CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92079|Reply: 98

Macamana nak buat jubah empire cut ?

[Copy link]
Post time 17-6-2014 12:02 PM | Show all posts |Read mode
hye all..
makcik teringin sangat nk belajar wt jubah..
lagi2x jubah empire cut..
mcm mne ye..
ade tak sesiapa yang sudi bg tunjuk ajar cara nk buat pola dan cara memotong jubah empire cut..




sumber gambar : google


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 01:50 PM | Show all posts
nak tunjuk ajar pasal kemahiran ni susah skit kat alam maya ni.. cara potong dsb.

empire cut dress based on baku kurung peplum.. cuma peplumnye dikembangkan sampai ke bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 01:50 PM | Show all posts
nak tunjuk ajar pasal kemahiran ni susah skit kat alam maya ni.. cara potong dsb.

empire cut dress based on baku kurung peplum.. cuma peplumnye dikembangkan sampai ke bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2014 02:09 PM | Show all posts
Wakiwaki posted on 17-6-2014 01:50 PM
nak tunjuk ajar pasal kemahiran ni susah skit kat alam maya ni.. cara potong dsb.

empire cut dres ...

makcik confius cara wt kiraan untuk dpatkan circle tu..ade x formula..sebb makcik ade la ckit basic untk buat kurung moden..
Last edited by makcik.peah on 17-6-2014 02:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 02:32 PM | Show all posts
makcik.peah posted on 17-6-2014 02:09 PM
makcik confius cara wt kiraan untuk dpatkan circle tu..ade x formula..sebb makcik ade la ckit basi ...

Sini ada cara nak lukis pola dan potong peplum.. LINk Dibawah..
harap membantu.. :-)

http://www.scribd.com/doc/218570341/Cara-Lukis-Pola-dan-Potong-Peplum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2014 04:04 PM | Show all posts
Wakiwaki posted on 17-6-2014 02:32 PM
Sini ada cara nak lukis pola dan potong peplum.. LINk Dibawah..
harap membantu.. :-)

Alhamdulillah...terima kasih Wakiwaki coz bagi link yg sangat berguna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2014 10:30 PM | Show all posts
Jubah empire cut memang cantik..like this..





makcik peah dah buat ke jubah..?...kalau belum I boleh share nota buat jubah I kat sini... i pun baru start nak buat pola jubah ni sbb jubah yg I nak beli dah out of stock...huhu..>.<
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 02:53 PM | Show all posts
Bole je Elle, bukan mkcik peah aje teringin buat, makcik adiraa teringin jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2014 09:29 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 18-6-2014 10:30 PM
Jubah empire cut memang cantik..like this..

Elle_mujigae..
makcik x wat lagi jubah..
marilah kongsi kan nota awk tu..
blh kita tukar2x pndapat

* makcik mmg xley nk bli jubah readymade sbb nye mesti senteng.makcik ni tinggi. tu yg nk kene wt sndiri *

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 03:46 PM | Show all posts
Okay makcik adiraa dan makcik peah...saya tengah taip nota untuk buat pola jubah ni...

Insyaallah dah siap nanti saya post kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 08:12 PM | Show all posts
Okay let's start..
Step by step cara melukis pola jubah fesyen Empire Cut..
Jika ada forumer lain nak tambah/betulkan nota I ni amat dialu-alukan..iols masih beginner..hehe..



Bahagian 1
Mula-mula kita buat pola bahagian leher dulu..
Dekat blog ni ada tunjuk cara nak buat pola leher..

Pola bahagian leher

Bahagian 2
Lepas tu kita lukis pola bahagian belakang jubah



1. Lukis garisan tegak AB.  AB = Labuh baju yang dikehendaki
2. Lukis garisan melintang AC dan BD. Pastikan sudut CAB dan sudut ABD tepat dengan
    menggunakan pembaris sesiku
3. Tandakan point E. AE = Labuh bahu ke pinggang
4. Tandakan point F. AF = Ukuran keliling dada bahagi 4
5. Tandakan point G. AG =  Panjang garisan AF bahagi 2
6. Tandakan point H. EH = Ukuran dari pinggang ke punggung





7. Lukiskan garisan lurus melintang dari semua point yang telah ditandakan tadi.
   Gunakan pembaris sesiku untuk memastikan garisan lurus dengan sudut yang tepat.





8. Tandakan point I. AI = Ukuran lebar bahu dibahagi 2





9. Buat garisan lurus menegak dari point I
10.Tandakan point J.  J= titik pertemuan garisan I dan garisan G
11.Dari point I, ukur satu inci ke bawah dan tandakan point ini K







Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 08:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 08:25 PM | Show all posts


12. Ambil pola leher dan selarikan garisan di atas pola leher dengan pola jubah.
     Tandakan point L.
13. Sambung point L dan K dengan garisan lurus.





14. Dari point J. ukur 3/4 inci dan tandakan point M
15. Tandakan point N. FN = Ukuran keliling dada bahagi 4 dan selepas dibahagi, tambah 3/4 inci untuk kelonggaran.
      Boleh ikut suka berapa nak ditambah,ikut kelonggaran yang disukai.
16. Sambung point KM dan point MN dengan pembaris French Curve





17. Tandakan point O. EO = Ukuran keliling pinggang bahagi 4. Selepas dibahagi, tambah 3/4 inci untuk kelonggaran dan satu inci untuk dat*
18. Point N dan O disambung menggunakan pembaris Hip Curve

*Jika tidak mahu dat di bahagian baju,tidak perlu tambah satu inci untuk point O





19. Tandakan point P. HP = Ukuran keliling punggung bahagi 4 dan selepas dibahagi,tambah 3/4 inci untuk kelonggaran
20. Point O dan P disambung dengan pembaris Hip Curve



Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 08:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 08:33 PM | Show all posts
Jika ingin dat di bahagian belakang baju, teruskan ke langkah 21.



21. Tandakan point Q. EQ = panjang garisan EO bahagi 2
22. Dari point Q, buat satu garisan lurus ke bawah sepanjang 4.5 inci dan tandakan point ini,point R
23. Dari point Q, buat satu garisan lurus ke atas sampai garisan FN dan tandakan point ini,point S.
24. Dari point S, ukur 1.5 inci ke bawah dan tandakan point ini point T
25. Dari titik Q, ukur setengah inci ke kanan dan setengah inci ke kiri. Tandakan point ini point Q1 dan Q2





26. Sambungkan point T, Q2, R dan point T, Q1, R dengan pembaris lurus


Okay, siap pola bahagian belakang jubah (untuk bahagian atas baju sahaja)
Jangan gunting pola lagi
Next step, buat pola bahagian depan jubah pula.. dan pola bahagian hadapan dibuat menggunakan pola bahagian belakang ini sebagai template..




Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 08:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 08:44 PM | Show all posts
Pola bahagian hadapan (tiada dat)



1. Ukur setengah inci dari point M ke kiri dan tandakan point ini,point U
2. Ukur setengah inci dari point N ke kanan dan tandakan point ini,point V
3. Sambungkan point K,U dan V dengan pembaris French Curve
4. Ukur satu inci dari point O ke kiri = point W
5. Sambungkan point V, W dan P dengan pembaris Hip Curve


I stop sini dulu..Insyaallah nanti I sambung lagi..


.................

Orite..sambung nota..
  


Pola bahagian hadapan (dengan dat)



  








Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 08:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 05:15 PM | Show all posts


I pilih garisan EO untuk garisan di mana bahagian atas dan bahagian bawah jubah I akan disambung.
Boleh pilih ikut keselesaan sendiri tempat nak sambung tu, sama ada ikut kat tempat pinggang paling kecil ukur lilitnya iaitu di garisan E , atas sikit dari garisan EO (garisan dash E1) atau bawah sikit dari garisan EO (garisan dash E2)..


Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 08:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 05:22 PM | Show all posts
Bahagian 3

Pola bahagian bawah jubah
(untuk pola bahagian atas yang tiada dat di bahagian hadapan, di mana point W dan O tak sama tempat)




1. Tandakan point X. BX = Ukur lilit punggung bahagi 4. Selepas dibahagi, tambah 5 inci untuk lebar bukaan kaki. Boleh ikut suka nak tambah berapa mengikut keselesaan bila melangkah.
2. Sambung point W dan point X dengan pembaris lurus. Garisan biru WX untuk pola bahagian hadapan kain
3. Sambung point O dan point X dengan pembaris lurus. Garisan oren OX untuk pola bahagian belakang kain
4. Dari point X naikkan 1 inci dan tandakan point X1. Dengan menggunakan pembaris hip curve,sambung point X1 dan point B


Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 06:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 05:27 PM | Show all posts
Pola bahagian bawah jubah
(untuk pola bahagian atas yang ada dat di kedua-dua belah depan dan belakang)




1. Tandakan point X. BX = Ukur lilit punggung bahagi 4. Selepas dibahagi, tambah 5 inci untuk lebar bukaan kaki. Boleh ikut suka nak tambah berapa mengikut keselesaan bila melangkah.
2. Sambung point W dan point X dengan pembaris lurus.
3. Pola yang sama digunakan untuk bahagian hadapan dan belakang kain bila kedua kedua bahagian ada dat baju. (point W dan point O di tempat yang sama)
4. Dari point X naikkan 1 inci dan tandakan point X1. Dengan menggunakan pembaris hip curve,sambung point X1 dan point B.



Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 06:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 03:15 PM | Show all posts
Bahagian 4

Pola lengan




1. AB = BC = DE = EF =  1/8 dari ukur keliling dada + 2.5 inci
2. BE = labuh lengan
3. Tandakan point G. AG = 1/8 dari ukur keliling dada
4. Dari point B,ukur 1 inci ke kiri (point I) dan ke kanan (point J)

Part depan lengan
5. Dari point H, ukur 1.5 inci dan tandakan point ini point K
6. Sambung point J dan H, J dan K dengan pembaris lurus
7. Tanda titik tengah garisan JH = point L
8. Dari point L. ukur 0.5 inci garis lurus ke garisan JK = point M
9. Sambung point BMH dengan pembaris French Curve

Part belakang lengan
10. Sambung point G dan I
11. Tandakan titik tengah garisan GI = point N
12. Tandakan titik tengah garisan GN = point O
13. Tandakan titik tengah garisan NI = point P
14. Dari point N, buat satu garisan lurus sepanjang 0.5 inci (point Q)
15. Dari point P, buat satu garisan lurus sepanjang 0.5 inci (point R)
16. Sambung point GOQRI dengan pembaris French Curve

17. Garisan D1 E F1 = lebar hujung lengan yang dikehendaki + 1 inci
18. Lukis garisan lurus dari point G ke point D1 dan dari point H ke point F1
19. Dari point D,ukur &#190; inci dan tandakan point S
20. Dari point F, ukur &#190; inci dan tandakan point T
21. dan sambungkan point SET dengan pembaris lurus


Pola lengan yang dah siap dilukis




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 11:00 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 23-6-2014 03:15 PM
Bahagian 4

Pola lengan

wah...super duper power nota u nie Elle_mujigae...tq..tq..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:47 AM | Show all posts
mmg power la elle_mujigae awak punya keterangan, terima kasih banyak share ilmu awak tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.547434 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list