CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enciKacang

Puisi Rapik Aku

[Copy link]
 Author| Post time 23-6-2014 10:03 AM | Show all posts
Tambat

Sudah dikurung,
Ditambat pula..
Batasnya hanya di kandang.
Terlepas sedikit pun tambatan itu tetap utuh mengikat..
Hanya lontaran yang mampu takat tersampai..
Itu pun bergantung apa yang tercapai.
Keliling selirat tak terungkai ~~


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 10:05 AM | Show all posts
Tak Faham Lagi


Di satu sudut itu,
Keadaan memaksa aku berfikir samada aku yg keliru,
Atau ruang lingkung itu yg terlalu sempit buat aku..
Dan persekitaran bertalu-talu menghujani persoalan buat akal aku yg tak berapa hebat ini,
Untuk mencari jawapan yg maha kukuh lagi teguh buat akal bijak mereka menerima jawapan dari aku yang jahil ini..
Tak faham lagi.. ~~


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:06 AM | Show all posts
Kertas

Kertas,
Ada masa nilai kertas itu mewakili jutaan ringgit,
Bukan saja dari sudut wang,
Tapi juga dari sudut kemanusian,
Beratnya sesuatu amanah yang diwakili kertas itu,
Namun ada masanya kertas hanyalah sampah,
Direnyuk dan dibuang,
Malah ada masanya hanyalah tempat melapik najis..
Hanya manusia yang menilainya..
Selagi kertas itu diamnya di bumi ini..

Manusia ibarat kertas..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:08 AM | Show all posts
Sampai Bila

Sampai bila,
Sampai bila begini,
Yang dimatri enak mesra,
Menjadi saksinya sejagat,
Mulianya di hati hinanya di mata,
Bersesak semua mahu merujuk,
Kata yang dusta panjang sehasta,

Diraikan dosa,
Ditarikan dusta,
Yang benar nyata dilempar hina,
Bukan salah apa yang tercipta,
Hanya pembawakan itu jujurnya tiada,
Kembali nanti sudah hiba,
Diratap kesal tiada guna...

Sampai bila..
Sampai bila begini..
Sampai bila tibanya...
Destinasi....~


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:09 AM | Show all posts
Biar

Biar masa yang bercerita..
Biar kenangan menyulam tinta..
Biar lamunan menyata rasa..
Jangan pernah berubah jiwa..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:10 AM | Show all posts
Bayukan

Angin..
Kalau boleh tolong aku,
Sampaikan hasrat ini,
Hasrat yang terpasak,
Tak berganjak pergi,
Biar aku lontar jauh,
Jauh dari pengharapan mustahil ini,
Biar dia rasa,
Lembayu hasrat yang tersia,
Jangan sampai nanti,
Hati menangis lagi..
Aku tak bisa lagi..
Menyaksi dia pergi..
Walau masih di paksi......


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2014 10:11 AM | Show all posts
Sapa (1)

Gigil aku curiga,
Apabila disapa aura mu,
Menguji aku,
Yakini dalaman aku,
Sangsi amanat guru,
Yang mana pilihan jitu..

=[PuakaPuisiRapik]=
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:11 AM | Show all posts
Sapa (2)

Ku jejak harum mu,
Di setiap laluan persona,
Namun tiada yang terkesan,
Walau mimpi jadi azimat,
Sepi itu indah,
Asal kau setia membayangi..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 10:14 AM | Show all posts
Masih Amanah

Dalam kesabaran itu,
Kalau diikut kata amarah,
Memang tak akan kenal sabar.
Apa lagi cinta kepada sabar..
Namun akal itu anugerah.
Kalau tidak kerana akal.
Selapis melapis yang tergaris dalam jisim akal itu adalah memori..
Syukur akal masih jujur melaksanakan amanah..

=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:15 AM | Show all posts
Perihal Rimba Tiga


Apabila ditanya singa yang lapar,
Mahu makan apa?
Jawab singa," kaulah..",
Mana boleh, "Aku pun singalah!"
"Manusia boleh makan manusia apa?"
"Manusia tu bodoh. Mereka ada akal!"
"Betul juga. Bodoh macam manusia yang ada akal!"
"Akal itu bagus.Yang tak bagus tuan punya akal tu!"
"Sokong. Jadi mari kita makan manusia yang makan manusia!"
"Tak nak!"
"Kenapa pula?"
"Tak sedap. Hati mereka busuk, kotor!"
"Habis nak makan apa?"
"Makan saja rusa. Itu yang telah ditentukan malah dimudahkanNya. Ikut saja!"
"Baiklah!"


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:16 AM | Show all posts
Aku Nampak Kau


Hari itu aku nampak kau,
Aku tengok kau dari jauh,
Lama juga..
Kau nampak aku,
Tapi kau tak pandang pun,
Aku terkenangkan kau,
Selalu juga..
Kadang-kadang malu sendiri,
Siapalah aku,
Aku tau kau tak kenal aku,
Sebab aku pun belum kenal aku..
Yang aku tahu aku kenal kau,
Walaupun dulu-dulu,
Aku tak tau pun kau ada,
Tapi tau wujud..
Wujud kau macam aku..
Sama sahaja..
Tak ada beza pun..
Dulu kita kenal,
Tapi sekarang tak..
Sebab yang dulu kenal itu pun kita sudah tak kenal..
Kenal dululah baru kenal sekarang,
Tak kenal sekarang tak kenal dulu,
Yang mana yang dulu?...


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:17 AM | Show all posts
Waras Cahaya


Dalam semua cahaya itu,
Semuanya adalah pinjaman.
Samada yang direka,
Dicipta mahupun disewa..
Cuma waras yang juga dipinjam boleh membantu untuk berkira-kira mahupun berkira..
Menikmati nikmat dengan mengamati atau hati mati..
Jangan esok lusa ditanya merata mana laluan yang terlepas dulu?
Tak akan ada yang simpati pasti..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:18 AM | Show all posts
Timbul Dah!


Lama aku mencari apa salah aku,
Sering dicicirkan dalam sesuatu yang aku pernah jayakan,
Atas alasan apa aku dinafikan hak itu?
Persoalan yang selalu berlegar di benak aku,
Namun hari ini jawapan aku temui,
Atas dasar keprihatinan seorang sahabat,
Yang sudi berbicara kisah disebalik tirai itu,
Terima kasih..
Rupanya aku menanggung hukuman atas sesuatu yang tidak pernah aku lakukan.
Sesuatu dosa yang dilakarkan insan lain.
Hanya kerana aku wujud bersama ketika itu.
Ya, hanya kerana jasad wujud aku,
Disabitkan dosa itu untuk aku,
Dan hukuman penafian hak itu hanya untuk aku.
Bukan untuk insan pendosa itu.
Itulah keadilan yang diberikan kamu.
Kamu yang tidak pernah aku lirikkan penipuan kamu pada dunia.
Tunggu..
Akan timbul jua cahaya kebenaran itu.
Kau tunggu!


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:19 AM | Show all posts
Tengah


Salam tengahari..
Tengahari, orang ingat pasal makan.
Tengah minggu, orang ingat hujung minggu.
Tengah bulan, orang ingat bila nak gaji.
Tengah tahun, orang ingat bila nak cuti.
Tengah hidup, orang ingat awal lagi....

Rabu,19/2/2014
Tengahari.

=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:31 AM | Show all posts
Lorong Depan Aku


Lorong depan rumah..
Pemandangan seharian yang kaku,
Hanya yang asing datang merubah,
Pagi ke malam,
Aku sukakan malam,
Sunyi...
Kadang kala ditemani tarian api,
Yang aku sendiri ciptakan,
Bosan..
Tapi terhibur,
Melayarkan aku di pentas sewaan,
Yang selalu alpa aku membayarnya..
Ada sesuatu dalam sesuatu..
Asalkan masih ada yang sayang..
Mohon diberi peluang,
Agar terlunas suatu hari nanti..
Sempat...
Biar terang cahaya jadi pendamping..
Biar suram jauh sekali..
Biar gemalai api jadi saksi...


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:32 AM | Show all posts
Dalam Bidang


Apabila berdebat dengan orang yang bukan bidang..
Hujah diterjang,
Ideologinya dilantang,
Kita diterajang,
Ikut-ikutan jadi tunjang,
Patutkah dilempang?....


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 10:33 AM | Show all posts
Bising!

Aku tak nak sangat bising2,
Tapi kau buat bising..
Aku tak nak sangat marah2,
Tapi kau mendatangkan amarah..
Aku tak nak besarkan benda kecil,
Tapi kau budak kecil!
Aku tak suka kurang ajar,
Tapi kau memang tak berajar!
Aku nak sangat sayangkan kau,
Tapi kau kurang kasih sayang..
Aku nak tambahkan kasih sayang kau,
Tapi sayang kau berlemak2!

Jangan kasihkan seseorang itu melewah2..
Kelak diri kita dipijaknya maruah..
Asal kukuh jatinya dibina,
Biar berbirat tubuh merasa..
Panduan sudah tersedia,
Ikut saja, jangan dipandang tiada..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:34 AM | Show all posts
Ujian Mu, Kemampuan Ku

Hebatnya ujian bahagian mu..
Bahagian aku hanya picisan di bucu..
Andai bisa aku gantikan tempatmu..
Tapi Dia yang lebih tahu..
Melewah habuan buat mu..
Moga kau tabah dalam terharu..
Syukur kita ditakdirkan bersatu..
Sayang, aku dambakan kesejahteraan mu,
Dalam sengsara kau menyatu..
Dua yang tersua melahirkan satu..
Tanda bersatu dari kalbu..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:34 AM | Show all posts
Mampukan Aku

Tak ada apa yg mampu aku rapikkan dari semalam hingga ke saat ini..
Hanya bingung.
Langsung aku tak faham..
Dan doa yg ku panjatkan..
Mampukan aku andai termampu..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:35 AM | Show all posts
Jangan

Jangan kau bunyikan semboyan itu,
Aku belum sedia untuk sentiasa bersedia..
Tapi aku sedia atas apa saja yang kau deriakan..
Hak telah diberi oleh yang Hak,
Usah dilangkau sempadan itu,
Walau bisa kau lewat dengan sifat mu..
Sesungguhnya tiada sesuatu yang sepatutnya berada di sesuatu itu..
Kerana bukan kehendak aku,
Hentikan berkehendak sesuatu yang aku tidak hendak..
Galang ganti berbayang tak mungkin kau cengkam.
Ikhlas bersyarat dari aku buat kau..
Bayang.......


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.841853 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list