CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8181|Reply: 43

Cerpen : Perempuan dari gunung

[Copy link]
Post time 13-6-2014 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua. Percubaan pertama menggarap cerpen... Idea muncul tetiba.... Tak tahulah best ke tidak...

-------


1.

Lelaki tua itu duduk termenung di bangku. Dari tadi mata bundarnya memerhati. Apa yang dimenungkan oleh lelaki tua itu?

“Boleh saya duduk di sini?”

Terkebil-kebil kelopak mata si lelaki tua memerhati. Ke atas, ke bawah bebola matanya berlari. Sekujur tubuh perempuan yang menegur itu diperhatikannya.

“Abang Ilhami menungkan apa? Dari tadi saya perhatikan abang duduk di sini.” Perempuan muda bertanya.

Abang? Dah tahap atuk dah aku ni.... Bicara hati kecil si tua.

Duduknya dilabuhkan tanpa perlu menunggu jawapan keizinan. Lambat. “Yang sudah pergi usah dikenang....” Pujuknya.

Senyap. Tiada balasan kata. Yang bergerak-gerak cuma kelopak mata. Raut wajah dari lelaki tua itu menjelaskan kemusykilan yang menyapa hatinya.

“Saya ni baru kematian suami. Memang sunyi rasa hidup tanpa peneman.” Perempuan muda bersuara lagi. Dia dapat menyelami kesepian hati si lelaki tua. Sekarang ini dia turut mengalaminya. Suaminya dijemput Ilahi kira-kira sepurnama yang lalu.

Masih lagi si lelaki tua itu senyap.

“Abang Ilhami nak kahwin dengan saya?”

Mak oihhh! Biaq betuii! Laju kali ini kelopak mata si lelaki tua berkedip. Wajah perempuan muda yang duduk di sebelahnya lekas-lekas diperhati. Dia tak kenal perempuan itu tapi bagaimana perempuan itu mengetahui namanya? Siap ajak kahwin tuuu...

Cantik! Terlalu cantik. Bak bidadari syurga. Buta ka apa nak kahwin dengan si tua macam aku? Kecantikan perempuan di sisi dinikmatinya dalam diam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 11:10 AM | Show all posts
“Kalau abang sudi kahwin dengan saya, saya amat berbesar hati.”

Aku ni dah kerepot. Hang biaq betuii! Ah! Kata Ustaz Azhar Idrus itu tak jadi masalah... Padam saja lampu. Si lelaki tua mula tersenyum-senyum.

Tapi.... Mau ka naik? Macam tak kottt?

Wajah yang baru nak ceria kembali cemberut.

“Tapi sebelum kita kahwin, Abang Ilhami kena mandi sebelas gayung air zamzam. Baru abang jadi sihat dan kuat semula.”

Hah! Macam tau-tau saja apa yang aku pikiaq... Lelaki tua berbicara sendiri di hati.

“Kalau abang nak kahwin dengan saya, abang perlu tinggal di perkampungan saya ni. Abang setuju?”

Setuju!!!! Lekas-lekas persetujuan diberi. Tapi cuma dalam hati. Belum mampu hendak diluahkannya. Hatinya masih ragu-ragu. Mustahil perempuan muda lagi cantik itu mahu berkahwin dengan lelaki tua yang sudah kerepot lagi uzur macam dia.

“Hang ni siapa sebenaqnya? Malaikat ka manusia?” Kali ini bicaranya diperdengarkan. Kemusykilannya mesti dirungkai. Jika benar-benar sahih, bukan ilusi masakan dia mahu menolak? Lelaki berusia 85 tahun sepertinya diajak kahwin oleh perempuan muda lingkungan usia dua puluhan. Sudah boleh dipanggil cucu bukan lagi anak. Gempak! Paling gempak boleh punya kekuatan bak lelaki muda semula. Gila nak tolak?

Perempuan muda lagi cantik menawan mengukir senyuman. “Malaikat mana ada jantina, abang.” Lunak manja suaranya menjelaskan.

Ya tak ya juga.... Tapi kalau manusia, memang berhati malaikatlah nak kahwin dengan lelaki tua kerepot yang jalannya bertongkat. Kencing beraknya berterabur sampai jenuh anak cucu nak mengelap lantai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:11 AM | Show all posts
ladyFinger12 ... mcm menarik je cite ni... pelik pun ada... misteri pun ada... sambung lg ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 11:14 AM | Show all posts
Keh.. keh... keh...

Hahahaha....

Berderai gelak tawa cucu-cucunya mendengar cerita dari atuk mereka.

“Tok, tok!” Affan, cucunya menggelengkan kepala.

“Tok ada hati nak kahwin lagi tu!” Cucunya yang agak nakal dan kuat mengusik adik-adik pula mengejek.

“Tak baik hang kata tok.” Marah adik perempuan Ajin yang mengusik atuk nak kahwin.

Si lelaki tua turut tersenyum. Mimpinya malam tadi memang lawak. Best gila! Macam betul aje....

“Tuan Puteri Gunung Jerai tu bapak. Perghh! Gempak... Tuan Puteri Gunung Jerai berkenan kat bapak.” Menantunya turut tak melepaskan peluang untuk mengusik. Tersenyum lagi si lelaki tua.

“Kalaulah perempuan tu ajak pergi ke kampungnya, mahu saja bapak ikut. Tapi perempuan itu kata, belum masanya lagi. Dia habaq, nak mai lagi.” Telus bapa mertua memberitahu. Tampak bersungguh-sungguh bercerita. Seperti menggambarkan niat dan pengharapan dalam hatinya.

Sejak balik dari bercuti-cuti di Gunung Jerai perempuan muda cantik rupawan sering mendatangi tidurnya. Terbuai-buai perasaan tuanya sehingga menyenyakkan malam-malamnya. Kalau bukan kerana dikejutkan oleh anak perempuannya untuk solat subuh, harus dia terus asyik mahsyuk dengan kata-kata indah bergula yang dituturkan oleh si perempuan rupawan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 11:18 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-6-2014 11:11 AM
ladyFinger12 ... mcm menarik je cite ni... pelik pun ada... misteri pun ada... sambung lg ya...

Ini cuma cerpen.... lady akan tepek sampai habis hr ni juga. Don't worry...

-----

2.

Lama si lelaki tua bermenung, memikirkan tentang perempuan muda cantik jelita yang sering mengajaknya kahwin itu. Sejak perempuan muda itu menemaninya, hatinya rasa girang selalu. Jiwanya kembali muda walau secara fizikalnya dia sudah tak berupaya. Jangankan nak angkat 'adik', nak angkat bontot untuk dipakaikan lampin pakai buang pun separuh nyawa dan terketar-ketar kepala lutut. Rasa bergegar dan nak terkeluar.

Malamnya kini begitu menyenangkan. Mana tak nya tidurnya langsung tiada gangguan. Lena sampai ke subuh. Itu pun setelah dikejutkan. Kalau tidak, harus dia tenggelam diulit mimpi yang mengasyikkan. Selalunya tak macam ini. Pukul 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi dia dah berjaga. Kadang-kadang dia gagah bangun untuk solat tahajud. Selalunya dia bangkit nak solat subuh. Selepas solat, tidur semula. Lepas tu anak perempuannya kejutkan kata baru masuk subuh. Rupa-rupanya dia solat subuh pukul 4 pagi. Kadang-kadang dia solat tahajud pukul 6.15 pagi!

Eh, mana ada mimpi. Betui! Pompuan muda tu memang wujud. Tiap-tiap hari dia mai. Berceloteh sambil tertawa. Melenyapkan kesepian seorang lelaki tua. Hati kecil seorang tua yang ditinggal isteri cuba menyedapkan perasaan.

Siapa perempuan tu? Katanya bukan malaikat. Tapi kalau manusia buat apa duduk atas gunung? Bukan pekerja resort dan bukan juga taukeh resort. Dia pasti kedua-duanya bukan, sebab perempuan itu dijumpainya di tengah hutan.

Jin???? Dua keningnya bertaut manakala dahinya yang sudah berkerut bertambah berkerut. Butiran air jernih dan kecil mula merenik....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 11:22 AM | Show all posts
3.

“Hang ni sapa? Cuba habaq betui betui..” Si lelaki tua bertanya kehairanan. Kali ini perempuan muda yang mengunjunginya bukan perempuan muda yang biasa bertandang. Walaupun pandangan matanya agak kabur, tapi dia pasti pandangannya tidak salah. Perempuan kali ini tampak lebih muda lagi tapi kurang sikit dari segi kecantikannya. Yang sering berkunjung sebelum ini lebih cantik lagi.

“Hang ni jin ka? Sat muka hang lain, sat gi lain...” Lelaki tua mula kompelin. Dia bimbang jika dirinya sengaja mahu dipermain. Ikut logik akal, mana ada perempuan muda cantik rupawan berkenankan lelaki tua uzur lagi tak bertenaga? Lainlah kalau dia seorang ber'title' Datuk yang jutawan. Itu memang tak hairan sebab bukan dirinya yang direbutkan tapi harta. Tapi dia hanya seorang datuk kepada 30 orang cucu! Aneh betul kalau ada yang ajak kahwin. Harta pun tiada. Mengharap belas ihsan anak-anak saja.

“Saya ni adik kepada perempuan yang selalu datang jumpa abang tu.”

“Hang nak apa?”

“Tak ada apa... Saya cuma nak tengok Abang Ilhami. Kakak saya selalu bercerita pasal abang.”

Lelaki tua itu senyap sambil telan liur. Nampaknya perempuan itu juga tahu namanya. Memang betul adik perempuan hari tu kott?

“Abang Ilhami betul-betul ke nak kahwin dengan kakak saya?”

“Kalau dia sudi, apa salahnya... Tapi saya ni dah tua... Uzoq....”

Perempuan muda tersenyum.

“Saya tak dak duit nak buat majlis kahwin....” Bicara si tua bersambung.

Perempuan muda senyum lagi. Beberapa detik wajah lelaki tua diperhati.

“Itu tak menjadi masalah... Yang pentingnya Abang Ilhami sedia tinggal di perkampungan kami... Orang tua kami tentu saja tak benarkan anak mereka tinggal di dunia luar sana.”

Lelaki tua telan liur lagi. Tinggal di puncak gunung? Dalam hutan belantara? Kemudian nafas beratnya dihela.

“Saya harap Abang Ilhami fikirlah masak-masak...” Si perempuan berkata sebelum beredar pergi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2014 11:26 AM | Show all posts
4.

“Bapak, bapak!” Sudah berkali-kali Hana mengejutkan bapanya itu namun masih lagi lelaki tua itu tak berkalih.

“Bapak.... dah subuh ni. Bangun mandi, lepas tu solat.” Bapanya yang nyenyak tidur itu dikejutkan lagi. Tuala sudah disangkutkan pada daun pintu bilik air. Kain pelikat yang bersih sudah diletakkan pada bangku. Nanti mudah bapanya itu hendak menyalin. Begitulah rutin Hana setiap hari.

Walau pun bertongkat, bapanya itu masih lagi kuat untuk berjalan ke bilik air. Semuanya dia lakukan sendiri. Lagi pun bapanya itu tak boleh dimanjakan sangat. Kata doktor, bapanya itu perlu bergerak untuk menguatkan otot-ototnya dan melancarkan perjalanan darahnya. Adiknya pun tak bagi manjakan bapa mereka sebab nanti bila giliran bapa mereka ke rumah adiknya semula, jenuh dia nak layan. Dengan anak kecilnya yang kuat meragam lagi. Boleh pengsan nanti.

Apa yang mengkagumkan hati Hana, asal terjaga dari tidur, perkara pertama yang bapanya ingat ialah solat. Risau betul bapanya itu jika tak bersolat. Penyudahnya dia main solat ikut dan.  

“Kalau hati yakin, solat aja.. Insya-Allah, Allah terima.” Begitulah kata-kata bapanya setiap kali ditegur bersolat di luar waktu.

Bukan Hana tak letakkan jam di tepi katil bapanya tapi lain yang jarum jam tunjuk, lain pula otak bapanya mencerna. Kalau tak diperingatkan, ikut suka dia nak solat pukul berapa. Kadang-kadang bapanya mendengar kata, kadang-kadang bapanya itu ikut kepala dia saja.

Hana kagum bila bapanya gigih solat semula apabila diberitahu solatnya tak sah sebab belum masuk waktu. Dengan berpapahkan tongkat, kakinya pendek-pendek melangkah ke bilik air untuk ambil wudhuk semula. Kalau lumba lari dengan kura-kura, wajib kura-kurang yang menang.

“Inilah yang Allah suka.” Kata suami Hana.

“Bermujahadah untuk laksanakan perintah Allah.” Sudah acap kali suaminya memuji. Hana rasa bangga menjadi anak kepada lelaki yang bernama Ilhami itu.

Namun ada kalanya kesabaran Hana teruji apabila bapanya mati-mati mempertahankan waktu solat sudah masuk sedangkan masanya lambat lagi. Sebab itulah kadang-kadang maghribnya pukul 6.30, subuhnya pukul 5 pagi. Isyanya pula pernah dibuat pukul 8 malam. Bila fikirannya tak betul, janganlah diajak bertengkar. Iyakan saja apa katanya...

“Biaq pi lah... Dia dah tua. Fikirannnya pun kadang-kadang tak menentu. Kadang okey, kadang nyanyuk... Allah faham.” Kata-kata suaminya menjadi penyejuk hati. Hana tak mahu bertekak dengan bapanya hanya kerana waktu solat. Nak jaga sangat waktu solat bapa, tak pasal-pasal menderhaka.

Subuh sat gi habis. Nak mandi lagi... Hana yakin bapanya belum lagi bangun solat subuh berdasarkan lampin pakai buangnya masih tersarung.

Pandangan Hana kembali kepada bapanya. Hatinya mula merasakan ada sesuatu yang tak kena. Sudah puas dia mengejutkan bapanya itu tapi bapanya tetap tak bergerak. Tubuh bapanya disentuh. Sejuk!

Dup dap dup dap! Dahi pula diraba. Jantungnya kian laju. Jari telunjuk Hana halakan ke lubang hidung... Tak rasa apa-apa!

Ya Allah! Janganlah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 11:29 AM | Show all posts
Kerisauan mula menujah hati. Harapannya andai bapanya perlu pergi menemui Ilahi, biarlah depan mata agar dapat diajarkan kalimah suci lailahaillallah sebelum menghembus nyawa. Kerana janji Allah barang siapa yang dapat mengucapkan lailahaillallah akhir kalam wajib syurga. Dan syurga bagi orang yang imannya sebesar zarah besarnya sepuluh kali dunia. Bapanya seorang yang taat kepada perintah Allah. Hidupnya sentiasa ingat Allah. Lidahnya pula sentiasa basah dengan zikrullah. Dalam duduk mahu pun dalam berbaring, Allah sentiasa di hati....

Tak... bapa tak boleh pergi dalam keadaan begini. Hana panik.

Nanti semua adik-beradik mengata yang dia tak jaga bapa betul-betul. Mesti bapa ada panggil sebelum habis nyawa tapi kau tidur mati. Air mata mula menitik. Entah kenapa Hana sedih. Bukan sedih kerana bapanya telah pergi tapi sedih sebab memikirkan nanti adik-beradik mengata...

Astaghfirullahala'zim... Hana beristighfar. Bersangka buruk terhadap adik-beradiknya sendiri. Patutnya dia sedih sebab tak berada di sisi bapa pada saat akhir sedangkan mereka di bawah satu bumbung.

“Abanggggg!!!!” Jeritannya bergema dalam keheningan subuh. Suaminya dipanggil untuk mengesahkan keadaan bapanya.

“Haishhhh! Awat hang menjerit lagu tu??? Bapak bukan pekak.” Hana dimarahi. Tak pasal-pasal badannya dilepuk dengan tangan kasar bapanya.

“Laaa.... banyak kali chek kejut bapak, tapi tak bangun-bangun jugak.” Tawanya terhambur dalam tangis. Alhamdulillah!

“Hang ni lah.... bapak tengah dok sedap bersanding atas pelamin, hang dok riyau pasai apa?” Ilhami hairan melihat air mata yang berjurai di wajah anaknya itu.

“Pasai apa???” Suami serta anak-anak bergegas menuruni tangga rumah teres dua tingkat itu.

Hana cuma mampu menggeleng. Gembiranya tak terucapkan dengan kata-kata....




***** TAMAT *****

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 11:38 AM | Show all posts
Hehehe, baguih mimpi BAPAK tu kan. Lawak. Kan dah kena cepuk. Hah tulah kacau daun lagi. BAPAK, BAPAK. Cek seronok baca cerpen ni Kak LadyFinger12. Gunung Jerai, cek selalu lalu ja kat kaki gunung tuh. Cantik ja tempat tu. Dah berbelaih tahun dok sini, tak pernah lagi 'nek' Gunung Jerai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:08 PM | Show all posts
Best, jalan cerita sedap. Pengolahan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:35 PM | Show all posts
Pengalaman sendiri eh?


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 03:41 PM | Show all posts
selamt pengantin baru bapak
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 03:49 PM | Show all posts
terbaek TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 03:54 PM | Show all posts
wipers81 posted on 13-6-2014 11:38 AM
Hehehe, baguih mimpi BAPAK tu kan. Lawak. Kan dah kena cepuk. Hah tulah kacau daun lagi. BAPAK, BAPA ...

Cheq org gurun ka?

Mmg syiokk la kat ataih nuuu! Boleh feeling2 kat obersea...





Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 03:54 PM | Show all posts

alaaa.....hana...awat kacau bapak nak mimpi best tu...
bapak dah mandi 11 gayung air zamzam..



lady..next...


eh..eh....tetiba...  




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 03:55 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-6-2014 12:35 PM
Pengalaman sendiri eh?

Agak2? Mesti sbb nama2 watak, kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 03:59 PM | Show all posts
UsuFie posted on 13-6-2014 03:54 PM
alaaa.....hana...awat kacau bapak nak mimpi best tu...
bapak dah mandi 11 gayung air zamzam..

Kesian encik Ilhami. Potong tul lah hana tu kan?

Nasib bukan masa adegan dlm bilik



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:00 PM | Show all posts
UsuFie posted on 13-6-2014 03:54 PM
alaaa.....hana...awat kacau bapak nak mimpi best tu...
bapak dah mandi 11 gayung air zamzam..

Usuuuuu...missyuuuuu muahmuahmuah....

tetibaaa

Pakcik Ilhami mandi 11 gayung air.......













Mandi wajib.....

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:02 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-6-2014 03:55 PM
Agak2? Mesti sbb nama2 watak, kan?

Taklah...

Sebab uols kan cakap, kena jaga your father. So iols agak aje....

Part Pakcik Ilhami kawen puteri gunung tu mungkinlah rekaan semata-mata.....



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:02 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-6-2014 04:00 PM
Usuuuuu...missyuuuuu muahmuahmuah....

tetibaaa


mandi wajip apanya...kata si adik dah tak    ...


miss u too nicki...buatlah cerpan baru...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.139270 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list