CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2318|Reply: 3

[Tempatan] Lori bawa asid terbabas

[Copy link]
Post time 29-5-2014 04:26 PM | Show all posts |Read mode
KEPALA BATAS - Seorang lelaki maut apabila lori dengan muatan asid hidroklorik yang dipandunya merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 126.9 Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini.
   
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata kejadian pada pukul 7.30 pagi itu melibatkan lori dari kawasan perindustrian Seberang Jaya di sini yang dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah.
   
Beliau berkata, satu daripada tayar lori itu dipercayai tercabut kira-kira 300 meter dari plaza tol Bertam menuju Sungai Petani menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas.
   
"Lori itu membawa 11 tong asid dan ketika anggota kami sampai dua daripada tong itu telah bocor dan isinya tumpah di atas jalan raya," katanya ketika dihubungi.
   
Beliau berkata, pemandu lori enam tan yang hanya dikenali sebagai Lam Thin, 61, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan mati di tempat kejadian manakala kelindan lori itu ialah rakyat Bangladesh, dikenali sebagai Sukumar Ghosh.
   
"Bomba terpaksa memotong bahagian hadapan lori untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan lelaki Bangladesh yang cedera ringan dihantar ke hospital berdekatan," katanya.
   
Beliau berkata, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) memindahkan baki asid ke dalam bekas lain dan kawasan kemalangan dibersihkan sepenuhnya pada pukul 9 pagi ini. - BERNAMA

http://www.sinarharian.com.my/se ... d-terbabas-1.285064

anyone ade update regarding this?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 04:37 PM | Show all posts
oh ingatkan mati kena asid...rupanya mati tersepit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:45 PM | Show all posts
bahayanya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 04:52 PM | Show all posts
Vellfire posted on 29-5-2014 04:45 PM
bahayanya....

bahaya jugak tuh....aku skrg tgh tunggu news nak tau dr company mane acid tuh ..aishhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.081825 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list