View: 6171|Reply: 43
|
[Tempatan]
INI JAWAPAN JAKIM
[Copy link]
|
|
Cadbury : Hasil Ujian Jabatan Kimia Diketahui Rabu Depan
UtamaMay 30, 2014 0 176
KUALA LUMPUR – Keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap sampel coklat Cadbury, yang didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) khinzir dalam ujian makmal Kementerian Kesihatan, akan diketahui pada Rabu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.
“Kami (Jakim) perlu siasat secara keseluruhan dan teliti, bukan sahaja sampel coklat, tetapi juga seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat itu merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain di kilang itu.
“Ujian awal KKM (Kementerian Kesihatan) adalah berdasarkan persampelan di pasaran sahaja… kami (Jakim) perlu mengikut prosedur ketat iaitu sampel mesti diambil di kilang iaitu bermula daripada ia diproses untuk memastikan adakah DNA porcine (khinzir) itu datang dari kilang atau berlaku pencemaran di luar,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau berkata makmal Jabatan Kimia diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.
Beliau berkata makmal KKM pula diakreditasi untuk membuat ujian terhadap produk berasaskan daging serta ikan dan bukan makanan yang telah diproses.
“Ujian penemuan yang dibuat KKM itu juga tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia menetapkan bahawa ujian Jabatan Kimia sahaja yang diterima, malah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hanya keputusan Jabatan Kimia sahaja yang diiktiraf,” katanya.
Othman turut menafikan dakwaan orang ramai bahawa Jakim mendiamkan diri dan lambat bertindak dalam isu coklat Cadbury, sedangkan pengesanan hasil analisis KKM mengesahkan terdapat elemen khinzir terdapat dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Beliau menjelaskan Jakim tidak dimaklumkan oleh KKM mengenai ujian dan penemuan DNA khinzir yang dibuat pada 27 Feb itu, malah hanya menyedari isu itu setelah ia menjadi viral di dalam laman sosial pada 23 Mei lepas.
“Antara Jakim dan KKM telah ada persetujuan dan penyelarasan iaitu apa sahaja hal yang berkaitan halal, ia perlu dirujuk kepada Jakim tetapi tidak tahu mengapa penemuan ini tidak dilaporkan kepada kami sehingga ia (hasil ujian) bocor di di Internet pada 23 Mei,” katanya.
Othman berkata Jakim terus bertindak mengadakan mesyuarat tergempar setelah KKM mengesahkan dua produk terbabit mengandungi DNA khinzir, dan menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury berkenaan pada 24 Mei.
Pemeriksaan berkala kali terakhir oleh Jakim pada 20 Feb lepas mendapati syarikat Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd, yang menerima status halal sejak 2004, mematuhi kesemua syarat sijil halal termasuk untuk bahan mentah yang digunakannya, katanya. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Ye lah tu... org dah kecoh baru hangpa nak sibuk!!
Kalo org tak kecoh hangpa buat APA?!! Goyang telor!! |
|
|
|
|
|
|
|
cadbury yg dulu disayang sayang
kini sudah menjadi janda |
|
|
|
|
|
|
|
bengap giler korang
jakim cuma kata yang lepas (sebelum tahu ada DNA babi) itu halal
kalau makan sekarang, tak halal sebab dah tau ada DNA babi
bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 30-5-2014 11:01 PM 
babi felda
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku takkan. Surohlah org jakim menterdarah coklat tu.ciol betul |
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 30-5-2014 11:09 PM 
bengap giler korang
jakim cuma kata yang lepas (sebelum tahu ada DNA babi) itu halal
memang ramai makhluk tolol dlm ci ni...
dari dulu wa dah tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cadbury Sini Pakai Palm Oil
Ape nak heran FELDA punye? 
|
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 30-5-2014 11:09 PM 
bengap giler korang
jakim cuma kata yang lepas (sebelum tahu ada DNA babi) itu halal
syukur............ Lebai DNA Babi sudah komen 
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 30-5-2014 11:01 PM
Boustead Holdings?
Aku nak pengsan sat |
|
|
|
|
|
|
|
cadbabiry  |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 yg keluarkan fatwa tu berani makan x cadbury tu? |
|
|
|
|
|
|
|
lavaboleh posted on 30-5-2014 11:11 PM 
memang ramai makhluk tolol dlm ci ni...
dari dulu wa dah tau...
tolol takleh diajar
bengap semulajadi
|
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 30-5-2014 11:09 PM 
bengap giler korang
jakim cuma kata yang lepas (sebelum tahu ada DNA babi) itu halal
aku pun pelik napa ada org bengap sangat tak faham penjelasan majlis fatwa tu.. aku rasa bahasa yg digunakan simple je, bukan bahasa terlalu ilmiah, atau mereka ni terlalu bodoh sampai tak faham langsung penjelasan jakim/majlis fatwa.
bukannya makan dna babi tu halal, tapi kalau dah termakan tu tak berdosa, kalau dah tahu tapi makan jugak, tu baru la haram.
itu belum kira yg nak tukar darah la menda la.. jahil muraqab sungguh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 30-5-2014 11:18 PM 
syukur............ Lebai DNA Babi sudah komen
@Acong bengap semulajadi, bodoh natural, kerencatan alami, bongok semenjak lahir
tak boleh buat apa2 dah
|
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 30-5-2014 11:30 PM 
@Acong bengap semulajadi, bodoh natural, kerencatan alami, bongok semenjak lahir
tak boleh buat ...
lobai khinzir 
|
|
|
|
|
|
|
|
rawahah posted on 30-5-2014 11:29 PM 
aku pun pelik napa ada org bengap sangat tak faham penjelasan majlis fatwa tu.. aku rasa bahasa yg ...
sebab kebebalan mereka memang dah tidak dapat dibendung
mereka berbakat untuk menjadi lembab semenjak kecil lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 30-5-2014 11:28 PM 
tolol takleh diajar
bengap semulajadi
bahlol2 ni takyah ajar...kalu banyak org2 pandai..
nanti club org2 pandai cam kita jadi tak exclusive lagi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|