CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: makcik.peah

Macamana nak buat jubah empire cut ?

[Copy link]
Post time 25-10-2014 12:22 PM | Show all posts
Kita jumpa website ni..banyak penerangan diberikan pasal pola pangkal lengan...

http://www.ikatbag.com/2014/03/s ... afting-sleeves.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 06:06 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 25-10-2014 12:09 PM
17. Garisan D1 E F1 = Ukuran hujung bukaan lengan (Ukuran m) darab dua
Sambungkan point G dan D ...

Pola bahagian kolar hadapan


Untuk buat lapik leher, mula-mula..ambil lebihan pola hadapan, part bahagian leher selepas pola bahagian badan digunting (area kaler hijau). Trace bahagian ini di atas kertas minyak.

Part lebihan pola bahagian leher hadapan (area kaler hijau)



Lepas dah trace,



dari point A ukur garis AP. AP = Lebar bahu bahagi dua dan tandakan point ini point P.
Dari P, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini. Lukis garis lurus dari point O ke point tersebut.

Dari O, ukur 2 inci ikut garis bahu dan tandakan point ini
Dari Q, ukur ke bawah 2.5 inci dan tanda point ini
Di area lengkung bawah, ukur lebih kurang 2 inci dan tandakan point ini..

Sambung point-point tersebut dengan pembaris French Curve.


Pola bahagian kolar belakang

Untuk buat lapik leher, ambil lebihan pola belakang, part bahagian leher selepas pola bahagian badan digunting (area kaler hijau). Trace bahagian ini di atas kertas minyak.

Part lebihan pola bahagian leher belakang (Area kaler hijau)



Lepas dah trace,



dari point A, ukur garis AD. AD = Lebar bahu bahagi dua.
Dari point D, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini.
Dari point ini lukis garis lurus dari point C.

Dari point C, ukur 2 inci ikut garis bahu dan tandakan point ini.
Dari point E, ukur 3.5 inci ke bawah dan tandakan point ini..

Sambung point-point tersebut dengan pembaris French Curve. Dan boleh gunting kedua-dua pola.


Nanti dah gunting pola tu kita akan dapat pola rupa sebegini;
















Last edited by Elle_mujigae on 26-10-2014 06:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 06:23 PM | Show all posts
Selepas itu, kita sambung kedua-dua pola ini dengan selotape. Sambung yg kat part bahu.



Then, letak pola tu kat atas kertas gam/Fabrik pengeras yang dilipat di bahagian garis-garis putus kaler pink.



Sebab kita nak buat zip yang kat depan, kita akan potong kat bahagian kolar depan dan biarkan bahagian kolar  belakang bersambung.

Basi jahitan (garisan putus kaler hitam) adalah sebanyak ½ inci.
Trace dengan kertas karbon dan roda surih, bahagian luar pola sebelum membuka lipatan selepas digunting.

Hasil selepas digunting;








Last edited by Elle_mujigae on 26-10-2014 06:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 06:35 PM | Show all posts
Letak fabrik pengeras/kain gam atas fabrik dan gunting sekelling.



Selepas gunting, trace basi jahitan dengan kertas karbon dan roda surih. Pastikan basi jahitan overlap kat bahagian hujung supaya senang dicantum nanti dgn bahagian badan baju.

Hasil akhir menunjukkan bahagian hadapan dan belakang kolar baju kita.
Bahagian luar kolar dijahit tepi untuk kekemasan.









Last edited by Elle_mujigae on 26-10-2014 06:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:10 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 26-10-2014 06:35 PM
Letak fabrik pengeras/kain gam atas fabrik dan gunting sekelling.

Terima kasih banyak2 elle...
Wlalupun tak paham pasal pola tapi tetap nk cuba buat juga....


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:12 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 26-10-2014 06:35 PM
Letak fabrik pengeras/kain gam atas fabrik dan gunting sekelling.

Elle.... kalau pola untuk skirt duyung,seluar palazo boleh elle kongsi kat sini....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2014 02:55 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 26-10-2014 06:35 PM
Letak fabrik pengeras/kain gam atas fabrik dan gunting sekelling.

Next step, trace pola ke fabrik..


  • Fabrik dilipat dua. Bahagian luar fabrik akan kelihatan.
  • Pastu kita letak pola dan pinkan sekeliling. Tanda basi jahitan dengan kapur jahitan.
  • Then gunting. Hanya gunting ikut garisan putus-putus.
  • Sebelum cabut pola dari fabrik,kita trace sekeliling pola dengan kertas karbon dan roda surih.
  • Di bahagian yang ada bucu-bucu,kita overlap kan tanda pola itu.
  • Label fabrik bahagian belakang dengan kapur jahitan.

Hasil akhir kita akan ada sekeping fabrik untuk bahagian belakang.



  • Untuk bahagian hadapan, lipat dua fabrik. Bahagian luar fabrik akan kelihatan.
  • Anjakkan pola sebanyak setengah inci dari bahagian fabrik yang dilipat. Basi sebanyak setengah inci ini ditinggalkan untuk jahit zip sorok nanti.
  • Tanda basi jahitan di sekeliling pola dengan kapur jahitan.
  • Then gunting. Hanya gunting ikut garisan putus-putus.
  • Sebelum cabut pola dari fabrik,kita trace sekeliling pola dengan kertas karbon dan roda surih.
  • Di bahagian yang ada bucu-bucu,kita overlap kan tanda pola itu.
  • Label fabrik bahagian hadapan dengan kapur jahitan.
  • Untuk bahagian zip,kita gunting bahagian hadapan fabrik yang dilipat mengikut ukuran panjang zip sorok. Selalu I guna zip sorok panjang 22 inci..so I akan gunting part depan ni sebanyak 20 inci.

Hasil akhir kita akan ada sekeping fabrik untuk bahagian hadapan.



  • Untuk bahagian lengan, lipat dua fabrik. Bahagian luar fabrik akan kelihatan.
  • Letak pola di atas fabrik dan pinkan.
  • Tanda basi jahitan di sekeliling pola.
  • Then gunting sekeliling pola ikut garisan putus-putus seperti dalam rajah di atas.
  • Sebelum cabut pola dari fabrik,kita trace sekeliling pola dengan kertas karbon dan roda surih.
  • Di bahagian yang ada bucu-bucu,kita overlap kan tanda pola itu.
  • Label fabrik bahagian depan dan belakang lengan dengan kapur jahitan.Melabel bahagian tangan ini sgt penting,takut confuse bila masa nak menyambung bahagian lengan dan badan baju nanti..huhu..

Hasil akhir kita akan ada dua keping fabrik untuk bahagian lengan.


Urutan menyambung bahagian2 yang telah digunting ini yang selalu I buat ialah:

  • Jahit Zip
  • Bahu
  • Bahagian tepi badan baju
  • Leher
  • Last sekali baru sambung part lengan dengan badan baju


Okay siap..done..


Kalau ada forumer2 lain yang nak betulkan atau tambah nota buat jubah ni amat dialu-alukan..Iols masih beginner...




Last edited by Elle_mujigae on 27-10-2014 03:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:01 PM | Show all posts
rienafaiz posted on 27-10-2014 12:10 PM
Terima kasih banyak2 elle...
Wlalupun tak paham pasal pola tapi tetap nk cuba buat juga....

Sama-sama..I pun banyak belajar dan lebih faham selepas buat nota ni...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 03:03 PM | Show all posts
rienafaiz posted on 27-10-2014 12:12 PM
Elle.... kalau pola untuk skirt duyung,seluar palazo boleh elle kongsi kat sini....

Sorry ya...I tak pernah jahit skirt potongan duyung dan seluar palazzo lagi..huhu..


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:22 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 27-10-2014 03:03 PM
Sorry ya...I tak pernah jahit skirt potongan duyung dan seluar palazzo lagi..huhu..

okeh elle... terima kasih banyak2... kalau nk buat kelas saya nak join..hehehhe

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 10:16 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 25-10-2014 12:06 PM
5. Dari point B,ukur 1 inci ke kiri (point I) dan ke kanan (point J)
Sambung point G dan I
6.  ...

hi elle....

saya nk kompomkn yg GLNOIBRH tu mmg guna dlm cm ke...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:42 PM | Show all posts
perodua3236 posted on 3-11-2014 10:16 PM
hi elle....

saya nk kompomkn yg GLNOIBRH tu mmg guna dlm cm ke...

hi perodua..

part yang ni ke?

Ukuran kepala lengan GLNOIBRH (garisan warna pink) hendaklah berukuran 2 hingga 4 cm lebih dari ukuran keliling lubang lengan.

yes betul... dalam centimeter...
ayat ni I ambil dari buku Panduan membuat pakaian, Bab Pola blok badan dan lengan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok tq elle
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:55 AM | Show all posts
waaa... bgos elle bg polanya.. sapa yang nak jait tu dah jait boleh la tepek sini

nak gak tgk hasilnya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:38 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 4-11-2014 12:42 PM
hi perodua..

part yang ni ke?

elle minat menjahit ke elle?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:25 PM | Show all posts
anniez08 posted on 18-11-2014 10:38 PM
elle minat menjahit ke elle?..

hehe sorry baru reply yg kat sini..


dah jawab kan kat bod sana...

Jom N, kita jahit jubah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 10:39 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 25-11-2014 01:25 PM
hehe sorry baru reply yg kat sini..

elle ajar n tau... sb tau je la.. n x berbakat..


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:21 PM | Show all posts
anniez08 posted on 25-11-2014 10:39 PM
elle ajar n tau... sb tau je la.. n x berbakat..

boleh je N kita jahit sama2 Insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 12:38 AM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 28-11-2014 12:21 PM
boleh je N kita jahit sama2 Insyaallah...

Insya Allah.. n mmg nk belaja la elle...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.072514 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list