CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12872|Reply: 51

[CERPEN] CINTA KALI KEDUA ~TAMAT

[Copy link]
Post time 12-6-2014 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Mukadimah: Cerita ini hanyalah 50% rekaan semata-mata, dan selebihnya pengalaman penulis sendiri. Baca boleh, percaya jangan okey. Selamat membaca dan segala komen anda saya amat hargai. Terima kasih. Kbai~


*******************************1**********************************

"Happy Birthday awak!! Semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Maaf lambat wish". Pesanan dihantar melalui aplikasi WeChat.
"Terima kasih awak. Every year tak pernah lupa birthday kita walaupun terlewat". Pantas jemarinya membalas pesanan yang dihantar.
Sejak hari itu, Farisya dan Aryan sering berbalas SMS, atau pun pesanan di WhatsApp atau WeChat. Sejak putus hubungan 3 tahun lalu, mereka hanya saling berbalas pesanan apabila tiba tanggal kelahiran masing-masing. Maknanya, dalam setahun, hanya dua kali sahaja mereka berkomunikasi. Walaupun cinta terputus di pertengahan jalan, mereka masih berkawan dan tiada sengketa antara mereka.

Malam itu, Farisya mendapat pesanan daripada adik Aryan mengatakan bahawa dia terlantar di hospital akibat demam Denggi. Tak keruan hati Farisya tatkala mendapat perkhabaran itu. Tetapi apakan daya, buat masa ini dia tidak mampu untuk berdepan dan bertentang mata dengan Aryan. Dia hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan Aryan walaupun hatinya merasa bersalah kerana tidak sekalipun melawat jejaka itu di hospital.

"Awak, kenapa tak bagi tahu awak masuk wad?"
"Maaf sebab tak dapat melawat sebab waktu kerja saya tak menentu". Alasan yang terpaksa direka walaupun hatinya tersangat risau dan sedih kerana tak dapat berada disisi insan yang pernah bertakhta dihatinya.

Seminggu berlalu, Aryan dibenarkan pulang setelah demamnya kebah. Itupun setelah dia yang meminta kebenaran doktor untuk pulang kerana tidak tahan dengan keadaan di dalam wad. Selama Aryan di hospital, adiknya sentiasa menjadi informer Farisya dan memberitahu keadaan abangnya. Apabila mengetahui Aryan sudah pulang, Farisya berasa lega dan bersyukur. Hatinya melonjak keriangan. Lantas menghantar pesanan kepada Aryan

"Awak, cepat sihat ya. Kalau perlukan apa-apa, just inform me. Kalau boleh tolong, saya akan tolong. Inilah gunanya kawan yang comel macam saya ni   ".
"Serius? Jom bawa orang keluar makan. Kebulur gila ni".
"Okey, tapi bagi saya balik rumah dulu, bersiap. Dalam pukul 9.15 malam saya sampai. Eh, bagi alamatlah, mana saya tahu rumah awak dekat mana?"
"Okey, saya dah send. Nanti dah sampai bagi tahu. I'm waiting for you".

Setibanya di rumah, Farisya segera mandi dan bersiap ala kadar. Walaupun keletihan selepas pulang dari kerja, namun hatinya melonjak tidak sabar mahu bertentang mata dengan si dia yang sudah lama tidak bertemu. Farisya lantas menghubungi sahabat karibnya untuk mengajaknya bersama bertemu Aryan. At least, adalah peneman dan bolehlah hilangkan rasa kekok Farisya di depan Aryan nanti. Sebenarnya, dia sendiri masih belum bersedia untuk bertemu Aryan tapi dek kerana rasa bersalah dan rindu, dia relakan jua.

Malam itu, setelah 3 tahun tidak bertentang mata, hati Farisya berdegup kencang tatkala menatap mata yang sekian lama dirindui. Aryan masih lagi jejaka yang sama dia kenal 3 tahun lalu. Simple dan sempoi dalam segala hal. Masing-masing diam seribu bahasa sepanjang perjalanan ke kedai makan. Masing-masing berasa kekok dan janggal, walaupun di alam maya mereka boleh bergurau senda seperti tiada apa yang pernah berlaku antara mereka. Last edited by babypurple on 19-6-2014 05:20 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2014 06:27 PM | Show all posts
************************2*************************

Ketika makan, mereka ditinggalkan berdua kerana kawan karib Farisya sibuk hendak mencari barang. Almaklumlah, sekali sekala datang ke Uptown ni mesti ada sahaja barang yang ingin dicari. Tambahan pula golongan wanita ni memang suka bab-bab shopping. Walau tak dapat bershopping, window shopping pun kira memadai untuk mereka. Lumrah kehidupan.

Tatkala sedang menjamu selera, Aryan memulakan bicara.
"So, kerja macam mana? Dah lama kerja sana?"
"So far okey saja. Cukuplah nak tampung hidup membujang ni. Kerja baru ni macam mana? Seronok?"
"Okeylah tapi still tak biasa lagi dekat tempat ni. Rindu pula dekat Melaka".
"Eleh, kalau dah rindu sangat, pergilah balik sana. Perempuan sana pun ramai yang cantik-cantik apa".
"Hahaha! Memanglah sana seronok tapi tak sama dengan dekat sini. Di sini hati dah terpaut dengan bunga yang ada". Luah Aryan tanpa segan. Farisya buat-buat tak faham dengan apa yang keluar daripada mulut Aryan. Walaupun mukanya merah menahan rasa dan hatinya tak tentu arah dengan luahan itu.

Sebenarnya, Farisya sendiri tidak yakin dengan cinta kali kedua. Walaupun sudah banyak kali Aryan bagi hint, tapi dia masih tidak mahu menaruh harapan. Takut terluka kedua kali. Lebih parah dan dalam lukanya. Sambil menikmati makan malam, mereka bertukar cerita. Hati masing-masing bahagia.

Selepas selesai makan malam, Farisya menghantar Aryan pulang. Risau juga kalau berembun nanti demam kembali si Aryan ni. Sebelum pulang, Aryan sempat berpesan kepada Farisya, "Drive safely. Dah sampai nanti mesej orang okey". Farisya hanya mengangguk mengerti walaupun hakikatnya dia memang kaki rempit. Pantang masuk Federal Highway, memang 120KM/J dia bantai drive. Tambahan pula waktu malam suasana agak lengang.

"Eisya, aku rasa Aryan ni okeylah. Sesuai sangat dengan kau. Tinggi, kacak, jauh beza dengan ex kau sebelum ni".
"Entahlah Win. Aku tak nak mengharapkan apa-apa. Takut terluka lagi. Tapi, masa kita orang break up dulu pun bukan sebab orang ketiga tapi sebab tak matang lagi kot sebab tu kita orang still berkawan lagi sampai sekarang".
"Tak apalah. Aku doakan yang terbaik untuk kau orang. Semoga kali ini, ada jodoh antara kalian. Aminnn".

Sesampai di rumah, Farisya WhatsApp Aryan.
"Orang dah sampai rumah. Thanks ya budak sakit".
"Okey. Apa budak sakit? Orang dah sihatlah. Kalau sakit tak keluar wad lagi".
"Yalah. Dah pergi tidur. Good night".
"Okey, awak pun. Good night!".

Terasa seperti Aryan yang dikenali dan dicintainya 3 tahun lalu muncul kembali. Setiap kali bangun pagi atau hendak tidur, pasti akan ada pesanan 'Good morning' dan 'Good night' daripada Aryan untuknya. "Jika dia jodohku, dekatkanlah Ya ALLAH". Doa Farisya dalam hati....
Last edited by babypurple on 13-6-2014 11:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 06:31 PM | Show all posts
inetresting story TT... sambung lg ya... good job...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 11:10 PM | Show all posts
Cerpen? Novel?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:30 AM | Show all posts
menarik..menanti sambungan seterusnya
keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 07:42 AM | Show all posts
TT... where are u?... when u free... sambung ya...  chaiyok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2014 10:55 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 12-6-2014 11:10 PM
Cerpen? Novel?

Cerpen maybe..hihihiii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 10:57 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 12-6-2014 06:31 PM
inetresting story TT... sambung lg ya... good job...

masih mencari mood..nanti TT sambung yer
thanks for reading
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 10:57 AM | Show all posts
nor_hh posted on 13-6-2014 12:30 AM
menarik..menanti sambungan seterusnya
keep it up

thanks for reading...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:09 AM | Show all posts
babypurple posted on 13-6-2014 10:57 AM
masih mencari mood..nanti TT sambung yer
thanks for reading

menarik sgt cte sampai nak taip komen pun dh ke laut... hehehehehehe... sambung lagi ya TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 03:04 PM | Show all posts
*****************************3*******************************

"Untunglah breakfast dah makan cheezy wedges. Pagi-pagi dah tambah lemak, macam mana nak kurusnya?"
"Hishh! Perli oranglah tu. Pagi-pagi dah start membebel. Mengalahkan perempuan tahu".
"Eh, takkanlah awak tak kenal saya?"
"Kenal tapi Aryan yang dulu bukan yang sekarang, tak sama".
"Eh, apa yang tak samanya? Orang rasa tak ada ubah apa-apa pun cuma makin kacaklah sekarang".
"Mulalah tu nak masuk bakul naik lif. Kalau yang ini memang sama, tak berubah. Tapi bab kacak tu, memang PERASAAN!"
"Hahaha! Mengaku sajalah saya makin kacak. Habis cerita".
"Hishh! Yalah, awak makin kacak. Dah tutup cerita".

Begitulah cara komunikasi seharian antara Aryan dan Farisya. Macam anjing dengan kucing. Pasti ada saja yang tak kena. Tapi apabila berjauhan, mulalah rindu bertandang lagi. Setelah beberapa minggu tidak bertemu, Farisya mengajak Aryan menemaninya mencari barang. Tapi hakikatnya, dia bukannya mahu mencari barang, cuma ingin menatap wajah yang sekian lama dirinduinya.

"Awak, free tak malam ni? Jom teman saya pergi cari barang".
"Hmmm...nak cari apa?"
"Saya nak cari jersey bolalah. World Cup dah dekat ni. Jersey lama dah tak cantik".
"Nak cari jersey apa? Sebab orang pun nak pergi tengok jersey dah sampai ke belum".
"Niat hati nak beli jersey Belgium tapi bos buat tema jersey Itali".
"Sibuklah nak beli Belgium tu. Beli sajalah Itali. Nak tiru orang juga buat apa?"
"Eh, biarlah. Orang suka jersey tu sebab cantik".
"Itulah perempuan. Bukannya nak menyokong pasukan tu, lebih pada nak bergaya saja".
"Dah mulalah tu nak membebel. Nak keluar ke tak nak?"
"Yalah. Pukul berapa nak pergi?"
"Macam biasa, dalam pukul 9 lebih saya sampai". Pertemuan kali kedua Farisya pergi sendirian saja. Malas mahu mengganggu Awin yang sedang sibuk dengan final projectnya. Walaupun begitu, hatinya masih berdebar-debar mahu bertemu Aryan.

'Mungkin inikah yang dinamakan cinta,
Hati gembira rasa bila kau kata cinta,
Siang nan suram kini menjadi ceria,
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahgia...'

Bait-bait lagu Akim Ahmad di Hot FM kedengaran tatkala Farisya semakin menghampiri kawasan perumahan Aryan. Perjalanan yang memakan masa selama 20 minit itu terasa sangat singkat buatnya. Bukannya tak boleh dia suruh Aryan datang ambil tapi dia lebih suka menaiki kenderaannya sendiri. Tambahan pula dia boleh merempit tanpa gangguan pada waktu malam. Inilah salah satu perkara yang susah nak dikikis dalam jiwa muda Farisya. Walaupun kelajuan itu membunuh, namun dengan kelajuanlah Farisya dapat melepaskan segala rasa negatif yang ada dalam dirinya sehingga membuatkan dia merasa puas. Tapi, alhamdulillah. Sepanjang setahun dia menjadi pemandu berhemah, tiada kes kemalangan yang melibatkan si purple kesayangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 03:08 PM | Show all posts
mm... menarik... ada lagi kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 03:16 PM | Show all posts
wasap posted on 13-6-2014 03:08 PM
mm... menarik... ada lagi kah?

ada lagi...masih mengarang..thanks for reading
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:03 PM | Show all posts
cite semakin menarik TT... keep it up....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:16 PM | Show all posts
thorbaik !!! tgh menanti sambungan TT
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:46 PM | Show all posts
sambung la lagi.......babypurple..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 05:13 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 13-6-2014 04:16 PM
thorbaik !!! tgh menanti sambungan TT

hihihihiiii terima kasih kerana sudi membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 05:14 PM | Show all posts
lulubell posted on 13-6-2014 04:46 PM
sambung la lagi.......babypurple..

okey, on the way dear...
hihihihiiii terima kasih kerana sudi membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 05:22 PM | Show all posts
**********************************4*****************************

Malam itu, mereka keluar mencari jersey kegemaran masing-masing. Walaupun terpaksa mendengar bebelan si Aryan, tapi Farisya berasa sangat bahagia dan seolah-olah itu adalah terapi untuk menghilangkan segala lelahnya setelah seharian berada di pejabat. Jika tidak mendengar suara itu membebel, terasa seperti dunianya sepi tanpa lagu.

"So, nak makan apa malam ni?"
"Tak tahulah, saya tak rasa lapar pula. Awak nak makan apa?"
"Ish, orang tanya dia, dia tanya orang balik".
"Ikut awaklah, saya tak kisah pun makan apa-apa".
"Hish! Orang nak belanja pun tak nak ke?"
"Alaaa...ikut awaklah, saya tak tahu nak makan apa".
"Okey. Tahu tak dekat mana ada burger bakar ke, burger yang sedap-sedap?"
"Adeh, kalau dekat area sini orang tak tahu sangat. Tapi selalunya pergi beli dekat bus stand tu saja".
"Tunjukkan jalan. Sana ada kedai nak minum-minum tak?"
"Ada saja. Mapley ada, medan selera pun ada".

Sesampai ke tempat yang dituju, Aryan segera memesan burger ayam untuk dia dan Farisya. Setelah siap, mereka ke gerai makan yang berdekatan. Takkan nak makan dalam kereta dikegelapan malam, nanti tak pasal-pasal kena kahwin free pula.

"Awak, tak apa ke bawa burger makan dekat sini?"
"Laa, apa salahnya. Bak sini orang bawa".

Mereka lantas ke meja di sudut tepi yang masih kosong. Malam itu pelanggan tidak terlalu ramai, maklumlah malam Khamis. Mereka memesan minuman tanpa makanan. Meja yang hanya diterangi cahaya lilin, menambahkan suasana romantik malam itu. Farisya terasa lucu tatkala memikirkan yang dia sedang candle light dinner bersama si jejaka yang disayangi. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia menikmati makan malam ditemani cahaya lilin bersama sang jejaka. Seperti dirancang saja tapi memang tak logiklah. Farisya tersenyum sendiri. Dalam kesamaran malam, dia dapat melihat raut wajah yang dirinduinya. Tatkala mata Aryan bertemu matanya, Farisya tertunduk malu. 'Adoi, kantoi sudah. Malu aku setahun tak nak keluar rumah'.

"Apa tengok-tengok? Ada hutang?"
"Siapa yang tengok awak. Perasan lebih. Saya tengok orang belakang awak tu".
"Eleh, tak nak mengaku. Kalau rindu cakap saja. Senang, habis cerita".
"Kalau dengan awak ni, cerita takkan habis punya. Ada saja nak cari pasal dengan saya".
"Tapi, kalau orang tak cari pasal dengan awak, mesti awak bosan and rindu dekat saya". Kata Aryan sambil tersenyum yakin.
'Eeee...ini semua salah mata ni. Gatal pergi tengok mata dia ni kenapa?' marah Farisya dalam hati. Selesai makan mereka bergegas pulang. Bukan apa, masing-masing dah mengantuk tambahan pula esok nak bekerja. Walaupun  hanya dapat bertemu untuk 2 jam saja, itu sudah memadai buat mereka melepaskan rindu.

"Awak tu drive elok-elok. Jangan nak rushing sangat. Suka drive laju-laju".
"Yalah, saya tahu. Thanks. Kbai".
"Eh, dah sampai nanti bagi tahu".
"Baiklah abang posmen. Hahaha!".

Tersenyum sendiri Farisya melayan perasaannya yang berbunga riang sambil ditemani celoteh DJ Lin Suria FM. Radio kegemaran Aryan. Suka sangat mamat tu layan radio jiwang-jiwang ni. Badan tough tapi dalam hati ada taman bunga-bunga. Tiba-tiba telefon Farisya berdering. Tertera nama Aryan.

"Hello, ya kenapa?"
"Awak, dah sampai nanti bagi tahu saya".
"Hish! Yalah orang tahu. Kecohlah mamat ni".
"Yalah, Kbai". Aryan mematikan talian. 'Wah, risau juga mamat ni dekat aku ek. Tak sangka pula masih ada yang sayang'. Farisya memandu dengan kelajuan yang digemarinya sambil tersenyum hingga ke telinga. Bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 08:10 PM | Show all posts
kbai tu trademark depa ke?

citer yang bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.088039 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list