CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satriastendet

DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan

  [Copy link]
Post time 31-5-2014 07:40 PM | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2014 07:28 PM
teman yg orang perak ni pun suke benor raja nazrin jadi sultan, pasei orang perak dah kenel benor  ...


..  teman pun idak ler membangkang .... cume teman rasa tak patut benor le main potong2 Q ni .. kalau orang potong Q tengah beratur nak beli mcD pun kita marah benor apatah lagi kalau potong Q nak jadi raja / sultan  .... si jaapar tu diam .. itu menunjukkan dia beradab .. idak hadapkan nak jadi sultan macam kerabat arwah azlan ni ...

apapun ..lantaklah deme .. bukan deme tu ada makna pun ...  kalau si jaafar jadi sultan hidup kita macam ni ..  u si nazrin jadi sultan .. macam ini juge hidup kite .. idaklah gaji kita bertambah atau kita pakat2 dapat tanah barang sebidang punnnnn ....

jadi patung cendana semata mata ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesultanan Perak yang merupakan satu-satunya waris Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pewarisan takhta yang unik. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu beraja yang lain yang mengikut sistem turun menurun dari raja pemerintah kepada puteranya, sistem yang diamalkan di Perak ialah menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta:

1. Raja Kecil Bongsu
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan


Rampasan kuasa Perak
Walau bagaimanapun Dewan Negara Perak mempunyai kuasa dalam pemilihan dan perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Siapakah Ahli Dewan Negara Perak? Ahli-ahlinya terdiri daripada Sultan dan Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan, Mufti dan 12 orang yang dipilih sebagai ahli bukan rasmi. Ahli-ahli Dewan Negara inilah yang mempunyai kuasa dalam perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Yang menariknya, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Sultan Perak, dan kemudiannya mereka pula yang akan memilih dan melantik Sultan berikutnya serta menentukan siapa layak menjadi Raja-raja Bergelar. Salah seorang ahli Dewan Negara Perak ialah Datuk Seri Annuar Zaini yang dikatakan terlibat dalam konspirasi rampasan kuasa di Perak. Sila rujuk salinan artikel akhbar Harakah bertajuk "Sultan Perak Sempurnakan Konspirasi Annuar Zaini?" disini.

Persoalan diajukan disini adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda Perak?

Soalannya pendek tetapi untuk menerangkan situasi sebenarnya agak rumit. Jadual dibawah adalah ringkasan lantikan raja-raja bergelar mengikut tahun. Cuba fahamkan.

Sejak pemerintahan Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang waris atau 2 waris Sultan dilantik sebagai Raja Bergelar. Ringkasnya adalah seperti dibawah:



Waris Sultan Perak ke-29 - Sultan Abdul Jalil (1916-1918)
Memandangkan Sultan Abdul Jalil hanya menjadi Sultan Perak selama 2 tahun, jadi mungkin walaupun mempunyai 4 putera, hanya seorang waris saja dilantik iaitu putera sulung baginda, Sultan Yusuf Izzuddin (bapa Sultan Azlan) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-32.
1. Sultan Yusuf Izzuddin ibni Sultan Abdul Jalil (menjadi Sultan hingga 1963)

Sultan Perak ke-30 - Sultan Alang Iskandar (1918-1938)
1. Sultan Idris II ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Sultan ke-33)
2. Raja Ahmad Saifuddin ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Raja Muda hingga 1997)

Waris Sultan Perak ke-31 - Sultan Abdul Aziz (1938-1948)

Isteri ke-2 Raja Jaafar, Hasleza Ishak yang mati dibunuh.
Sultan Abdul Aziz hanya mempunyai seorang putera iaitu Raja Musa. Jadi, semasa perlantikan Raja-raja Bergelar pada tahun 1984 iaitu selepas kemangkatan Sultan Idris II, Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak memasukkan seorang lagi waris dari Sultan Abdul Aziz iaitu cucu baginda, Raja Jaafar yang sehingga kini menjadi Raja Di Hilir Perak.
1. Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (menjadi Raja Muda hingga 1983)
2. Raja Jaafar ibni Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (Raja Di Hilir sekarang)



Cucu Sultan Yussuf, pelakon Aman Graseka anak Raja Baharom
Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)
Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera - Raja Ekram, Raja Zairan, Raja Baharom dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan putera bongsu dipilih? Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan anak bongsunya ini.
1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin (menjadi Raja Di Hilir hingga 1978)
2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin


Raja Shuib atau Raja Shuibah?
Waris Sultan Perak ke-33 - Sultan Idris II (1963-1984)
Dengan mempunyai 8 orang isteri, Sultan Idris II mempunyai 13 orang anak dimana 8 adalah putera termasuk seorang yang tidak dapat dipastikan jantinanya iaitu Raja Shuib (kini lebih dikenali sebagai Raja Shuibah atau nama panggilan Ku Ess). Raja Izzuddin mula dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu pada tahun 1963 iaitu semasa Sultan Idris II menaiki takhta. Beliau mempunyai masalah moral yang menyebabkan tidak dipilih untuk menaiki tangga demi tangga sebagai pewaris takhta dan akhirnya dilucutkan jawatan. Raja Iskandar Dzulkarnain pula dimasukkan dalam senarai Raja Bergelar pada tahun 1984 oleh Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak.
1. Raja Izzuddin ibni Sultan Idris (dilucutkan jawatan)
2. Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Idris (Raja Kechil Besar hingga kini)

Waris Sultan Perak ke-34 - Sultan Azlan (1984-kini)
1. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan
2. Raja Ashman ibni Sultan Azlan
3. Raja Ahmad Nazim ibni Raja Ashman ibni Sultan Azlan (yang ini akan diulas kemudian)

Diajukan sekali lagi soalan, adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan berlaku twist dalam pewaris takhta Kesultanan Perak?

Sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Tak ada twist, tak ada tipu muslihat. Jika dilihat semula jadual di atas, apabila Sultan Idris II mangkat pada tahun 1984 dan Sultan Azlan menduduki takhta, penyusunan semula Raja Bergelar telah dibuat.

1. Raja Nazrin, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain (iaitu seorang lagi anak Sultan Idris II) dimasukkan sebagai pewaris takhta pada tahun 1984. Rujuk kepada jadual di atas, Raja Izzuddin sepatutnya naik satu lagi tangga, tetapi apa yang berlaku ialah beliau kekal sebagai Raja Kechil Sulung. Disini Raja Nazrin yang baru masuk list Raja Bergelar berada lebih atas.


Raja Izzuddin Shah
Ini adalah disebabkan Raja Izzuddin bukanlah menjadi pilihan Sultan dan Ahli Dewan Negara Perak memandangkan salah-laku yang pernah dibuat sebelum ini. Mengikut sejarahnya, walaupun Raja Izzuddin dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu oleh ayahnya, Sultan Idris II pada tahun 1963 iaitu semasa berusia 9 tahun, tetapi kemudiannya Sultan Idris II pernah menarik semula gelaran tersebut dan akhirnya diberikan semula. Satu contoh salah-laku boleh rujuk kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270 dimana dikatakan Raja Izzuddin menyerang seseorang ketika di dalam keadaan mabuk. Kes itu pernah disebut semasa penghakiman terhadap kes mata lebam Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Rahim Noor.

"Mengambil kira suasana negara pada ketika itu seseorang yang dalam kedudukan tertuduh seharusnya bertindak waras dan bukan sebaliknya. Dalam kedua-dua kes (kes Raja Izzuddin Shah dan kes Tengku Mahmood Iskandar) perbuatan tertuduh hanya membawa padah kepada seorang individu manakala dalam kes ini membawa padah kepada seluruh negara" - Hakim Akhtar Tahir


Cina pun boleh jadi Ahli Kerabat janji ada duit!
Itu kisah pada tahun 1979, berlaku beberapa kes lagi seperti diisytihar muflis pada tahun 1990, kes menjual pingat Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) walaupun akhirnya mahkamah bebaskan. Begitu juga dikaitkan dengan penjualan watikah Ahli Kerabat Diraja Perak dan logo kereta palsu walaupun didakwa terdapat sindeket memalsukan tandatangan beliau. Terkini dikaitkan pula dengan skim cepat kaya Novalife dan sebuah koperasi yang mana pengerusinya adalah bekas Setiausaha Peribadi beliau iaitu Koperasi Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB).


Raja Ahmad Hisham
2. Raja Ahmad Hisham (cucu kepada Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles) menjadi Raja Di Hilir sejak 1978. Apabila Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1983, beliau memberi laluan kepada Sultan Azlan yang berada di tangga bawahnya memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau kekal sebagai Raja Di Hilir (sila rujuk jadual di atas untuk gambaran lebih jelas).

Sekali lagi apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Ahmad Saifuddin yang berada di tangga bawahnya untuk naik menjadi Raja Muda. Sekali lagi beliau kekal sebagai Raja Di Hilir.

Pada tahun 1988, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin mangkat, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Nazrin untuk naik menjadi Raja Muda memandangkan usia beliau telah mencapai 80 tahun.

Jika bukan kerana faktor kesihatan dan usia, sudah lama Raja Ahmad Hisham menjadi Sultan Perak. Tidak berlaku sebarang perebutan kuasa atau sistem yang telah di-twist dan sebagainya. Semuanya atas kerelaan Raja Ahmad Hisham untuk memberi laluan kepada Raja-raja Bergelar yang lain untuk menaiki tangga-tangga berikutnya.

Kesimpulannya, Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul dan mendapat persetujuan Dewan Negara Perak. Faktanya jelas (1) disebabkan moral Raja Izzuddin Shah dan (2) laluan yang diberikan oleh Raja Di Hilir Raja Ahmad Hisham.

SOALAN TELAH DIJAWAB. TAMMAT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2014 07:28 PM
teman yg orang perak ni pun suke benor raja nazrin jadi sultan, pasei orang perak dah kenel benor  ...

Aku pun suka dgn nazrin.

yg aku x fhm knp org luar jaki sgt dgn nazrin.......agaknya sbb soltan diorg useless dan jaki tgk perak punya sultan yg berkarisma
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 10:40 PM | Show all posts
saya dari dulu saya suka sangat tengok raja nazrin dan ayahandanya
dan berharap sgt kalau boleh biar la raja nazrin yang jadi sultan perak...
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2014 07:28 PM
teman yg orang perak ni pun suke benor raja nazrin jadi sultan, pasei orang perak dah kenel benor  ...

good to know.tq
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Husna posted on 31-5-2014 09:40 PM
Kesultanan Perak yang merupakan satu-satunya waris Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pewaris ...

great.tq! hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2014 11:07 PM | Show all posts
satriastendet posted on 31-5-2014 10:13 PM
Aku pun suka dgn nazrin.

yg aku x fhm knp org luar jaki sgt dgn nazrin.......agaknya sbb soltan ...

teman sbg org perak bukan apa, walaupun raja jafaar berhak, tapi ngenangkan penampilan nya buatkan teman rasa skeptikal kalau dia jadi sultan, raja jaafar ni tak tau la isteri dia ke-2/ke-3 atau ke-4, adalah anak sedara kpd cikgu sekolah i, so pernah jumpa raja jaafar ni time rumah terbuka cikgu sekolah i tu, dia naik kereta mini cooper kaler biru, plat AFY 6 kalau tak silap, dari penampilan dia masa dia dtg rumah terbuka tu, alahai, takde karisma sbg seorang sultan, sorry to say la, nazrin is derserve for sultan position...

another one, ada yg kurang faham mengenai sistem pewarisan yg dtg dari 3 cabang keluarga kesultanan perak, i ni pun still belajar dan cuba faham pasal sistem pewarisan ni sal senang teman sbg org perak nak menerangkan kpd org2 yg kurang faham especially org luar perak pasal sistem ni...

ni kedudukan 6 raja bergelar ni pasti berubah, 3 sudah diisi, tapi lagi 3 masih kosong...


Last edited by oni313 on 31-5-2014 11:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:05 AM | Show all posts
baru ku tahu ku ess tu.....

patutla ada gambar dia ngan missfake,badan dia besar giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 10:39 AM | Show all posts
oh my.... very gojes family!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 11:12 AM | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2014 07:28 PM
teman yg orang perak ni pun suke benor raja nazrin jadi sultan, pasei orang perak dah kenel benor  ...

kan... konon tak hambik pot, tunggul bagai... haku selaku rakyat marhaen nih... lebih berbesar hati menerima seorang sultan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan boleh berfikir untuk rakyat jelata daripada.... pandai2 ler sambung
Last edited by ntohapehapentoh on 1-6-2014 11:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Erm kenal sultan baru bila kerap dtg sekolah..pastu satu batch dgn 2 pupu dia..lelain zero..tp raja muda..kerap jumpa masa kenduri kendara..cam manusia biasa jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 11:33 AM | Show all posts
ni haku paste kuess punya post pasal pelantikan sultan perak baru2 nih....

KuEss Idris
22 hours ago
Ya Allah , pasal apa korang kelam sangat pasal isu takhta negeri perak ni ? Siapa layak bagailah yang korang nak beria ria sangat buka aib orang ni pasal apa ??? Tak payahla gelut sangat sampai jadi biadap macam tak di ajar....

Jangan suka sangat jadi penyibuk pembuka aib orang ni......tak ada untungnya....cuba berfikiran positif selalu dan bersangka baik terhadap Allah kan bagus ??? Kalau dah di luh mahfuz tertulis rezeki Raja Nazrin menjadi Raja Pemerintah , jadilah..... dah kehendak Allah begitu ....tak payahla nak pening2 kepala sepatutnya giliran keturunan itu ini jadi raja...Allah tak pernah leka ...Kalau benar jalannya , indahla hasilnya dan sebaliknya kalau tak jujur. ...

Asalkan yang terpilih itu akan menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai raja pemerintah dengan baik untuk rakyatnya ..itu pun dah cukup baik dan syukur alhamdulillah ...tiada faedahnya bertelagah bagai hanya merebutkan takhta ....semoga kita semua banyakkan muhasabah diri kearah positive ...peace — feeling rimas bila di inbox selalu.

KuEss Idris Masalahnya yang bertelagahnya bukan kami kerabat diraja....orang yang tak berkenaan yang kelam kabut bagai
Like · Reply · 31 · 22 hours ago


KuEss Idris In shaa allah ...bagi saya ..saya bukan jenis akan berhimpit walau abang saya sendiri jadi Sultan sekalipun ...saya tetap diri saya ...saya lebih selesa hidup sederhana ....saya tak lapar harta cuma mana bahagian atau hak saya...berikan...mana bukan , saya tak nak...
Like · Reply · 27 · 21 hours ago

Tom Tom Bak Aqidah mu indah...
Like · 2 · 20 hours ago


KuEss Idris Otad Syuk : saya selesa dengan aktiviti seni bela diri saya bersama rakyat untuk mempertabatkan kembali seni silat warisan bangsa ...just jangan kacau urusan saya tu jer sebab saya tak pernah usik org lain
Like · Reply · 8 · 21 hours ago

Shaeiddah Akmar Itu yg paling kelakar...kerabat perak cool rileks jerr...rakyat mentaliti paria yg sesibuk hahha
Like · Reply · 4 · 21 hours ago

زيل كمال مختار Saya harap KuEss dan kerabat yg lain tidak disisihkan, malah terus dihormati dan disanjung oleh Raja yang baru serta mendapat perlindungan dan dijaga makan minum serta perbelanjaan lain yang sewajarnya serta dihormati selayaknya, oleh rakyat dan kerajaan. Ameen.
Like · Reply · 6 · 21 hours ago

Dytm Nfs Setuju.. setiap qada dan qadar Allah tidak harus dipertikaikan... terima dengan hati yang terbuka... Baginda telah diberi Amanat yang amat besar untuk dipikul dan rakyat menjadi hakim didunia. Berpegang pada kata hikmat pahlawan melayu ... ""Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah" Daulat Tuanku..
Like · Reply · 2 · 21 hours ago · Edited

Aqie Elies'sya Nasir i'm so proud dgn sikap u... tenang dan ikhlas... banyak bagi perangsang untuk bersikap lebih baik.. one of my idol... sayang kenal hanya seketika...
Like · Reply · 2 · 21 hours ago

Zulfadli Bin Zainal Abidin setuju dengan KuEss Idris... semuanya dah tercatat di Luh Mahfuz...
Like · Reply · 4 · 22 hours ago

Amir Azwan Shaharudin Seingat saya..Ym raja Iskandar pernah jadi orang besar jajahan hulu perak. Suka masuk kampung..ambik berat...tak dek protokol
Like · Reply · 1 · 20 hours ago

Amir Azwan Shaharudin Setuju dgn engku....jawatan itu rezki dari Allah
Like · Reply · 1 · 20 hours ago

DrKamal Shah Bior le deme tu ... usah di hirau... bagi teman anak Kuala Kangsar, Kota Lama Kiri, Raja Adil Raja Disembah.... DAULAT TUANKU...
Like · Reply · 1 · 20 hours ago

Aminuddin Abdul Rahman Yang nmpk excited sgt..Rakyat biasa ni kuess..ntah mana silapnya..enthlaaaa...
Like · Reply · 1 · 20 hours ago

Nur Afifi M Taib Well said Ku.
Like · Reply · 1 · 20 hours ago

Zariman Zulkapli Moga perak terus sejahtera dan aman damai aminnnn
Like · Reply · 1 · 21 hours ago

Tok Mude Sesiape sahaja yg diperakui, dilantik oleh dewan negara negeri perak menjadi sultan maka paduka itulah yg menjadi duli yang dipertuan junjungan patik.
Like · Reply · 1 · 21 hours ago

Otad Syuk Yg penting KuEss Idris layan Muaythai.....release sedkit tension tu
Like · Reply · 1 · 21 hours ago

Mohd Hizami Mcm tukang sibuk pulak yang punya takhta
Like · Reply · 1 · 21 hours ago · Edited

Encik Cool Semua 2 Politik n kepenting peribadi semata2 lh 2 akk KuEss Idris...
Like · Reply · 1 · 21 hours ago

Adzas Sipon
بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Terbaik. Berfikiran positif.
سبحناالله. مها سوچي الله. الله لبه معتهواي.
Like · Reply · 2 hours ago

Atoq Jb Setuju....must positive thinking...semua yg terjadi di ats muka bumi adalah kehendak Allah...always berprasangka baik...
Like · Reply · 16 hours ago

Fiza Isam Bachiri salute!!!
Like · Reply · 21 hours ago

Babahzaafarzafeer HubbyZura Rakyat...semuanya tak kena di mata....
Like · Reply · 22 hours ago Last edited by ntohapehapentoh on 1-6-2014 11:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 12:09 PM | Show all posts
ntohapehapentoh posted on 1-6-2014 11:33 AM
ni haku paste kuess punya post pasal pelantikan sultan perak baru2 nih....

KuEss Idris

ku ess pun dikira waris jugak, anak bongsu sultan idris II, tapi sayang, ku ess merasa kejap je kasih sayang seorang ayah, bila sultan idris mangkat mengejut umur ku ess belum setahun rasanya...

abg tiri ku ess, raja iskandar zulkarnain (kekanda raja zarith sofiah), mungkin naik jadi raja dihilir lepas ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 12:40 PM | Show all posts
satriastendet posted on 29-5-2014 06:47 PM
teluk intan. kt sana ada istana raja dihilir.....dkt dgn sekolah menengah horley methodist

deme kate istana tu berhantu.. hehe.. teman dulu skolah convent tu


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ku ess adik tiri rzs ke? whoaa baru tau.
npk cenggitu tp gagah jgk eh.
untg rkyt perak dpt sultan yg bijaksana
mmg sesuai sangat dh jd raja.
xperlu kot nk gaduh psl takhta nih. Hihi.
Peaceee
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:54 PM | Show all posts

He's A Nice Guy

Dari dulu bukan dia yang nak sgale betine nuu..  Tapi para betine yang nak kat dia..  Dia tau la sape yang dia nak.  Hal pompuan ni takde masalah ok.

Aku berdoa supaya baginda akan mengecap kebahgiaan rumahtangga dengan permaisuri baginda sampai bila2.

Semoga Perak terus maju dan makmur..  So far, aku happy ape dok Perak.

Saje nak crite, terkejot aku mase pintu bilik atas rumah aku berdentum terhempas sendiri mase baginda lafaz titah naik takhta.  Macam ade angin kencang tetibe masok rumah aku.  Apekah petandenye?  Keh3..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 04:06 PM | Show all posts
I love him. He is very charismatic, as a man, as a son, as a father, husband and Ruler and as servant of Allah.  Fits all purpose. Last edited by darlingangel on 2-6-2014 06:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 05:14 PM | Show all posts
sedih tgk dia menangis .. wajah sedihnya terserlah masa tgk kat tv.

tuanku adalah anak yg baik dan terbaik .. semoga tuanku dirahmati Allah dan disayangi rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ntohapehapentoh posted on 1-6-2014 11:33 AM
ni haku paste kuess punya post pasal pelantikan sultan perak baru2 nih....

KuEss Idris

Aku mcm perasan yg x puas hati ni sbnrnya dtg dari puak2 parti politik yg x puas hati dgn almarhum sultan azlan dulu.....so, habis la dikorek2 supaya dendam terbalas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
syasyafina posted on 1-6-2014 12:40 PM
deme kate istana tu berhantu.. hehe.. teman dulu skolah convent tu

Ntah le. Aku dulu horley rendah je....x masuk horley menengah sbb aku gi sekolah asrama kt ipoh.

haha budak2 convent cun n sexy pakai skirt.....tu tahun2 akhir 80an laa....nk ngorat budak convent blh?

Yg jujur budak horley
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.186129 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list