CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5694|Reply: 1

THE STUDENT untuk Pendidikan Bahasa Inggeris

  [Copy link]
Post time 29-5-2014 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Akhbar "The Student"

Apakah "The Student?"

Sebuah akhbar mingguan tempatan yang terbaru yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Siapakah "The Student"

Akhbar ini diterbitkan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Subang Jaya. Syarkikat ini dikenali sebagai TS Publication. Ia ditubuhkan di bawah bimbingan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Tan Sri Ghafar Mahmud.

Apakah kandungan di dalam "The Student?"

Secara amnya, akhbar ini membuat liputan berita mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pelajar sekolah menengah. Ini boleh dilihat dari segi ruangan-ruangan yang disediakan untuk tatapan para pembaca. Ia dimuatkan dengan berita mengenai hal-hal pendidikan di negara Malaysia. Selain itu, akhbar ini menyiarkan tentang subjek-subjek pelajaran sekolah menengah seperti Sejarah, Sains, Bahasa Inggeris,

Di manakah "The Student" boleh dibeli?

Buat masa ini, sejumlah edisi pengenalan akhbar-akhbar "The Student" telah diedarkan ke seluruh Pejabat Pendidikan Daerah untuk langganan secara pukal oleh guru-guru bagi pihak pelajar. Walau bagaimanapun, "The Student" menyediakan khidmat langganan secara individu dengan kadar tertentu.

Apakah keistimewaan akhabar ini?

Akhbar ini adalah sebagai satu usaha untuk memantapkan Bahasa Inggeris selain dapat menambah pengetahuan am yang sangat berguna untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan tinggi. Ini adalah kerana, walaupun akhbar ini menerbitkan tentang subjek-subjek yang diajar di sekolah menengah, artikel-artikel yang ditulis menyentuh subjek-subjek yang berkaitan dari dimensi yang berlainan yang lebih bersifat umum. Hal ini sekaligus dapat mengelak para pelajar membaca atau mengulangkaji perkara yang sama yang telah diajar di sekolah. Selain itu, ia juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih praktikal dengan menggunakan segala pengetahuan yang diperoleh dari pembacaan akhbar ini dalam perperiksaan.



Gambar: Sebahagian daripada aktiviti "The Student"

Untuk sebarang pertanyaan dan langganan boleh menghubungi TS Publication di talian: 03-56333121
Anda juga boleh melawat halaman Facebook di https://www.facebook.com/thestudentmy




Last edited by Ghostwriter369 on 29-5-2014 12:07 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 11:35 AM | Show all posts
bagus! ada new info untuk remaja-remaja sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054643 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list