CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28237|Reply: 1

Pahang Musnahkan Johor DT

[Copy link]
Post time 31-5-2014 10:29 AM | Show all posts |Read mode


PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) rebah di  kaki Tok Gajah apabila tewas 0-1 pada aksi separuh akhir kedua kempen  Piala FA 2014 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Kemenangan tersebut membolehkan Pahang melangkah bergaya ke final  dengan kelebihan agregat 2-1 selepas terikat seri 1-1 pada separuh akhir  pertama di Stadium Tan Sri Hasan Yunos Larkin, Johor Bahru pada 5 Mei  lalu.


Peluang beraksi di gelanggang sendiri malam tadi dimanfaatkan  sepenuhnya oleh anak-anak buah Zainal Abidin Hassan itu yang tampil  dengan aksi mantap di hadapan lebih 32,000 penyokong fanatik mereka.


Gol tunggal perlawanan dijaringkan Mohd. Faizol Hussain pada minit ke-81, sekali gus mengesahkan Pahang ke final.
Pahang bakal bertemu pemenang antara Kelantan dengan Felda United  yang akan turun membuat perhitungan di Stadium Shah Alam malam ini.
Final dijadualkan berlangsung pada 7 Jun nanti sementara tempatnya akan ditentukan kemudian.
Kali terakhir pasukan Pahang menjulang Piala FA ialah pada tahun 2006.


Pada perlawanan malam tadi, kedua-dua pasukan menampilkan corak  permainan pantas dan memiliki peluang sama rata untuk menghasilkan  jaringan.
Namun, penyudah yang kurang kemas menafikan mereka untuk memecah kebuntuan.


Tok Gajah mendapat peluang terbaik untuk membuka jaringan menerusi R. Gopinathan pada minit keenam, namun percubaannya tersasar.
Skuad Harimau Selatan turut memperoleh peluang untuk melakukan  jaringan menerusi penyerang import, Luciano Gabriel Figueroa namun  tandukannya hasil sepakan sudut daripada Safiq Rahim pada minit ke-14  mudah dibaca penjaga gol Pahang, Mohd. Khairul Azhan Khalid.


Kedudukan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, jurulatih Johor DT, Bojan Hodak melakukan  perubahan taktikal dengan memasukkan Safee Sali bagi menggantikan Amirul  Hadi Zainal, namun perubahan tersebut tidak membawa kelebihan kepada  pasukan pelawat.


Gol yang dinanti-natikan akhirnya hadir pada minit ke-81 dan Mohd.  Faizol mudah menyempurnakannya menerusi rembatan deras dari luar kotak  penalti yang terus menerjah di penjuru kiri gawang lawan.
Selepas itu, Pahang terus bertahan bagi memastikan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Sumber : Kosmo Online
Berita Terbaru Tentang Piala Dunia 2014 Lihat Disini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Mantap tok gajah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.190476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list