CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15607|Reply: 2

Pahang tampil dalam kelas tersendiri

[Copy link]
Post time 8-6-2014 09:26 PM | Show all posts |Read mode


PAHANG tampil dalam kelas tersendiri apabila memusnahkan impian Felda  United pada perlawanan akhir Piala FA 2014 yang berlangsung di Stadium  Shah Alam malam tadi.
Pada perlawanan yang disaksikan 60,000 penoton itu, Pahang menang 2-1  menerusi jaringan Mohd. Faizol Hussaini pada minit ke-79 dan Dickson Nwakaeme (88).


Pada aksi malam tadi, Pahang bermula hambar apabila dikejutkan dengan  jaringan pendahuluan Felda United pada minit ke-22 menerusi Edward Wilson Junior namun, Tok Gajah bangkit gagah pada separuh masa kedua untuk memusnahkan impian lawan mereka itu.


Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan penantian selama lapan skuad  bimbingan Zainal Abidin Hassan itu untuk membawa pulang Piala FA ke bumi  Pahang.
Kejayaan itu juga membolehkan Pahang layak untuk beraksi dalam Piala AFC musim depan.


Pada perlawanan malam tadi, Pahang yang dilabel pasukan pilihan  bermula hambar, namun selepas mendapat rentak, mereka dilihat garang  melancarkan serangan ke kubu pasukan lawan.
Penyerang import berbisa skuad Tok Gajah, Dickson Nwakaeme terlebih  dahulu menguji kekebalan penjaga gol The Fighters, Farizal Harun tetapi  percubaannya tersasar pada minit kelima.
Tok Gajah terus mempamerkan persembahan agresif dengan melancarkan  serangan bertali arus dan mereka hampir membuka jaringan menerusi bintang Argentina, Matias Conti.
Bagaimanapun, Conti gagal menendang masuk bola ke gawang Felda hasil  hantaran kemas daripada pemain sayap Pahang, R. Gopinathan pada minit  ke-16.


Ketika skuad Tok Gajah ghairah mencari gol pembukaan, saat-saat yang  dinantikan Felda United akhirnya tiba apabila Edward Wilson Junior  memastikan pasukannya mendahului perlawanan pada minit ke-22.


Jaringan itu hadir apabila penyerang kelahiran Liberia  itu bijak meloloskan diri menerusi gerakan satu dua bersama perancang,  Indra Putra Mahayuddin sebelum mudah menolak bola dan menewaskan penjaga  gol Pahang, Md Khairul Azhan Khalid.


Bersambung di babak kedua, Felda United tidak memperlahankan tempo  untuk terus mencari kedudukan lebih selesa dan hasilnya, Junior hampir  menggandakan kedudukan pada minit ke-49.
Begitupun, percubaan tepat Junior terkena tiang dan kapten Pahang,  Mohd. Razman Roslan berjaya mengeluarkan bola tersebut daripada kawasan  bahaya.
Pahang hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang  Conti tetapi penjaga gol Felda, Farizal tenang menyelamatkan keadaan  pada minit ke-52.


Namun, pencaturan Zainal memasukan Mohd. Faizol Hussaini akhirnya berbaloi apabila pemain kelahiran Johor Bahru itu meledak gol penyamaan pada minit ke-79.
Faizol yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Johor Darul  Takzim 1-0 pada separuh akhir kedua Piala FA, berjaya melepaskan  rembatan kencang yang gagal diselamatkan oleh Farizal.
Skuad Tok Gajah melengkapkan kebangkitan bergaya apabila Dickson  menjaringkan gol kemenangan Pahang pada minit terakhir perlawanan untuk  mengesahkan kemenangan 2-1 memihak kepada Pahang.
Kali terakhir Pahang menjulang Piala FA ialah pada tahun 2006.

Sumber : Kosmo Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2014 11:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahang terbaek!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059402 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list