CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NHSMUM

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan

  [Copy link]
Post time 24-2-2015 02:33 PM | Show all posts
i rasa tt ada masalah nak buat ending ni.. nak dgn zafran ke nak dgn hareez ke.. hahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2015 10:34 PM | Show all posts
anisania replied at 24-2-2015 03:33 PM
i rasa tt ada masalah nak buat ending ni.. nak dgn zafran ke nak dgn hareez ke.. hahahaha.

Haha. Macam ahu tahu je yang Sya tengah pening nak pilih sape. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 08:37 AM | Show all posts
hahaha...ingat dh ada sambungan nya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:16 PM | Show all posts
NHSMUM replied at 3-3-2015 02:34 PM
Haha. Macam ahu tahu je yang Sya tengah pening nak pilih sape. Hehe

Tt, ko tahu tak ase ko punya cerpen detail? sebab ko cerita hal kecil lebih.

Ko patutnya fokus hat utama jer.

Wait. ko ni,buat cerpen ke cerpan?


tt, ada masa. jenguk thread cerpen aku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 04:53 PM | Show all posts
NHSMUM replied at 3-3-2015 10:34 PM
Haha. Macam ahu tahu je yang Sya tengah pening nak pilih sape. Hehe

nak lagi tt..please,,addicted..doesnt matter cerpen or novel but i like it  5/5 star for u!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 10:31 PM | Show all posts
Part 9

Ting! Tong! Ting! Tong!

“Wait a second!” Laung Adellya. Pelik. Bukan ke dia dah beritahu Zafran tunggu dia dekat lobby? Kenapa tiba-tiba pula datang ke biliknya? Tanpa mengintai siapa di lubang kecil itu, Adellya terus membuka pintu.

“Zaf, I...”

Tercengang. Terkaku. What’s he doing here?

“Morning.”

Tanpa izin sepasang kaki tetamu yang tidak diundang itu laju melangkah masuk ke dalam bilik Adellya.

“So, are you ready to fly back?”

“What are you doing here, Reez?” Tanpa menjawab soalan Hareez laju dia menembak suaminya dengan soalan lain.

“Saja datang nak melawat isteri I. Salah?” Soal Hareez sinis.

“You should not be here.” Mata memandang jejaka yang segak berpakaian juruterbang di depannya ini. Mereka akan terbang balik ke Malaysia dalam masa beberapa jam lagi. Sudah seminggu dan sudah sampai masanya untuk mereka pulang ke tanah air. Untuk menguruskan hal-hal yang patut diselesaikan dengan segera.

“Why not?” Hareez menjatuhkan badannya di atas katil queen tanpa menghiraukan pandangan tajam Adellya.

“Or you takut Zafran tahu I ada dalam bilik you?”

Adellya memejamkan matanya rapat. Tidak mahu melayan kepala Hareez yang kadang-kandang okey, kadang-kandang tidak okey.

“Kalau you tak ada apa-apa nak cakap, better you keluar dari bilik I. I have work to do.” Ucap Adellya menahan sabar.

“Okay. But, before I keluar, I nak tahu something. Where have you been last night? ” Soal Hareez menahan sabar.

“That’s not your business. So, pelease get out from here.” Kenapa nak tahu mana aku pergi? Sabarlah wahai duhai hati.

“I tak akan keluar selagi you tak jawab soalan I. And yes! This is my business, because you are my wife, Adellya!” Bentak Hareez.

“Yaa! I’m your wife. But, after today, I will become your ex wife. So, please, Hareez. Stop, stop pretending like you care about me.” Lirih sekali suara Adellya kedengaran di telinga Hareez.

“You... memang tak sabar nak sadang title janda kan?” Soal Hareez tiba-tiba.

Terbuntang mata Adellya. Ya Allah. Apa yang tak kena dengan suami dia ni? Bukan ke Hareez yang tak sabar nak sadang title duda? Dah kenapa dia pula yang dipersalahkan?

“Kenapa you tak jawab?”

“Hareez, tell me. Apa yang you tak puas hati dengan I sebenarnya ni? You kan yang tak sabar nak lepaskan I. Now, kenapa you cakap seolah-olah I yang mintak perpisahan ni?” Bidas Adellya.

Ting tong!

Ting tong!

Belum sempat Hareez membalas kata-kata Adellya, loceng bilik hotel berbunyi menandakan ada yang datang.

Zafran. Entah kenapa, hati Adellya kuat mengatakan bahawa manusia yang menunggu di luar ialah Zafran. Laju mata memandang tajam ke arah Hareez. Hatinya sakit melihat Hareez yang berpeluk tubuh.

“You tak nak tengok siapa yang datang ke?” Soal Hareez sinis.

“Entah-entah kekasih hati you yang datang.” Sambung Hareez dengan senyum sinis.
Laju kaki melangkah ke pintu. Saat pintu dibuka, bukan main laju jantungnya berdegup. Seperti dia telah melakukan kesalahan dan tertangkap oleh Zafran.

“Hai, Lya.” Sapa Zafran dengan senyuman mesra.

“Errr.. Hai. You buat apa dekat sini?” Soal Adellya tergagap-gagap.

“I tunggu you kat bawah tadi, tapi you tak turun-turun. Tu yang I naik ni. Takut you terlajak tidur.” Jelas
Zafran sambil tergelak kecil.

“Haaa, I... I.. ada nak packing a few things lagi ni. You turunlah dulu. Nanti bila dah siap, I turun. Okay?”

“Laaa, takpelah. Kita turun sekali je. I tunggu you.”

“No! No. I mean, Nanti you bosan pulak kalau tunggu I kat sini. Why not you turun. Then, you having a chit chat dengan yang lain dulu sambil tunggu I?” Kalut Adellya memberi alasan kepada Zafran.

“Lya, what’s wrong with you? You okay ke tak ni?” Pelik Zafran melihat tingkah laku Adellya. Kabut semacam saja.

“It’s okay. I boleh tolong you packing barang mana yang tak packing lagi tu.” Laju saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik hotel Adellya. Tidak sempat Adellya menghalang kapten muda itu.

“Barang mana lagi...” Terkedu. Itu yang dapat Zafran gambarkan. Melihat Hareez yang enak berbaring di atas katil queen itu. Sakit mula menjalaar di dadanya. Sesak untuk dia bernafas dengan baik. Patutlah tak nak bagi aku tunggu. Rupanya dah ada yang datang membantu.

Adellya hanya dapat memejamkan matanya. Tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi selepas ini. Dia tahu apa yang Zafran rasakan saat ini. Sumpah dia tidak berniat nak lukakan hati Zafran.

“Hey, Zaf. Kau buat apa kat sini?” Sapa Hareez buat-buat terkejut.

“Hareez. Aku tak tahu pulak kau ada kat sini.” Suara dikawal baik. Tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang marah saat ini.

“Laaa, tak akan nak masuk bilik isteri sendiri pun salah kot.” Ucap Hareez dengan sinis.

“Reez!”

“Right. Tak salah. Aku yang salah sebenarnya datang masuk bilik isteri orang.” Sampuk Zafran sebelum Adellya berkata-kata.

“Zaf...” Sayu suara Adellya memanggil dirinya.

“I should go now, Lya. I tak tahu you ada dengan suami you. Kalau I tahu I tak ganggu. Sorry.” Ucap Zafran sayu sambil melangkah keluar.

“Zaf, wait. I boleh jelaskan.” Pinta Adellya sambil menarik lengan jejaka itu.

“No need, Lya. Tak ada apa-apa yang you nak jelaskan. He’s your husband, so...” Senyuman hambar dihadiahkan kepada Adellya sebelum melangkah pergi meninggalkan Adellya terkaku di depan pintu biliknya.

Ya Allah! Kenapa ini yang terjadi?

Dengan perasaan marah, laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Tanpa menghiraukan Hareez yang berdiri di situ, dia mengapai segala barang-barangannya dan melangkah keluar. Tidak mahu membuang waktu dengan melayan karenah Hareez.

Tidak terkata Hareez melihat Adellya laju melangkah keluar meninggalkan dia sendiri di situ. Tanpa sepatah kata. Tak akan marah kot? Kaki laju mengikut jejak langkah Adellya.

***********************************************
Sunyi sepi di dalam lif membuatkan Adellya terasa sedikit kekok berdiri di samping Hareez. Yelah, dah lama tak berjumpa. Tup tup bila dah jumpa perkara yang tak dijangka pula berlaku.

“Ehem!” Deheman kecil dari Hareez tidak dihiraukan. Malas mahu melayan lelaki itu. Buat sakit hati je. Hai, lambat pula lif ni bergerak.

“Adel...”

Ting!

Kaki laju melangkah meninggalkan Hareez. Panggilan Hareez dibiarkan. Sepasang matanya laju mencari susuk tubuh seseorang. Hati itu perlu dipujuk. Dirinya baru saja ingin merasakan kebahagian, ini pula jadinya.

Kepala dipusing ke belakang. Lelaki yang dari tadi mengejarnya sudah tiada. Malas nak ambil tahu mana dia pergi.

“Sarah.”

Sarah yang berdiri di dalam kelompok itu berpaling.

“Hey, Adel. Apasal kau lambat sangat turun? Dari tadi Kapten Zaf cari kau.” Kata Sarah dengan senyuman penuh makna.

“Kau ada nampak Zafran tak?” Soal Adellya.

“Zafran? Amboi, dah tak ada lagi dah Kapten dekat depan ya. Kau ada hubungan dengan Kapten ae?” Usik Sarah.

“Ishhh! Kau ni. Dahlah. Biar aku cari dia sendiri.” Tanpa menghiraukan Sarah dia melangkah mencari jejaka itu.

Matanya menangkap susuk tubuh jejaka itu. Belum sempat dia mengahampiri, Zafran melangkah masuk ke dalam bas yang akan membawa mereka semua ke airport. Keluhan dilepaskan. Dengan perasaan kecewa Adellya melangkah. Mungkin dia patut memberi masa untuk Zafran bertenang. Nanti dia akan curi sedikit masa untuk memujuk jejaka itu.

********************************************
“Sure, babe. Leena, I have to go now. Bas kitorang dah sampai ni. Nanti bila I dah selamat landing, I call you, okay baby?”

“........”

“Yaaa, love you too.” Bibir mengucap kata cinta kepada gerangan di sana. Tetapi mata memandang wanita di sini yang berdiri jauh darinya itu. Satu perasaan hadir bertandang ke dalam hatinya saat memandang wajah itu. Entah apa dia juga tidak tahu. Yang dia pasti saat Adellya bersama Zafran, dia cemburu. Hatinya sakit. Tak akan cintanya terhadap Eleena sudah berpaling semula kepada Adellya?

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2015 07:38 AM | Show all posts
hareez sewel dh TT...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 12:41 PM | Show all posts
NEED MORE...ADDICTED...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 12:43 PM | Show all posts

kan?
hareez dh rasa sayang balik ngan isteri die..lumrah lelaki mmg mcm 2 ye?
dpan mata xnmpk.. kejar yg xnmpak..
bila dpan mata nak blah baru terasa ade cinta di hati..
pelik2 cinta ni kan?




maaf ye? saja interrupt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 01:16 PM | Show all posts
mama_donut replied at 13-3-2015 12:43 PM
kan?
hareez dh rasa sayang balik ngan isteri die..lumrah lelaki mmg mcm 2 ye?
dpan mata xnmpk.. ...

betul tu @mama_donut... fikiran manusia ni memang kompleks... tak akan pernah puas dgn apa yg mereka miliki...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 01:49 PM | Show all posts
dengan ini i isytiharkan i vote #teamzafran. ha ko siap hashtag lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 02:34 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 13-3-2015 01:16 PM
betul tu @mama_donut... fikiran manusia ni memang kompleks... tak akan pernah puas dgn apa yg mere ...

@zamzam 2013 itu lah kelebihan dan kekurangan manusioa yang Allah ciptakan kan?

this just a story, can u imagine if it is a reality and we faced it?


i think i can't face like her..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 02:35 PM | Show all posts
anisania replied at 13-3-2015 01:49 PM
dengan ini i isytiharkan i vote #teamzafran. ha ko siap hashtag lagi.

@anisania..memang terbaik..dengan hashtag xtahan!! huhuhu


#zafranthebest
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 06:53 PM | Show all posts
mama_donut replied at 13-3-2015 02:34 PM
@zamzam 2013 itu lah kelebihan dan kekurangan manusioa yang Allah ciptakan kan?

this just a sto ...

saya setuju... Allah ciptakan manusia berbeza karektor... hanya insan istimewa je diangkat martabat oleh Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2015 03:11 AM | Show all posts
Part 10

Masuk hari ni dah seminggu mereka semua pulang dari London. Dan seminggu itu jugalah hidupnya terasa sunyi sepi tanpa gangguan dari seorang lelaki bernama Zafran. Keluhan dilepaskan. Sudah banyak kali dia menghubungi lelaki itu, tetapi tiada sebarang jawapan dari sana. Di tempat kerja juga dia tidak nampak batang hidung kapten muda itu. Ingin saja dia berputus asa. Tapi, apabila memikirkan kesakitan yang dihadiakan oleh Hareez dan kesungguhan Zafran menunggu dirinya selama ini, cepat-cepat dia batalkankeputusan itu.

Hareez pun satu hal. Entah mana hilangnya. Cakap sebaik saja mereka tiba di Malaysia, pekara pertama yang ingin lakukan ialah selesaikan masalah mereka berdua. Penceraian. Tapi, sehingga hari ni tiada sebarang tindakan daripada lelaki itu. Mana pergi entah mamat itu. Ditelan bumi agaknya.

Dia bukannya tidak sabar untuk bercerai. Dia setuju dengan keputusan Hareez pun sebab dia langsung tidak nampak sinar kebahagiaan dan cinta dengan Hareez. Memang dia mahu teruskan perkahwinannya ini. Tapi, kalau suaminya sudah tidak sayangkan dia lagi, buat apa dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu. Buang masa dan tenaga.

Sedang dia memikirkan masalah yang dihadapinya itu, telefon bimbitnya berbunyi. Laju dia memandang ke arah screen telefonnya. Tertera nama Zafran di situ. Terkejut. Dengan perasaan berdebar, dia menjawab panggilan tersebut.

“Hai.”

“Hai, Zaf.”

“Lya, I miss you...” Dan setitik dua titik air matanya meluncur laju di pipi. Dia juga rindukan lelaki itu. Tapi berat untuk dia mengatakannya. Dia tahu, berdosa merindukan lelaki lain sedangkan dia masih lagi isteri kepada Hareez.

Ya Allah! Ampunilah dosa ku Ya Allah.

********************************************

Pagi itu, dia bangun dengan senyuman di bibir. Dia sudah membuat keputusan. Dia ingin pindah dari rumah mertuanya itu. Setelah berbual dan terangkan kejadiaan seminggu yang lalu kepada Zafran, dia ingin bertindak dengan cepat. Dan ingin masalah dia dan Hareez diselesaikan dengan segera.

****************************************************

“Ibu... ayah,” Panggil Adellya.

“Ya, Adel. Ada apa?” Tanya Puan Iman. Encik Hisyam hanya memandang Adellya dengan penuh tanda tanya.

“Adel ada something nak bincang dengan ibu dan ayah. Adel harap ibu dan ayah izinkan Lya.” Ucap Adellya.

“Adel, ada apa ni? Adel nak bincang apa dengan kami?” Soal Puan Iman. Pelik dia melihat Adellya seperti teragak-agak.

“Adel ingat Adel nak pindah.”

“Pindah?!” Soal Puan Iman dan Encik Hisyam serentak.

Adellya hanya mengangguk dengan kepala tertunduk memandang kaki.

“Tapi kenapa? Adel tak suka duduk dengan kami ke?” Soal Puan Iman dengan sayu.

“Sebab Hareez ke?” Soal Encik Hisyam pula. Adellya hanya mendiamkan diri. Tidak mampu untuk menjawab.

“Hmm, betul lah tu.” Melihat menantunya itu hanya berdiam diri, sangkaannya itu betul.

“Adel dah tanya Hareez pasal ni?”

“Belum.”

“Macam mana Adel nak pindah kalau Adel tak tanya Hareez.”

“Hareez, dah seminggu Adel tak jumpa dengan dia, yah. Dia pun sekarang mungkin tengah sibuk dengan kekasih hati dia. Mana nak ingat Adel.” Ucap Adellya perlahan. Ibu bapa mertuanya hanya mampu mengeluh dengan sikap anak lelakinya itu.

Dah ada yang sempurna depan mata, masih lagi sibuk nak cari yang lain dekat luar. Nanti bila tak ada depan mata mulalah tercari-cari. Lelaki.

“Adel dah ada tempat untuk tinggal? Kalau belum, ayah tolong carikan.” Adellya panggung kepala melihat wajah Encik Hisyam.

“Jadi, ayah izinkan Adel pindah?” Soal Adellya dengan muka berseri-seri. Anggukan menjadi jawapan.

“Abang! Abang nak biarkan Adel duduk dekat luar? Nanti dia sorang-sorang, tak ada siapa nak temankan dia. Kalau dia duduk dengan kita, senang sikit kita nak jaga dia sakit ke apa ke.” Belum sempat Encik Hisyam buka mulut “Lagipun, Adel tu dah lah susah nak makan, kalau ada kita, senang sikit kita nak suruh dia makan..” Encik Hisyam dan Adellya hanya tergelak mendenga r bebelan Puan Iman. Dia juga tidak mahu Adellya pindah, tapi demi kebahagiaan Adellya, dia terpaksa benarkan menantunya itu untuk mendapatkan ruang dan ketenangan setelah apa yang terjadi.

Bukan senang untuk seorang perempuan menghadapi cabaran dan dugaan seperti menantunya itu. Dia hanya mampu berdoa semoga anak dan menantunya itu mendapatkan kebahagiaan.

**********************************************************

“Hey!”

“Opocot kau!” Laju kepalanya berpaling.

“Zaf!”

“You melatah, dear? Tak sangka pula perempuan cantik macam you ni melatah.” Gelak Zafran sambil menaril kerusi kayu bertentangan dengan Adellya.

“Kenapa? You ingat mak nenek je yang melatah? Perempuan macam I tak boleh? Entah-entah you lagi kuat melatah dari I.” Jeling Adellya.

“Okay, okay. I tak nak gaduh.” Kedua-dua belah tangan di angkat tanda menyerah.

“Kita bergaduh ke sekarang?” Soal Adellya.

“You ni kan, nak je I cubit you.” Geram Zafran dengan Adellya yang suka main-main.
Suka dia melihat senyuman di wajah Adellya. Seminggu lalu dia lancarkan perang mogok dengan Adellya. Tapi, dia tak tahan nak merajuk lama –lama. Akhirnya, dia mengalah.

“So, dear. You dah bincang dengan ibu dan ayah mertua you pasal permindahan you tu?” Soal Zafran.

“Dah.”

“So?”

“So, apa?”

“So, bila you nak pindah?”

“I tak tahu lagi. But, A.S.A.P. Why?”

“Nothing, just asking.”

Zafran memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Baru seminggu tidak berjumpa dengan kesayangan. Terasa bagaikan beribu tahun. Ayat!

****************************************************************

Tidak tahan menunggu, Adellya terpaksa buat keputusan untuk menghubungi Hareez. Dah masuk 2 minggu, tapi lelaki itu masih menyepikan diri. Ke mana hilang pun dia di tidak tahu.Lusa dia akan berpindah salah satu ke kondo milik Zafran.

Kalau boleh dia tak nak masalah dia dengan Hareez berpanjangan. Bukannya dia tidak sabar untuk menyandang gelaran janda, kalau boleh dia masih mahu teruskan perkahwinannya bersama Hareez. Tapi, kalau hanya dia yang mahu berusaha tapi tidak Hareez apa gunanya. Baik tamatkan saja perkahwinan ini.

Jari-jemari sibuk mendail nombor telefon suaminya. Masih tetap seperti hari-hari lalu, voice mail. Haih, kalau susah sangat nak angkal call orang tu, baik buang je phone tu dalam laut. Bagi ikan makan.

Penat mendengar suara perempuan menjawab dia membuat keputusan menghantar pesanan Whatsapp. Harap-harap kau balas lah.

‘I nak jumpa dengan you. Ada urusan yang masih belum kita selesaikan. Kalau boleh I nak selesaikan secepat mungkin.’ – Adellya.

Ting!

Huikkk. Cepatnya balas, orang call tak angkat pula. Whatsapp balas pula. Mangkuk hanyung betul. Buat habis prepaid aku je mamat ni.

‘Sure. Set the date and place. Then, we meet.’ ¬– Hareez.

‘Tomorrow , 11a.m. Starbucks, Pavillion.’  - Adellya.

‘Why tomorrow Adel? You dah tak sabar nak kahwin dengan buah hati you ke?’ – Hareez.

Mamat ni! Memang saja nak naikkan darah aku.

‘So, tomorrow. Don’t forget. Why not you set dalam reminder you? I takut you lupa pula ‘date’ kita esok. Sekarang kan you mudah lupa kalau perkara yang berkaitan dengan I. Okay, see you tomorrow!’  - Hareez.

Send! Huh. Malas dia nak layan perangai Hareez yang kadang-kadang tak betul.

**************************************************

Telefon berdering dibiarkan. Bukan sengaja dia tidak mahu menjawab tapi, keadaan tidak mengizinkan. Tangannya gatal-gatal mahu menjawab. Terpaksa dia biarkan.

“Sayang, kenapa tak angkat call tu?” Soal Eleena. Dari tadi telefon Hareez berdering tapi tuan telefon buat tidak tahu saja dengan telefon itu.

“Saja. Malaslah.” Padahal dalam hati dia nak sangat jawab.

“Jawablah. Mana tahu panggilan penting kot.”

“Wrong numberlah tu.”

“Kalau wrong number, tak akan banyak kali dia call you.”

Ting!

Tangan laju mengapai telefon di meja. Ikon whatsapp dibuka.

‘I nak jumpa dengan you. Ada urusan yang masih belum kita selesaikan. Kalau boleh I nak selesaikan secepat mungkin.’ – Adellya.

Urusan? Mesti soal hubungan dia dan Adellya.

‘Sure. Set the date and place. Then, we meet.’ ¬– Hareez.

Send!

‘Tomorrow , 11a.m. Starbucks, Pavillion.’  - Adellya.

Esok? Dalam kepala mula terbayang jadualnya esok. Dia memang free esok. Jadual untuk dia terbang pun 2 3 hari lagi. Tapi, dia rasa terlalu awal untuk mereka bincangkan soal hubungan mereka berdua.

‘Why tomorrow Adel? You dah tak sabar nak kahwin dengan buah hati you ke?’ – Hareez.
Saja dia ingin naikkan kemarahan Adellya.

“You text dengan siapa tu?” Suara Eleena memecahkan lamunan dia.

“Tak ada siapa-siapa. Just kawan I.” Balas Hareez.

‘So, tomorrow. Don’t forget. Why not you set dalam reminder you? I takut you lupa pula ‘date’ kita esok. Sekarang kan you mudah lupa kalau perkara yang berkaitan dengan I. Okay, see you tomorrow!’  - Hareez.

Makkk aihhh! Ayat tak dapat diterima langsung. Sedikit sentap hati dia saat membaca balasan daripada Adellya.

Jari-jemari yang baru saja mahu membalas pesanan itu dibatalkan saat melihat last seen Adellya. Esok-esok jelah dia balas balik. Senyuman sinis dilakarkan. Tak sabar esok untuk berjumpa dengan isterinya itu. Dua minggu dia tidak melihat wajah jelita itu. Wajarlah dia merasa rindu.

Ya Allah! Apa tak kena dengan aku ni?

Bersambung...

*Guys, sorry if part ni macam kurenggg. Sya rasa macam berterabur je. Happy reading yaa. Loveya!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa hareez ni bodoh sangat?  Bini sikit punya lawa...  Masih nak cari yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 09:13 AM | Show all posts
NHSMUM replied at 14-3-2015 03:11 AM
Part 10

Masuk hari ni dah seminggu mereka semua pulang dari London. Dan seminggu itu jugalah hidu ...

Huikkk. Cepatnya balas, orang call tak angkat pula. Whatsapp balas pula. Mangkuk hanyung betul. Buat habis prepaid aku je mamat ni.


dear..Adel keje prmugari..xkan gna prepaid kot....

byk juga bca ..ank org kaya tp gn prepaid....trtanya2 juga ada ke ank org kaya gn prepaid....

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 03:34 PM | Show all posts
plot berterabur.. mungkin sbb dia nak cepat tp ada beberapa perkara x paham

lya tu stewardess kan? kenapa dlm 4 tahun dia x berkesempatan nk g jenguk laki dia walau dimana mamat samdol tu berada? dlm 4 thaun tu takkan xde communication?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:45 AM | Show all posts
Salam pagi Jumaat dan Salam GST....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 08:26 AM | Show all posts
cegitu replied at 3-4-2015 07:45 AM
Salam pagi Jumaat dan Salam GST....

Selamat gst? haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.092449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list