CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7494|Reply: 65

Puisi Rapik Aku

[Copy link]
Post time 16-6-2014 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Salam perkenalan semua.. izinkan aku berkongsi puisi-puisi yang aku coretkan di sini. Aku bukan pengkarya agung. Aku hanya penulis tak bertauliah..



Tuntutan


Bukan mengeluh..
Bukan niat aku melawan takdir.
Aku terima dengan redha apa jua ketentuanNya.
Cuma aku hanya manusia.
Manusia yang selalu tersepit dengan tuntutan persekitaran.
Baik bagi kamu, belum tentu baik bagi aku.
Tapi hakikatnya semua itu adalah sebuah ketentuan.
Terserah pada aku untuk menerimanya melalui gerak yang mana.
Gerak yang akan aku pilih demi mmenggerakkan ceritera itu.
Aku berperang dengan tuntutan. ~~


=[PuakaPuisiRapik]=


Last edited by enciKacang on 16-6-2014 02:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2014 02:53 PM | Show all posts
Hujan Lagi


Hujan..hujan lagi..
Ada masanya hujan dimarah..
Marah apabila hujan turun membasahi mereka..
"Alaa..hujan la pulak..."
Hujan pun sedih..
Hujan hanya ikut perintahNya..
Adakala hujan diseru..
"Hujan la cepat. Berapa hari dah tak hujan. Panas...."
Dimarah lagi kerana tak turun..
Hujan sedih lagi.. Bukan kuasa hujan yang tentukan..
Sekarang hujan diseru. Hujan dipuji. Hujan adalah wira! Kerana hujan tolong hilangkan jerebu..
Hujan bangga.. selagi hujan tak dimaki lagi..
Sementara menanti tajuk episod baru, ragam manusia..
Kasihan hujan...
Hujan lagi...


=[PuakaPuisiRapik]=

Last edited by enciKacang on 16-6-2014 02:56 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 02:55 PM | Show all posts
Kalau Ikutkan Hati


Kalau ikutkan hati,
Mahu aku maki..
Tapi tak jadi..

Kalau ikutkan hati,
Nak saja aku lari..
Tapi kaki terhenti..

Kalau ikutkan hati,
Memang dah aku cari..
Tapi akal menafi..

Kalau ikutkan hati,
Tak akan aku daki..
Tapi niat menguasai..

Kalau ikutkan hati...
Dah lama hati mati..
Memang susahlah hati... ~



=[PuakaPuisiRapik]=



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 02:58 PM | Show all posts
Gila!


Kau pening..
Kau bukan gila..
Kau buat mereka pening..
Mereka hampir gila..
Aku pun pening..
Hampir gila..
Gila menggila..
Pening dan gila..
Tapi bukan gila-gila..
Asal pening jangan gila..
Gila aku!


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 02:59 PM | Show all posts
Bodohkah?


Kura2 jalan dulu..
Arnab yg sampai dulu..
Pura2 buat tak tahu..
Takut nanti dapat malu..

Bodoh si arnab tak pura2 sakit atau kemalangan. Kalau tak dapat juga dia tutup malu..

Bodoh kura2 menang lumba tu. Kalau tidak dapat malukan arnab dengan lebih aib..

Bodoh kau membodohkan bukan orang..
Kau tu orang!


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 03:01 PM | Show all posts
Racun Mercun


Kura-kura pergi kedai membeli mercun..
Mercun dijual oleh siput..
Kalau dah memang suka meracun,
Mana tak tulang menjadi reput..

Yang meracun bagaikan mercun..
Yang diracun habis melecur..
Hidup jangan suka meracun..
Kelak dilabel orang ibarat mercun..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2014 03:01 PM | Show all posts
Perintah


Kalau kau suka memerintah,
Belum tentu orang suka kau perintah..
Kalau dah memang bangsa suka memerintah,
Jangan ingat bangsa suka sama kau.
Mengarah biar beradab.
Jangan beradab yang biadab..
Apa saja perintah kau boleh diendah.
Sebab kau cuma sampah..
Sampah yang melimpah dalam amarah.
Perintahlah dengan adab dan saksama.
Kelak berkatmu melimpah ruah..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 03:05 PM | Show all posts
Wujud Ghaib Aku


Kita bertatih di laluan masing-masing,
Liku yg kita tempuh nyata berbeda..
Kita bertemu pada satu titik..
Atas janji yang Hak..
Bertapak di titik itu..
Dengan niat dan tujuan yang sama..
Namun dengan cabang yang berbeza..
Beza yang akhirnya akan menemukan jua kita..
Dalam satu medan itu..

Namun nyata dalam kita,
Ada yang berbeza..
Setiap prinsip sukar sebati..
Ada yang berjuang,
Ada yang berdagang..
Tidak ada yg salah..
Semuanya betul di sisi kita..
Betul dalam telingkah..

Tiba satu helaian,
Sesudah banyak yg dtinta,
Ada yang tercarik,
Ada yang direnyuk,
Ada yang diremuk,
Dan pasti ada yang disepuh..

Dan kita..
Akhirnya membawa haluan itu,
Di jalan masing-masing,
Berbekalkan apa yang telah disemai,
Masing-masing melangkah..
Terus, menyimpang, berpatah balik..
Tidak ada yang nyata..
Tidak ada yang samar..
Semuanya hanya jelas..
Sebelum diramas dan lemas..

Semoga kalian berjaya,
Dalam mencapai cita-cita kita..
Moga terpatri kalian di dalam seni itu..
Dan aku..
Aku wujud dalam kalian..
Biar kalian buta untuk aku..
Aku masih di sini...


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 09:35 AM | Show all posts
Sudut


Di satu sudut itu,
Keadaan memaksa aku berfikir,
Samada aku yg keliru
Atau ruang lingkung itu yg terlalu sempit buat aku..
dan umat persekitaran bertalu2,
Menghujani persoalan buat akal aku yg tak berapa hebat in,
untuk mencari jawapan yg maha kukuh lagi teguh buat akal bijak mereka menerima jawapan dari aku...
Langsung tak faham...~


=[PuakaPuisiRapik]= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:49 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:38 AM | Show all posts
Warkah Bersudi


Apa lagi yg kau harapkan?
Bukan pilihan dari aku tapi kamu.
Telah aku cuba sebaiknya menyulam kata sehalus mungkin buat akal kamu dapat memahami antologi itu. Agar setiap tindak tanduk aku itu tidak menjadi satu persoalan buat kamu mencari di mana warasnya. Tidak ada yang tidak waras.
Hanya susun atur penilaian itu yang kau harus hadamkan.
Namun kau gagal.
Gagal dalam menyeberangi sempadan itu.
Bukan salah aku.
Bukan juga salah kamu.
Cuma hak itu sekadar itu..

Cukup.
Jangan disiksa batin itu.
Patrikan saja memori itu hingga ia menjadi kematu tak bersendu.
Hidup kau harus terus.
Jadikan aku sebagai selingan yang mencorak jatimu.
Bukan niat aku melepas sesah.
Hanya mahukan kau berdiri.
Berdiri dengan kaki itu tanpa ada apa yang harus diiri.

Teruskan.
Jangan jadikan kenangan itu satu kekangan.
Tapi jadikan sebagai loncatan.
Buat kau mengarang kisah yang tak kecundang..

Warkah buat kamu yang sudi..


=[PuakaPuisiRapik}= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:50 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:40 AM | Show all posts
Berakhirnya Mula


Pengakhiran yang dulu itu,
Bukan penamat buat kamu..
Tetapi perhentian buat aku..
Bukan maksud aku memutus apa yang aku sendiri pintalkan..
Namun renggangan itu yang rapuh.
Bertahun lamanya hasrat itu beku.
Lantas kebetulan yang suratan itu aku garapkan harapan..
Untuk aku semai kuntuman bunga yang dulu itu...
Buat penyeri noktah yang suram.
Namun kamu..
Hanya kamu yang mengerti.
Hanya aku yang memahami..
Biarlah terus beku.
Asal jalan itu dapat kau teruskan tanpa duka..
Ampunkanlah...


=[PuakaPuisiRapik]= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:51 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:41 AM | Show all posts
Perihal Rimba


Matinya sang singa,
kecoh sejagat serimba itu.."raja rimba sudah mati!"..kata mereka..
Sambil mereka berpusu-pusu berlari untuk menziarah bangkai sang singa,
untuk penghormatan kali terakhir.
Termasuk keluarga babi hutan yang sudah 2 ekor anaknya dimakan keluarga singa itu..
berlarilah sekalian mereka sambil ada sahaja semut yang mati dipijak oleh mereka dalam keadaan huru-hara itu..


=[PuakaPuisiRapik]=

Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:51 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:43 AM | Show all posts
Letih


Jauh berjalan.. letih,
Rehat sebentar..
Kutip satu-satu rezeki yg dilimpah.
Buat bekalan deria semua.
Tapi sayang..
Saku sendiri yang koyak tak disedar.
Rupanya hanya jiwa yang merasa kaya.
Hakikatnya lopong..~



=[PuakaPuisiRapik]= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:45 AM | Show all posts
Sudah Jaga Lagi

Sudah jaga lagi...
Lena aku dibuai mimpi.sejuk menyerap diri..
Selepas beberapa malam berpeluh sesah..
Hasil insani sang hujan yang mencurah tadi.
Namun..irama yang melewah itu..
Tetap menjadi penggera aku.
Sudah jaga lagi...
Menerbitkan nukilan tak berpunca dari aku di kala yang ini.
Sudah jaga lagi....
Sudah jaga lagi.......


=[PuakaPuisiRapik]= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:48 AM | Show all posts
Birat Bersirat


Kalau sudah merangkak,
Jangan digusar lutut berbalar..
Sudah kering balar,
Jangan dirangkak meluka lagi..
Bertatih-tatih biar tiba ke anjung bonda,
Biar tiba di dakap ayahnda..
Sudah berdiri teguh,
Jangan akhirnya meluka hati tua..
Ada satu,
Ada dua,
Tiada nokhtah isi yang bersirat.
Selagi mahu akal mengira birat..~


=[PuakaPuisiRapik]= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:53 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:48 AM | Show all posts
Merdekakah?

Sudah merdekahkah belum?
Merdeka atau mereka semata?
Gempita di malam setiap 31 ogos, tak akan sama dengan gempita mereka sebelum 31 ogos..
Sorak yang melagukan irama sendu jelata.
Namun itu semua ternyata prosa.
Jangan diserikan peringatan itu dengan seri yang berwarna hitam.
Usah kalian hamparkan baldu kusam melitup mekar barcahaya itu.
Semoga ada yang menyulam terus titik-titik peluh itu menjadi jisim kemakmuran, untuk semua..
Dalam merdeka, jangan ada yang derhaka..
Salam merdeka...


=[PuakaPuisiRapik]= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:53 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 09:55 AM | Show all posts
Perihal Rimba Dua



Di dalam sebuah hutan,tinggal seekor penguin yg bernama Jenggo..Jenggo seekor yang kaya. Di sarangnya lengkap dengan kolam mandi yang sangat besar dan sejuk. Jenggo sangan bangga dengan dirinya dan tidak disukai oleh landak yang bernama Kusin. Suatu hari Kusin lalu di hadapan rumah Jenggo. Seperti biasa Jenggo berlagak dan memperlekehkan Kusin yang tidak berhabitat tetap itu. Tiba-tiba Jenggo ditakdirkan mati pada ketika itu. Kerana tidak mampu untuk menggali lubang untuk menanam Jenggo,Kusin membakar Jenggo dan sarang mewahnya hingga menjadi abu.Kusin pun beredar. Sekian..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:56 AM | Show all posts
Kotak Ruang

Dalam kotak itu ada ruang kosong.
Kosong itu mengisi ruang di dalam kotak.
Di dalam dalam kotak itu ada isu yang mengisi dalam di dalam kotak yang kosong diruangnya..


=[PuakaPuisiRapik]= Last edited by enciKacang on 23-6-2014 09:58 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 09:59 AM | Show all posts
Sadis

Hebatnya hirisan dedaunan itu,
Menghiris aku luka pedih,
Menyangka rimbunan mu membayukan aku,
Tapi sayu merintih sakit,
Sakit! Sakit! Sakit! Sakit! Sakit!

Lagaknya bagaikan panglima sakti,
Agaknya tiada nikmat lagi,
Mampu membida nyawa yang tersia,
Merayu hina dina di buana,.
Sadis! Sadis! Sadis! Sadis! Sadis!


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:01 AM | Show all posts
1

Sesekali bertemu,
1001 rasa,
1000 deria,
999 lara,

Ada cerita yang tergarap,
Biar 998 perisa,
Hanya tiada yang bersorak juara,
Biar dikenang yang dibuang,
Tak akan sama dengan yang direnang,
997 simpang bercabang 996..

Sesekali bertemu,
Ada rindu yang menerjah,
995 jarum pantas memintal retak,
Menghayun jurus, memijak langkah yang 994,
Jadikan 993 itu genap..

Sesekali bertemu,
Menjadikan aku berkali-kali tak jemu,
Memandang 992 makna yang langsung tak faham,
991 huraian yang berselirat,
Lalu 990 hati mati..


Sesekali bertemu,
1001 pengharapan tak bermaksud, kaku..
Kerlingan itu aku faham.
Jelingan itu aku kenal.
Balasan itu buat kau diam, faham.

990 dari 1001 itu berpasaknya tiada,
Hanya iringan buat kalian,
Moga yang terlewah itu dijamah,
Sesekali apabila bertemu,
Jadikan 1001 itu 1... ~


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071222 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list