CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Cerpen] Dia... Bidadari Terpilih Buatku. (Page 4)

[Copy link]
Post time 8-6-2014 02:19 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 8-6-2014 01:13 PM
x nay akan buat lain tunggu

tulis cerpen lain pun ok gak nay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 03:15 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 7-6-2014 10:01 PM
haha...

akan di cuba okay

wokey.. n tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
anna-zara posted on 8-6-2014 02:19 PM
xla pandai la nay control tu nanti....

Kita tungguuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 10:07 PM | Show all posts
amiraira posted on 8-6-2014 03:17 PM
Kita tungguuuuuuuuu

x sabar lak rasanya kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2014 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anna-zara posted on 8-6-2014 10:07 PM
x sabar lak rasanya kan

Ya la nk tahu cmne cite yg panjang tu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 10:15 AM | Show all posts
Hebat juga idea Nay. Buat latihan selalu Nay, awak akan dapat rentak dan gaya bahasa awak akan makin cantik nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2014 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 9-6-2014 10:15 AM
Hebat juga idea Nay. Buat latihan selalu Nay, awak akan dapat rentak dan gaya bahasa awak akan makin ...

thanx wipers81.... errr just cuba2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 12:25 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 9-6-2014 12:24 PM
thanx wipers81.... errr just cuba2 jer

Saya pun mula dengan cuba-cuba juga.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2014 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 9-6-2014 12:25 PM
Saya pun mula dengan cuba-cuba juga.

rasa terlalu pendek ke?

ada permintaan minta sambung

sbb katanya nay antiklimaks
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 12:51 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 9-6-2014 12:39 PM
rasa terlalu pendek ke?

ada permintaan minta sambung

Balik saya baca. Tak sempat nak baca sambungan. Apa-apa, saya akan komen.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 01:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-6-2014 10:19 PM
Good try Nay. Not bad.

Sedikit tips dari segi teknikal:

Betul seperti yang Nicki cakap. Aku hanya aku, tak boleh jadi dia atau yang lain sebab AKU bukan tuhan yang boleh tahu isi hati orang. Saya pun pernah buat silap juga. Mula2 menulis dulu juga guna POV aku.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 01:03 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 8-6-2014 02:37 AM
jarang ada cerita2 yg mcmni.. yg ceritakan ttg ayah. kebanyakkan lebih pada kisah ppuan, ibu tunggal ...

Sokong kenyataan ip_lepat. Memang jarang hal 'ayah'dan 'bapa tunggal' diketengahkan. lagipun karya Nay taklah klise sangat dan ada gaya tersendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 01:07 PM | Show all posts
Cerpen tak semestinya kena panjang berjela. Pada saya karya Nay dah ok. Tak perlu dipanjangkan lagi. Nanti lari sikit jalan ceritanya.

*Nay, cuba cerita lain pula. Yang ini dah okey dan gaya bahasa perlu dicantikkan lagi aje.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 10:06 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 7-6-2014 04:48 PM
huhu... first time sharing tau

nie pengalaman hidup ke apa

btw cerpen yg mmg betul2 kontot bak kata lala
perlu diperbaiki di masa akan dtg
esp bab kesinambungan
namun for 1st trial it's really good
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2014 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
fatehana posted on 10-6-2014 10:06 AM
nie pengalaman hidup ke apa

btw cerpen yg mmg betul2 kontot bak kata lala

toceh toceh

sudi beri komen

nasib baik idak

kena komen yg berdas2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 04:01 PM | Show all posts
Part 2 - Dia..... Bidadari Terpilih Buatku.

"Cerai?" Bagai berpakat Arisa dan Reza bertanya lengkap dengan beliakan di mata mereka.

Aku hanya mengganggukkan kepala tanda mengiakan pertanyaan mereka itu. Aku tahu sebentar lagi pasti mereka akan bertanya dan terus bertanya tentang alasanku yang mahu menceraikan Zahraa Ayuni. Nafas panjang kuhela. Aku nekad dengan keputusan ini kerana aku terlalu menyayangi Zahraa Ayuni dan aku tidak mahu dia terus terseksa jika terus bersamaku.

"Ayah mesti bergurau, kan? 2 minggu ayah... 2 minggu usia perkahwinan ayah dengan ummi. Takkan sesingkat ini ayah nak ceraikan ummi?"

Pertanyaan Arisa bagai menjerut batang leherku, hampir sahaja aku tercekik. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Ya, aku tahu perkahwinan aku dan Zahraa Ayuni baru sahaja 2 minggu berlangsung. Inai di jari isteriku, masih lagi merah menyala. Memang patut Arisa dan Reza tidak bersetuju dengan keputusanku. Aku memandang mereka berdua silih-berganti. Aku tidak tahu mengapa perlu aku meminta persetujuan mereka sedangkan kuasa talak di tanganku.

Puas aku bertanya pada diri sendiri, adakah mungkin kerana jodoh ini adalah pilihan mereka maka aku harus meminta kebenaran mereka untuk bercerai? Atau, sebetulnya aku memang mahukan penceraian ini dibantah. Perasaanku... sedikit kucar-kacir jadinya. Wajah ayu yang kini sah menjadi milikku, kupandang. Gentar aku mahu memikirkan nasib wanita itu kelak.

"Ummi, apa yang berlaku? Kenapa ayah nak ceraikan ummi?" Reza menyoal isteriku.

Dari sudut pandangan tepi aku lihat Zahraa Ayuni hanya menundukkan wajahnya yang bertutup niqab. Pernah aku tanya kenapa perlu dia memakai niqab di dalam rumah yang hanya ada aku dan anak-anak? Zahraa Ayuni menjawab bahawa antara dia dan Reza bukan ajnabi yang membolehkan dia sesuka hati membuka niqabnya. Di antara mereka tetap akan jatuh hukum haram andai bersentuhan. Zahraa Ayuni tidak mahu jika satu hari kelak, Reza ada menyimpan perasaan andai terpandang wajahnya yang tersembunyi di sebalik niqab. Ada betul juga kata-kata isteriku itu. Sedangkan aku yang hanya memandang matanya sahaja pun boleh jatuh cinta inikan pula melihat wajah Zahraa Ayuni.

Lama juga aku menatap wajah yang bertutup itu. Sebaik pandangan kami bertembung, cepat-cepat aku melarikan lirikan. Aku takut jika aku akan mengubah keputusan. Aku tidak mampu untuk bahagiakan dia. Aku takut Zahraa Ayuni akan terus terseksa andai aku masih mengekalkan keegoanku untuk memilikinya. Kerana itulah aku memilih jalan untuk menceraikan dia. Aku mahu dia bahagia walaupun bukan bersamaku.

Gilakan aku? Sanggup buat keputusan seperti itu sedangkan Zahraa Ayuni tidak ada cacat celanya. Tidak ada masalah yang dia cipta untuk aku membencinya Cuma masalahnya... aku. Aku adalah masalah besar dalam hal ini. Aku, punyai keinginan yang tinggi tapi aku tidak mampu untuk melaksanakannya. Cukuplah aku berusaha dalam 2 minggu ini tapi aku tetap tidak mampu meneruskannya.

To be continued.........

Last edited by NaylaArisha on 18-12-2014 05:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 04:13 PM | Show all posts
Haihhh.... Nay ni. Siap bagi jemputan. Sogan lak rasa disuruh komen.

Sendiri punya benang pun kacau-bilau.

Errr....errrr..... ini nak komen ringkas ke, nak komen keseluruhan?

Risau lak nak komen. Kang dituduh bagi makan cili pedas....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 04:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 04:13 PM
Haihhh.... Nay ni. Siap bagi jemputan. Sogan lak rasa disuruh komen.

Sendiri punya benang pun  ...

Komen menyeluruh lah Nicki..

Alah macam tak biasa pulak

Nay tak dernya tertelan cili pedas

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 04:16 PM | Show all posts
wipers81 posted on 9-6-2014 10:15 AM
Hebat juga idea Nay. Buat latihan selalu Nay, awak akan dapat rentak dan gaya bahasa awak akan makin ...

Akak Wipers....

Nay nak minta tunjuk ajar...

ada sambung sikit cerpen ni kat page 4.....

sila bagi ulasan ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 04:20 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 18-12-2014 04:15 PM
Komen menyeluruh lah Nicki..

Alah macam tak biasa pulak

Hahaha. Okay....

Kalau nak keseluruhan, nanti iols baca balik cerita ni.

Btw, komen awal. Kalau nombor tunggal, sila gunakan ejaan 'dua' instead of '2'.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.597526 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list