CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: makcik.peah

Macamana nak buat jubah empire cut ?

[Copy link]
Post time 16-10-2014 05:26 PM | Show all posts
elle sy nak mohon izin copy dan guna nota awak ya..

dah umur 40 nih baru la sedar seronok rupanya menjahit nih ekekkekek...

bebaru nih dok surf tenet tgk lazada - tertgk mesin jahit murah.. tup tup rasa cam nak try la .. tu yg terjebak nih... skrg nih dok korek kain lebihan buat baju - dok la try jahit suar tido anak - tahap yg nak bwk berjalan masih jauhhhh lagi rasanya ekekekke....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 12:43 PM | Show all posts
mohon guna nota TT.. nak jahit jubah empire utk kenduri kawin adik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:59 PM | Show all posts
@rienafaiz  
sorry lambat sikit buat nota...



Step by Step
Melukis pola untuk Jubah A-Cut di mana ukuran di ambil dari baju contoh


Panjang nya tajuk..hehe..

Pertama sekali kita ambil ukuran dari baju contoh dahulu...





a. Labuh baju
b. Lebar bahu
c. Lebar bahagian dada
d. Lebar bahagian punggung
e. Lebar bawah baju
f.  Lebar kolar
g. Garisan lurus untuk ambil ukuran h
h. Panjang kolar hadapan
i.  Labuh kolar hadapan
j.  Panjang lengan
k. Lebar pangkal lengan
l.  Pangkal lengan
m. Lebar hujung lengan





Last edited by Elle_mujigae on 21-10-2014 04:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:06 PM | Show all posts
Pastu kita lukis pola belakang



1.   Lukis garis lurus AB
      AB = Labuh baju
      AC = Lebar kolar bahagi dua
      AD = Lebar bahu bahagi dua

2.   Dari point A ukur satu inci ke bawah dan tandakan point ini point E
3.   Dari C lukis satu garisan lurus ke bawah
4.   Dari E buat satu garisan lurus bersudut tegak dan bentukkan belakang leher dengan pembaris
      French Curve.





5.  Tanda point F. AF = Lebar bahagian dada bahagi dua
6.  Tanda point G. G = mid-point garisan AF
7.  Dari point D, lukis garisan lurus bersudut tegak ke bawah dan tandakan point ini point H.
8.  Dari point D, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini point I.
     Sambung point C dan point I

9.  Dari point H, ukur ¾ inci dan tandakan point ini point J
10.Dari point F, lukis garisan lurus bersudut tegak. Tandakan point K.
     FK = Lebar bahagian dada bahagi dua

11.Sambung point IJK




Last edited by Elle_mujigae on 21-10-2014 04:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:08 PM | Show all posts


12.Dari point B lukis satu garisan lurus sudut tegak.
     BL = Ukuran lebar bawah kain bahagi dua. Tandakan point L.

13.Dari point K, lukis satu garisan lurus ke point L menggunakan pembaris kayu panjang.

14.Dari point L, ukur 1/2 inci ke atas dan tandakan point ini point M.
15.Dari point B, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini point N.
    Menggunakan pembaris Hip Curve, sambungkan point M dan N.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:16 PM | Show all posts
Then kita lukis pola hadapan..



1. Lukis garis lurus AB

AB = Labuh baju
AO = Lebar kolar bahagi dua
AP = Lebar bahu bahagi dua
AQ = Labuh kolar hadapan

2. Lukis garis lurus melintang dari point Q dan garisan lurus menegak dari point O. Pastikan kedua-dua garisan adalah bersudut 90 darjah. Dengan French Curve ruler, lukis bentuk kolar




3. Tanda point R. AR = Lebar bahagian dada bahagi dua
4. Tanda point S. S = mid-point garisan AR

5. Dari point P, lukis garisan lurus bersudut tegak ke bawah dan tandakan point ini point T.
6. Dari point P, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini point U. Sambung point O dan point U
7. Dari point T, ukur 1 ¼ inci dan tandakan point ini point V
8. Dari point F, lukis garisan lurus bersudut tegak. Tandakan point W.
RW = Lebar bahagian dada bahagi dua + ½  inci

9. Sambung point UVW




Last edited by Elle_mujigae on 21-10-2014 06:34 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 04:24 PM | Show all posts


10. Dari point B lukis satu garisan lurus sudut tegak. Tandakan point X. BX = Ukuran lebar bawah kain bahagi dua.

11. Dari point W, lukis satu garisan lurus ke point X menggunakan pembaris kayu panjang.
12. Dari point W, ukur 2 inci ke bawah dan menggunakan pembaris Hip Curve buat satu bentuk soft curve kat bahagian pinggang. (Garisan warna ungu)

13. Dari point X, ukur 1/2 inci ke atas dan tandakan point ini point Y.
14. Dari point B, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini point Z.
15. Menggunakan pembaris Hip Curve, sambungkan point Y dan Z.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:26 PM | Show all posts
I stop sini dulu for now.. nanti sambung pola bahagian tangan,leher, dan cara gunting kain..^^
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 04:29 PM | Show all posts
perodua3236 posted on 10-10-2014 11:24 AM
....tdk mengapa elle....nti klu elle dh pree la bru uplod...

Lg 1 nk tanya...kain jenis/nma apa ...

Sorry ya..I tak jumpa la nota yg perodua nak tu...>.<

Kain yang I selalu beli kain yg guna untuk buat baju melayu..kain jenis yg jatuh... kalau cotton pula,yg jenis cotton satin..

Hi elle....sya dh try buat baju guna pola yg awak bg tu...menjadi...tp ada part2 dlm pola tu yg sya ejas balik.
Nice...  part yg mana ye perodua ejas.. share share la kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:31 PM | Show all posts
adnil posted on 16-10-2014 05:26 PM
elle sy nak mohon izin copy dan guna nota awak ya..

dah umur 40 nih baru la sedar seronok rupany ...

Okay adnil..boleh je..

yes..seronok kan menjahit... I pun suka...^^
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:48 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 21-10-2014 04:26 PM
I stop sini dulu for now.. nanti sambung pola bahagian tangan,leher, dan cara gunting kain..^^

Terima kasih elle.... Sungguh bersemngat,,Nak tunggu pola next pulak....


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi elle...klu nk buat dress princess cut ( pola yg ada gigi buaya), blh x sya gna pola empire cut yg cik elle bg tu....if x blh...apa kata cik elle bg pola utk princess cut...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:52 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 21-10-2014 04:29 PM
Sorry ya..I tak jumpa la nota yg perodua nak tu...>.<

Kain yang I selalu beli kain yg guna unt ...

saya ejas pd bahagian BX...dan ukuran ketiak...sya terpaksa lebih kn ukuran pd bahagian keliling ketiak....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:08 PM | Show all posts
.....

.....yg mcm ni cik elle....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:01 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 21-10-2014 04:26 PM
I stop sini dulu for now.. nanti sambung pola bahagian tangan,leher, dan cara gunting kain..^^

Sambung Pola Bahagian Lengan...





1. AD = BE = CF =  Labuh lengan (Ukuran j)
2. AC = GH = DF = Lebar pangkal lengan (Ukuran k)  darab dua
3. Lukis garisan lurus BG .

BG = Ukuran sepanjang bentuk lubang lengan belakang IJK di pola bahagian belakang badan baju. Ukuran ini boleh diambil menggunakan benang/pembaris fleksibel



4. Lukis garisan sudut tegak dari G ke garisan CF dan tandakan point ini point F.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:06 PM | Show all posts


5. Dari point B,ukur 1 inci ke kiri (point I) dan ke kanan (point J)
Sambung point G dan I
6. Tandakan titik tengah garisan GI = point K
7. Tandakan titik tengah garisan GK = point L
8. Tandakan titik tengah garisan KI = point M

9. Dari point K, buat satu garisan lurus sepanjang 0.5 inci (point N)
10. Dari point M, buat satu garisan lurus sepanjang 0.5 inci (point O)
11. Sambung point GLNOIB  dengan pembaris French Curve





12. Dari point H, ukur 1.5 inci dan tandakan point ini point P
13. Sambung point J dan H,   J dan P dengan pembaris lurus
14. Tanda titik tengah garisan JH = point Q
15. Dari point Q ukur 0.5 inci garis lurus ke garisan JP = point R




16. Sambung point BRH dengan pembaris French Curve

Ukuran kepala lengan GLNOIBRH (garisan warna pink) hendaklah berukuran 2 hingga 4 cm lebih dari ukuran keliling lubang lengan. Last edited by Elle_mujigae on 25-10-2014 12:19 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 12:09 PM | Show all posts


17. Garisan D1 E F1 = Ukuran hujung bukaan lengan (Ukuran m) darab dua
Sambungkan point G dan D1, dan point H dan F1 dengan pembaris curve.

18. Dari point D,ukur &#189; inci dan tandakan point S
     Dari point F, ukur &#189; inci dan tandakan point T
Sambungkan point SET dengan pembaris lurus

Pastikan bahagian hadapan dan belakang lengan dilabel dengan betul di atas pola..Takut confuse dan tertukar bahagian hadapan dengan depan bila menjahit nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:14 PM | Show all posts
perodua3236 posted on 22-10-2014 07:51 PM
Hi elle...klu nk buat dress princess cut ( pola yg ada gigi buaya), blh x sya gna pola empire cut yg ...

I also not sure boleh guna pola dress empire tu tak untuk jadikan pola princess cut..jap..kena telek pola tu dan fikir dulu...hehe...


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:16 PM | Show all posts
perodua3236 posted on 22-10-2014 08:52 PM
saya ejas pd bahagian BX...dan ukuran ketiak...sya terpaksa lebih kn ukuran pd bahagian keliling k ...

oh okay...ya..bahagian itu boleh ejas2..ikut keselesaan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:16 PM | Show all posts
perodua3236 posted on 22-10-2014 09:08 PM
.....

.....yg mcm ni cik elle....

kita tak nampak gambar ni la perodua...nampak kotak kecik je..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.664270 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list