CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56537|Reply: 135

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan

  [Copy link]
Post time 3-6-2014 05:40 PM | Show all posts |Read mode
1

Selepas3 tahun, akhirnya. Inilah hari  yang diananti-nantikan. Adellya memandang skrin besar yang terpampang di hadapannyaitu. Dia ingin tahu sama ada pesawat yang membawa si dia sudah mendarat ataubelum. Seketika, dia terdengar pengumuman bahawa pesawat dari London itu sudahselamat mendarat. Dia tersenyum lebar. Teruja untuk berjumpa empat mata dengansi dia setelah 3 tahun tidak bertemu. Beberapa saat kemudian, dia mengerutkandahinya. Ibu angkatnya, Puan Iman memandang anak yang dijaganya sejak bayi itudengan aneh. Dah kenapa pulak ni? Kerana risau, cepat tangannya mencuit bahuEncik Hisyam, suaminya itu.

“Kenapa?”Soal Encik Hisyam dengan riak blur.

“Adel,kenapa ni?” Soal Puan Iman risau. Dia memandang Encik Hisyam. Yelah. Takutanaknya itu sakit ke. Apa ke. Adellya bukannya pandai nak maklumkan padasesiapa yang dia tengah sakit ke apa ke. Semuanya dia pendam.

“Adel,rasa macam nak…”

“Nak apa sayang? Cuba beritahu ibu.” Gesa Puan Iman.

“Adel?Kenapa ini?” Giliran Encik Hisyam pulak bertanya. Dah kenapa dengan anakgadisnya ni?

“Adelrasa macam nak pergi toilet lah, ibu.” Sengih Adellya.

“YaAllah! Budak ni. Suka sangat buat orang risaukan.” Marah Puan Iman lalu menepukbahu Adellya pelahan. Tergelak Encik Hisyam dengan gelagat anak angkatnya itu.

“Dah,pergi cepat. Nervous lah tu.” Usik Puan Iman.

Adellyahanya tersengih dan berlalu pergi menuju ke tandas yang berhampiran.

****************************************
“Ibu, ayah!” Jerit seorang lelaki.

EncikHisyam dan Puan Iman tercari-cari wajah yang menjerit itu tadi. Selepasternampak wajah yang di carinya muncul, senyuman mula terhias di wajah pasangansuami isteri itu.

“Hareez.”Panggil Puan Iman dengan sebak. Mana taknya. Sudah 3 tahun anak tunggalnya itupergi bekerja di London. Bekerja untuk memnuhi permintaan sebagai seorang pilot.Dan selama 3 tahun itu jugalah dia tidak balik kerana sibuk dengan pekerjaannyaitu.

Merekasaling berpelukkan. Melepaskan rindu yang sudah lama terpendam itu. Akhirnya,anak mereka sudah pulang ke pangkuan mereka.

“Rindunyaibu dengan kamu, Reez.” Ucap Puan Iman sambil mengucup wajah anaknya itu. EncikHisyam hanya tersenyum melihat gelagak isterinya itu.

“Reezpun rindukan ibu dan ayah. Rindu sangat.” Balas Hareez dengan memeluk ibu danayahnya kejap.

“Kalaudah tahu rindu, kenapa tak rajinkan diri balik sini? Jeguk ibu dan ayah?” LajuPuan Iman menyembur anaknya itu selepas pelukkan mereka dirungkai.

“Ala,ibu ni. Kan Reez dah cakap. Reez busy dengan kerja, bu. Lagipun, tiket flightkan mahal. Manalah Reez nak cekau duit nak beli tiket tu.” Jawab Hareez. Kalauibunya dah membuka mulut, hah. Ayahnya pun boleh terdiam.

“Eh,kamu tu kan pilot. Free je kan kalau nak terbang ke sini kalau kamu yangterbangkan. Ah. Macam ibu tak kenal kamu ni, Reez. 28 tahun ibu besarkan kamu.Kamu ni memang pandai cari alasan. Kalau malas tu cakap je lah malas. Bukannyasusah.” Puan Iman menjeling anaknya itu.

“Hah,lupa pulak nak kenalkan ibu dan ayah dengan seseorang.” Tersenyum lebar Hareez.Sudah lama dia menunggu saat ini.

“Siapa,Reez? Kawan Reez ke?” Terjungkit kedua-dua belah kening Encik Hisyam. Siapapulak manusia yang Hareez nak kenalkan pada mereka ini?

“Kejapeh. Leena!” Jerit Hareez memanggil seseorang.

PuanIman berpandangan dengan suaminya itu. Siapa pulak gadis yang berjalan menujuke arah mereka itu? Jangan-jangan? Ya Allah! Hareez jangan cari pasal, nak.Bisik hati Puan Iman.

“Ibu,ayah. Ni, Hareez kenalkan. Eleena. My special one.” Hareez memperkenalkan gadisyang berdiri di sebelahnya itu kepada ibu dan ayahnya. Sebenarnya, cuak jugadia dengan reaksi Puan Iman dan Encik Hisyam.

“What?!”

Merekaberempat mengalihkan pandangan pada gerangan yang tiba-tiba menjerit itu. YaAllah! Lupa pulak dia pada Adellya. Macam mana ni? Kata hati Puan Iman.

**********************************
Encik Hisyam mengeluh perlahan. Dia memandang anak lelakinya itu denganpandangan tajam.

“Sekarangni, macam mana?” Soal Encik Hisyam tegas.

Hanyadia dan anaknya saja di ruang tamu itu. Eleena sudah pulang ke rumah orangtuanya. Bagus juga kalau gadis itu tidak ada di sini. Dia tidak berapa gemarakan gadis itu. Sombong. Berlagak. Isterinya pula, masih di atas sedang memujukanak mereka seorang lagi.

“Macammana, apa?” Selamba saja Hareez menjawab pertanyaan ayahnya itu.

“Hareez.Sebelum kamu buat keputusan nak bercinta dengan Eleena, kamu tak fikir ke,siapa yang sedang menunggu kamu di sini?” Encik Hisyam geram dengan sikap anaklelakinya ini. Senang dia je nak ambil sambil lewa mengenai hal ini.

Hareezfaham apa yang ayahnya mahu bincangkan. Tapi, dia tidak berminat mahuberbincang mengenai soal itu.

“Siapayang Reez perlu fikirkan?”

“Adellya,Reez. Adellya. Isteri kamu yang sah. Yang kamu kahwin 4 tahun dulu.” EncikHisyam kembali bertenang. Dia perlu bertenang untuk menguruskan sikap anaklelakinya ini.

“Reez,Adel. Dia menunggu kamu dah 3 tahun. Kenapa kamu sanggup buat dia macam tu,Reez?  Masa kamu di sana, apa kamu lupayang kamu masih ada seorang isteri di sini? Hah?” Sambung
Encik Hisyam apabilaHareez hanya mendiamkan dirinya.

“Ayah.Reez cintakan Leena, yah.”

“Ohh.Kamu cintakan Eleena. Habis tu, isteri kamu pulak macam mana? Apa kamu dah lupamacam mana kamu melutut, merayu dengan ayah dan ibu supaya kahwinkan kamudengan Adel 4 tahun yang lalu? Kamu paksa Adel untuk terima kamu. Kamu pujukkami suruh buat Adel terima kamu. Dan, sekarang. Bila dia dah dapat terimakamu, sayang kamu, cintakan kamu, sanggup kamu buat dia macam ni pulak? Eh,Hareez. Kamu tahu tak? Seminggu selepas kamu pergi tinggalkan dia. Dia demampanas. Sebab apa? Sebab dia rindukan kamu. Suami dia. Suami yang dia cinta.Yang dia sayang.” Kata Encik Hisyam. Dia yang menjadi saksi di mana Adellyamenangis.Terseksa sebab rindukan Hareez.

“Ayah, itudulu. 4 tahun yang lalu. Sekarang, Reez dah tak cintakan dia lagi ayah. HanyaEleena di hati Reez. Apa yang Reez nak ada dalam diri Eleena. Dan semua tu takada dalam diri Adel. Dan tujuaan Reez balik sebenarnya ada sebab. Reez dah buatkeputusan. Reez nak berpisah dengan Adellya.”

“Hareez!”

Encik Hisyam dan Hareez memandang Puan Iman yangberdiri di atas tangga dengan riak yang marah. Selepas itu, Hareez perasanseseorang berdiri di belakang ibunya. Adellya! Gadis itu hanya berdiri terkakudengan wajah yang pucat. Mungkin dia sudah dengar bicara Hareez sebentar tadi.
Hareez hanya terdiam. Terkaku seperti isterinya itu.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2014 05:52 PM | Show all posts
2

Bagaikan mahu pecah dadanya saat terdengar bicara Hareez dan ayahnya itu. Kenapa? Kenapa Hareez berubah sampai macam tu sekali? Mana perginya cinta dan kasih sayang Hareez padanya selama ini? Sudah hilangkah semua itu setelah berjumpa dengan Eleena? Sungguh istimewa gadis itu sehingga Hareez yang dulu sangat cintakan dirinya berubah sebegini. Sanggup kembali ke tanah air hanya semata-mata untuk berpisah dengannya. Ya Allah. Dugaan apakah ini?

Adellya menyeka air matanya dengan kasar dan menuruni anak tangga menuju ke arah Hareez berdiri.

“Kenapa, Hareez? Kenapa?”

Diam.

“Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? 3 tahun saya menunggu awak tanpa jemu. Tanpa lelah. Menunggu awak pulang ke pangkuan saya, Hareez. Dan bila awak pulang, ini yang saya dapat sebagai balasannya?”

“Adel…” Panggil Puan Iman. Sayu hatinya melihat Adellya menangis tersesak-esak sebegitu. Apalah nasib menantunya itu.

“Apa salah saya? Apa kurangnya saya dan apa lebihnya perempuan tu?”

“Dia ada nama. Her name is Eleena, Adel.” Ucap Hareez perlahan.

“I don’t care what her name. What I care is, mana perginya cinta awak terhadap saya, Hareez? Where is it?” Bentak Adellya.

“Adellya!” Tengking Hareez.

Semua yang berada di situ terkejut dengan tengkingan Hareez. Termasuk diri Hareez sendiri. Yalah. Sebelum ini mana pernah dia meninggikan suaranya terhadap Adellya. Walaupun ketika mereka bergaduh dulu. Dan sekarang? Hanya sekelip mata sahaja, Hareez dan pandai menengking isterinya itu? Sebak hati Adellya.

“I’m so sorry. I don’t mean it. I just… Erghh!” Hareez berlalu pergi meninggalkan rumah tersebut.

“Hareez. Hareez! Please don’t leave me! Hareez!” Jerit Adellya sambil mengejar langkah suaminya itu. Namun, belum sempat dia sampai ke muka pintu, dia jatuh rebah ke lantai. Sesaat dia terdengar namanya di panggil. Dunianya menjadi gelap.

*******************************************
“Adellya sayang. Mari makan. Ibu ada bawakan breakfast ni.” Kata Puan Iman dan duduknya di labuhkan di birai katil.

Adellya hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.  Dia tiada selera untuk makan. Apa yang dia mahukan hanyalah suami dia, Hareez. Tapi, kemanakah lelaki itu? Dari semalam dia menunggu lelaki itu pulang tetapi, hampa. Lelaki itu tidak pulang sampai sekarang. Hmm.

“Adel. Adel kena makan sayang. Adel tak boleh macam ni.” Sayu hati Puan Iman melihat Adellya sebegini. Mana menantunya yang ceria, periang? Yang suka buat orang ketewa gembira setiap hari itu?

“Ibu, Adel nak Hareez ma. Adel nak Hareez. Mana dia, bu? Mana? Kenapa dia tinggalkan Adel? Kenapa?” Rengek Adel. Dia rindukan suami dia. Sejak suami dia pulang, dia tidak sempat untuk bermanja dengan Hareez. Nak kata Hareez sibuk dengan kerja, tidak. Lelaki itu akan mulakan kerjanya pada minggu hadapan. Menipulah kalau kata sibuk dengan kerja. Baru saja pulang, tak akan dah mula bekerja.

‘Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada menantuku ini, Ya Allah.’

“Shuuu. Adel sabar ya, sayang. Nanti Hareez pulang. Adel jangan macam ni, nak. Ibu tak sanggup tengok Adel macam ni. Adel kena kuat, sayang.” Puan Iman menarik Adellya ke dalam pelukkannya. Berusaha memujuk satu-satunya menantunya. Dan tetap akan menjadi menantunya sampai bila-bila. Tiada yang lain.

**************************************************************************
“Abang, Hareez tak ada call abang ke?” Soal Puan Iman kepada suaminya.

“Hmm. Tak ada.” Encik Hisyam mengeluh perlahan. Entah mana perginya anaknya itu. Sudah hampir 2 minggu, masih tidak pulang.

“Saya risaulah, bang. Adel tu, dah tak nak keluar dari bilik. Makan pun tak sampai 5 suap. Lepas tu, asyik menangis merenung dekat balkoni bilik tu.” Adu Puan Iman.

“Awak dah pujuk si Adel tu?” Soal Encik Hisyam pula.

“Dah. Banyak kali dah saya pujuk. Dia tetap macam tu jugak. Saya dah buntu nak buat apa lagi dah. Dah hilang seri dalam rumah ni, bang. Ingatkan lepas Hareez balik, semakin bertambah serinya. Tapi, lain pula yang jadi.” Kesal Puan Iman.

“Hmm, abang pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. Hareez tu pun satu. Apa lagi yang dicarinya? Tak cukup lagi ke si Adel tu? Nak cari yang lain buat apa?” Lalu Encik Hisyam bangkit dari duduknya. Memegang dahinya. Pening memikirkan masalah rumah tangga anaknya itu.

“Man, abang rasa.. abang dah gagal jalankan amanah yang Abang Nal dan Kak Za tinggalkan pada abang. Abang gagal bahagiakan Adel.”

“Bang. Abang jangan cakap macam tu. Saya pasti yang Abang Nal dan Kak Za tak salahkan abang. Semua ni bukan salah abang. Bukan Adel atau orang lain. Ini takdir, bang.” Pujuk Puan Iman. Dia tahu suaminya itu kecewa denagan apa yang terjadi. Namun, apa ang dapat mereka lakukan? Menyalahkan takdir? Tidak  mungkin. Dia pasti, mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian ini.

Adellya adalah anak tunggal kepada sahabat karibnya, Encik Zainal dan Puan Anza. Mereka adalah sahabat dari kecil. Namun, ajal menjemput mereka berdua di saat Adel berusia 8 tahun. Mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Adellya pula di tinggalka bersama dia dan isterinya. Dan Encik Zainal telah meninggalkan amanah kepadanya. Dia masih ingat kata-kata Encik Zainal sebelum bertolak ke Terengganu atas urusan kerja.

‘Syam, Abang Nal tinggalkan Adel, ya. Dan kalau ditakdirkan Abang Nal dan Anza pergi dulu, tolong.. tolong jagakan Adel. Anggap dia macam anak Syam sendiri, ya? Didik dia. Dan berikan kebahagiaan kepadanya. Hanya Syam yang Abang percaya.’

Dia fikir itu hanyalah sekadar gurauaan. Tapi, apabila dia mendapat panggilan daripada pihak polis, baru dia sedar. Itu bukan sekadar kata-kata. Tapi amanah untuknya. Dan sekarang, dia gagal menjalankan amanah tersebut.

‘Ya Allah! Aku dah gagal. Abang Nal, maafkan Syam, bang. Syam gagal berikan kebahagiaan pada Adel. Salah Syam sebab setuju kahwinkan mereka berdua dulu.’ Rintih Encik Hisyam dalam hati. Dia meraup wajahnya dengan linangan air mata.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 12:22 AM | Show all posts
Cerpen... Cerpan atau novel?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 11:11 AM | Show all posts
sedihnya... kesian si adel... bodoh betul si hareez ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 06:56 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 4-6-2014 01:22 AM
Cerpen... Cerpan atau novel?

InsyaAllah cerpen. Tak sapai tahap lagi Sya nak buat novel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2014 07:00 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 4-6-2014 12:11 PM
sedihnya... kesian si adel... bodoh betul si hareez ni...

A'ahh kan? tunggnext part tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2014 09:08 AM | Show all posts
NHSMUM posted on 5-6-2014 07:00 PM
A'ahh kan?  tunggnext part tau

setia menunggu TT....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 12:09 AM | Show all posts
nak lagi TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 08:31 AM | Show all posts
where are you TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 01:24 AM | Show all posts
[b][b]3

Adellya memijak anak tangga terakhir. Dia ingin cepat ke tempat kerjanya. Sudah hampir 2 minggu dia bercuti. Sekarang sampai masanya dia mulakan kerjanya. Walaupun perasaan sedih dan kecewa itu
masih bersisa, dia perlu kuat dan tabah. Jika dia terus berkurung di dalam bilik itu bererti dia telah memberi peluang besar kepada perempuan yang telah membuat suaminya itu ingin meninggalkan dia.

Belum sempat dia melangkah ke bilik kecil yang disediakan untuk menyimpan semua kasut, suara Puan Iman kedengaran di belakangnya.

“Adel. Adel nak ke mana ni?”

“Adel nak pergi kerjalah, bu.”

“Kerja? Adel dah okey ke?”

“InsyaAllah Adel okey, ibu. Ibu jangan risau ya? Lagipun dah 2 minggu Adel cuti. Takut tak ada sesiapa yang nak gantikan tempat Adel nanti.”

“Kalau macam tu, takpelah. Erm, Adel tak nak breakfast dulu ke? Ibu ada masakkan makanan kesukaan Adel tu. Nasi Lemak dengan sambal bilis.” Dia sengaja masakkan makanan kesukaan menantunya itu. Mana tahu selera Adellya akan bangkit.

“Aduh. Adel nak sangat, bu. Tapi, Adel terpaksa pergi dah ni. Adel takut tak sempat nak kejar flight. Adel terpaksa terbang ke London. Seminggu.” Keluh Adel. Tapi, terpaksalah dia berkorban. Bekerja sebagai seorang pramugari memang banyak yang perlu dikorbankan.

“Laaa. Kenapa tak kasi tahu ibu awal-awal? Jap, ibu tapaukan untuk Adel ya? Tak baik tak sentuh sikit. Adel nak jalan jauh ni. Kejap ya , sayang.” Dengan tergesa-gesa Puan Iman ke dapur untuk bekalkan sarapan buat Adellya.

Belum sempat Adellya membalas, berdesup ibu mertuanya ke dapur. Hmm, untungnya dapat mertua macam ni. Tapi, selamanya ke mereka akan menjadi mertua aku? Sementara menunggu Puan Iman tapaukan untuk dia, Adellya menyarung kasut tumit tinggi hitam ke kakinya. Selepas itu, dia menghidupkan enjin kereta kesayangannya. Suzuki Swift berwarna merah garang itu. Ternampak kelibat Puan Iman di depan pintu, Adellya cepat-cepat keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Puan Iman.

“Susahkan ibu je. Nanti sampai kat KLIA, Adel makan ya.”

“Tak ada susahnya. Ni, pergi ayah dah tahu?” Soal Puan Iman. Nanti pelik pulak si suaminya bila Adellya tiada.

“Adel tak sempat. Ibu tolong kasi tahu ayah ya. Adel pergi dulu. Assalamualaikum.” Dia menyalam tangan Puan Iman dan mengucup kedua-dua pipi wanita itu.

“Ya, nanti ibu beritahu. Jaga diri elok-elok. Dah sampai London nanti, call ibu. Waalaikumussalam.” Pesan Puan Iman. Adellya hanya mengangguk.

***********************************************************
Adellya memarkirkan keretanya bersebelahan dengan Nissan GTR berwarna putih itu. Cepat-cepat dia keluar setelah sedar dia telah lewat. Dengan tergesa-gesa dia mengeluarkan bagasinya dari bonet. Tiba-tiba ada tangan yang membantunya.

“Let me help you.”

Dia kenal suara itu. Dia memandang wajah lelaki itu. Kapten Zafran.

“Kapten.”

Zafran terus mengeluh mendengar Adellya memanggilya begitu. Adellya hanya menjungkit kening saat terdengar keluhan keluar dari mulut kapten muda itu.

“Lya. How many time I have to tell you?”

“Hah? Tell me what?”

“Don’t called me by that name. Captain? Oh God. Lya, I tak naklah you panggil I kapten. Formal sangatlah.” Senyum Zafran.

“Why? Memang I kena panggil you macam tu kan? You ketua I.”

Zafran membetulkan kedudukan kotnya di tangan kirinya itu sebelum memandang tepat pada wajah jelita di depannya.

“Dear, just call me, Zafran. Or Zaf? Not captain. Please. Orang lain I tak kisah sangat. But, you? I kisah sangat sangat.” Sempat dia mengenyitkan matanya sebelum berlalu ke dalam bangunan KLIA itu.
Adellya terkedu. Hmm. Dia tahu. Dia tahu sangat di sebalik semua kata-kata Zafran itu. Mempunyai maksud yang sangat mendalam. Adellya memandang belakang tubuh lelaki itu.

Zafran. Cintakan. Dia.

Yaaa. Dia tahu kerana Zafran pernah meluahkan  perasaannya itu 1 tahun yang lalu. Dan dengan perasaan bersalah dia menolak lelaki itu. Dia dah mempunyai Hareez. Dan dia hanya cintakan Hareez. Hmm. Memang Hareez dah tak cintakan dia. Tapi, dia masih dan tetap cintakan Hareez.

I’m sorry, Zafran.

***********************************************************
Tergesa-gesa Adellya meninggalkan kafe. Semasa dia bersarapan, Sarah, teman baiknya menelefon bahawa big bos nak berjumpa dengan semua krew-krew. Dengar dari percakapan Sarah, macam penting perkara yang nak disampaikan oleh Kapten Qairul.

“Sorry. I’m late.” Tertunduk Adellya memintak maaf kepada semua. Zafran hanya tersenyum melihat Adellya.

Adellya melangkah ke arah Sarah berdiri. Di sebelah gadis itu, dia kenal jejaka yang berdiri di situ. Tersenyum kepadanya. Dia hanya membalas senyuman dan berjalan ke arah itu.

“You’re late, Lya.” Bisik Zafran.

“Yaa. I know it. Sorry.” Perlahan Adellya membalas.

“It’s okay. Kapten Qairul tak mulakan lagi. Mungkin dia tunggu semua orang dulu.”

“Adel. Kau kenapa lambat?” Soal Sarah. Dia hanya memandang Zafran berbisik dengan Adellya tadi.

“Aku tengah breakfast lah masa kau call aku tadi. Ni apasal dia minta kita kumpul ni? Something happened ke?” Soal Adellya kepada Sarah.

“Entah. Aku pun tak tahu. Dia just cakap yang kita semua kena kumpul sebelum fly nanti.”

Belum sempat Adellya membuka mulut. Suara Kapten Qairul sudah kedengaran.

“Okay. Guys, sebelum kita terbang nanti, saya ada nak maklumkan pada kamu semua bahawa kita akan menerima seorang rakan kerja kita yang baru. He will work at here as a pilot. Pertukaran from London. Ohh ya. Girls, he’s still single and handsome too.”

Semua tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Kapten Qairul. Tiba-tiba Adellya merasa tidak selesa. Alahai, kenapa pulak tiba-tiba je ni?

“Okay, guys. Meet your new captain.”

Cepat-cepat Adellya memandang ke depan. Bulat matanya memandang susuk tubuh yang berdiri di sebelah Kapten Qairul. Ya Allah! Apa pulak dugaan yang bakal dia hadapi nanti? Bekerja satu bumbung dengan Hareez? Suami dia?

Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 01:49 AM | Show all posts
4

Perlahan-lahan Adellya melangkah. Kenapa dia diuji sebegini? Kenapa Hareez di tempatkan dalam satu kumpulan dengan dia? Ya Allah. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Sudahlah sekarang Hareez dah tak sayangkan dia lagi.

“Ehem.”  Adellya berpaling ke arah deheman orang itu.

“Eh, Kap..”

“Again, Lya? How many time I have to tell you?” Soal Zafran.

Keluhan keluar dari mulut Adellya. “Sorry, Zaf.”

“Yaa. Itu baru betul. So, you dah ready nak terbang dengan Kapten baru?” Soal Zafran. Senyuman mesra dihadiahkan kepada gadis itu.

“Hmm. Kenapa dia di tempatkan dalam group kita? Kenapa bukan dengan group yang lain?:” Soalan Zafran dijawab dengan soalan.

Zafran ketawa kecil mendengar soalan yang baru saja keluar dari mulut gadis jelita itu. “Dear, you dah lupa or you buat-buat lupa ni?”

Adellya mengerut dahinya tanda tidak faham dengan soalan si pilot muda itu.

“Dear, hari tu kan, Kapten Qairul dah informkan pada kita semua yang group kita akan menerima pengganti Kapten Hisyam. And, that guy yang akan gantikan tempat Kapten Hisyam.”

Adellya mempamerkan wajah terkejutnya. “Ya Allah. I lupalah. Macam mana boleh lupa ni.” Ya Allah, Adel. Macam mana kau boleh lupa ni? Tapi, dia tak pernah terfikir kalau Hareez yang akan menggantikan tempat kapten lama mereka. Dugaan betul.

Zafran menggosok kepala Adellya perlahan. “You ni. You fikirkan apa sampai lupa ni?” Adellya hanya terkaku dengan layanan Zafran. “So, you dah ready?” Soal Zafran sekali lagi.

Adellya tesenyum kelat mendengar soalan itu.

***********************************************************************
Hareez hanya memandang ke arah Adellya dan kapten muda itu. Mesra sungguh mereka berdua. Sempatlah dia tengok agenda si jejaka menggosok kepala isteri dia. Kalau tak silap dia, itu kapten yang akan terbang sekali dengan dia nanti. Nama apa ya? Dia lupa. Baru saja tadi Kapten Qairul kenalkan mereka berdua. Zafrin? Zafrun? Zafran?

Laju kakinya melangkah ke arah mereka berdua. Deheman kecil dikeluarkan. Adellya mengangkat kepalanya. Alangkah terkejut dia melihat Hareez berada di depannya sekarang ini? Si Zafran hanya tersenyum mesra.

“Hai, guys.” Matanya menghala ke wajah Adellya yang jelas ternyata terkejut dengan kehadirannya.

“Hey, Kapten Hareez. Jumpa lagi kita, ya.”

“Yaa. Nanti pun kita akan berjumpa juga.”

Matanya memandang ke arah Adellya. Zafran yang perasan akan hal itu terus berdehem kecil.

“Ohh  ya. You berdua belum berkenalan kan?”

Adellya memandang wajah Zafran. Jangan kata Zafran nak kenalkan mereka berdua.

“Yaa, I belum kenal lagi dengan si jelita di depan I ni. Hai, I Hareez.” Hareez menghulurkan tangannya kepada Adellya.

“A.. A.. Adellya.” Huluran Hareez dibalas dengan teragak-agak. Wajah ditundukkan. Tidak mampu untuk bertentangan mata dengan suaminya. Dia takut dia tidak kuat untuk hadapi semua ini.

“Ehem. Kapten Hareez. Jangan lama-lama sangat tangan tu. I punya ni.” Kata Zafraran dengan nada berbau gurauan. Mungkin kedengaran seperti dia bergurau. Tetapi, dari sudut hatinya yang dalam, memang itu maksudnya yang sebenar. Suatu hari nanti, dia ingin menjadikan Adellya dia yang punya.

“Ohh, really? Dia you punya? Melepaslah I kalau macam ni.” Nada kecewa dikeluarkan. Berpura-pura kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zafran.

Adellya memanggung kepala. Terkejut dengan kata-kata si suami. Melepas apanya kalau si suami sendiri yang mahu melepaskannya. Pandangan tajam dari Hareez seakan-akan menghantar mesej kepadanya, ‘You’re mine. Not him!’. Arghh! Tak mungkin dia akan kata macam tu. Mimpi lebih je kau ni, Adel!

“So, boleh kita pergi sekarang? Dah tiba masanya untuk kita fly. Nanti-nanti kita boleh sambung berbual.” Zafran menukar topik. Dia seperti faham bahawa Adellya tidak selesa dengan keadaan seperti itu. Entah kenapa hatinya berkata, ada sesuatu di antara Adellya dan si kapten muda itu. “Come Lya. Hareez.”

“Yaa.” Hareez membiarkan Zafran dan Adellya beriringan di hadapannya. Entah kenapa, ada perasaan yang tidak selesa hadir di dalam hatinya melihat kemesraan Adellya dan Zafran. Tapi, cepat-cepat dia hapuskan perasaan itu.

Ingat Eleena, Hareez. Elena. Hanya Eleena dalam hati kau bukan perempuan lain.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 11:16 AM | Show all posts
bengong betul si hareez ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
eee bodoh tul hareezzz... TT kena top up lg .... Berapa bulan tergantung ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 12:10 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 8-8-2014 11:38 AM
eee bodoh tul hareezzz... TT kena top up lg .... Berapa bulan tergantung ni...

tau takpe Nay... TT...sila sambung lg ya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 04:58 PM | Show all posts
hareez!!!! tamaknya !!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Best story ni..jgn.lupa sambung ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 01:37 AM | Show all posts
Menarik! Setia menunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:52 AM | Show all posts
klu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala bosan ar camni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
TT... Bila nak sambung ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.074080 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list