CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jamilah

cinta si kalut

[Copy link]
Post time 30-6-2014 08:20 AM | Show all posts
jamilah posted on 30-6-2014 07:57 AM
maaf ya.. lamanya tertinggal.. TT tak sihat.. ulang alik spital siap kena buat MRI.. dah taip separu ...

mashaAllah! sekarang dh sihat betul... jgn paksa diri kalau tak sihat... jgn risau kami sedia menanti... yg penting sihatkan diri sendiri dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 11:21 AM | Show all posts
jamilah posted on 30-6-2014 07:57 AM
maaf ya.. lamanya tertinggal.. TT tak sihat.. ulang alik spital siap kena buat MRI.. dah taip separu ...

semoga semuanya baik2 belaka...cepat sembuh ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:05 PM | Show all posts
Masih menanti sambungannya.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 03:59 PM | Show all posts
Episode 7

Alhamdulillah, setelah 6 hari berhempas pulas berperang di dewan peperiksaan, Aisha dan Syikin akhirnya menjejakkan kaki mereka ke rumah nenda Syikin di kampong morten, Melaka.. cantik sungguh kawasan perkampungan di situ. Rumah rumah dihias indah kerana perkampungan tersebut sudah menjadi tempat bersejarah yang sering dikunjungi pelancong pelancong tak kira dari dalam dan luar Negara. Terdapat “The Living Museum” berdekatan dengan rumah nenek Syikin. Aisha benar benar teruja dengan keindahan kawasan tersebut.

Setiap hari mereka di penuhi dengan pelbagai aktiviti berjalan jalan. Lagak seperti pelancong asing, Aisha siap berkaca mata hitam, beg sandang, peta dan kameranya ke sana sini.
“poyo betul ko ni cha. Tak payah la berpeta bagai. Aku lahir kat sini, besar kat sini kot.. biar aku jer jadi waze ko” Syikin menarik peta yang masih dibelek belek aisha.
“alaaa.. bagi la aku feeling feeling tourist.. potong stim lah kau ni” Aisha merampas kembali peta yang dibeli di sebuah stesen minyak semalam.
Berderai ketawa kedua dua sahabat itu, tertoleh sebentar abang beca yang berhempas pulas mengayuh beca membawa kedua anak dara itu mengelilingi Bandar Melaka.

Panggg………………………………….

Beca yang di naiki mereka bergoyang dengan kuat. Serentak itu Aisha terhantuk ke kepala Syikin. Beca tersebut berlanggar dengan sebuah lagi beca di hadapan. Itulah, bahana ketawa berdekah dekah anak dara tadi menyebabkan pengayuh beca tersebut tidak sempat membrek lalu melanggar beca dihadapan.
“allah.. allah… cik berdua tak apa apa ke?” kelihatan wajah risau abang beca.
“kami ok jer.. sakit sikit terhantuk kepala. Kepala dia ni batu juga ada duduk.” Giat syikin sempat mengenakan sahabatnya.
“banyak la kepala aku yg keras. Kepala kau tu yang macam dinding penjara pudu.. sakit tahu..” Aisha mencemek muka.

Kedengaran suara suara sedang berbincang di hadapan mereka. Lantas mereka menyertai persidangan kemalangan yang sedang berlansung.
“Aisha.. apa kau buat kat sini? Kau ke kat beca belakang tu? Ada cedera kat mana mana tak? Ok ke ni?” macam peluru soalan di lontarkan kepada Aisha.
“errr… err…. Ok je. Takde apa apa. Hurmm awak ke kat beca depan?” soalan yang sama di tanya kembali..
“ye. Terkejut aku tiba tiba kena langgar. Patut lah pun. Bawak orang kalut macam kau ni rupanya. Mesti kau kacau pakcik beca tu kan” tuduh pemunya suara. Berubah muka abang beca bila dipanggil pakcik.. “ada pulak pakcik. Aku muda lagi lah” bisik hati pembeca.
“apa pulak. Kun fa ya kun lah. Maka terjadilah” lantas Aisha menjawab. Bengang dituduh penyebab kemalangan kecil itu.
“kau tunggu kat sini. Aku nak satelkan hal ni” arah lelaki tersebut.
Syikin segera menyiku lengan aisha. “siapa tu?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 04:01 PM | Show all posts
“tu la abang Aqil yang garang, sombong tu. Eiii kenapalah kita jumpa dia kat sini. Jom la blah. Aku rimas lah. Nanti jatuh cinta. Eh eh..” pantas aisha menutup mulutnya menyedari ketelanjurannya berkata kata.
“hah???? Kau ni suka aqil ke abang dia?? Tapikan abang dia lagi hensem lah. Macho plak tu.” Syikin sudah mula tersenyum senyum. “Kau bagi aku je la abang dia ni. Kau kan dah ada Aqil” sambung syikin.
“banyak cantik kau. Ingat derang tu handphone ke boleh main pas pas. jom lah” Aisha menarik baju Syikin.
“mana boleh. Kita belum bayar abang beca tu lagi.”

“jom..” terasa lengan aisha ditarik.
"ko ni syikin, kata taknak blah. Ni main tarik2 tangan aku plak. Jab lah aku nak betulkan tali kasut ni. Ngada ngada betul. Nanti hantu tu datang, terjatuh plak aku.” Aisha mengangkat muka.

“hantu ya? Kau kata aku hantu? Kalau aku jadi hantu, aku cekik kau dulu. Pastu kawin ngan kau kat alam hantu. Nak??” Aisha memandang sekeliling dan matanya tertancap pada Syikin yang tertutup tutup mulut menahan ketawa, sambil Syikin menjongkit bahu.
“erk… saya nak pegi bayar abang beca” aisha segera melepaskan pegangan lengannya dari Ebrahim.
“saya dah satelkan. Jom.” Ebrahim berpusing memandang ke arah Syikin. “kamu skali, jom”

“eh.. takpe abang.. saya nak pegi sana dulu. Abang hantarkan aisha balik ya. Nanti saya wassap Aisha alamat rumah saya. Kat kampong morten. Bye cha. Aku chow dulu. Ko jangan nakal nakal. Balik before maghrib. Nanti nenek sebat bontot” syikin kenyit mata kearah Aisha dan terus berlalu.
“syikin.. jangan la tinggal aku” kata kata itu terlekat disaluran kerongkongnya sahaja. Tak mampu dikeluarkan.
Aisha memandang kearah Ebrahim yang dari tadi merenungnya. “allah.. suami orang ni.. takutnya aku.. tapi kenapa aku macam seronok ni” bisik hati aisha.

*********************************************
Last edited by jamilah on 30-6-2014 04:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 04:27 PM | Show all posts
thank u TT... walaupun sakit masih bertenaga utk menaip sambunga cite ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2014 09:14 PM | Show all posts
jamilah posted on 30-6-2014 04:01 PM
“tu la abang Aqil yang garang, sombong tu. Eiii kenapalah kita jumpa dia kat sini. Jom la blah. Aku ...

hahaha...boleh pulak bertembung beca derang ya?

*tak mahal ke naik beca?

pernah ipo tanya kat abang beca tu...mak ai...50 hinggit kau! satu round jek!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 10:02 AM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 09:14 PM
hahaha...boleh pulak bertembung beca derang ya?

*tak mahal ke naik beca?

aisha nak gak feeling2 jadi tourist.. hehehe.. dapat diskaun sebab syikin local aci tak? gpun syikin blanje ni.. keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2014 10:04 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 04:27 PM
thank u TT... walaupun sakit masih bertenaga utk menaip sambunga cite ni...

berkat sokongan rakan2..
dah siap episod 8. tunggu 2 3 hari lagi aci tak hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 10:07 AM | Show all posts
jamilah posted on 1-7-2014 10:04 AM
berkat sokongan rakan2..
dah siap episod 8. tunggu 2 3 hari lagi aci tak hehehe

... 2-3 hari br ada entry...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 10:28 AM | Show all posts
haha.. ada sindrom kenyit mata pulak famili tu...

best pulak nama nasi goreng kampung.

si aisha berkenan jugak ke kat ebrahim tu... asyik dag dig dug je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 12:00 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 1-7-2014 10:07 AM
... 2-3 hari br ada entry...

hehehe untuk zamzam... saksikanlahhhhhhhhh... eh bacakanlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 12:00 PM | Show all posts
bianglala posted on 1-7-2014 10:28 AM
haha.. ada sindrom kenyit mata pulak famili tu...

best pulak nama nasi goreng kampung.

like lil bro like big bro like mama bro.. aci tak? hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 12:01 PM | Show all posts
Bab 8

“kita nak pegi mana ni?”
“entah. Aku lapar. Jom teman aku makan. Kau suka makan apa?” Tajam pandangan mata Ebrahim menikam mata Aisha serentak membuat hati aisha terasa seperti ada aliran elektrik.
“hoi!! Aku tanya kau ni. Yang pandang aku macam nak ajak kawin tu kenapa?”
“demmm.. dia ni mmg kejam betul statement” Aisha membebel didalam hati.
“saya suka makan yong tau foo, nasi goreng cili padi pedas berdentum yang awak abiskan dulu tu, sedih saya tau tak. Saya dah la lapar masa tu. Awak boleh habiskan tak ingat kat orang lain. Kesian saya kena makan nasi goreng” dagu aisha didongakkan, tanpa sempat aisha menghabiskan kata katanya.
“aku tanya, ko suka makan apa?” Lembut suara Ebrahim. Berlainan dengan kebiasaan, pening dengan bebelan aisha agaknya.
“errr… aaa saya suka makan.. aaa makanan cina..” Aisha tergagap gagap. Mata terpaku memandang wajah Ebrahim yang terlalu dekat dengan nya. “allah, banyaknya dosa aku hari ni” dup dap dup dap…
“kan senang.. jom” tangan aisha di paut. Sekali lagi aisha terkelu seribu bahasa dan hanya mengikut. Aisha memarahi dirinya kerana tidak dapat menolak godaan Ebrahim. Eh mana ada ebrahim goda aisha. Aisha yang sebenarnya tergoda. Hehehe

Mereka berbual sementara menanti pesanan tiba. Sebenarnya boleh dikatakan Aisha hanya menjawab sepatah sepatah apa yang ditanya. Banyak pula mulut Ebrahim hari ni. Hilang wajah bengisnya diganti wajah macho tampan hensem bergaya, jambang ala ala mark wahlberg. Ahh hensem sungguh. Ini adalah punca aisha lebih banyak mendiamkan diri. Jantungnya seakan mahu tercabut.
“makan lah. Jangan malu malu dengan aku. Ke kau ni dah jatuh cinta dengan kekacakan aku?” telah Ebrahim sambil menyuap makanan tanpa memandang aisha yang hanya menguis nasi di pinggannya. Aroma Nasi goreng cina memang membuatkan perut aisha berbunyi, tapi sifat malunya mengatasi kelaparan perutnya.
“hampeh betul. Memang la aku suka makanan cina. Ingatkan dia nak bawak pegi restoran makanan cina, rupanya dia orderkan nasi goreng cina je. Sengal macam adik dia” keluh aisha, namun keluhannya terhenti bila teringatkan Aqil. “kenapa aku rasa bersalah dengan Aqil ni. Ah aku bukan kapel dengan dia pun. Lagi pun ni paksaan. Aku tak salah pun kan?” soal aisha kepada diri sendiri.
“eh aku tak salah” latah aisha apabila tak semena mena Ebrahim mencubit tangannya.
“apa yang kau tak  salah? Dari tadi pegang jer sudu tu, nak suap aku tapi kau malu ke? Ha meh suap.” Ebrahim merapatkan muka dan membuka mulutnya.. “erk..”
Last edited by jamilah on 2-7-2014 12:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 12:02 PM | Show all posts
“Cepat lah. Orang tengok tu kita romantic romantik. Kau saja nak tarik perhatian orang kan” mulut masih dibuka menanti aisha menyuapkan nasi yang berada di sudu aisha sedari tadi.
Mahu tak mahu, aisha terpaksa menyuap Ebrahim dengan tangan yang terketar ketar. “ya allah, malunya aku” pertama kali dalam hidupnya bertindak begitu. Setakat suap damia tu pernah lah”
“hurmm sedap.. kenapa kau main main je makan dari tadi. Kau nak aku suap ya. Meh aku suapkan. Bukak mulut.” Ebrahim terus menyuakan sudu di mulut aisha. Aisha sudah merasa nak menyorok dibawah meja. Malu nya bukan kepalang.

Ketawa besar ebrahim melihat wajah aisha yang kelat tapi sangat manis.
“ish awak ni. Jangan lah. Nanti orang tengok tak elok lah. Awak dah la suami orang” perlahan suara aisha.
“sapa kata saya suami orang?” Ebrahim mula serius semula.
“aaa  abis tu damia?” Aisha mula pelik.
“dah, cepat makan. Aku hantar kau balik” hilang wajah segar Ebrahim berganti kembali wajah ego seperti selalu.
“alamak, aku salah cakap ke ni” aisha mula cuak. Dia terus menyuap makanan tanpa mengangkat muka.

“kau nak cium nasi tu ke? Baik kau cium aku” tegur Ebrahim bila melihat Aisha semakin rapat ke pinggan nasi nya. Hati Ebrahim semakin suka pada si kalut dihadapanya ini.
“saya dah kenyang. Jom” aisha tak sanggup berlama lama lagi.

Ebrahim memanggil pelayan. “dik, dia bayar” ebrahim memuncungkan bibir kearah aisha. Terpinga pinga aisha. Kelam kabut melihat bil dan mengeluarkan dompetnya. “alamak. Abis lah bajet aku. Dah la dia makan banyak gila. Erk.. 48.90. mahalnya.” Aisha mengorek gorek wang sorokannya. Peel nya suka lipat duit dan selit di celah kad kad yang ada. “hah ada pun 50” Aisha segera menghulur duitnya kepada pelayan. “eh, mana budak tu?” Aisha tercari cari pelayan tadi. Di pandangnya Ebrahim yang senyum semakin lebar. Nasib lah bukan isteri, kalau tak rasanya dah digomol aisha ni tak mengira kat mana.
“ko lambat sangat. Terhegeh hegeh. Macam tak ikhlas nak belanja. Aku da bayarkan. Kau hutang aku ok. Esok kena belanja aku balik.” Ebrahim mencari akal. Aisha hanya melongo memandang Ebrahim. Sekali lagi, tiada kata mampu aisha lontarkan. Dia menunduk. “kenapalah aku selalu kalah dengan dia ni. Aku jatuh cinta ke”

“kau nak kerja kat sini ke? Ke tak puas lagi dating dengan aku? Takpe, esok kita dating lagi ok. Aku bawak kau pergi ronda ronda kat PD.” Ebrahim terus berlalu tanpa mendengar jawapan dari aisha. Terkedek kedek aisha membontoti Ebrahim. Aisha keliru dengan dirinya sendiri. Adakah dia jatuh cinta? Perasaan apakah ini? Tapi dia suami orang. Aqil pulak macam mana? Arghhhhhhhhhhhh….

*******************************
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 12:12 PM | Show all posts
jamilah posted on 2-7-2014 12:02 PM
“Cepat lah. Orang tengok tu kita romantic romantik. Kau saja nak tarik perhatian orang kan” mulut  ...

hamboih! Kemain si aishah tu kan...dah tergoda sakan dah tu...

awat la jamilah citer pasal makan2 ni...bulan posa2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2014 12:13 PM | Show all posts
Ipo posted on 2-7-2014 12:12 PM
hamboih! Kemain si aishah tu kan...dah tergoda sakan dah tu...

awat la jamilah citer pasal ...

keh keh.. bertahan ipo...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 05:02 PM | Show all posts
jamilah posted on 2-7-2014 12:00 PM
hehehe untuk zamzam... saksikanlahhhhhhhhh... eh bacakanlah

br menyaksikan plotnya TT ... makin kalutlah si aisha ni... kesian dia selalu kena buli...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 11:10 AM | Show all posts
best...klu free letak n3 lagi tau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 03:14 PM | Show all posts
Awat lah hang kalut sgt milah oii? Cukup2 lah aisha sorg ja yg kalut cheq!

Cer tulis bg elok sikit.  Perenggan kasi cantik. Huruf besaq kcik biaq betui pd temparnya... Tenang  otak cheq nak mbaca...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.491996 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list