View: 2383|Reply: 11
|
[Tempatan]
Bas Tertusuk Besi Penghadang Jalan
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Tiga penumpang dan seorang pemandu bas RapidKuantan nyaris maut setelah bas yang dinaiki terbabas lalu tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna di sini, hari ini.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang apabila tayar depan bahagian kiri bas berkenaan tiba-tiba meletup menyebabkan bas itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.
"Berikutan kejadian itu besi penghadang jalan dianggarkan sepanjang lima meter telah menembusi dari lantai sebelah kiri bas sehingga ke bahagian cermin belakang bas.
"Ia mengakibatkan seorang penumpang iaitu pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari, 13 patah kaki kiri, manakala dua lagi penumpang hanya mengalami cedera ringan," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang yang cedera dibawa keluar oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.
Rosli berkata pihaknya dengan kerjasama kakitangan RapidKuantan mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan besi penghadang jalan yang tertusuk pada bas henti-henti bandar itu.
Difahamkan ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Pekan ke hentian Bandar untuk menghantar penumpang tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan, Zainurul Hakim ketika dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama
Last edited by freekey on 18-6-2014 11:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
berita versi malay plak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Berita tv1 la plak td berita cnn |
|
|
|
|
|
|
|
Binipun satu, dgn budak kanyakpun nak beromen, laki tak mampu dah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah nak jadi dunia ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
kebabian apakah ni.
tajuk keluar kuey tiao goreng.
buka thread bas rapid KL. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha merapu giler...
kekadberian apa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal tetiba bertukar?..
Apakah cari.com mereng dah banyak sangat makan cadbury? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun terheran jugak .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|