CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NHSMUM

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan

  [Copy link]
Post time 16-12-2014 04:03 PM | Show all posts
menanti n3 yg seterusnya  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya cuti....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 01:13 AM | Show all posts
Next pleaseeeeee

Awat Hareez kejam bebenooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 02:02 PM | Show all posts
masih sunyi sepi tt sambung ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 09:58 PM | Show all posts
Part 8

Kakinya berlari anak selepas keluar dari lif. Tidak mahu meninggalkan Adellya terlalu lama sendirian di lobby. Pagi tadi, disebabkan dia, Adellya kembali dilukakan oleh Hareez. Disebabkan dia juga Adellya kembali menangis. Masih terasa hangat air mata yang mengalir di dadanya tadi pagi.

*******************************************************
Dia hanya berdiri memandang dari jauh. Sengaja memberi ruang untuk sepasang suami isteri itu berbincang masalah mereka berdua. Tidak mahu menganggu. Walaupun ada sedikit cemburu melihat Hareez merapatkan wajahnya dengan Adellya. Tetapi dia sabarkan hatinya. Hareez masih mempunyai hak ke atas Adellya. Adellya masih isteri Hareez yang sah. Dia tidak mempunyai apa-apa hak.

Tiba-tiba dia melihat Adellya berlari meninggalkan Hareez. Sambil tangan menyeka air mata. Kenapa? Laju kakinya mengejar langkah Adellya.

“Lya!” Langkah dibesarkan agar dapat mengejar langkah Adellya yang jauh meninggalkan dirinya di belakang.

“Lya!” Sekali lagi dia memanggil dan ternyata berhasil membuatkan Adellya berhenti. Tapi masih tidak berpaling. Zafran berhenti di hadapan Adellya. Dagu Adellya diangkat. Ingin melihat wajah kesayangannya ini. Belum sempat dia bertanya, Adellaya terus memeluknya dan menangis di dadanya. Dia yang terkejut dengan reaksi Adellya hanya mampu membalas pelukkan wanita itu.

“Shuuu. Shu. Dah. Dah. I’m here.” Dipujuk wanita itu dari terus menangis. Belakang Adellya diusap perlahan. Tidak peduli dengan mata-mata yang memandang. Apa yang dia peduli saat ini, hanyalah Adellya.

“Tell me, what happened dear?” Pujuk Zafran. Pelukkan dirungkai. Ibu jari mengusap air mata Adellya perlahan. Mata memandang tepat ke mata Adellya. Berharap Adellya menceritakan apa yang terjadi.

“He... hee. He don’t love me anymore, Zaf. Hati I sakit sangat-sangat. Kenapa dia pilih perempuan tu? I ni isteri dia. Why he did this to me?” Dirinya kembali memeluk Zafran. Selesa dengan kehangatan tubuh Zafran. Membuatkan dia selesa. Kedua-dua tangannya kuat mencengkam baju Zafran. Melepaskan kesakitan yang terbuku di dada.

“Dah. Dah. I ada kat sini. I ada temankan you. Sorry, sebab tinggalkan you tadi. Kalau I tahu dia akan sakitkan you, I tak akan tinggalkan you, dear. Sungguh I menyesal.” Ucap Zafran perlahan sambil mengucup ubun-ubun Adellya.

****************************************************
“Hey, babe. Lama tunggu? Sorry.” Kata maaf diucap kerana membuatkan wanita itu menunggunya lama. Sengaja dia meminta Adellya berehat dulu selepas kejadian tadi dan apabila masuk waktu tengah hari, dia meminta Adellya menunggunya di lobby. Dia mahu membawa wanita itu bersiar-siar sekitar London.

“Taklah. I pun baru je turun tadi.” Ucap Adellya tidak mahu membuat Zafran merasa bersalah seperti tadi.

“Okay. So, sekarang kita nak pergi mana?” Jacket hitam keluaran H&M diperkemaskan.

“Kenapa tanya I? Bukan you ke yang ajak I tadi?” Soal Adellya.

“Ya, right! I lupa pula. Yalah, bila dengan you je semuanya I lupa.” Gelak Zafran dengan kata-kata sendiri.

“Kenapa pula?” Mereka memulakan langkah. Sengaja tidak mahu menaiki teksi. Sengaja nak rasa udara bumi London ini.

“Yalah, you ni cantik sangat.” Goda Zafran. Adellya pula hanya berjalan menunduk. Malu dengan pujian daripada Zafran. Semakin merah pipinya saat mendengar gelak Zafran yang semakin kuat itu. Sukalah tu tengok pipinya
merah macam ni. Haih! Kaki laju melangkah meninggalkan Zafran.

“Hey, babe. Mana you nak pergi laju sangat tu?” Dan semakin melebar senyumannya saat mendengar panggilan manja keluar dari bibir Zafran. Ada perkara penting dia ingin khabarkan kepada Zafran. Dan dia yakin khabar ini akan membuatkan Zafran bahagia. InsyaAllah dia juga akan bahagia. Ya Allah, aku berdoa semoga keputusan yang aku pilih ini adalah tepat.

********************************************************
Hareez melangkah menuju ke restoran yang telah disediakan oleh hotel. Mata meliar mencari rakan-rakan setugasnya.

“Hey kapten! Over here!” Seru Afrina sambil melambai tangannya. Hareez cepat-cepat melangkah sebaik saja dia menangkap suara dan lambaian rakan setugasnya itu. Meja di tepi dinding kaca itu menjadi pilihan mereka semua. Sengaja mereka memilih di situ. Ingin melihat pemandangan London pada waktu malam.
Kerusi ditarik. Sebaik saja punggung dilabuhkan mata laju meliar mencari wajah yang menangis kerananya tadi pagi. Namun, hampa. Wajah itu tiada. Satu lagi wajah dicarinya. Juga tiada. Ke manakah mereka berdua? Beberapa minit menunggu, masih juga mereka berdua belum muncul.

Perasaan ingin tahu begitu kuat, dia bersuara bertanya di manakah Adellya dan Zafran.

“Dorang berdua dinner dekat luar kalau tak silap I.” Jawab salah seorang rakan mereka. Kalau tak silap dia, itu Sarah. Kawan baik kepada Adellya.

“Oh really? Eh, korang tahu tak pasal dorang berdua?” Afrina bersuara. Hareez memilih untuk berdiam diri.

“Kenapa dengan dorang?” Tanya Sarah.

“I rasa kan, dorang tu ada hubunganlah. I mean, special relationship.” Terkejut mereka semua mendengar. Lagi-lagi Hareez.

“Eh, mana kau tahu ni, Rina?” Soal Hana rakan setugas mereka yang lain.

“Tadi pagi, masa aku bersiar-siar kawasan hotel ni, aku nampak dorang berkejaran macam dalam filem Hindustan tu. Mungkin Adel merajuk dengan Kapten Zafran kut. Sebab after that, Kapten peluk dia sambil usap belakang Adel. Macam memujuk gitu.” Sorakan mereka kedengaran gembira. Hanya Hareez resah di tempatnya. Gelas yang berisi air sejuk itu di ambil lalu diminum. Sedikit panas hatinya saat mendengar cerita yang diceritakan oleh Afrina itu.

“Wow. Sweetnya Kapten. Kalau memang betul dorang ada hubungankan mesti best kan?” Ucap Hana. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.

“Kenapa pula?” Tiba-tiba suara Hareez kedengaran. Perasaan marah disimpan kemas.

“kalau Kapten Hareez nak tahu, Kapten Zafran tu dah lama cintakan si Adel tu. Sejak Adel join group kitorang lagi. Mana-mana saja Adel pergi mesti ada Kapten Zaf. Macam belangkas dah. Dan kitorang setuju sangat kalau mereka bercinta. Lepas tu berkahwin. Mesti anak-anak dorang nanti comel. Mak ayah cantik handsome gitu. Kapten perasan tak kalau mereka berdua tu bagai pinang di belah dua. Right, guys?” Cerita Sarah diterima dengan sorakan mereka sekumpulan. Dia tahu benar kalau Zafran dah lama menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya itu. Dia selalu berada di sisi Adellya. Mestilah dia tahu.

“A’aah. Lagi satu, kitorang ada tubuhkan satu fans group tau...” Belum sempat Afrina habiskan kata-katanya, laju Hareez memotong.

“Group? Group apa?” Soal Hareez dengan suara tertahan. Tidak sabar mahu tahu. Gelas dicapai. Mahu menyejukkan kembali hatinya yang berapi-rapi itu.

“Group ZafLya Lovers.”

“What?!” Tersembur air yang diminum. Terkejut Hareez mendengar nama group tersebut.

“Kapten ni kenapa?” Marah Afrina yang duduk bertentangan dengan Hareez. Habis basah wajahnya dengan air yang disembur Hareez tadi. Napkin yang dhulur oleh Hana dicapai lalu menyapu wajahnya.

Tanpa sebarang ucapan maaf, laju Hareez mengangkat punggungnya dan berlalu dari situ. Hatinya sudah tidak dapat ditahan lagi. Mendengar cerita yang disampaikan mereka mengenai Adellya dan Zafran. Perut yang tadi berlagu lapar dilupakan. Tiada selera mahu menjamah makanan. What? ZafLya Lovers? Phftttt!

Semua tertanya-tanya kenapa dengan kapten baru mereka itu. Tak akan marah dengan cerita yang mereka ceritakan tadi?

****************************************************
Jacket di badan ditanggalkan lalu dilemparkan di sofa yang berdekatan dengan sliding door. Api kemarahan mula memuncak. Dahi dipicit pelahan. Entah kenapa tiba-tiba saja dia rasa seperti mahu meletup saat mereka bercerita kisah cinta Adellya dan Zafran.

Keluhan kasar dilepaskan. Kaki perlahan-lahan melangkah ke beranda. Tangan diletakkan atas pagar beranda. Mendongak ke bawah. Mahu melihat suasana sekitar hotel pada waktu malam. Mungkin dengan cara ini dia dapat menghilangkan perasaan sesak yang dia rasa saat ini.

*************************************

Sepi. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut mereka berdua. Hanya memilih untuk berdiam diri dengan berbaring di atas rumput sambil memandang langit malam. Cantik. Bintang yang membanjiri langit gelap itu.

Seharian mereka meluangkan masa bersama dengan bersiar-siar di sekitar kota London. Tidak penduli dengan rakan-rakan yang lain termasuk suaminya. Adellya hanya ingin meluangkan masa untuk bertenang dan melupakan sebentar masalah mereka suami isteri.

Dan sekarang adalah waktu yang tepat untuk dia khabarkan satu berita yang bakal membuatkan Zafran bahagia. Dan dia juga berdoa dengan keputusan ini juga dia akan bahagia. Itu yang diharapkannnya selama ini. Berbahagia.

“Zaf...”

“Hmm?”

“I have something to tell you.” Ucap Adellya sambil memandang wajah Zafran yang berbaring di sampingnya itu.

“Apa dia, dear?” Soal Zafran tanpa memandang Adellya. Takut untuk mendengar ‘something’ itu. Takut dia bakal kecewa. Lebih baik dia buat keputusan awal-awal untuk tidak memandang wajah jelita itu dulu.

“You still ingat janji yang you buat dengan I pada malam tu if I give you a chance?” Walaupun perlahan masih dapat didengari oleh Zafran. Jantung mula berdengup laju.

“Ya.. Yaa. I ingat. But, why?” Soal Zafran dengan perasaan berdebar. Dia masih ingat kejadian pada malam itu dan juga janji yang telah dia ucapkan.

“You betul-betul akan tunaikan janji-janji tu kalau I give you that chance?” Laju Zafran bangun dari pembaringannya dan memandang wajah jelita itu. Bergurau? Tak. Wajah itu langsung tidak ada tanda-tanda bergurau. Dan akhirnya. Senyuman bahagia terlakar di wajah mereka berdua.

Bersambung...

Sorry lame sangat menyepi di dalam gua yang indah. Hehe. Sorry sagngat-sangat. By the way, Sya nak tanya ni, korang rasa story yang Sya post ni panjang sangat ke? Detail sangat ke? Sebab ada beberapa person cakap. So, Sya nak tanya korang lah. Kalau panjang detail sangat takut korang bosan pulak.

Terima kasih ya, masih setia dengan Sya. Hehe. Love ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 10:19 PM | Show all posts
NHSMUM replied at 5-2-2015 01:58 PM
Part 8

Kakinya berlari anak selepas keluar dari lif. Tidak mahu meninggalkan Adellya terlalu lama ...

tt. 2014?

now dah 2015 taw. I was like, Wat de?

HAHA. Okay je aku tengok tt.LOL. Jap, aku  baca jap.Haha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2015 10:26 PM | Show all posts
Esmiria replied at 5-2-2015 11:19 PM
tt. 2014?

now dah 2015 taw. I was like, Wat de?

Yaaa. I know. Jangan kata korang je. Sya pun cakap dekat diri sendir, daa lame gile tak upadate. Yaa. So sorry. Sebab banyak sangat berlaku after SPM. Lepas tu, dengan idea yang malas nak bertadang dalam kepale ni, hailaaaa. Kenape? Kenape? Thanks by the way. Sebab SYa rase macam panjang and, takut korang boring panjang panjang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 11:05 PM | Show all posts
NHSMUM replied at 5-2-2015 02:26 PM
Yaaa. I know. Jangan kata korang je. Sya pun cakap dekat diri sendir, daa lame gile tak upadate. Y ...


Ahh..im.so in love..haha.

Ok cmni.biar aku bca dulu.then aku kasi komen okay? Hoho.  Perghh..happy giler aku skrng ni..itu sbb ada mood nk bca cerpen cinta.Hawhawhaw. Ko 18 kan......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2015 11:21 PM | Show all posts
NHSMUM replied at 5-2-2015 02:26 PM
Yaaa. I know. Jangan kata korang je. Sya pun cakap dekat diri sendir, daa lame gile tak upadate. Y ...

Wei tt..aku dah bca yg page 1. Dan aku rasa macam.aku baca novel.Ke aku yang tak reti menilai... Ada yg ko detailkn...

Cerpen panjang memang camni ke? Aku rsa, aku buat cerpen pnjng tk ada yg detsil kot ke aku yg tak perasan..

Aku bkn nk poyo la .HAHA..

Ya, btul kata org tu.ada detail.mcm novel wei!Hoho...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 11:50 PM | Show all posts
Esmiria replied at 6-2-2015 12:21 AM
Wei tt..aku dah bca yg page 1. Dan aku rasa macam.aku baca novel.Ke aku yang tak reti menilai... A ...

Yaaa Sya baru 18. Why? Hmmm, Sya pun rasa macam terlalu detail jugak. Haih. InsyaAllah Sya akan baiki lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 12:51 AM | Show all posts
NHSMUM replied at 5-2-2015 03:50 PM
Yaaa Sya baru 18. Why? Hmmm, Sya pun rasa macam terlalu detail jugak. Haih. InsyaAllah Sya akan ba ...

Ko tahu dok..dulu aku cht dgn org dlm fb..asal aku tnya pasal background diorang, diorang tanya  napa..Sekarang, aku kata ko 18, ko tanya napa. Dah aku agak, tkleh ke sampai tanya napa....

Actually part 1-4 tu ko boleh cerita je.Tak payah babak tu.. Aku tahu sebab aku bese buat  cerpen..HAHA. Wei, aku tak ketawakan ko k..Aku suka bubuh ’haha’ dalam komen means aku gelak..gelak means happy.

Tapi ikut ko la. Aku dok kisah. Ko punya karya kan.  Gaya bahasa ko sedap tapi part 1 tu ada yg perkataan dekat2..sedikit nafsu membca tu menurun..Hoho.

Aku rsa tu je la kot nk komen sbb aku ni still gaya mnulis level rendah. Mengarut je karya aku..Err...


HAHA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 01:31 AM | Show all posts
Esmiria replied at 6-2-2015 01:51 AM
Ko tahu dok..dulu aku cht dgn org dlm fb..asal aku tnya pasal background diorang, diorang tanya  n ...

Memang lumrah manusia macam tu kalau orang tanye umur then dorang akan tanye why. Haaa, ape daaa aku merepek ni. By the way thanks sebab bace karya aku. Terima kasih jugak untuk komen kau tu. Weh aku bukan marah eh. Aku serius ni ucap thanks. Hehe. Hope kau pun akan berjaya dengan karya karya kau. Aku pun baru jugak. Kadang-kadang ada jugak rase dalam diri ni macam mengarut je apa yang aku taip tu. haaa macam sekarang laaa. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 08:24 AM | Show all posts
sedihnya... kesian lea...jahat si hareez ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 09:57 AM | Show all posts
Ala biar lah apa org nk ckp...asal kan kita tahu apa yg kita buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 04:19 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-2-2015 09:24 AM
sedihnya... kesian lea...jahat si hareez ni...

A'ahhh kan? Entah ape ape je Hareez ni. Hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 04:25 AM | Show all posts
fatimz replied at 6-2-2015 10:57 AM
Ala biar lah apa org nk ckp...asal kan kita tahu apa yg kita buat...

Tulah. Sya pun sebenarnye tak kisah pun ape orang nak cakap. Tapi kadang kadang Sya kene ambik tahu jugak. Takut dorang bosan dengan jalan cerita yang Sya buat terlalu panjang ni. But, alhamdulillah. Masih dapat diterima oleh para pembace yang lain. Thank you to you sebab masih setia dengan Sya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
baru baca tadi.. best gak bahasa tt.. nanti sambung g
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 08:50 PM | Show all posts
Leafumi replied at 7-2-2015 04:21 PM
baru baca tadi.. best gak bahasa tt.. nanti sambung g

Thanks dear. InsyaAllah nanti Sya sambung yaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung jangan tak sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:04 AM | Show all posts
sambunglah tt lama dah menunggu nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065802 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list