CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9914|Reply: 110

[Tempatan] Bagi RM100,000 atau rumah sebuah- penduduk bagi 2 pilihan kepada pemaju

[Copy link]
Post time 15-6-2014 01:29 PM | Show all posts |Read mode

KAWASAN tanah penduduk di Kampung Seberang Terus, Jalan Putra yang akan dibangunkan untuk projek perumahan. - MINGGUAN/Safrizal Azmi


ALOR SETAR 14 Jun - Kira-kira 500 penduduk di Kampung Seberang Terus, Jalan Putra di sini merayu pihak pemaju menyediakan penempatan baharu atau diberikan pampasan dengan kadar yang berpatutan apabila tanah di kawasan itu dibangunkan untuk dijadikan projek perumahan.

Penduduk di situ bakal kehilangan rumah apabila tanah kampung tradisional di kawasan tersebut yang dimiliki oleh pemilik persendirian bakal dimajukan dengan projek perumahan bernilai ratusan ribu ringgit.

Seorang wakil penduduk, Mokhtar Ishak, 68, berkata, sebanyak 102 pemilik rumah di kawasan itu telah menerima notis pengoso-ngan daripada pihak pemaju pada Disember tahun lalu.

&#147ada bulan Mac tahun ini, pihak pemaju telah mengambil tindakan saman terhadap 29 pemilik rumah yang masih tinggal di sini.

“Kami telah berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan pemaju kerana jumlah pampasan yang ditawarkan sangat rendah iaitu RM10,000 untuk rumah satu tingkat dan RM15,000 untuk rumah dua tingkat.

“Sehingga kini tiada maklum balas diterima daripada pihak pemaju dan kami sangat berharap pihak pemaju akan berbincang dengan penduduk sebelum mengusir kami keluar dari sini," katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Terus di sini hari ini.

Mokhtar berkata, dia telah tinggal di kawasan itu sejak 40 tahun dahulu dan sangat berharap pihak pemaju memberikan jumlah pampasan yang setimpal dengan harga tanah pada masa kini kepada penduduk.

“Zaman sekarang RM15,000 dan RM10,000 memang tidak cukup kalau boleh saya minta RM100,000 diberikan untuk nilai pampasan rumah yang saya tinggal sekarang," jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Siti Shaleha Rejab, 52, berkata, keluarganya telah menetap di kampung itu lebih 50 tahun dan dia berasa sangat sedih apabila terpaksa meninggalkan rumah yang didudukinya itu.

“Saya tidak tahu ke mana lagi hendak pergi kerana tidak mampu membeli rumah baharu dan disebabkan itu saya berharap pihak pemaju memberikan rumah baharu untuk penduduk di sini.

“Kami sangat mengalu-alukan jika pihak pemaju sudi membina rumah kos rendah di kawasan ini untuk diberikan kepada pemilik-pemilik rumah yang terlibat," jelasnya.

Dalam pada itu, Wong Ngai Keong, 64, pula berkata, dia berharap pihak pemaju memberikan pampasan setimpal kepada pendu-duk kampung kerana kebanyakan daripada mereka merupakan warga emas dan ibu tunggal.


p/s- dah besar tuah pemaju nak bagi jugak pampasan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2014 01:33 PM | Show all posts
bg 10,15k je....pastu da siap pemaju untung berjuta2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 01:39 PM | Show all posts
undi lg BN anak mahathir.

kan habis.

tu lah siapa suruh undi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow betullah BN menang ghakyat Kedah Senang
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka hampa oghang Kedah. nak kemajuan sgt, hah hadaplah kemajuan itu skrg
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 01:44 PM | Show all posts
sekaki nilai pasaran sana berapa???
kenapa xhire valuer untuk kira nilai kalo xsetuju???
kalo wana, wana akan lihat kawasan sekitar...berapa nilai sekaki..
kalo masyuk lagi, hire valuer bagi fight...
blh upkan pampasan..
ni hearsay jah...mana boleh uols...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2014 01:47 PM | Show all posts
Aaa nampak tak yg saya selalu cakap manusia hipokrit tahap munafik tu...kalau yg kena halau tu penduduk dibawah PR...munafik2 ni akan backing kata...dah duduk ditanah persendirian..pree lagi...patut sangat lah.

Lani cer tengok..sama kes macam kg berembang dulu tu.

ni yg saya kata spesis haramjadah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 01:48 PM | Show all posts
Kalau projek itu utk 200 unit rumah, mana mungkin boleh bagi 102 unit rumah secara percuma kepada penduduk. Tarak untung laa...Welcome to dunia kapitalis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2014 01:50 PM | Show all posts
ooo...xbaca abes..
tanah persendirian..bukan tanah depa la???
kira menumpang la ni...
susah la nak fight kalo menumpang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 01:57 PM | Show all posts
kampung tradisional?
tanah persendirian?
mcm mana boleh jadi gitu?

Anak mahathir sibuk nk buat airport baru yang xjauh dari bayan lepas sedangkan airport alor setar x fully utilised..... bangang abadi

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 02:14 PM | Show all posts
dah duduk 40-50 taun dan tau tanah tu adalah hak milik orang lain. takkan takder usaha utk membeli atau mendapatkan hak milik tanah tu....tuan tanah bg tumpang ddk tanpa satu sen byaran pon kira bersyukur la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aks_berhad posted on 15-6-2014 02:14 PM
dah duduk 40-50 taun dan tau tanah tu adalah hak milik orang lain. takkan takder usaha utk membeli a ...


He he bangang abadi berpisah teda. Kira perkampungan setinggan aka haram aka cadbury
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 02:41 PM | Show all posts
sudah duduk tanah worang free - lagi manyalak pampasan - mentalkaaa
10k oklah gak - leh downpayment rumah kos rendah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Seberang terus ni dalam bandar Alor Setar. Pemaju mesti jual mahal rumah kat sini.... Last edited by aku_best on 15-6-2014 02:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 02:48 PM | Show all posts
mana mahfus?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 02:49 PM | Show all posts
Penduduk di situ bakal kehilangan rumah apabila tanah kampung tradisional di kawasan tersebut yang dimiliki oleh pemilik persendirian bakal dimajukan dengan projek perumahan bernilai ratusan ribu ringgit.
apasal gatal pi buat rumah kat tanah org?

angkat je laa rumah tu pi letak tapak lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2014 02:51 PM | Show all posts
tanah tu sapa punya? macam mana tanah orang, boleh buat 102 rumah...??
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang tanah milik keluarga , yg org tua meninggal ..... dalam geran besar memang la boleh muat banyak umah.
Ada sorang pakcik sekeluarga  buat umah kat tanah kitaorang kat kg. Kesian sebab dulu umah dia kat tanah kerajaan. Lepastu kerajaan nak ambil balik tanah tu....
memandangkan die org PAS..... susah sket nak dpt tapak lain, so kitaorg bagilah die duduk kat tanah kita...

harap2 pakcik tu ingatlah.... tanah die duduk tu kita  bagi tumpang jer..... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 03:09 PM | Show all posts
soebyuk posted on 15-6-2014 03:03 PM
Kekadang tanah milik keluarga , yg org tua meninggal ..... dalam geran besar memang la boleh muat ba ...

sbb tu kena buat agreement
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 15-6-2014 03:09 PM
sbb tu kena buat agreement

Org susah..... takkan kita nak susahkan dorang lagi.....
dorang nak makan pakai pun tak baper nak cukup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.364436 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list