bertenang selepas menyaksikan rakan sendiri menikam orang. Junaidi pula tu yang ditikam ! Walaupun dia kini di rumah bersama emak dan ayah, dia tetap merasa takut. Takut dengan Hadif. Kehilangan jejak Hadif selepas insiden dia menikam Junaidi itu membuatkan Adira memikirkan yang bukan-bukan sehingga termimpi-mimpi lelaki itu kembali demi membalas dendam lagi. Mana boleh dia duduk diam jika dirinya dan Junaidi yang menjadi sasaran.

Apatah lagi memikirkan keadaan Junaidi yang masih belum dibenarkan keluar dari wad. Siapa tahu kalau-kalau Hadif menyusup masuk dan cuba mengapa-apakan Junaidi. Nah ! Dia sudah membayangkan yang bukan-bukan. Junaidi maish belum pulih sepenuhnya. Adira bimbang. Setakat ini, dia tidak mendapat panggilan daripada Hadif. Pihak polis yang kerap menghubunginya. Kadang-kadang abangnya dan Pn.Anita juga menghubunginya. Pn.Anita berkali-kali memohon maaf kerana rasa bersalah. Isu yang dihadapi Faiz, Hadif dan Aina telah mengheret Adira dan Junaidi ke dalam pergelutan mereka. Walhal, mereka tak sepatutnya menerima padah. Adira faham dan memaafkan saja. Baginya Pn.Anita tak perlu memohon maaf begitu. Hadif yang melampau dalam soal ini.

Hadif bukan lagi lelaki yang dia kenal sebagai lelaki yang prihatin dan bersifat tenang. Bukan lagi nice guy. Kenapa Hadif berubah sampai begitu sekali ? Kenapa perlu jadi begini, Hadif ? keluh Adira sendirian. Sudah begini, apalah makna persahabatan antara dia dan Hadif ?


“Awak okay ke ? Dua tiga hari tak datang kelas.”tanya Hakimi. Hakimi duduk di hadapan mereka. Jadi dia perlu berpusing ke belakang untuk mengadap Adira dan Sofia.

Tika itu, mereka sedang menunggu pensyarah tiba. Rakan-rakan sekelas membuat hal maisng-masing. Ada yang tidur. Ada yang melayan chat dan game di handphone. Ada yang bergosip. Puak-puak yang bergosip ini acapkali bergosip sambil menoleh ke arah Adira berkali-kali. Mungkin mereka curiga dan teruja dengan khabar yang didengari mereka. Insiden itu mula tersebar. Memang ada masuk paper pun. Kalau dulu,. Dia famous satu sekolah. Kini hampir satu Malaysia pula. Adira juga berhenti dari memeriksa Facebook. Tak sanggup lihat jika berita tentang hal peribadinya telah menjadi viral.

“Kimi !” tegur Sofia yang duduk di sebelah Adira. Sofia tidak mahu Hakimi menanyakan soalan-soalan yang membuatkan Adira tak selesa. Biarpun hal itu sudah diketahui umum, ia tetap hal peribadi Adira. Hanya yang rapat dengannya saja yang boleh ambil tahu. Orang lain tak boleh sesuka hati menyibuk.
“Aku bukan nak buat modal gosip. Aku betul-betul nak tau ni. Yelah,aku pun risau kat Dira ni. Aku kan kawan korang jugak,” ujar Hakimi cuba menyakinkan mereka.

“Saya okay.. cuma dua tiga hari ni sibuk dengan hospital..polis..,” jawab Adira.

“Saya fikir dia tu boyfriend awak tapi rupanya bukan,” ujar Hakimi.

“Tak. Dia tu.. kawan saya aje. Kawan baik saya.. tapi.. dia dah jadi orang lain..” Adira tunduk.

“Dia pernah bagitau dia suka awak kan ?” Hakimi meneka. Dia tahu soalan itu bersifat peribadi namun dia tetap ingin tahu.

“Pernah. Tapi, saya tak boleh terima. Lagipun..dalam hati saya dah ada someone..”

“Lelaki yang kena tikam tu ? Awak betul-betul suka kat dia ?”

“Erm.. saya suka dia,” jawab Adira tanpa berselindung. Untuk Hakimi, dia rela mengaku. Biar Hakimi tahu, dalam hatiny ada Junaidi.

Hakimi mengangguk faham. Bicara mereka sejak tadi perlahan. Tidak mahu orang lain curi-curi mendengar. Itu pun puak yang bergosip sudah menjeling-jeling. Sofia tahu Hakimi tentu frust mendapat tahu isi hati Adira. Dan dia tidak dapat menawan hati kawan baiknya itu.

“Dira, kalau ada apa-apa yang awak perlukan bagitau saya. Nak mintak tolong ke.. kecemasan ke.. apa-apa aje lah. Jangan teragak-agak nak contact saya, okay ?” Hakimi mempelawa diri untuk membantu.

Okay..okay..

“Baguslah. Lagi ramai jaga Dira, lagi baik,”komen Sofia.

“Terharu lah aku dengan korang ni..” ujar Adira. Baru sneyum terbit di bibirnya.

“Mestilah ! Kitorang sayang kau !” Sofia memeluk Adira.

“Oi, geli lah !”


Aina tiba di rumah sewanya yang berdekatan dengan kolej tempat belajarnya. Nampaknya malam itu, dua orang rakan serumahnya tiada. Kedua-dua kereta mereka tidak ada di halaman rumah. Fikir Aina, mungkin mereka pergi clubbing ataupun dating. Itu saja yang mereka gemar lakukan. Aina sendiri baru saja pulang dari date dengan coursemate yang telah membelanjanya makan dan membayarkan barangan yang dibeli ketika keluar tadi. Bukannya dia serius dengan kenalannya itu. Sengaja mahu enjoy dan mengikis duit lelaki yang minat dengannya itu. Kaya. Apa salahnya. Selepas memasukkan keretanya ke dalam halaman rumah, dia keluar dan menutup pintu pagar. Sambil mengunci mangga, dia memerhatikan sekitar. Mana tau kalau-kalau Hadif si gila tu datang serang aku ! Kalau aku kena tikam pulak tak pasal ! Tak apa.. aku sepak dia dengan heel aku ! Fikirnya serta tawa dalam hati. Saat itu matanya memandang ke arah kasut tumit tingginya yang berukuran 3 inci.

“Bodoh jantan-jantan tu ! Aku lagi cantik bergaya ! Entah apa yang diorang nampak kat Adira tu !” dia membebel seorang diri.  “Menyusahkan orang! Hadif gila tu pun! Buang masa aku aje kena tolong polis!” bebelnya lagi apabila teringatkan dia terpaksa meluangkan masa untuk membantu polis membuat siasatan. Kalau Hadif tak buat hal, pasti dia takkan dikaitkan sekali dengan kes itu.

Aina masuk ke dalam rumah. Dia memetik suis lampu ruang tamu kemudian meletakkan tas tangan di atas meja kecil di ruang tamu. Aina mengeluarkan handphone. Skrin disentuh beberapa kali.

Tiada balasan dari Faiz. Dari Whatsapp. Wechat. Facebook Messenger mahupun mesej. Dia pasti Faiz kembali menghidupkan handphone dan mengaktifkan semula akaun-akaun media social agar alert dengan kes yang menimpa Hadif, Adira dan Junaidi.

Aina mendengus marah. Selepas amnesia, kenapa begitu mudah Faiz melupakan cinta mereka ? Bagaimana Faiz boleh hilang rasa cinta itu dengan mudah ? Biarpun Faiz sudah tahu onar apa yang mereka telah lakukan, lelaki itu tetap menjauhkan diri. Tak guna ! Mana boleh macam ni ! Bentak hatinya. Faiz sepatutnya menerimanya semula sebagai kekasih. Faiz sepatutnya bertanggungjawab. Mungkin kerana dia tidak mengandung, jadi Faiz semudah itu meninggalkannya ? Tak adil bagi Aina yang telah menyerahkan cinta dan mahkota gadis kepada lelaki itu. Faiz cinta pertamanya dan perlu membalas apa yang telah diberi. Tak mudah baginya untuk mengaku kalah untuk meraih kembali cinta Faiz.

Sekurang-kurangnya bukan macam Adira. Perempuan yang tidak ada istimewanya di mata Aina. Sejak dulu dia tak senang dengan Adira. Adira cuba merampas Faiz. Tetapi gagal kemudian menyerah kalah begitu saja. Lemah ! Tak mampu berbuat apa-apa ! Tapi tak mengapalah. Mudah untuk Aina merebut Faiz. Tiada sesiapa yang perlu ditandinginya. Melainkan mama Faiz yang sangat mengongkong. Pn.Anita yang banyak menghalang Aina dari mendekati Faiz. Ah, dia pasti dapat tawan Faiz semula. Tunggu dan lihat saja. Aina senyum sendiri. Berasa diri telah menang berentap dalam gelaran ratu cantik. Aina mendail nombor Faiz. Ingin menghubungi Faiz. Harus berusaha.mana boleh mengalah macam tu saja. Dia bukan perempuan lembap macam Adira.

Faiz merenung ke skrin habdphone. Nama Aina yang tertera di situ membuatnya rimas. Malas mahu menjawab panggilan perempuan itu. Apa lagi yang Aina mahu ? Faiz akhirnya mematikan handphone setelah 5 kali Aina membuat panggilan.

Faiz kembali membelek-belek gambar-gambar lama yang mama sorokkan. Irfan sudah menemuinya dan menyerahkan kepada Faiz. Ternyata gambar-gambar itu banyak memaparkan gambar dirinya dengan Aina dan kawan-kawannya ketika di zaman sekolah. Terdapat sedikit gambarnya dengan Hadif. Itupun ketika masing-masing berusia kurang dari 5 tahun. Mungkin ketika itu mereka sedang baik. Nostalgia ini pasti manis jika dia masih baik dengan Hadif hingga kini.

Sementara itu, Aina menjadi berang. Dia membaling telefon bimbit ke atas sofa. Tergamak Faiz tidak mempedulikannya. Siap matikan handphone. Dengan marah, Aina melangkah menuju ke dapur.

Sebaik saja dia dia tiba di pintu dapur, sepasang tangan keluar dari arah dapur yang gelap. Aina terpana. Dia sudah mengeluarkan suara untuk menjerit. Tangan itu pantas menariknya. Aina meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun orang yang menariknya itu bertindak dengan kasar dan memegang kuat. Dia merebahkan Aina. Keadaan yang samar-samar menyukarkan Aina untuk melihat wajah orang itu. Dia tahu itu lelaki. Lelaki itu cuba mencekiknya pula. Aina terpaksa bergelut dengan nafas yang mula kurang.

Bila sudah rapat begitu barulah Aina dapat melihat wajah lelaki itu kerana disimbah cahaya dari arah ruang tamu. Tidak syak lagi memang Hadif.

“Hadif ! Apa..apa.. kau.. buat ni !” suara Aina tenggelam timbul. Sedang mukanya sudah kemerahan dicekik. “Lepas ! Le..lepas !”

“Aku rasa lebih baik kau mati !” ujar Hadif berang.

“Arkhh..arkhh..arkkhhh..” suara Aina mula hilang. Tangannya yang tadi menolak dan melawan kian lemah.

“Kau hidup pun tak guna, sundal,” ujar Hadif yang dapat didengari Aina.

Tangan Aina jatuh ke lantai. Tubuh Aina sudah tidak bergerak lagi. Tidak kedengaran lagi suara yang tersekat-sekat mahupun rayuan supaya melepaskannya. Setelah puas hati, Hadif melepaskan leher Aina. Dia berdiri. Hadif beredar. Dia harus pergi. Sebelum dijejaki sesiapa. Dia tahu polis sedang memburunya. Dia telah meninggalkan rumah sewa dan rumah ayahnya tanpa notis. Ayahnya juga terlalu sibuk hingga sudah lama tidak ada di rumah. Segala media dan alat yang boleh menghubungkannya dengan orang lain juga telah ditinggalkan. Itu saja yang dapat menyelamatkannya buat masa ini.


Adira  sedang berjalan dengan Sofia dan Hakimi. Hakimi masih gemar menemani mereka ke sana ke mari. Rasa janggal makin lama makin hilang. Asalkan Hakimi tidak mengungkit lagi soal perasaanya sudah memadai bagi Adira. Baguslah jika Hakimi dapat menerimanya. Tak macam Hadif.

Telefon bimbitnya menyanyi. Adira melihat nama yang naik di skrin. Inspektor Azlan. Adira tertanya-tanya. Kenapa pula ni ? Sudah dapat tangkap Hadif kah ? Dia menjawab panggilan Inspektor Azlan itu. Sofia dan Hakimi pula tercegat di sebelahnya. Menunggu Adira bercakap di telefon. Setelah tamat perbualan telefon, Adira memandang mereka dengan pandanganyang lain macam.

“Kenapa ?” soal Sofia.

“Aina.. Aina mati.. kena bunuh,” jawab Adira lambat-lambat. Dia sendiri masih dalam keadaan terkejut.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 02:33 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-3-2015 10:51 PM
baru abih maraton cerita ni.. aku bygkan citer ni dlm versi kpop or jpop.. harus comels

lu ...

hehee.. mesti report. hihi. risiko kalau tak report sangat tinggi

kesian kat hadif. dari charming jadi gilo plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 02:36 AM | Show all posts
fuhh.. ada lagi bab last utk epilog sebagai penutup. wait yea
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 08:08 AM | Show all posts
hadif yang psiko..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2015 12:03 PM | Show all posts
Leafumi replied at 27-3-2015 02:36 AM
fuhh.. ada lagi bab last utk epilog sebagai penutup. wait yea

adira bakal jadi mangsa hadif jugakkah?
harus junaidi bertukar jadi makhluk jadian nanti kalo adira pulok jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai mcm tu sekali hadif boleh bertindak...  Kesian adira & junaidi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 03:17 PM | Show all posts

Cian plak kat aina....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 03:28 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 3-4-2015 03:49 AM

Epilog


Adira bangun lalu  mengambil beg dan menggalasnya. Kemudian dia mengangkat beberapa buah buku di atas meja kemudian memeluknya rapat ke dada. Dia juga menyertai beberapa orang rakan sekelas yang berpusu-pusu keluar dari kelas. Sofia telah terlebih dahulu mendahuluinya.

“Jom pergi minum !” pelawa Hakimi yang mengekori mereka. Hakimi ceria seperti biasa. Ketika itu mereka sudahpun berjalan di koridor.

“Jom,” balas Sofia setuju. Adira menurut saja.

Mereka ke kafe yang selalu dikunjungi. Berdekatan dengan tasik. Apabila Adira merenung kearah sisi tasik, dia terkenang saat duduk lepak bersama Hadif. Ya, Hadif yang dulu kawan baiknya. Kini, Hadif adalah insan yang ditakuti. Adakalanya sebak memikirkan Hadif.

“Ira.. Dira ?” tindakan Sofia yang memanggil namanya sambil melambai-lambai di hadapan muka menyebabkan Adira tercengang.

“Kau ni..berangan apa ? Nanti cair ais kiub Teh O Ais kau tu. Tawar pulak,” Sofia menunjuk ke arah gelas berisi Teh O Ais dihadapan Adira. Hakimi memerhati saja sambil menghirup minumannya.

“Sofia, teman aku petang ni,” Adira membuat permintaan.

“Teman pergi mana ?”

Adira mengajak Sofia menemaninya ke suatu tempat. Sofia bersetuju. Dia memandu kereta membawa Adira ke tempat yang ingin ditujui. Setibanya di tempat itu, mereka sama-sama mencari. Akhirnya mereka tiba di satu kubur. Di batu nisan itu terukir nama Nuraina Zafira.

"Aina, aku harap kau tenang di sana. Aku dah maafkan dosa-dosa kau pada aku,” bisik Adira.di antara dengar dan tidak. Sofia hanya merenung perbuatan sahabatnya itu.

Beberapa bacaan surah disedekahkan kepada arwah Aina. Sofia turut berbuat demikian. Kemudian mereka mula beredar. Adira tidak mahu menyimpan dendam kepada arwah Aina. Meskipun Aina pernah menyakitinya, dia mahu Aina pergi tanpa hutang dengannya. Biarlah. Orangnya sudah pergi. Tiada guna lagi untuk didendami. Hidup berdendam ini tidak membahagiakan. Sebab itu orang berdendam selalu tidak tenang. Selalu tidak senang melihat kebahagiaan orang lain. Adira tidak mahu jadi begitu. Sekurang-kurangnya untuk orang yang sudah pergi. Dia pasti hatinya akan lebih tenang dengan memaafkan Aina.

“Assalamualaikum,”seseorang memberi salam ketika dia dan Sofia sedang hampir ke kereta. Mereka berpaling. Faiz, Irfan serta Pn.Anita. Mereka juga baru tiba. Sedang keluar dari kereta milik Pn.Anita.

“Waalaikumusalam,”jawab Adira dan Sofia serentak. Mereka menghampiri Pn.Anita dan bersalam-salaman.

“Kebetulan pulak,” ujar Pn.Anita.

Auntie apa khabar ?” soal Adira.

Auntie baik aje. Kamu sihat ke ?”

Sihat, auntie.”

“Melawat kubur arwah ?” soal Pn.Anita. Adira dan Sofia mengangguk.

Auntie macam tak percaya aje Aina dah tak ada,” ujar Pn.Anita. Faiz dan Irfan berdiri di sebelahnya.

“Siapa sangka dia nak pergi dulu. Kita maafkan salah silap dia ya, auntie,” ujar Adira. Pn.Anita mengangguk faham. Sayu.

Auntie pergi dulu,” Pn.Anita meminta diri. Adira mengangguk. Irfan sempat memberikan senyum sebelum menuruti Pn.Anita. Tinggal Faiz yang masih bersama mereka.

“Saya tak tau nak cakap apa. Apa yang mampu saya buat bertaubat dan doakan arwah,” ujar Faiz.

“Maafkan aje salah dia,” balas Adira. Suasana terasa sayu. Faiz mengangguk faham.

“Ada berita pasal Hadif ?” soal Adira pula. Sofia dari tadi hanya memerhati. Tak mahu menyampuk.

“Tak ada.”Faiz menggeleng dengan wajah berkerut. Ternyata Hadif masih belum dijejaki. Adira tunduk dengan hampa.

“Kita tunggu berita dari pihak polis,” ujar Faiz lagi.

“Kalau macam tu saya mintak diri,” ujar Adira ingin beredar.

“Kejap..” Faiz menahan.

Hope awak bahagia dengan dia lepas ni. Maafkan saya dengan segala apa yang saya dah susahkan awak sebelum ni. Saya belajar dari kesilapan. Saya takkan kacau awak lagi. Doakan saya berjaya, ya,”ujar Faiz. Adira mengangguk.

Thanks, Faiz. Thanks sebab faham. Ya. Saya pun harap awak boleh teruskan hidup awak dengan baik lepas ni. Antara kita mungkin tak ada jodohnya. Awak kena faham tu,” balas Adira. Faiz hanya mengangguk.

“Assalamualaikum.Take care.” ujar Adira.

“Waalaikumusalam. Take care jugak ya, Dira..”jawab Faiz. Dia menghantar Adira dan Sofia ke kereta dengan ekor mata. Setelah mereka masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi, barulah dia masuk ke dalam kawasan perkuburan.


Sebulan kemudian, Junaidi sudah pun keluar dari wad hospital. Dia sudah boleh kembali bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Cuma ada beberapa kali dia perlu bertemu doktor untuk pemeriksaan. Semua orang bersyukur  dengan Junaidi yang semakin pulih. Adira juga lega mendapat tahu khabar itu.

“Dira, jom teman saya pergi makan,” pelawa Junaidi di suatu petang. Dia bercakap di talian.

“Awak boleh bawak kereta ke ?”

“Eh, mestilah boleh. Saya kan dah baik.”

Okay lah. Nanti datang ambik saya lagi sejam.”

Yeah ! Ada awak baru lah selera nak makan.”

“Awak saja nak kasi saya gemuk ? Asal nak makan aje, ajak saya. Asal ajak saya aje, pergi makan.”

Hanya ketawa yang diberikan Junaidi di hujung talian.

Selesai menjamu selera di restoran, mereka melepak pula di taman yang biasa dikunjungi. Adira memerhatikan sekeliling untuk memastikan tiada anjing liar yang sesat disitu. Tak ingin lagi dikejar anjing. Apalah nasib hidupnya dari kecil hingga besar dikejar anjing saja. Adira menggeleng sendiri. Dia terpandang pula di satu sudut. Ya, di situ lah dia tersadung dan mendarat ke rumput. Terasa malu pula apabila terkenangkan saat itu. Namun disebabkan ketakutan yang amat sangat dan menahan sakit, hilang malunya ketika itu. Sudah tentulah peristiwa itu mengingatkannya kepada Hadif yang turut ada bersama ketika itu.

“Jun, dulu kat sini lah saya jatuh kena kejar anjing tu,” Adira memberitahu Junaidi perihal itu. Dia menuding ke arah tebing di tepi laluan pejalan kaki itu. Junaidi turut menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk.

“Masa dengan Hadif tu ke ?” soal Junaidi. Adira mengiyakan.

“Awak ni macam kena sumpahan pulak. Dari kecik kena kejar anjing aje,” komen Junaidi.

Dia kemudian tergelak. Membuatkan Adira tidak senang. Eh,sedapnya dia gelakkan aku ! Ujar hatinya.

“Ingat lawak ?” bentak Adira.

“Tak apa lah.Saya sanggup terima awak seadanya. Kan saya dah cakap sebelum ni. Walaupun terkena sumpahan, saya sanggup menjaga tuan puteri,” ujar Junaidi mengusik.

“Tengok tu.Tak habis nak kenakan saya,” Adira merungut.

“Tak adalah.Saya cakap sungguh ni. Saya sanggup jaga awak.”

Tatkala itu Junaidi tidak menunjukkan canda dalam katanya. Adira memandangnya dengan sedikit pelik.

“Takkan awak tak nampak ? Dari dulu saya dah biasa jaga awak kan ?”

Adira masih blur. Apa maksud lelaki ini ? Mungkinkah..

“Lambat lagi ke awak nak habis belajar ?” soal Junaidi pula.

“Kenapa ?” Adira bertanya.

“Sebab saya nak plan bila nak masuk meminang ni. Boleh lah saya kumpul duit siap-siap.”

Adira terkedu. Biar betul mamat ni ?Fikirnya. Terasa haba panas menyerbu di muka. Namun dia menggagahkan diri mengangkat muka memandang Junaidi. Cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu. Junaidi tenang saja. Kemudian senyuman terbit di bibirnya. Adira tahu itu bukan senyum kambing atau senyum sumbing. Senyuman bermakna.

“Dah puas tengok ke belum ?” tegur Junaidi.

Adira malu. Dia melarikan mata.

“Tulah, kalau dah handsome sangat. Nak confess pun, orang tak boleh dengar betul-betul. Asyik nak tenung muka kita,” keluar pula loyar buruk dari Junaidi.

Adira terus menjelingnya. “Confession ke ni ? Teruk betul confession awak ni,”Adira mengejek pula. Ini bagi mengawal rasa gugupnya.

“Ye ke ? Habis macamana yang awak nak ? Nak saya melutut melamar awak ke ?” Junaidi tersengih-sengih. Adira sebenarnya sudah rasa tidak tentu arah. Malu dan gugup cuba dikawal. Sedangkan Junaidi boleh selamba pula.

“Cuba lah buat kalau berani,” Adira menguji. Junaidi mengangguk setuju. Bab-bab merapu macam ni adakalanya seronok juga untuk dibuat. Dia pun mula melutut.

“Pejam mata.Cakap dengan feel,” Adira memberi arahan.

“Saya, Muhammad Junaidi Dasuki ingin mengakui bahawa saya suka..” Junaidi membuka mata apabila dia terdengar bunyi tapak kaki yang kian menjauh. Rupa-rupanya Adira sudah menjauh. Terdengar ketawa Adira meletus.

“Kenakan orang !” laung Junaidi. Dia mengekori langkah Adira.

Adira masih melangkah dengan tawa yang bersisa. Yang sebenarnya dia nervous setelah Junaidi sanggup bertindak sebegitu. Biarlah dia mengenakan Junaidi untuk menutup resah gelisahnya. Junaidi di belakang masih mengekorinya. Dia faham dengan apa yang Junaidi ingin sampaikan.

“Dira, jangan pergi jauh-jauh sangat. Nanti kalau apa-apa jadi kat awak, silap-silap saya membujang sampai ke tua,” laung Junaidi dapat didengarinya. Adira ketawa mendengarnya. Sudah lama tak rasa bahagia sebegini.

Langkahnya terhenti apabila tersedar akan sesuatu. Dia pantas melemparkan pandangan ke arah celahan pokok-pokok berdekatan. Tiada anjing. Tetapi dia terasa seperti ada orang mengintai di situ tadi. Kini tiada. Mungkin hanya perasaannya saja.Dia tahu fobianya belum habis. Hadif juga masih menghilangkan diri.

Junaidi sudah dekat dengannya.

“Jom balik,”ajak Adira.

“Jom,” balas Junaidi. Mereka bergerak beriringan. Adira sempat menoleh sekali lagi ke arah tadi. Tidak ada sesiapa. Dalam hati dia berdoa agar dia dan Junaidi selamat. Berdoa agar Hadif tidak kembali.

"Jun, betul ke awak nak jaga saya ?" soal Adira. Kali ini dia tidak main-main macam tadi.

"Betul," jawab Junaidi.

"Saya pun nak jaga awak," balas Adira. Bersungguh. Namun disebabkan malu dia menunduk. Junaidi senyum.

Adira sendiri belum pasti andai Junaidi adalah orang yang betul baginya. Namun pengalaman lalu banyak mengajarnya. Mungkin betul bak kata orang, Tuhan sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang sebetulnya. Jika selama ini Junaidi lah orangnya untuk Adira, dia terima. Biarpun Junaidi tidak sesempurna Faiz Haikal. Biarlah Faiz Haikal menjadi kenangan dalam hidupnya.


-TAMAT-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 03:36 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 11-6-2015 09:04 PM

tamat sudah.. terima kasih kepada forummer & silent reader yang membaca sampai habis. sorry sangat2 kalau terdapat banyak lubang kecacatan dalam garapan cerita ni. lega sebab boleh habiskan jugak. walaupun tak sempurna lambat macam siput. semoga enjoy baca untuk yang baru nak mula baca.

tq kepada momod2 yang kasik tacang.
tq kepada kenalan2 forummer yang menegur & bagi tips.

*cepat2 menyorok sebelum kena kritik teruk


Jalan cerita asal dan penulisan adalah hakmilik Leafumi. sebarang ciplak dari kisah ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. kisah ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati. jika mempunyai urusan berkaitan penulisan ini sila rujuk kepada penulis. TQ

Visit website here: http://liyanamohdnoor.wix.com/leanastorytelling
Like facebook page: https://www.facebook.com/penulisanleakuma

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah TT...  Job well done...  Tp nak tau jgk apa kesudahan hadif tu? Takkan lesap mcm tu je
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 01:00 PM | Show all posts
akhirnya kini pasti Junaidi is d man
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 04:04 PM | Show all posts

LA....ABS DAH.

ABIS HADIF CANE???
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 05:03 PM | Show all posts
kene tikam sekali, dok sepital berbulan2.. bior betik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 05:27 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-4-2015 05:03 PM
kene tikam sekali, dok sepital berbulan2.. bior betik?

bunyik cam lama sangat eh ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 05:40 PM | Show all posts
Leafumi replied at 1-4-2015 05:27 PM
bunyik cam lama sangat eh ?

aku tak tau..sbb tu tanya
ada gak cite2 yg aku baca..
kene tikam dok sepital sebulan..
sebulan yang tak termasuk koma atau masa tak sedar diri tu laa..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 05:46 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-4-2015 05:40 PM
aku tak tau..sbb tu tanya
ada gak cite2 yg aku baca..
kene tikam dok sepital sebulan.. ...

sy pn taktau sebenarnya. tp ada gak bt research sikit. tak jumpa jawapan spesifik. so try letak beberapa bulan.

kalau tak logik nak betulkan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 05:49 PM | Show all posts
Leafumi replied at 1-4-2015 05:46 PM
sy pn taktau sebenarnya. tp ada gak bt research sikit. tak jumpa jawapan spesifik. so try letak be ...

i mean citer dr cerpen dan novel la.. bukan berdasarkan pengalaman orang..

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 05:58 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-4-2015 06:09 PM
cmf_conan replied at 1-4-2015 05:49 PM
i mean citer dr cerpen dan novel la.. bukan berdasarkan pengalaman orang..

citer aku pun..AD tu pun kena tikam gak..sebulan gak duk spital

oppss...terreply..aku ingat nak SR je kt BOD ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.125259 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list