CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enciKacang

Puisi Rapik Aku

[Copy link]
 Author| Post time 23-6-2014 10:36 AM | Show all posts
Punah

Tak ada yg mampu dirapikkan,
Hati bernanah ibarat disumpit..
Tak ada yg bisa dipuisikan,
Jiwa keronyok dipicit-picit..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 10:37 AM | Show all posts
Sini

Biarkan aku di sini,
Walau hakikat aku di situ..
Jangan ditanya mana ini, apa itu..
Kabut dalam lingkung ini tak pernah jerlus walau sezarah..
Tolong..biar aku batu seketika..
Esok lusa, ada cerita, terhikayatlah jua..~


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:37 AM | Show all posts
Edited by enciKacang at 25-5-2015 11:47 AM

Terbang Hilang

Tinggi-tinggi terbang lagi..
Terbang pergi belum kembali..
Hilang ghaib sudahlah pasti..
Semoga ketemu esok hari..

Semua sayu setia menanti..
Harapan tetap menggunung tinggi..
Jangan diganggu yang lara hati..
Cukup sekadar doa mengiringi..

Masih buntu mereka mencari..
Cari sampai ke akar umbi..
Jika dilaknat moga diadili..
Jika ditakdir moga dirahmati..

#pray4mh370



=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:38 AM | Show all posts
Hayati


Kalau nak menghayati dan memahami satu-satu karya itu jujur,
Gunalah pendekatan yang jujur..

Kalau prejudis dalam penghayatan,
Maka prejudislah karya itu..

Kalau dah meletakkan hukum sebelum tonton,
Yang paling baik tengok kartun..~

=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:39 AM | Show all posts
Sapa (3)

Sekelip sesaat sebelum terbeliak,
Betapa listriknya sentuhan tak tercapai itu,
Terpana terpasak kaku..
Teruja terhanyut kalbu..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:39 AM | Show all posts
Xin Yi

Kau cantik, putih,
Mata kau tak sepet, bulat
Bibir kau nipis, ranum,
Rambut kau panjang, halus..

Berlapis rindu,
Bergaris luka,
Bernyanyi dalam titis-titis,
Buat melodi mengiring sepi..

Tunggang terbalik bicara aku,
Mana puitis mana sinis,
Tanda hati tak keruan,
Sejak bertemu kau Xin Yi..



=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2014 10:40 AM | Show all posts
Harum Yang Tembus

Selisih kau berlalu,
Tinggalkan harum itu,
Buat mewangi langkahku,
Hingga sampai situ..

Nak ku pegang,
Lobos..
Nak ku tangkap,
Lolos..
Nak ku simpan,
Tembus..

Aku tak berdaya,
Simpan lagi..
Aku tak berdaya,
Tahan lagi..
Aku tak termampu,
Yang rahsia kekal rahsia..

Hati, tolong kental..
Jiwa, tolong cekal..
Tolong..
Jangan pernah berubah..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:41 AM | Show all posts
Seloka Bersahabat

Kalau aku kata kau salah,
Kau sinis..
Kalau aku kata kau tak faham,
Kau pusing..
Kalau aku buat tak peduli,
Kau apa kisah..

Kalau hati aku benci,
Kau diskusi..
Akhirnya aku yang nampak kudis..
Kau?
Kau wira pertiwi..
Kau lambang manusia sejati..
Kau berkata puitis,
Ibarat kau orang suci..
Umpama lopong itu buta untuk aku..

Ya..
Aku buta,
Aku tuli,
Aku bisu,
Aku tiada,
Tak wujud!

Tolong aku pulangkan nanti..
Andai giliran aku membayar ufti..
Andai aku tiada nanti..
Kenang garis-garis persis,
Yang sebaris tapi berlapis..
Antara aku dan kau..
Teman....


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 10:43 AM | Show all posts
Persimpangan Kekasih

Rindu, aku termanggu..
Duduk membisu..
Kasih, aku menyisih..
Langkahku pedih..

Buntu, hati membatu..
Lemah menyeru..
Ke mana, nak ku halakan lagi..
Teman ku menjauhi, oleh jasadku sendiri..

Duhai kasih, nyata ku sepi..
Tanpa jiwa, aku merindui..
Di manakah mentari,
Saat hujan membasahi,
Deria tak menyaksi,
Deria tak merasai,
Namun kau tetap pasti,
Berada di sebalik..
Di celahan rintik..

Kekasih, kita menyaksi..
Kekasih, kita yang memberi..
Untuk kita, saling mencintai,
Untuk kita, sering mengingati..

Andai takdir, pulang sebelum hadir..
Andai tertulis, di laluan bersegi,
Biar jerit, batinku mencari..
Biar sunyi, dirimu menanti..
Ibarat si kecil, mencari air....


=[PuakaPuisiRapik]=

@ 20/3/2014 / 9.47am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:44 AM | Show all posts
Perjalanan

Perjalanan jauh itu dekat,
Melangkah mendekati,
Sebenarnya menjauhi..
Asal terjaga di pertengahan,
Sempat lagi memudik lurus..
Lencongan dibuat,
Sauh dilabuh..
Henti....
Lihat...
Pekak dalam dengar..
Corakkan sementara masih basah,
Ukirkan selagi tidak patah,
Agar tidak hilang tanda itu..
Cukup cukuplah..
Sedut, hembus, telan..
Jangan nanti dirangkak cari,
Ghaib yang pernah ternyata..
Muhasabahlah.. wahai diri..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:44 AM | Show all posts
Sasar


Lain sasaran, lain pelurunya,
Lain cara membidiknya,
Lain sasaran, lain ragamnya..
Kadang-kadang serampang tak bermata,
Untung nasib yang kena tak merasa,
Yang tak kena yang terluka,
Hanya berperisaikan bisu,
Hanya bergolokkan mata,
Jangan sampai lontaran memusnah segala,
Usaha jerit perih berzaman,
Sayang andai berserpih jadinya,
Bangkit sebelum rebah,
Gerak sebelum kaku,
Andai itu janji pasti,
Terima seada...
Andai itu peracun pedih,
Tawarkan sebelum tawar..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:45 AM | Show all posts
Rezeki Maki


Ada untung ada rugi,
Masing-masing menabur janji,
Ada izin ada permisi,
Yang tiada mohon dijejaki,
Asal bahagian tidak dicemari,
Biarkan saja dipenuhi dan dihuni,
Kejujuran orang jangan dicemari,
Tak berkat rezeki tu nanti,
Sebuah rapik buat pembeli...


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:47 AM | Show all posts
Catit Tak Bersebab

Ku catitkan ia..
Dalam bermalas-malasan.
Apa yang aku faham,
Congak,
Nilai serta simpulkan,
Aku catitkan ia..
Secara langsung?
Kau faham?
Kau?
Kau? Faham?
Aku sendiri kadang-kadang tak faham sesudahnya..
Langsung tak faham!
Jadi penilaian yang bagaimana nak aku harapkan?
Nantikan?
Tanya sama pokok...
Apa sebab goyang.
Tanya sama angin,
Apa sebab kencang.
Tanya sama diri,
Apa sebab lancang?
Yang pasti, tanya sama hati....
Apa sebab tanya..

=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:48 AM | Show all posts
Mencari Asal-usul

Sepenggal tujuh gunung,
Senafas seurat benang,
Aku mencari asal usul.. walaupun dekat sampai dalam diri. Namun telus zahirnya..

Di mana nak ku temu.. hanya debu rindu yang bersucikan ia.
Di sana apakah menanti.. kekasih yang ku rindukan, akan rindunya..

Kilauan itu membunuh..
Kemilau itu melusuh..
Kitaran itu menyuruh..
Kibaran itu memeluh..

Akhirnya bingung.. bermadah aku berpuitis sendu.. mencari dan menanti resah. Biar mereka keji tak ku kisah.. yang jauh itu indah.. yang dekat itu menyesah..

Kembalikan aku kasih.. sayang dan rindumu memudik ku.. mencari cinta kekasih ku kembali.. menaut kembali cinta yang terlerai.. sekian lama..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:49 AM | Show all posts
Anggap Saja Begitu

Perkhabaran itu bagai membawa aku ke suatu ruangan kosong yang menghimpit..
Lega... itu yang boleh aku lafazkan.
Sendu.. itu yang tidak seharusnya aku rasakan.
Rindu.. itu yang tidak wajar menyinggah..
Ralat.. ya..itu yang sebenarnya.
Kelam yang memayungi pengakhiran kita itu,
Amat ingin sekali aku sirnakan.
Bukan niat mengulang.
Hanya menyapa jiwa cadangnya..
Syukur.. yang aku hajatkan seperti tercapai nampaknya..
Usahlah dikirim pada aku..
Pastinya tidak.
Tidak sekali-kali aku akan menyaksi bahagia dulu melayangi aku..
Ketahuilah kamu.. ya, kamu..
Aku panjatkan kebahagian buat mu..
Tak mungkin wujud aku dalam diari jiiwa mu..
Anggap saja begitu...



=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:51 AM | Show all posts
Sudah Sudahlah

Bukan aku yang mahu..
Langsung tidak pernah aku minta begitu.
Mungkin dulu..
Sewaktu ia masih menuntut penghadiran aku.
Namun telah aku putuskan segalanya sewaktu aku menyambung yang terakhir itu.
Cukuplah.. kamu mahu?
Gerakkanlah, tindakkanlah..
Agar ia datang kepada kamu dengan bersudi..
Tetapi langkahlah dengan tertibnya.
Jangan menjaja khilaf itu..
Pandangan mata jarum itu menembus yang lain.
Redatnya ditanggung bersama kita antara kita.
Kasihkanlah dirimu seperti aku mengasihi kematangan mu..
Jangan dicemar dengan anasir yang kau kutip dari yang pernah membuang kesucian itu.
Maaf andai ketelusan itu meracuni ketandusan kamu.
Mungkin ada benarnya hingga aku ditidakkan atas ia oleh yang mencinta..
Maafkan aku jika kamu enggan mengerti..


=[PuakaPuisiRapik]=
- Sudut Kepala Katil/16 April 2014/11.36pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2014 10:52 AM | Show all posts
Puaka Puisi Rapik

Bukan kerna nama,
Beribaratkan pensel buruk,
Ditekan kuat, patah..
Ditekan lembut, tak terlakar..
Bukan kerna nama,
Hanya berkongsi sepalit rasa,
Buat tatapan yang sudi mengeja..
Bukan kerna nama,
Tidak ku harap rambong emas,
Tidak ku minta nota berangka,
Namun andai berirama,
Tepuk di hujung jari itu..
Cukup buat aku terus menyapa,
Lanjut, cetusan yang bakal tertinta..
Aku hanya puaka..
Yang menghuni sesuatu itu tanpa sirna yang menzahirkannya..
Aku,
Hanya ingin meninggalkan sesuatu..


=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:52 AM | Show all posts
Jejak

Berbatu jejak ku lari jauh,
Setelah tamat amanat yang disemat...
Teringin sekali, andai mu melihat..
Sebalik hijab ini..
Yang ku sembunyi lama..
Bersimpul bersama kasih dan sayang..
Dengan sakti yang kuasa..
Terkesan ia tiba ke jiwamu..
Lepas lelah pasrah yang amarah..
Dahulu...

=[PuakaPuisiRapik]=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:53 AM | Show all posts
Putuskan Saja

Pernah dulu kau mengisi ruangan itu,
Menghuni dan menutup setiap lobos luka yang ada..
Dan balasannya hanya kasih dan sayang..
Yang aku pintalkan dalam kelam..
Biar buruk pandangan orang..
Asalkan pintalan itu kukuh,
Aku terima..
Penghargaan yang kau beri melalui air mata itu, cukup membuat aku mengerti..
Betapa perit kau mengharung liku-liku hidup mu..
Lalu aku tawarkan ia,
Dengan apa saja yang memayungi aku..
Namun langit tidak selalu cerah..
Kadang-kadang ribut datang tak bersyarat.
Meragut pergi sekelip mata..
Putus tali yang mengikat kita..
Cuma harapan aku,
Pintalan itu tetap kukuh bersama kau..
Dan hari ini...
Tanpa aku minta, tanpa aku bayangkan..
Selepas naskah itu mengundang aku duka,
Kini lakaran kucupan itu melambai aku lara..
Lara dalam lega..
Lega dalam nestapa..
Semoga kau bahagia..
Barbayulah bersama dia..
Insan yang tercipta mutlak untuk mu..sayang..
Aku...
Tiada lagi aku..
Tiada lagi kamu..
Aku putuskan kita..
Larut dan larat selamanya..

=PuakaPuisiRapik]=

*26/4/2014*
*2.33pm*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:54 AM | Show all posts
Rindu Buat Bonda

Dari azali aku dijemput mu,
Membentuk jasad berdinding lembut,
Kukuh temulang itu bersepuh darah merah..
Bertatih aku ke pangkuan itu..

Kasih dan sayang itu membajai aku,
Mengemam segala duri yang aku taburi,
Biar luka kau tetap tersenyum..
Tetap tertawa..
Tetap tabah.. dalam duga..

Tapi sayang..
Kasih itu hanya sementara,
Sayang itu hanya sedetik bersulam saat.
Aku dahaga..
Biar berabad nafas itu kekal tak mungkin kau, ku dakap lagi..

Yang Esa lebih menyayangi mu ibu..
Dan di hari ini, di hari lahir mu..
Ku panjatkan doa buatmu..
Walaupun hakikatnya kau tiada lagi di sisiku..

Tak mampu aku teruskan karangan ini..
Jujurnya jemariku mulai menggigil..
Ketika tiba di bait ini..
Hilang segala puitis aku,
Datang pantas yang dari sudut sentimental itu..

Apa yang aku tahu aku merinduimu..
Ibu..
Semoga kau abadi di sana..
Itu sahaja.....
Maaf...

Al-Fatihah buat bonda..

=[PuakaPuisiRapik]=

*6.09pm
*6/5/2014

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20667 Replies : 417
Gambaran Tahiyat Akhir
KurexGambaran Tahiyat Akhir
Views : 19087 Replies : 61
Jennifer Lopez kembali dengan 'This is me...now'
maklukpenggodaJennifer Lopez kembali dengan 'This
Views : 22414 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22119 Replies : 128
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25736 Replies : 8
Orang sindir saya bekas banduan tapi saya tidak tersinggung
mojarean_XOrang sindir saya bekas banduan tapi say
Views : 20332 Replies : 20
(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
akr(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
Views : 26201 Replies : 350
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 11935 Replies : 19
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 10467 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.091659 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list