CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1958|Reply: 4

[Dunia] Edisi taliban- hukuman potong jari

[Copy link]
Post time 17-6-2014 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Jari penduduk di wilayah Herat dikerat kerana ingkar dengan arahan Taliban


HERAT - AFGHANISTAN.Seramai 11 lelaki Afghanistan terpaksa menanggung kecacatan kekal selepas jari telunjuk mereka dipotong kumpulan militan Taliban kerana didakwa mengabaikan amaran untuk memboikot Pilihan Raya Presiden yang diadakan 5 April lalu.

Menurut polis, serangan kejam berlaku di wilayah Herat dan Taliban menganggap ia sebagai hukuman kepada penduduk yang mengabaikan amaran daripada kumpulan itu.

Menteri Dalam Negeri Mohammad Umar Daudzai memberitahu, dalam beberapa siri serangan pada pungutan undi tersebut, lebih 100 orang termasuk 20 orang awam dan pegawai pilihan raya yang bertugas maut.

Sebelum ini, Taliban mengarahkan pengundi tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya antara Abdullah Abdullah dan Ghani Ahmadzai.

Sementara itu, pegawai pilihan raya memaklumkan, lebih tujuh juta daripada 12 juta penduduk di negara itu layak mengundi pada pusingan pertama dan keputusan akhir dijangka diumumkan pada 22 Julai ini menurut laporan Daily Mail.


p/s- harap US dapat bom sahaja puak2 taliban bodoh ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 12:42 PM | Show all posts
Kesiannya pakcik2 ni....dah cacat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesalahan besar sgt ke smpi potong jari....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:26 PM | Show all posts
kalau hudud dilaksanakan..begini ke gambarannya? ni baru jari. belum tangan. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:28 PM | Show all posts
kalau kita benarkan dulu PAS berkuasa...macam ni tak mustahil berlaku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046311 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list