CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

~MERGED~ History Turkey: Atarturk/Ottoman and Empire

 Close [Copy link]
Post time 14-8-2003 10:13 PM | Show all posts

salam,

sb  tulah situasi berubah tapi..priciples, atau urutan peristiwa tu ttp sama..like globalisasai kuasa barat dlm memonopoli perdaganganrempah atau .VOC belanda Dan KHTI ( kompeni hindi atimur Inggeris) depa dua ni hanya bermula dr pada p[erdaganag tapi kemudian kita melihat...apa? penjajahan.....dan ini pula serupa dgn globalisasi...
wassalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2003 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 14-8-2003 10:13 PM:
sb  tulah situasi berubah tapi..priciples, atau urutan peristiwa tu ttp sama..like globalisasai kuasa barat dlm memonopoli perdaganganrempah atau .VOC belanda Dan KHTI ( kompeni hindi atimur Ingger ...


hmm .. make sense gak ... :stp:
Reply

Use magic Report

Lone_Ranger This user has been deleted
Post time 15-8-2003 02:17 AM | Show all posts
Originally posted by aLiN_82 at 14-8-2003 12:43 PM:
bila pandang ke depan... jgn lupa apa yg ada di belakang...


Aku hari tu sebab pandang depan dan belakang punya pasal aku langgar bas...nasib tak arwah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2003 02:58 AM | Show all posts
Originally posted by Lone_Ranger at 15-8-2003 02:17 AM:
Aku hari tu sebab pandang depan dan belakang punya pasal aku langgar bas...nasib tak arwah...


kira umur masih panjang lagi .... bersyukur ler masih idup n trus berforum kat sini ... ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2003 10:46 PM | Show all posts

ler...

side mirror ada utk pandang belakang.. tak yah lah nak pusingkan kepala nak pandang belakang...

selalunya, sejarah akan berulang, kalau kita tak belajar dr sejarah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2003 03:11 AM | Show all posts
Memang betul, kita sekarang dalam fasa neo-kolonisme, iaitu penjajahan secara budaya dan ekonomi, tapi kenapa mudah betul ekonomi ngan budaya negara-negara Islam dijajah? Apa yang menjadikan budaya barat kuat sangat? Mungkin kalau kita kaji rasional Kamal Atarturk secara objektif kita mungkin boleh cari sebab mengapa dia mahu menjadikan Turki sebuah negara Eropah. Ada sesapa tahu?

Pendapat aku sendiri:  kalau bukan ke barat, ke mana lagi Atarturk nak dasarkan wawasannya? Negara Islam? Negara Islam awal abad ke-20 bukan sahaja mundur, tapi opresif dan ditindas. China dan Jepun tertutup. Asia tatkala tu koloni Barat. Mungkin beliau boleh kaji sendiri Quran dan hasilkan satu wawasan baru, tapi itu akan memakan masa berpuluh-puluh tahun (sampai sekarang pertelingkahan orang Islam masih lagi superfisial. Para intelek Islam dari dulu sampai sekarang masih dipinggirkan).

Mungkin mula-mula dia mendapat kuasa, tujuan dia betul, tapi biasalah, macam kata Lord Acton, absolute power corrupts absolutely. Tapi yang nyata sekarang ni Turki lebih maju dari segi intelek daripada kebanyakan negara yang kononnya Islam hari ini. Mungkin masih banyak perlu diperbaiki, tapi jalan untuk memperbaikinya dah terbuka. Yang negara 'Islam' lain camna?

M-
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2003 02:10 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 16-8-2003 03:11 AM:
Memang betul, kita sekarang dalam fasa neo-kolonisme, iaitu penjajahan secara budaya dan ekonomi, tapi kenapa mudah betul ekonomi ngan budaya negara-negara Islam dijajah? Apa yang menjadikan budaya ...


rasa2 dah ada jawapan .. cuba tgk Flynye posting ... ada Fly paste linknya ...
cuba scroll dr bawah ke atas ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2003 01:09 PM | Show all posts

salam..Marquez and all...........

Masalahnya ?
Masalahnya  adalah multifactorial Marquez.

dr education hinggalah kepada asas pemahaman Islam yg dipegang yg deeply ingrained yg ntah kalau berforum pun saya masih akan bersikap sinikal.

Ade satu negara Islam yg kaya ttp still berkiblat ke arah barat. Policy mereka yg pro - barat. Ini tidaklah kita menyatakan semua di Barat itu salah ttp

KETIDAKUPAYAAN, pemimpin MEREKA  utk melakar vision and mission dgn jelas dan realistic. Sbb ape saya kurang pasti. Adakah mereka sudah berasa selesa dgn apa yg mereka ader? adakah kemewahan yg melimpah ruah iti manghakis nilai- nilai moral? apa sebenarnya  yg membuatkan negara islam ini terlalu mudah diserang/ I think satu jawapan yg  emotional sifatnya adalah mudah . Kejahilan . Kebodohan.

Tapi dgn melabelkan sesuatu masalah itu tidak ade faedahnya sekiranya kita ..still di takuk lama ..
jadi persoalan bijak  Marquez ni kita ...akan ..kupaskan apa alternativenya ...apa jln penyelesainnya adalah maksud saya di sini...

Apakah dgn belajaq bagaimana kejatuhan & kegemilangan empire Islam dulu dapat memberikan hints/ clues  akan resepi of their success dan downfalls?

sukalah saya jika diperpanjangkan perbincangn ini ttg point kegemilangan empire abbassiyah dan Uthmaniyyah dan juga k titik kemusnahan...
ini yg saya nak sanagt ..dr perbincanagn ini...

apa lagi negara islam yg maju tanpa mengikut telunjuk barat....apakah kesan langsung dr OIC ...saya percaya ader banyak saranan dibuat tapi kita nak tahu apakah yg mengekang perubahan ini?( barrier  to change )
:bg::bg::bg:
bless you all..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2003 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 17-8-2003 01:09 PM:
Masalahnya ?
Masalahnya  adalah multifactorial Marquez.

dr education hinggalah kepada asas pemahaman Islam yg dipegang yg deeply ingra ...



nice ... good review ..
ada sapa nak tambah ker?
Fly tgh takde idea lak ...  :stp::stp:
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 17-8-2003 05:45 PM | Show all posts
bnyk tul aku belajar, tambah la macam2 agi pasal empire Islam ke atau yg bersangkut paut
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2003 07:09 PM | Show all posts
Semalam aku baca sikit pasal sejarah Turki Moden (Bernard Lewis, read with a pinch of salt, of course). Turki sebelum kenaikan Attarturk (panggil AT jelah ok), berada dalam keadaan amat parah kerana menyokong Axis Jerman/Itali (?) yang kalah pada perang dunia pertama. AT naik kerana segala keputusan yang dibuat Khalifah (pemerintah Turki ketika itu) memalukan rakyat Turki dan menyebabkan Turki kehilangan banyak kawasan (perjanjian lepas perang yang amat menindas). Lalu AT melakukan pemberontakkan hingga kumpulannya diakui sebagai pemerintah tidak langsung Turki dan perjanjian perang yang berat sebelah ni dapat diubah. Tapi sampai takat ni, AT masih lagi mahu Khalifah menerajui negara.

Malangnya penentangan demi penentangan oleh Khalifah (dihasut oleh orang-orangnya) menyebabkan AT terpaksa menubuhkan kerajaan sendiri dan membuang Khalifah ketika itu dan menggantikannya dengan yang baru (yang mahu mengikut telunjuknya). Tapi bila Turki diubah menjadi sebuah republik, sistem Khalifah telah dihapuskan sama sekali.

Pendapat aku sendiri: Sistem Khalifah ini sebenarnya patut dihentikan selepas kematian Ali, sebab dinasti Umayyad (Abbasid dan seterusnya) telah menyalahgunakan institiusi ini dan menjadikannya hak warisan. Langsung tak Islamik bak kata orang (macamlah sistem beraja kat Malaysia ni.. he he). Sistem Khalifah selepas Ali telah menyebabkan empayer Islam diperintah oleh ramai manusia yang tidak layak, dan tidak arif menggunakan kuasa.

M-
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2003 11:00 PM | Show all posts

sekadar pandangan..

Originally posted by marquez at 2003-8-17 19:09:
Semalam aku baca sikit pasal sejarah Turki Moden (Bernard Lewis, read with a pinch of salt, of course). Turki sebelum kenaikan Attarturk (panggil AT jelah ok), berada dalam keadaan amat parah keran ...

yes after the event of KARBALA .., And that majlis timbang - tara ( MAJLIS TAHKIM ..kan??) antara Marwan Al - Hakam ker? and ???? Musa A- As...lepas tu ..semua jadi...monarki ...bukan syura'...tapi then  i tidak  pulak mengenepikan  sumbangan AL - MAkmun & Ar _ Rasyid dlm pembinaan budaya Ilmu..di lembah Furat And Dajlah..:bg:

so handed over to you ..anybody...:bg:
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2003 12:43 AM | Show all posts
who me??? i'm a reader only....
Reply

Use magic Report

The Kops This user has been deleted
Post time 18-8-2003 02:05 AM | Show all posts
Nice posting, Baikla.. ni Kops nyer pendapat
Sejak wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.,byk crisis pasal siapa yg bakal jadi ketua umat Islam.Syidinna Abu Bakar r.a di pilih,tapi ramai penyokong mengatakan Sydinna Ali la yg layak.Tapi Sydinna Ali tak melawan.Kemudiannya Sydinna Umar.selepas pembunuhan sydinna Umar, Islam mula berpecah selepas Sydinna utman mengambil alih.Ramai yg marah sebab Sydina Utman tidak mencari siapa ka sebenarnya yg perancang pembunuhan Sydina Umar.Kemudian,Sydinna Utman dikatakan mula memilih kaum karabatnya memegang tampuk jawatan besar dalam kerajaan.Ketika sydinna Utman wafat dibunuh, Sydinna Ali mengambil takala politik Islam bergelora.
Kemudian muncul seorang reformasi atau pembawa bencana?Namanya Muawiyah .Merupakan antara sahabat Nabi ketika hidup.Muawiyah memusnahkan sistem pemilihan berasaskan Majlis Syura.
Ini yg Kops lihat persamaan antara Muawiyah dan Mustapa Kamal.Kedua2 menjadi pencetus peralihan kuasa dari lama ke baru.Muawiyah menukar dari demokrasi ke monarki.Mustapa Kamal mengubah daari Monarki ke Demokrasi.
Muawiyah semasa menjadi Khalifah bani Umayyah, tidak meninggalkan hukum agama, pemodenan dan penyatuan struktur masyarakat Islam. Tapi dia meninggalkan pemilihan Khalifah mengikut demokrasi,pemilihan ketua2 daerah mengikut keberanian kepada ahli keluarga sendiri dan sekumpulan anti kerajaan Bani umayyah.
Bagaimana pulak Mustapa Kamal? dia tidak meningalkan pemodenan dan struktur masyarakat.Tapi dia meninggalkan Hukum Islam .Itu yg langsung tak bole diterima oleh separuh masyarakat Islam.berbeza dgn Muawiyah, Kamal telah menidakkan salah satu asas punca pembangunan tamadun Islam.Dia menekankan pemodenan yg 90% bukan berasaskan Islam.
Bagi Kops, Mustapa la yg org Islam pertama yg membuat agama Islam ini cuma laku di Masjid atau persatuan sahaja. Dia menyebabkan Islam sekarang sebagai satu agama yg terhad.Seperti berlaku dgn agama kristian dan Yahudi.
Sekarang ini mana ada negara didunia yg amalkan Total Islam.Paling mudah sistem bunga di bank.Islam melarang umat makan riba. tapi riba tetap wujud di mana2 negara Islam.
Mustapa Kamal ptut digelar Bapa pemodenan bukan Islam Turki.

[ Last edited by The Kops on 18-8-2003 at 02:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2003 02:06 AM | Show all posts
mmm...reading...mmmm...good...goood....
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 18-8-2003 07:53 AM | Show all posts
satu comparison yg menarik mengenai pemerintahan Muawwiyah-MK.....dari pemerhatian ako,
sebanenarnya, bagi MK, dia berhasrat menghapuskan semua nilai2 islam dlm kerajaan dan kehidupan rakyat turki adalah

1) sebab dia telah bermusuhan dgn org arab khususnyer org palestine..sebab?..dia pernah jadik gabenor (di bwh jajahan uthmaniyyah) kat palestine...tapih..dia berseteru ngn kerajaan arab lainnya,..jadik..dia pernah kalah di palestine dan melarikan diri ke Damascus (biladi-syam-syria)...
pastu..sekali lagi kalah...dan bila dia menang, dia dah post moetem kekalahan dia, dia igt org arab Pro british..tue dia marah sgt ngn org arab////...tu pasal dia nak menghapuskan nilai2 arab/islam dan mahu menikkan semnagt nasionalism di kalanagan rakyat turki..

2) aku tak igt ada satu perjanjian////..kalo sapa tau perjanjian tu, kasi tau....di mana British menmperakui turki di bwh pentadbiran MK...british sengaja menginstall turki kepada MK sebab dia tau, MK nie asal Yahudi...dan not that islamic, so, dia boleh mpergunakan rakyat turki mengikut lunas barat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2003 06:53 PM | Show all posts
fly: sorry masa aku post nampak link website melayu je! Thanks.

M-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2003 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 18-8-2003 06:53 PM:
fly: sorry masa aku post nampak link website melayu je! Thanks.

M-


takpa .. just nak bgtau jer ..
ur welcome ...
keep on posting guy ....
topik nih dah makin menarik utk dibaca n tambah ilmu ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2003 06:20 PM | Show all posts

ermmm

menarik..menarik.. teruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2003 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by aLiN_82 at 15-8-2003 22:46:
sejarah akan berulang, kalau kita tak belajar dr sejarah...

.....sejarah mengajar kita menjadi dewasa......akan tetapi yg sedihnya......ada dikalangan kita(rakyat malaysia) tidak mahu belajar sejarah..........!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.240899 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list