View: 3114|Reply: 3
|
Dyana Sofya Cetuskan "Tsunami Bodoh Membodoh" Antara Pas & Dap
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menganggap pemimpin DAP sebagai golongan yang dangkal dan tidak cerdik kerana mendakwa isu hudud yang ditimbulkan PAS Kelantan punca kekalahan calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, antara pemimpin DAP yang membuat tuduhan dangkal dan melulu tersebut ialah Kim Quek dan Gobind Singh Deo.
Nurul Islam menyifatkan kekalahan DAP dalam PRK itu bukan disebabkan isu hudud, tetapi kerana ramai pengundi berasakan DAP tidak banyak melakukan perubahan di kawasan parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun lalu.
“Nasihat saya kepada pimpinan berhentilah `menembak’ PAS agar kelemahan DAP dapat ditutup. Keputusan PRK Teluk Intan sangat membimbangkan DAP kerana isyarat kejatuhan (DAP) sudah mula kelihatan.
“Kalaulah DAP merasakan dengan menyalahkan PAS akan menutup kelemahan dalaman DAP, maka mereka silap kerana ia sebenarnya membuka lebih luas pintu kejatuhan DAP,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nurul Islam turut membayangkan pencalonan Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP antara punca kekalahan parti tersebut dalam PRK Teluk Intan memandangkan undi yang diperolehi calon Barisan Nasional (BN) ketika PRU-13 dan PRK baru-baru ini hampir sama dan undi yang diperolehi DAP pula turun 7,480 undi.
Justeru, katanya, terdapat kemungkinan boikot secara senyap oleh pengundi Cina yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dyana Sofya selepas mengetahui ibunya adalah ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Kata beliau, kajian oleh Dr. Ngreng Miang Hong dari `UCSI Poll Research Center’ mendapati hanya 12 peratus responden dari kumpulan pengundi Cina yang mengambil berat isu perlaksanaan hudud yang dicadangkan kerajaan PAS Kelantan sebelum ini.
Jelasnya, ia bermakna sebelum PRK Teluk Intan terdapat dapatan bahawa DAP tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan isu hudud. Ia juga dapat dilihat apabila keputusan calon DAP Ram Karpal berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 meskipun peratusan keluar mengundi hanya 56.27 peratus dalam PRK Bukit Gelugor.
“Ini menunjukkan bahawa tiada kesan hudud ke atas PRK Bukit Gelugor. Bagaimana pula PRK Teluk Intan boleh terkesan dengan isu hudud walaupun calon mereka awal-awal lagi telah mengisytiharkan tidak akan menyokong hudud sekiranya menang,” soalnya. – mynewshub.my
|
|
|
|
|
|
|
|
tu gambar menangis kalah ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik tp benar dn kputusan tk jangka prtandingan ratu cantik d menangi seorang apek, |
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 5-6-2014 08:17 AM
tu gambar menangis kalah ke????
zaman berzaman ko kena post banhammer
ko berhentilah berforum
|
|
|
|
|
|
|
| |
|