CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

★ B E R I TA _ H A R I _ I N I ★

[Copy link]
 Author| Post time 12-6-2014 08:47 AM | Show all posts
Penduduk heboh dakwaan kes cubaan culik
Posted on June 12, 2014, Thursday

MIRI: Dakwaan kes cubaan menculik kanak-kanak di Taman Tunku yang tersebar luas dalam laman sosial menggemparkan penduduk Miri, khasnya di kawasan Taman Jelita.

Meskipun belum terdapat laporan rasmi atau aduan polis dibuat berhubung dakwaan kes berkenaan, namun laman sosial Facebook khasnya menjadi medium peringatan kepada ibu bapa.

Dalam kenyataan menerusi laman sosial berkenaan, satu sindiket dipercayai berkeliaran mencari mangsa dan hampir menculik seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pekarangan rumahnya.

Sindiket juga dipercayai cuba memanggil kanak-kanak berkenaan untuk masuk ke dalam kereta, namun perbuatan tersebut telah dilihat oleh jiran berdekatan.

Menyedari tindakan itu diperhatikan, sindiket terbabit dipercayai melarikan diri dan meninggalkan kawasan berkenaan.

Selain penculikan, turut disebarkan menerusi Facebook ialah dakwaan kes pecah rumah yang melibatkan jurujual barangan atau produk, juga di kawasan berkenaan.

Meskipun tidak dilaporkan secara rasmi kepada pihak penguat kuasa, pengadu memberitahu terdapat sekumpulan jurujual yang aktif menjual barangan sambil ‘membanci’ penghuni dalam rumah.

“Hati-hati dengan orang luar terutama dengan plat kenderaan asing, mereka memberitahu hendak mempromosi barang dan pada masa sama berkeras mahu masuk ke dalam rumah,” kata pengadu dalam laman sosial itu.

Beliau turut mendakwa didatangi dua lelaki dan seorang wanita yang berasal dari Semenanjung Malaysia ingin membuat promosi barangan.

Namun apa yang peliknya, dakwa pengadu, mereka sempat bertanya sama ada dalam rumah berkenaan ada penghuni lain atau sebaliknya.

Bimbang kejadian pecah rumah yang sering berlaku di Taman Jelita, pengadu kemudiannya menasihatkan penduduk sekitar agar berhati- hati dengan tujuan sebenar jurujual terbabit.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... ulik/#ixzz34NiKURq0

risau nar dengar berita mcm tok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2014 08:52 AM | Show all posts
Pengurusan sampah di Bintulu perlu ditingkatkan, kata Tiong
Posted on June 12, 2014, Thursday

BINTULU: Pengurusan sampah yang tidak efisien di bahagian ini khususnya di kawasan perumahan dan pusat-pusat komersil harus diselesaikan dengan segera oleh pihak bertanggungjawab sebelum ia menimbulkan implikasi lain yang kurang sihat.

Kecekapan pihak bertanggungjawab dalam kerja-kerja kutipan sampah sering kali dipersoalkan oleh masyarakat di sini yang mana tempoh kutipan sampah tidak menentumenyebabkan bau busuk sekali gus menimbulkan ketidak selesaan penduduk.

Justeru, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengarahkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) agar memperbaiki cara mereka menguruskan sampah sarap serta sisa domestik di bahagian ini ke arah mewujudkan Bintulu sebagai sebuah bandar yang selesa dan bersih untuk didiami.

Pengurus Kanan (Bahagian Environment) BDA Wan Ibrahim Wan Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan Pengurus Besar BDA Datu Mohidin Ishak dengan pihak berwajib berkaitan bagi membincangkan penyelesaian terhadap masalah pengurusan sisa domestik di bahagian ini.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... iong/#ixzz34Nizbx5i

sampah, rumput, pokok, jalan...apa agik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 08:53 AM | Show all posts
Miri perlu pusat jaga warga emas
Posted on June 12, 2014, Thursday

MIRI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kementerian berkaitan kebajikan warga emas digesa untuk membuat satu kajian lengkap mengenai keperluan mewujudkan pusat jagaan golongan berkenaan di kawasan Miri.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata, sebelum ini warga emas yang memerlukan jagaan khusus akan dihantar ke Sibu atau Kuching.

“Kita mahu ada satu kajian dijalankan sama ada Rumah Seri Kenangan untuk warga emas harus diwujudkan di sini,” ujarnya pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Pusat Khidmat Warga Emas Miri, semalam.

Lee berkata, menurut perkiraan beliau, ia adalah satu keperluan kerana warga emas yang memerlukan khidmat jagaan biasanya tidak mahu berada berjauhan daripada keluarga mereka.

“Jika dihantar ke Sibu atau Kuching, mereka (warga emas) jauh daripada keluarga dan sukar untuk keluarga menjenguk,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berpesan kepada warga emas supaya tidak berhenti menyumbangkan tenaga kepada negara dan generasi muda.

“Mereka boleh menyuntik semangat patriotisme terhadap generasi muda, terutamanya bagaimana untuk menghargai pembangunan dan kestabilan dari aspek politik dikecapi masa ini,” ujar beliau.

Dengan arus pemodenan juga, katanya, generasi muda tidak harus mudah untuk melupakan asal usul mereka.

Pada majlis itu, Lee menyerahkan geran MRP bernilai RM10,000 kepada pusat berkenaan untuk menjayakan aktivitinya.

Beliau mengakui pusat itu adalah salah satu pusat aktif di Miri bagi warga emas kerana mempunyai kemudahan untuk berkumpul dan beriadah.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... emas/#ixzz34NjsZRVD

ney sidak anak2 sikpat dah jaga orang tua kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 08:55 AM | Show all posts
Masalah air di Simunjan kian serius
Posted on June 12, 2014, Thursday


KUCHING: Masalah bekalan air bersih yang dihadapi kira-kira 35,000 penduduk Daerah Simunjan sejak awal Mei lalu semakin serius dan amat memerlukan perhatian segera pihak bertanggungjawab.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Simunjan Isa Suhaili berkata, sehingga semalam penduduk terjejas teruk terutama yang tinggal di sekitar pekan Simunjan kerana tidak menerima sebarang bantuan bekalan air daripada pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, hanya kawasan yang berhampiran loji rawatan air Simunjan mendapat bekalan air bersih, manakala perkampungan terletak agak jauh dari situ langsung tidak menerima bekalan air sekali gus memaksa mereka bergantung kepada sumber air lain seperti kolam buatan sendiri dan sungai.

Tambahnya, perkara itu telah diajukan kepada wakil rakyat di kawasan terbabit, namun beliau mendakwa sehingga semalam keadaan tidak berubah, malah Ahad lepas (8 Jun 2014) 25 ahli PKR Cabang Batang Sadong membuat demonstrasi aman di hadapan wakil rakyat untuk memaklumkan perkara itu.

Namun, Isa mendakwa pemimpin rakyat yang ketika itu menghadiri program memancing di Simunjan langsung tidak mengendahkan tindakan mereka, jauh sekali memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

“Saya bagi pihak penduduk yang terjejas amat berharap pemimpin bertanggungjawab terhadap masalah ini dan ia perlu diselesaikan segera kerana masalah air bukan isu remeh.

“Perkara dikesali ialah wakil rakyat terbabit tidak bertindak cepat terhadap masalah rakyat, menunggu keluhan dan rintihan rakyat baharu mereka bertindak sedangkan mereka mesti turun padang serta berusaha menyelesaikannya,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR negeri di sini semalam.

Sidang media itu turut dihadiri Naib Pengerusi PKR Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How dan Ketua Wanita PKR Sarawak Hamin Moksen dan Timbalan Ketua PKR Cabang Batang Sadong Hipni Fadil.

Isa berkata, memandangkan isu bekalan air bersih tidak mencukupi bukan perkara baharu di kawasan itu kerana berlaku saban tahun setiap kali musim kemarau, kerajaan harus membekalkan setiap keluarga dengan tong air kerana buat masa ini sebuah tong dikongsi beberapa buah keluarga.

Katanya lagi, ada kalanya air yang dibekalkan kepada penduduk diragui kebersihannya kerana berkelodak serta berminyak.

Isa mendakwa, kualiti bekalan air yang disalurkan ke penduduk Daerah Simunjan semakin merosot sejak projek pembinaan (radar) di atas kawasan tadahan air.

“ADUN bertanggungjawab yang juga Menteri Muda pernah memberitahu bahawa masalah ini akan selesai awal tahun ini, tetapi nampaknya ia masih berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, See berkata beliau bersama beberapa pemimpin PKR negeri melihat sendiri masalah dihadapi penduduk berkenaan ketika kunjungan mereka ke pekan Simunjan, Ahad lepas.

See memberitahu, kunjungan mereka ke situ mendapati tidak ada bekalan air di tandas awam dan pasar sekali gus menyukarkan aktiviti harian peniaga serta orang ramai.

Menurutnya, masalah itu seharusnya tidak berlaku kerana ADUN bertanggungjawab pernah mengatakan masalah bekalan air bersih di Daerah Simunjan akan selesai sebelum Gawai tahun ini.

“Saya meminta pihak bertanggungjawab khususnya wakil rakyat di sini menyelesaikan dengan segera masalah ini. Banyak wang telah dibelanjakan untuk membekalkan Simunjan dengan bekalan air bersih tetapi nampaknya ia masih belum selesai.

“Diharap juga JKR akan menghantar segera bantuan air kepada penduduk terjejas kerana saya difahamkan catuan air dilakukan sekarang juga tidak mengikut jadual,” tambahnya


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... rius/#ixzz34NkFIIJY

sian harap dpt selesai dgn segera
dahlah nak posa tok
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:23 AM | Show all posts
Vellfire posted on 12-6-2014 08:47 AM
Penduduk heboh dakwaan kes cubaan culik
Posted on June 12, 2014, Thursday

pohai gik nak menculik nembiak???

mun time kmk urg di sibu dolok, di sebut mek urg lembeng....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 09:26 AM | Show all posts
leylapple posted on 12-6-2014 09:23 AM
pohai gik nak menculik nembiak???

mun time kmk urg di sibu dolok, di sebut mek urg lembeng....
...

last year kat btu heboh juak cerita mcm tok
ada nemiak ilang
yalah jangan tandah sidaknya main sorang2 kat luar
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2014 03:27 PM | Show all posts
Amah dirotan, dipaksa tidur dengan anjing
Posted on June 13, 2014, Friday

SEORANG wanita ditahan polis selepas didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap pembantu rumahnya (wanita) dengan dikatakan merotan badan sebelum memaksanya tidur bersama anjing peliharaan mereka, kelmarin.

Wanita berusia 27 tahun dan berasal dari Muara Tabuan itu ditahan sekitar tengah malam kelmarin selepas menyerah diri di Balai Polis Simpang Tiga berikutan laporan polis yang dibuat oleh pegawai dari Konsulat Indonesia.

Menurut sumber, insiden dilaporkan berlaku pada malam Selasa lepas apabila wanita berkenaan dikatakan menyerang pembantu rumahnya atas sebab tidak diketahui menggunakan rotan dan kasut tumit tinggi.

“Selepas itu, pembantu rumah terbabit juga tidak diberi makan dan disimbah dengan air sejuk sebelum dipaksa tidur bersama anjing di luar rumah majikannya.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dari rumah berkenaan dan terus mendapatkan bantuan di Konsulat Indonesia,” kata sumber.

Setelah mendengar penjelasan daripada mangsa, beberapa pegawai dari konsulat tersebut kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

“Difahamkan, terdapat kesan lebam di badan mangsa dipercayai akibat dipukul dengan rotan,” kata sumber.

Bertindak kepada laporan tersebut, suspek kini ditahan di lokap polis dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... jing/#ixzz34VBT9Aiv

apahal lah main paluk2....mental nar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 03:30 PM | Show all posts
Zakat fitrah 2014 bagi Sarawak, RM7
Posted on June 13, 2014, Friday

KUCHING: Kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini bagi negeri Sarawak naik sebanyak RM0.50 dari RM6.50 kepada RM7, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Menurut beliau, penetapan kadar itu dilakukan berdasarkan keputusan mufti dan perincian selepas mengambil kira harga semasa beras.

“Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kadar zakat fitrah terendah berbanding negeri-negeri lain dan ia tertakluk kepada keputusan mufti negeri dan juga selepas mengambil kira harga semasa beras.

“Justeru, masyarakat Islam yang akan menunaikan zakat boleh membayarnya secara tunai mengikut kadar yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) kini bergerak lebih produktif terutama dalam pengagihan zakat fitrah kepada golongan asnaf.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penangguhan Program Taklimat Amil Bahagian Kuching bertempat di Dewan Majlis Islam di sini, semalam.

“Bagi memudahkan TBS untuk mengenal pasti golongan yang layak menerima wang bantuan zakat, Rakan Zakat dilantik di kalangan belia kampung yang bertindak sebagai peneliti untuk mengenal pasti penduduk yang memerlukan.

“Ia mestilah dilantik di kalangan belia muda yang masih cergas untuk mengambil maklumat mengenai penduduk yang memerlukan bantuan serta menyerahkannya kepada TBS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah Daud, masyarakat belia Islam yang berminat untuk menjadi Rakan Zakat boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di TBS.

“Setiap kawasan akan diwakili oleh satu Rakan Zakat yang berperanan untuk menjadi pengantara antara TBS dengan masyarakat umum yang memerlukan bantuan,” jelasnya.

Taklimat amil itu dihadiri hampir 400 peserta yang terdiri daripada para amilin serta jawatankuasa pengurusan masjid dan surau dari bahagian Kuching.

Ia diadakan bertujuan untuk menjelaskan peranan amil zakat fitrah yang menjadi penghubung dan penyampai maklumat terkini mengenai TBS kepada seluruh masyarakat setempat.

Pada sesi taklimat yang berlangsung selama satu hari itu, dua kertas kerja dibentangkan merangkumi ‘Baitulmal Tabungan Jangka Panjang’ serta ‘Hukum Zakat dan Tanggungjawab Amil.’


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... -rm7/#ixzz34VC9R65l

ok tahun tok zakat RM7
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 03:35 PM | Show all posts
Taman Selera Harmoni dambakan pengunjung
Posted on June 13, 2014, Friday

SIBU: ‘Sepi.’ Itulah situasi yang dapat digambarkan ketika Utusan Borneo tiba di Taman Selera Harmoni (TSH) pagi semalam.

Dibina atas tanah seluas 2.70 ekar dan mempunyai lebih 40 buah gerai makanan dan minuman, medan selera itu semakin kurang dikunjungi orang ramai.

Keadaan itu mengundang pelbagai reaksi daripada peniaga dan orang ramai yang berkunjung ke tempat berkenaan.

Zahirudin, peniaga di Taman Selera Harmoni berkata, salah satu faktor tempat itu kurang sambutan ialah ramai peniaga tidak membuka gerai makanan mereka.

“Pada sebelah malam, hampir 10 gerai sahaja yang membuka premis perniagaan mereka. Jadi perkara ini memberi kesan kepada perniagaan saya,” ujarnya.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Idris memberi pandangan, sambutan pengunjung ke TSH saban hari semakin merosot jika dibandingkan tahun-tahun lepas.

“Saya berharap, pihak yang menguruskan medan selera ini mencari inisiatif yang baharu seperti membuat publisiti untuk menarik kunjungan orang ramai,” katanya.

TSH mampu memuatkan hampir 2,000 orang pengunjung pada satu-satu masa dan mempunyai pentasnya tersendiri.

Sementara itu, Arshad Mohamad yang turut berniaga di TSH berkata aspek kebersihan juga menjadi salah satu perkara yang perlu dititikberatkan.

“Bagi saya kebersihan kawasan ini masih tidak memuaskan dan ini juga menjadi faktor mengapa kami kurang mendapat pengunjung.

“Kawalan keselamatan di kawasan ini masih terjamin, namun ia tidak mampu menjamin kunjungan daripada warga tempatan,” ujar Arshad.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pihak berkenaan dapat menganjurkan aktiviti di TSH seperti pertandingan karaoke yang mampu menarik kedatangan orang ramai.

Ismail dari Sarikei sempat menjamu selera di TSH berkata, medan selera tersebut sangat luas namun tidak dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya kecewa kerana kawasan yang indah untuk menjamu selera seperti ini tidak diurus dengan baik. Jadi, ini memberi pandangan negatif kepada pengunjung luar seperti kami,” ujar Ismail.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... jung/#ixzz34VDQ7tvg

kmk sik pernah ke sitok
lokasi kede tok strategik sik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 03:39 PM | Show all posts
Tindakan hanya ke atas premis miliki sijil halal
Posted on June 13, 2014, Friday

KUCHING: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) hanya dapat mengambil tindakan sekiranya terdapat pelanggaran syarat sijil halal yang dikeluarkan kepada premis-premis makanan yang memilikinya.

Justeru, JAIS tidak dapat mengambil sebarang tindakan berhubung isu kaki babi yang didakwa dijumpai di dalam mangkuk soto ayam yang dijual di premis makanan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, baru-baru ini.

Ini berikutan seluruh premis makanan di medan selera pusat beli-belah itu tidak pernah memohon untuk mendapatkan pensijilan halal daripada JAIS sejak ia mula beroperasi, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau berkata, JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa memantau sebarang aktiviti penjualan makanan oleh premis perniagaan makanan yang telah mendapat perakuan halal.

“JAKIM dan JAIS memantau premis makanan di seluruh negeri dari semasa ke semasa.

“Pada masa sama, pihak bertanggungjawab ini juga akan sentiasa memastikan pengusaha premis mematuhi kriteria pensijilan halal termasuk proses penyediaan hinggalah ke pemprosesan makanan.

“Bagi isu yang menggemparkan penduduk Kuching baru-baru ini berikutan dakwaan penemuan kaki babi di dalam soto ayam, JAIS tidak dapat mengambil sebarang tindakan ke atas pengusaha premis berkenaan kerana mereka tidak pernah memohon untuk mendapatkan pensijilan halal daripada JAIS sebelum ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut beliau, premis yang tidak memiliki pensijilan halal seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak menjual makanan haram bagi umat Islam dengan sewenang-wenangnya terutama di kawasan terbuka.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum Majlis Penangguhan Program Taklimat Amil Bahagian Kuching di Dewan Majlis Islam di sini, semalam.

Mengulas mengenai penyebaran isu-isu berkaitan di laman sosial yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, Daud berkata masyarakat umum tidak harus membuat komen secara melulu sebelum menjalankan sebarang kajian terperinci berkaitan isu halal haram bagi mengelak kekeliruan berlaku.

“Kita tidak mahu orang luar buat komen tanpa ada kajian terperinci yang boleh menjurus ke arah kekeliruan kepada masyarakat.

“Autoriti telah ditetapkan untuk mengesahkan pensijilan halal merangkumi JAKIM, JAIS dan Jabatan Kimia, justeru selain daripada badan bertanggungjawab ini, ia mungkinlah hanya andaian untuk mempengaruhi orang ramai,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya masyarakat Islam mempunyai keraguan berkaitan isu halal dan haram, mereka dinasihatkan untuk mengemukakan keraguan itu kepada agensi yang berkaitan iaitu JAKIM dan JAIS.

Tambahnya, permohonan pensijilan halal adalah bersifat sukarela dan tidak ada paksaan.

Namun demikian, sekiranya pengusaha premis makanan pernah menjual makanan yang tidak halal dan mahu memohon pensijilan halal daripada JAIS, pegawai JAIS akan turun padang untuk membersih serta menyamak segala peralatan di premis berkenaan agar ia selamat digunakan oleh masyarakat Islam, ujarnya.

“Pinggan mangkuk atau apa sahaja peralatan yang pernah digunakan sebelum memohon pensijilan halal akan dibersih dan disamak untuk kegunaan semua.

“Selepas mendapat pensijilan halal berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, baharulah kita dapat membuat pemantauan dan kita akan lebih tegas dan tidak membenarkan mereka menjual babi atau apa sahaja makanan yang haram dimakan oleh masyarakat Islam,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan masyarakat Islam agar lebih peka dan mengenal pasti premis yang mempunyai pensijilan halal serta melayari laman sesawang Unit Halal JAIS bagi mengetahui lebih lanjut mengenai premis yang sudah diperakukan halal.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... alal/#ixzz34VDyJMK2

jangan makan sialah...mun dah sikda sijil halal
teringat idong ngot2 dlm angry bird

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 09:37 AM | Show all posts
Pelajar, guru nyaris dirogol
Tarikh Disiarkan : 18-Jun-2014

MIRI, Selasa – Seorang guru dan pelajar nyaris dirogol dipercayai oleh seorang saspek yang sama dalam dua kejadian berasingan di Permyjaya di sini, petang kelmarin dan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, guru wanita berusia 23 tahun itu dirompak sebelum nyaris rogol oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.
Katanya, semasa kejadian, guru terbabit bersama ibunya berada di ruang tamu sebelum didatangi seorang lelaki berhelmet yang masuk ke dalam rumah melalui  pintu depan lalu mengacu sebilah parang kearah dua beranak itu.

"Saspek kemudian meminta dua beranak itu menyerahkan barang kemas serta wang dan selepas dapatkan barang itu, saspek mengarah guru terbabit duduk di atas sofa sebelum mengoyakkan kain sarung mangsa menggunakan parang.

"Tindakan saspek itu menyebabkan mangsa takut lalu berteriak sehingga didengari oleh jiran bersebelahan,” katanya pada sidang media di sini petang tadi.

Katanya, jiran mangsa kemudian pergi ke rumah mangsa melihat keadaan dan saspek yang menyedari kehadiran jiran itu terus melarikan diri bersama barang yang disamun yang dianggarkan bernilai RM5,500.
Manakala, dalam kejadian jam 7 pagi tadi, Gan berkata, mangsa seorang pelajar berusia 14 tahun mengalami  kecederaan di bahagian kanan akibat dicederakan oleh saspek menggunakan sebilah gunting.
Menurut beliau, ketika kejadian itu, mangsa baru bangun dari tidur pergi ke dapur sebelum terserempak dengan seorang lelaki bertopi, berkaca mata dan menutup muka menggunakan kain serta bersenjatakan parang.

"Saspek terbabit terus mengugut mangsa supaya diam jika tidak mahu dicederakan sebelum mengarah pelajar terbabit baring di atas sofa.

"Ketika itu, mangsa meminta saspek terbabit mengambil wang yang ada sebelum pergi, namun saspek berang dan mengarah mangsa supaya diam,” katanya.

Menurut Gan, ketika pelajar terbabit cuba mencari wang, saspek terbabit bertindak menumbuk bahagian perut dan menampar muka mangsa sebelum mengeluarkan sebilah gunting dari poket seluar dan mencederakan paha kanan mangsa.

"Saspek kemudian menolak mangsa ke atas katil dan  merogol pelajar terbabit sebelum saspek melarikan diri melalui pintu belakang rumah.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor tiada kesan koyakan pada kemaluan pelajar terbabit dan cuma ada sedikit kemerahan pada bahagian luaran saja,” katanya.
Susulan kejadian, Gan memberitahu pihaknya sedang mencari seorang lelaki dikenali
"Botak” atau nama sebenarnya Aspin Amut bagi membantu siasatan berhubung kedua-dua  kes terbabit.
Katanya, alamat terakhir lelaki berbangsa Iban itu adalah di Lot 7241-2-16, Quarterplex Bandar Baru Permyjaya, Miri.

“Lelaki terbabit baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan merompak dan curi,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Julius di talian 016-4465691 dan Inspektor Asraq di talian 016-8004646 atau menghubungi Bilik Gerakan di talian 085-433400.


Read more : http://www.utusansarawakonline.c ... uru-nyaris-dirogol/

nang sik jerak! Last edited by Vellfire on 19-6-2014 09:43 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 09:43 AM | Show all posts
Bogel depan pelanggan
Tarikh Disiarkan : 18-Jun-2014


Seorang lelaki tanpa seurat benang berjalan selamba menggemparkan penduduk bandar ini, semalam.


SARIKEI, Selasa – Seorang lelaki tanpa seurat benang berjalan selamba menggemparkan penduduk bandar ini, semalam.

Kehadiran lelaki misteri berusia lingkungan 30 an itu dipercayai kurang siuman serta tidak menganggu orang ramai.

Begitu pun, tabiat pelik lelaki berkenaan mencetuskan suasana heboh di kalangan pelanggan yang sedang menikmati jamuan makan tengah hari di sebuah premis makanan berhampiran.
Setakat ini, tiada butiran lanjut berhubung latar belakang lelaki tersebut.


Read more : http://www.utusansarawakonline.c ... el-depan-pelanggan/

apa penyelesaian yg diambil oleh pihak yang berkenaan dengan sidak mcm tok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 09:45 AM | Show all posts
Pelbagai acara menarik sempena Pesta Gudi Sarawak
Tarikh Disiarkan : 18-Jun-2014

BINTULU, Selasa — Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) dan Menteri Muda Pembangunan Belia Luar Bandar Datuk  Dr Stephen Rundi anak Utom  dijadual merasmi  Pesta  Gudi  Sarawak  Kali Ke-6  Sabtu ini  bertempat di tapak Lapangan Terbang Lama di sini.

Pelbagai acara telah disusun atur  bagi  memeriah aktiviti tahunan  anjuran ber-sama Lembaga Kemajuan Bintulu dan Kelab Pelayang  Bintulu (Bintulu Kite Flyers)  yang  berlangsung  dari 20 hingga 22 Jun ini.

Antara acara utama ialah pertandingan Gudi Putus Tali Individu Tertutup Sarawak 2014  selain  sampingan lain seperti pertandingan street soccer,tarik tali, petanque, pertandingan 3R Inspiring Innovation, peraduan mewarna, fotografi, MLNG Selfie Hunt, sukan rakyat, pertandingan Suara Emas, Keling dan Kumang Pesta Gudi.
Turut diadakan persembahan seni bela diri daripada pelbagai kelab mempertahan diri, persembahan boboi serta  pentas hiburan pada sebelah malam.

Pihak  penganjur turut menyedia pelbagai hadiah menarik  kepada pengunjung yang bernasib baik menerusi acara cabutan bertuah.

Aktiviti ini merupakan acara pembuka tirai Festival Layang- Layang Antarabangsa Borneo Bintulu 2014 Sarawak Edisi Ke-Sepuluh  yang  bakal  menemui  orang  ramai   pada 24 hingga 28 September depan.
Aktiviti itu bertujuan  mengembali minat dan mempopular sukan tradisional masyarakat tempatan khususnya kaum Melanau dan Melayu Sarawak di kalangan generasi baru.

Selain itu, ia juga sebagai landasan untuk mengembangkan permainan gudi kepada kaum atau masyarakat lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi kaum melalui sukan dan permainan tradisional.


Read more : http://www.utusansarawakonline.c ... Pesta-Gudi-Sarawak/
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 12:12 PM | Show all posts
Vellfire posted on 13-6-2014 03:30 PM
Zakat fitrah 2014 bagi Sarawak, RM7
Posted on June 13, 2014, Friday

oklah zakat fitrah ya...

tapi daud tok, asal ada duit lebih, mula lah masuk poket dikpun... tok depan ofis mek urg, nya molah renovation kat pusat zakat...

riya embak pulang umah duit zakat, k molah pagar rumahnya, dipadah kenak rompak

kak ya dipolah pusat kompleks islam...

urg miskin islam sama ajak... rumah laila taib pun mcm ya juak...sampai sidak terpaksa mintak sponsor kompeni2 kedak mek urg tok...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 12:27 PM | Show all posts
Vellfire posted on 13-6-2014 03:35 PM
Taman Selera Harmoni dambakan pengunjung
Posted on June 13, 2014, Friday

nya dekat dgn opis lensebei.. dekat dgn pasar sebelah masjid annur ya...sik jauh dari penjara sibu...

ney dak sunyik, bukak waktu malam ajak.. kak ya kedey byk sik bukak.. nak harap kedey jimbau jak2..

kinektok pun kdey jimbau ya sik berapa nyaman...


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 12:28 PM | Show all posts
Vellfire posted on 19-6-2014 09:45 AM
Pelbagai acara menarik sempena Pesta Gudi Sarawak
Tarikh Disiarkan : 18-Jun-2014

ramilah ktk urg di bintulu kelak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2014 02:34 PM | Show all posts
leylapple posted on 19-6-2014 12:27 PM
nya dekat dgn opis lensebei.. dekat dgn pasar sebelah masjid annur ya...sik jauh dari penjara sibu ...

kmk sik berapa tauk gilak jeraya kat sibu ya
dan sik penah makan kat sia

hehe mun dah mlm jak bukak dan kede sik nyaman sikdo lah orang nak pg makan kat sia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 02:35 PM | Show all posts
leylapple posted on 19-6-2014 12:28 PM
ramilah ktk urg di bintulu kelak..

btu kalau ada acara/pesta mcm tok rajin sidaknya beragak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 02:36 PM | Show all posts
leylapple posted on 19-6-2014 12:12 PM
oklah zakat fitrah ya...

tapi daud tok, asal ada duit lebih, mula lah masuk poket dikpun... tok ...

harap zakat ya disalurkan ketempat yang betul dan diberi dgn golongan yang benar2 memerlukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 04:36 PM | Show all posts
Golongan wanita perlu bijak guna laman sosial
Tarikh Disiarkan : 24-Jun-2014

SRI AMAN, Isnin – Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Dorris Sophie Brodie menasihatkan kaum wanita dinasihat agar menggunakan laman web sosial untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat cara membangunkan ekonomi rumah tangga masing- masing.

Ketika berucap merasmikan Projek Jelajah Kawasan Sentuhan Kejayaan di Kuching kelmarin, Sophie berkata golongan wanita boleh memanfaatkan laman sosial seperti Facebook untuk mengutarakan pelbagai pendapat. Sekain itu, golongan wanita juga boleh berkongsi idea dengan rakan wanita masing-masing bagi membangunkan tahap ekonomi keluarga.

“Dengan berbuat demikian maka kegunaan internet tidak akan disia-siakan. Justeru saya menasihat kaum wanita agar tidak keberatan untuk mengutarakan buah fikiran masing- masing bagi membangunkan status wanita di negeri kita ini,” kata beliau. Projek Jelajah Kawasan Sentuhan Kejayaan dianjurkan Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pusat dengan kerjasama Biro Tata Negara. Acara yang diadakan selama dua hari itu diadakan di H o t e l R i v e r s i d e M a j e s t i c , Kuching itu turut melibatkan penganjuran Seminar Perpaduan dan Kesedaran Mengenai GST (Cukai Perkhidmatan dan Barangan).

Kira-kira 100 orang ahli Pergerakan Wanita PRS Bahagian dari seluruh negeri ini menyertai projek tersebut. Sophie turut menasihat golongan wanita tanpa mengira usia dalam negeri ini untuk terus menimba ilmu pengetahuan bagi membangunkan hidup mereka sendiri.

“Saya juga memohon ibu bapa agar memberi lebih banyak fokus terhadap perkembangan pendidikan anak masing- masing agar mereka kelak boleh berjaya dan membangunkan hidup keluarga,” katanya. Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Angeline Umih, Pengerusi Biro Pendidikan PRS, Misiah Abdullah dan para ahli Pergerakan Wanita PRS Pusat.


Read more : http://www.utusansarawakonline.c ... -guna-laman-sosial/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.107987 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list