CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17586|Reply: 283

[Tempatan] Rafizi membongkar lagi: isu sewaan kampus UiTM

[Copy link]
Post time 12-6-2014 03:40 PM | Show all posts |Read mode
MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) hampir lima kali ganda lebih mahal berbanding jika membinanya sendiri

Rafizi mendakwa kos membina enam kampus cawangan UiTM dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion sahaja sedangkan jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat itu selama 23 tahun sebanyak RM8.6 bilion.

Bercakap dalam sidang media, beliau mendakwa syarikat konsesi itu dimiliki "pemimpin Umno, kroni rapat atau yang memegang jawatan dalam Umno" dan beliau akan mendedah serta memperincikannya bermula Isnin depan.

"Barulah rakyat dapat memahami bahawa Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan, malah sekarang Umno menggunakan UiTM dengan cara membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengayakan pimpinan-pimpinan Umno dan kroni mereka," katanya.


Penswastaan UiTM kayakan kroni Umno, kata Rafizi

Sistem konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

Katanya, jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

"Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung rakyat.
"Sedangkan kos untuk membina enam kampus cawangan ini dianggarkan hanya RM1.8 bilion sahaja sekiranya Putrajaya membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat melalui sistem konsesi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan dalam Dewan Rakyat pada April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina enam kampus cawangan UiTM Pasir Gudang di Johor, Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak)  dan Kota Samarahan (Sarawak).

Kos untuk membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta.
Melalui Bajet 2015, pemegang konsesi akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dimohon dalam Bajet Tambahan.

"Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi rakyat terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi," kata Rafizi.
Beliau juga khuatir jika bayaran sewa tahunan ini akan menjadi salah satu perbelanjaan terbesar yang bakal ditanggung oleh pengurusan UiTM.

"Contohnya bagi 2014 bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11% daripada keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran pemilik syarikat yang menerima konsesi penswastaan ini pada minggu depan.
"Mereka adalah pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan dalam Umno.

"Baru rakyat dapat memahami Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan sebaliknya membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya. – 12 Jun, 2014.

p/s- kaut selagi boleh...teringinnya nak tahu siapa kroni2 itu Last edited by kumbang7 on 12-6-2014 03:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh memang kaya siot... untungnya join umno dan bn
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
makcik2 pakcik felda tak tau pun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 03:49 PM | Show all posts
patui le ..banyak golayu ..mempunyai ...harto  tompet mahal diklompor ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 03:50 PM | Show all posts
ainnas posted on 12-6-2014 03:43 PM
makcik2 pakcik felda tak tau pun..

meke tak akan cayo ..kalu bagi taw
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:08 PM | Show all posts
Nie uitm baru dibina msa zaman najib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2014 04:13 PM | Show all posts
anak kecik main api.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:16 PM | Show all posts


syukurlah 7% kroni
makin kaya raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 04:16 PM | Show all posts
leh caya ke......
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:17 PM | Show all posts


uitm tu kan milik UMNO

UMNO kata lahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:20 PM | Show all posts
jika PKR nak menang PRU

buang DApig dulu

barulah  melayu buang UMNO

DAPig tu racun
sama juga degaa Singapork
danjuga Pigneng
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan xde dna babi kitorang ok je..

Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:27 PM | Show all posts
Alaa dari zaman dulu lagi dah kroni-kroni umno ni buat keuntungan cara mcm ni. Jgn terkejut ada kroni tu dulu asal jawa totok lagi dari pekerja bawahan terus jadi millionaire
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk je la kampus uitm y baru bukak ni. Merata2 ceruk dia ltak,kalo boleh hutan banat pon dia nak ltak. Habis segala mak nenek diswastakan. Dari perabot, bahan mengajar sampai kolej kediaman pon kasi kontraktor. Aduii.. ko nak bagi pelajaran ke ko buat kilang???
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dh siap dan beroperasi:

1. Seri Mendapat, Jasin
2. Seremban 3, NS
3. Tapah, Perak
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:40 PM | Show all posts
PerKasa posted on 12-6-2014 04:20 PM
jika PKR nak menang PRU

buang DApig dulu

Mca ngan gerakan tuh bukan racun sebab tuh dah 60 tahun ketuatnan melayu.. melayu masih kelas ketiga kat negara sendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 04:41 PM | Show all posts
Tak merompak bukan melayu umno laa namanya... perkara wajib yg perlu dilakukan... negara negara dah kering, perah hidup rakyat semua segala benda naik... bukan susah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:45 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 12-6-2014 04:08 PM
Nie uitm baru dibina msa zaman najib

dibina zaman najib..dirancang zaman pak lah..tapi pak lah tidor..tingkat 4 buat kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:46 PM | Show all posts
slippergombak posted on 12-6-2014 04:40 PM
Mca ngan gerakan tuh bukan racun sebab tuh dah 60 tahun ketuatnan melayu.. melayu masih kelas keti ...

helo

dalam pakatan DApig control

Dalam BN UMNO kontrol

tu sbb melayu vote BN walaupun mcm haramjadah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 04:49 PM | Show all posts
zzola posted on 12-6-2014 04:17 PM
uitm tu kan milik UMNO

UMNO kata lahhhhhh

Uitm milik umjo katanya... duit kerajaan malaysia... duit negara, duit umno, takder umno, malaysia bubar, semua rakyat bayar cukai segqlq giler2 untuk umno......kah..kah..kah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.111690 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list