CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4777|Reply: 48

[Tempatan] Haram jika terus merokok

[Copy link]
Post time 1-6-2014 12:21 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Majlis Fatwa telah memutuskan merokok adalah diharamkan sejak ia diwartakan pada 1995, tetapi masih ramai memandang ringan terhadap fatwa tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata,  fatwa juga memutuskan bahawa merokok adalah haram kerana boleh mendatangkan kemudaratan.

Justeru menurutnya, bagi yang terus merokok terutama orang Islam, ia jatuh haram dan berdosa besar kerana tidak meninggalkan perkara yang ditegah oleh agama.

“Sekiranya perokok itu sedang berusaha untuk berhenti daripada ketagihan merokok, ia telah jatuh kepada hukum makruh.

“Ia berdasarkan pandangan sesetengah ulama, yang meringankan hukum itu kepada mereka yang berusaha untuk berhenti daripada tabiat tidak berfaedah itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas apakah hukumnya jika terdapat DNA babi pada puntung rokok, tetapi ramai orang Islam tidak berhenti menghisapnya.

Mengulas lanjut, katanya, rokok telah diketahui mengandungi pelbagai racun di dalamnya yang boleh menjejaskan kesihatan, justeru ia wajib dielakkan.

“Dari segi penjualan juga masih berleluasa sehingga mudah untuk diperoleh, baik rokok murah atau mahal seterusnya membuka ruang perokok untuk terus menikmatinya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, rokok tetap haram walaupun fatwa yang dikeluarkan tidak menggariskan mengenai DNA babi terkandung pada putung rokok.

Beliau berkata, jika terbukti benar terdapat DNA babi pada rokok, maka setiap umat Islam wajib untuk berhenti merokok.

"Namun, jika tiada DNA babi pada rokok pun, sebenarnya dah jatuh hukum haram kerana kandungannya telah haram.

"Beberapa kandungan yang terdapat dalam rokok seperti tar dan nikotin telah disahkan oleh doktor memudaratkan kepada penghisapnya dan jika benar ada DNA babi, maka lagi haram untuk perokok menghisapnya," katanya.

Menurutnya, kandungan dalam fatwa haram berkaitan rokok yang telah dikeluarkan menyentuh kepada beberapa aspek sehingga rokok dikategorikan sebagai haram.

Penceramah bebas, Dr Abd Basit Abd Rahman pula berkata, berdosa besar bagi yang terus merokok kerana ia salah satu maksiat.

“Kempen pencegahan yang kurang dilakukan kerajaan juga, menyebabkan gejala rokok ini tidak dapat dihentikan walaupun dikatakan mengandungi bahan-bahan haram di dalamnya.

“Ketegasan kerajaan amat penting dalam usaha membanteras orang Islam terutamanya terus menghisap rokok,” katanya.


p/s- puntung rokok ada dna babi? org melayu kata xmkn xpe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 01:57 PM | Show all posts
mana pi semua orang kat thread ni? para perokok ka hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
xde org peduli pun.... slalu cmtu laaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik dengan Sunni Malaysia. Bnda haram yg lain buat2 tak kisah tp kalo ada unsur babi smua jadi gila dan panik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tpi. de ustaz.de imam yg isap rokokk
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:09 PM | Show all posts
ce sebarkan plak dlm rokok ada DNA babi...ada yg berhenti merokok tak?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2014 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh nama pn perokok tegarkn..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:53 PM | Show all posts
patut wajibkan semo rokok di malaysia ni ada DNA babi,
mesti umat isle munto darah ijo kalu nk isap rokok..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Gula tak haram ke?Gula pun memudaratkan dan addictive
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ade kenal satu ustaz youtube bawak kete laju yg bole memudaratkan nyawa sendiri dan org ramai.. Wajib munghalazah gamaknye tindakan beliau itu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:36 PM | Show all posts
JokesCop posted on 1-6-2014 03:07 PM
Aku ade kenal satu ustaz youtube bawak kete laju yg bole memudaratkan nyawa sendiri dan org ramai..  ...

nak speku boleh? setat zahar derus?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 posted on 1-6-2014 02:05 PM
Pelik dengan Sunni Malaysia. Bnda haram yg lain buat2 tak kisah tp kalo ada unsur babi smua jadi gil ...

Benar... babi seems to be the root of all evil kepada ummah melayu perokok...



Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Perokok ni fasik
Tak boleh imam solat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis fatwa ni tanak haramkan riba yg terang2an kat malaysia ni ke? Umat islam yg langgan skim riba kasik caj la. Takde akta buat akta. Majlis fatwa tanak haramkan ke puak2 yg kumpul harta melampau2? Majlis fatwa ni tanak ke haramkan puak2 yt beragama islam yg ade share dlm pusat hiburan? Yg kerja bidang judi? Pusat judi Genting tu halal ke? Majlis fatwa ni jadik mainan sape? Majlis ade tapi taleh suh sesape ambil tindakan. Majlis fatwa patut duk atas perlembagaan, bukan jadik mainan.

Undang2 manusia didahulukan. Undang2 Allah dikemudiankan. Baguih punya manusia
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:08 PM | Show all posts
sup@rm@n posted on 1-6-2014 04:07 PM
Majlis fatwa ni tanak haramkan riba yg terang2an kat malaysia ni ke? Umat islam yg langgan skim riba ...

org gomen kalu bab2 gini,akan gune ayat keramat

"kami tiada kuasa..."



Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 1-6-2014 04:08 PM
org gomen kalu bab2 gini,akan gune ayat keramat

"kami tiada kuasa..."

Yep. Itulah realitinya. Pembuat dasar dan pembuat undang2 macam kera. Yg keje gomen ni pon ikot je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sup@rm@n posted on 1-6-2014 04:07 PM
Majlis fatwa ni tanak haramkan riba yg terang2an kat malaysia ni ke? Umat islam yg langgan skim riba ...

Boleh propose. Dah ada yg propose pun
Tapi politician pegang power. Harap maklum je la
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda posted on 1-6-2014 04:11 PM
Boleh propose. Dah ada yg propose pun
Tapi politician pegang power. Harap maklum je la

Kasik buang je politician yg halang tu. Kita rakyat. People power. Bersatu tegakkan kebenaran.

Semoga usaha murni akan berjaya satu hari nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:15 PM | Show all posts
yg haram tu gak yg sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sup@rm@n posted on 1-6-2014 04:13 PM
Kasik buang je politician yg halang tu. Kita rakyat. People power. Bersatu tegakkan kebenaran.

...

Melayu mudah lupa (mahathir, 2001)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050030 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list