CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2870|Reply: 10

[Tempatan] Penganggur Dipenjara Tiga Bulan Curi Gula-Gula Mentos

[Copy link]
Post time 31-5-2014 02:08 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang baru sebulan bebas daripada hukuman penjara sekali lagi merengkok di sebalik tirai besi selepas Mahkamah Majistret di sini pada Selasa memerintahkannya menjalani hukuman itu tiga bulan kerana mencuri gula-gula di sebuah pasar raya.

Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Mohd Zaki Abdul Arif, 33, yang mengaku bersalah atas tuduhan itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 26 Mei (semalam).

"Kamu ambil benda ini nak buat apa? Nak jual, beli dadah? Kalau saya menjatuhkan hukuman ringan kamu akan buat lagi sebab sebelum ini dah dua kali kamu masuk penjara tapi masih tak insaf. Kamu baru keluar penjara pada 21 April lalu," kata Zuraini ketika prosiding dan tertuduh kelihatan tunduk sahaja.

Mohd Zaki yang tidak diwakili peguam didakwa mencuri dua kotak gula-gula Chewy Dragees Mentos bernilai RM67.20 di pasaraya KK Supermart, Jalan Dang Wangi di sini pada 3.30 petang, Isnin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Sumber->http://arkibterkini.blogspot.com ... iga-bulan-curi.html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2014 02:12 PM | Show all posts


air mentos sedap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2014 02:14 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 31-5-2014 02:12 PM
air mentos sedap

den suka yg perisa bebuahan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:16 PM | Show all posts
lain kali ko curi juta2 mesti xkena penjara punya
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:17 PM | Show all posts
alang2 dik, ko dah curi tu, curi berbiliyon biliyon ringgit terus jah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:17 PM | Show all posts
muda & sihat....kenapa tak kerja....or kerjanya mencuri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2014 02:19 PM | Show all posts
mungkin dia seronok duk dlm penjara kot...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:20 PM | Show all posts
Curi juta juta ribu riban tak kena ape2 ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2014 02:23 PM | Show all posts
aura77 posted on 31-5-2014 02:19 PM
mungkin dia seronok duk dlm penjara kot...

hahahah..aku pun terpk cam tuh...dia kan penganggur...bila tinggal dlm penjara...dapat la bilik free, makan free..kena ikut arahan pengawai ja...apa motif dia nak curi gula2 mentos tuh lebih baik dia curi makanan lain yg lebih kenyang...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:42 PM | Show all posts
Mmmg sengaja mencuri sb dlm penjara ada mknn free ...ni la dasar pemalas.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 08:29 PM | Show all posts
Mentos+panadol+red bull = kalah ketum... tak pecaye cube la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050529 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list