CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7873|Reply: 41

BF muda, penerimaan keluarga & mana satu?

[Copy link]
Post time 16-6-2014 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Aku nak namakan lelaki yang aku nak cerita ni sebagai A dan S.

A- dah kenal hampir 2 tahun, we are deeply in love tapi dia belum sedia nak kahwin sebab kewangan & tanggungjawab pada adik2. Anak sulung 4 beradik, umur muda dari aku 8 tahun. Aku sangat sayang dia, dia pun boleh terima status aku sebagai ibu tunggal. Cuma aku tak tahu bagaimana penerimaan keluarga dia terutama mak & ayah dia.

S - aku baru kenal tak sampai setahun. Pernah keluar jumpa 3 kali sahaja, selebihnya contact di whatapps/wechat hampir setiap hari. S agak matang berbanding A, kerja asst manager. Ikut kewangan, S lagi stabil dan umur tak jauh beza dengan aku, muda 3 tahun sahaja. Seperti A, S pun tak kisah dengan status aku dan baru-baru ini dah melamar aku. Dia ajak aku jumpa family dia, dapatkan restu sebelum bernikah. Seperti A, aku pun tak pasti boleh ke family dia terima status aku & umur aku yang lebih tua dari S.

Aku sayang A tapi dia belum sedia untuk settle down. Dengan S pula, takde rasa cinta tapi ada rasa teruja juga sebab dia kata dia sangat berharap aku terima dia, lagipun kedudukan dia stabil. Ada masa aku mcm nak terima aje lamaran S tapi aku rasa aku akan kecewakan A. Tapi sampai bila aku nak tunggu A? Kejam ke aku kalau terima lamaran S dan belajar mencintai dia?

Perlukan pandangan you all.. thanks.
Last edited by dinda2014 on 16-6-2014 06:30 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 05:39 PM | Show all posts
Cinta bley dipupuk selepas berkahwin. Kalo ko tngok S seorg lelaki yg baik, xde masalh ko bagi peluang kt dia.
Lagipun, restu keluarga penting jugak supaya xde masalh timbul selepas ko kawen..

Kawan aku kawen bukan atas dasar cinta, pilihan keluarga, tp dgn izin Allah SWT, syukur dieorg bahagia.. So pas kawen korang ley la bercinta sakan. lagi best.. hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 06:07 PM | Show all posts
wt solat mintak petunjuk..kdg2 walaupon kita syg sgt kt org tu,tp dh xde jodoh xleh jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 06:22 PM | Show all posts
jaja4 posted on 16-6-2014 05:39 PM
Cinta bley dipupuk selepas berkahwin. Kalo ko tngok S seorg lelaki yg baik, xde masalh ko bagi pelua ...

Sebab aku tak jumpa S sekerap aku jumpa A, aku tak sure baik macam mana dia. S tinggal kat rumah sendiri sorang2, dia pernah beritahu aku dia dah tak balik jumpa mak dia dekat 9 tahun tp dia still contact ayah & adik beradik dia. Ms kecik dia tinggal di oversea, lepas grad degree baru dia balik Malaysia tp lifestyle dia yg bebas, kdg2 mabuk buat mak dia akhirnya halau dia keluar dr rumah. Sebab itu dia tak penah balik jumpa mak dia. S kata dia dah berubah, dia sibuk kerja dan takde masa nk hidup mcm dulu. Sebab itu we all tak kerap jumpa, dia kerja hampir setiap hari termasuk weekend utk ubah cara hidup dia . Aku tak pasti sejauh mana dia dah berubah, mungkin itu risk if aku terima dia? A pula, walaupun tak baik sangat tapi tak pernah mabuk. Lifestyle hidup sihat sebab dia seorang trainer di gym.

Last edited by dinda2014 on 16-6-2014 06:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 06:36 PM | Show all posts
gusikuberdarah posted on 16-6-2014 06:07 PM
wt solat mintak petunjuk..kdg2 walaupon kita syg sgt kt org tu,tp dh xde jodoh xleh jugak..

Secara jujur, aku tak pernah buat solat minta petunjuk. Aku tak tau nak buat solat tu macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 06:41 PM | Show all posts
ko try g link ni
http://shafiqolbu.wordpress.com/ ... t-sunat-istikharah/

tp seelok2nye ko cri org yg leh ajar solat tu secara face to face..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2014 08:21 PM | Show all posts
orang yang berkeyakinan tinggi macam S patut ang terima,dan menikah.ibarat ang bagi bola tanggung.. dia selaku killer terus bagi libas tajam dan game.. ang masih xnampak jalan memang saja sangat,tuhan dah kirim S bagi jalan senang..

bab keluarga.. tengok dulu.. selepas famili S mai menengok.. depa nak kata apa..



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya...dapatkan kepastian betul2 S tu nak kahwin dgn tt...yang penting konfimkan betul2 mak ayah dia boleh terima tt...kalau boleh biar tt dan mak dia pernah berjumpa beberapa kali...bersembang2...boleh cakap2 ngan tt macam orang tua yang nak amik tt sebagai menantu...

kalau dah terbukak semua jalan macam tu tak de salahnya tinggalkan A..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 08:41 PM | Show all posts
klu dua2 nya bgs agamanya... baik la ambik s...

faktor kematangn... dan jugak umo dia tak jauh sngat...

klu terlalu muda pon takut akan ada masalh kemudian hari....

beza umur 8 tahun... contohnya dia 25 dan tt 33...

maaf... dari segi batinnya mungkin tt dpt berikan 7 ke 10 tahun...

masa tu tt dah 43 dan suami baru 35.. masa tu bagi seorng lelaki nafkah batinnya masih perlu...

bersediakah tt untuk nak bagi sumi kawin lg?

maaf.. sekadar pandangan lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 08:45 PM | Show all posts
dinda2014 posted on 16-6-2014 06:36 PM
Secara jujur, aku tak pernah buat solat minta petunjuk. Aku tak tau nak buat solat tu macam mana.  ...

solat istikharah boleh belajar dri kwn atau baca kat internet...

mudah ja... cuma klu tak tau surah2 yg panjang ambik  surah2 yg kita tau ja...

yg lebih elok buat solat taubat dulu...

kita manusia bnyak dosa.. jd kita nie kotor dgn dosa...

sucikan dulu dosa kita dgn allah... inshallah... allah akan bantu kita...

mohan doa ketika kita tiada dosa dgn NYA lbh baik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 10:49 PM | Show all posts
gusikuberdarah posted on 16-6-2014 06:41 PM
ko try g link ni
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-istikharah/

Thank you. Appreciate it.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:55 PM | Show all posts
dinda2014 posted on 16-6-2014 10:49 PM
Thank you. Appreciate it.

same2..bantu membantu amalan mulia  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 11:26 PM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 16-6-2014 08:21 PM
orang yang berkeyakinan tinggi macam S patut ang terima,dan menikah.ibarat ang bagi bola tanggung..  ...

Jalan senang ya? Mungkin juga. Dia permudahkan jodoh aku mungkin tapi aku risau dengan penerimaan keluarga, org luar mungkin boleh buat tak kisah je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 11:30 PM | Show all posts
shahana posted on 16-6-2014 08:30 PM
Rasanya...dapatkan kepastian betul2 S tu nak kahwin dgn tt...yang penting konfimkan betul2 mak ayah  ...

Itu yang aku risau nak jumpa mak dia. Sedangkan dia pun dah tak jumpa mak dia dekat 9 thn, tiba2 bawa single mom dgn anak satu jumpa mak dia. Goshhh, apa agaknya mak dia cakap? Aku rasa mcm tak confident nak lalui situasi tu. Ada tak sesapa single mom yg kawin bujang di sini? Mcm mana korang jumpa bakal mertua masa pertama kali?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 11:36 PM | Show all posts
dinda2014 posted on 16-6-2014 11:26 PM
Jalan senang ya? Mungkin juga. Dia permudahkan jodoh aku mungkin tapi aku risau dengan penerimaan  ...

dulu keluarga aku hampir2 xmau terima orang luar,sampai depa sanggup buat drama dan aku tersangat kecewa.. akhirnya depa makan juga pendapat aku.. bayangkan kalo aku putus asa.. idup kena berani gagal.. asal jalan tu "makanan" ang atau perkara yang ang dah memang "hadam" sapa pun xleh saing..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 11:36 PM | Show all posts
lima_kupang posted on 16-6-2014 08:41 PM
klu dua2 nya bgs agamanya... baik la ambik s...

faktor kematangn... dan jugak umo dia tak jauh s ...

Begitu ke? Mcm cik ta & zain dan cik ta pregnant skrg u. aku muda dari cik ta, A this year turn 28yo.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2014 11:39 PM | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 16-6-2014 11:36 PM
dulu keluarga aku hampir2 xmau terima orang luar,sampai depa sanggup buat drama dan aku tersangat  ...

Ko lelaki ke? Tak sama. Perempuan ni bukan tak berani tp sebenarnya risau di pandang sebelah mata. Biasalah manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dinda2014 posted on 16-6-2014 11:30 PM
Itu yang aku risau nak jumpa mak dia. Sedangkan dia pun dah tak jumpa mak dia dekat 9 thn, tiba2 b ...

Risau tu memang...aku yg bkn single mom dgn anak mom risau masa nak jumpa bakal mak mertua...inikan pula ko kan..

Tapi apa pun kena jugak teruskan..selagi tak teruskan tak ke mana pn hubungan ni..tertunggak dan tertangguh..masa dibuang...hasilnya tak de.. sekurang2nya kalau dah taw maknye tak suka dan ada halangan, ko boleh fikir alternatif lain..cari calon lain contohnya...

Pengalaman...kena tunggu comment org yg betul2 berpengalaman la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 11:41 PM | Show all posts
lima_kupang posted on 16-6-2014 08:45 PM
solat istikharah boleh belajar dri kwn atau baca kat internet...

mudah ja... cuma klu tak tau s ...

Thank you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 11:46 PM | Show all posts
shahana posted on 16-6-2014 11:40 PM
Risau tu memang...aku yg bkn single mom dgn anak mom risau masa nak jumpa bakal mak mertua...inika ...

Aku belum buat keputusan lagi. Bukan senang nak terus lupakan A dan tak terfikir apa alasan nak bg tau dia kalau betul aku nak tinggalkan dia sebab S. Takkan aku nak bg alasan nak kawin dgn S pulak. Dan tak mustahil juga kalau aku bg alasan tu tiba2 dia pulak ajak aku nikah terus. Entah la, bukan senang nak buat2 lupa rasa cinta aku kat A. Aduh letih fikir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.066942 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list