CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15820|Reply: 139

Dokumen Negara Islam Pas adalah wahyu?

 Close [Copy link]
Astora Jabat This user has been deleted
Post time 22-12-2003 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Ulama Pas mendakwa Dokumen Negara Islam mereka adalah wahyu, sesiapa menolaknya dianggap menolak agama Islam?

Tidak sesatkah fatwa ulama ulama Pas ini?

Sekian, wassalam.

Astora Jabat
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 22-12-2003 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 22-12-2003 03:18 PM:
Salam semua,

Ulama Pas mendakwa Dokumen Negara Islam mereka adalah wahyu, sesiapa menolaknya dianggap menolak agama Islam?

Tidak sesatkah fatwa ulama ulama Pas ini?

Sekian, wassalam.
...

Pat mana di cakap AJ? Sapa yang cakap??
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 22-12-2003 03:18 PM:
Salam semua,

Ulama Pas mendakwa Dokumen Negara Islam mereka adalah wahyu, sesiapa menolaknya dianggap menolak agama Islam?

Tidak sesatkah fatwa ulama ulama Pas ini?

Sekian, wassalam.
...

salam,

ada teks ucapan penuh tak? rujukan pun jadi ler.

secara kasar, tak der pulak tahu yang wujud hukum tertolak islam seseorang sekiranya menolak dokumen negara islam Pas tu.

one more secara kasar gak, sekiranya ada di antara dokumen negara islam pas yang menyalin dari dokumen perlembagaan negara yang pas kata kafir tu dan perlembagaan load red tu, then depa nak iktiraf dokumen pas tu sebagai wahyu, tu bahaya tu.

wan jijah macam mana?

huwwwwaaaaaaaa nuar brahimmm kuar arrr.. isteri tercinta wan jijah menolak agama islam pulak darrrrrrr :cry:

anyway, ulamak pas mana pulak yang kata cam gitu?.. kalau nikky aziz, abaikan ajalah... dah sedia maklum, sekarangkan musim hujan..

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 2003-12-22 03:18 PM:
Salam semua,

Ulama Pas mendakwa Dokumen Negara Islam mereka adalah wahyu, sesiapa menolaknya dianggap menolak agama Islam?

Tidak sesatkah fatwa ulama ulama Pas ini?

Sekian, wassalam.
...

Salam Astora,
Maideen ada membaca tulisan saudara tentang hal ini di MM semalam. Begitulah terdesaknya PAS sehingga terpaksa menggunakan pendekatan bahawa PAS adalah Islam dan sesiapa yang menolak (membohongan) mereka dikira menolak Islam....

Diharap saudara akan terus mendedahkan cubaan orang orang ini untuk menipu dan memutarbelitkan Islam.:re:
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
 Author| Post time 22-12-2003 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 2003-12-22 03:23 PM:
Pat mana di cakap AJ? Sapa yang cakap??

Dalam mingguan semalam saya sudah tulis perkara itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 22-12-2003 03:18 PM:
Salam semua,

Ulama Pas mendakwa Dokumen Negara Islam mereka adalah wahyu, sesiapa menolaknya dianggap menolak agama Islam?

Tidak sesatkah fatwa ulama ulama Pas ini?

Sekian, wassalam.
...

Lagi satu AJ, adakah pemahaman hang setiap apa yang bijak pandai agama bercakap automatik ianya adalah fatwa???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2003 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 2003-12-22 03:18 PM:
Salam semua,

Ulama Pas mendakwa Dokumen Negara Islam mereka adalah wahyu, sesiapa menolaknya dianggap menolak agama Islam?

Tidak sesatkah fatwa ulama ulama Pas ini?

Sekian, wassalam.
...

Astora,
cuba paste teks penuh ucapan ulama PAS yg mengatakan Dokumen tersebut adalah wahyu. Bukan apa, ko ni memang dah terkenal dgn putar belit. Paste tengok, aku tunggu.
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
 Author| Post time 22-12-2003 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 2003-12-22 03:47 PM:
Salam Astora,
Maideen ada membaca tulisan saudara tentang hal ini di MM semalam. Begitulah terdesaknya PAS sehingga terpaksa menggunakan pendekatan bahawa PAS adalah Islam dan sesiapa yang menolak ...

Salam kembali Maideen,

Terima kasih. Saya akan terus mendedahkan karut-marut ulama Pas.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 22-12-2003 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 22-12-2003 03:18 PM:
Salam semua,

Ulama Pas mendakwa Dokumen Negara Islam mereka adalah wahyu, sesiapa menolaknya dianggap menolak agama Islam?

Tidak sesatkah fatwa ulama ulama Pas ini?

Sekian, wassalam.
...

Satu lagi AJ, ari tu hang kata nak siar gambar, maner ni AJ? Camana orang nak caya kalau hang bukak thread tapi takder backup? Aku rasa seronok gak pasal masa sekolah aku baca tulisan hang, la ni aku dapat plak berinteraksi ngan hang trus. Tapi itulah AJ, bawaklah mende yang konfirm bukan setakat nambah cerita atau pon mengadakan cerita, wassalam....
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
 Author| Post time 22-12-2003 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 2003-12-22 03:30 PM:
salam,

ada teks ucapan penuh tak? rujukan pun jadi ler.

secara kasar, tak der pulak tahu yang wujud hukum tertolak islam seseorang sekiranya menolak dokumen negara islam Pas tu.

one more s ...

Salam kembali,

Kalau nak VCD, boleh datang ke pejabat saya. Ada ada VCD penuh ucapan Datuk Haron Din.

Di hawah ini sebuah yang rencana terdapat dalam laman web Pas Melaka mendakwa Dokumen Negara Islam wahyu juga.

Sila baca.
-------------------

Isi Dokumen Negara Islam berdasarkan wahyu Allah

Telok Mas, 24 September 2003 : Dokumen Negara Islam yang dilancarkan oleh PAS bukan ciptaan sendiri, bahkan adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Demikian kenyataan Ketua Dewan Ulamak Johor, Ustaz Abdullah Husin dalam ceramahnya di majlis munajat anjuran Dewan Ulamak PAS Melaka di Telok Mas.

Katanya, PAS sangat konsisten dengan memperjuangkan Islam dan ini dibuktikan dengan pelancaran Dokumen Negara Islam. Akhabar NST dalam lapurannya mengatakan, penerangan mengenai dokumen itu yang disampaikan dalam dwi bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris oleh Prof Dato’ Harun Din adalah sangat jelas. Walaupun UMNO mendakwa meraka sudah lakukan apa yang dicadangkan oleh PAS, namun Pak Lah masih tidak membenarkan ahlinya membincangkan Dokumen Negara Islam secara terperinci. Komen mereka juga hanyalah mengenai perkara-perkara yang kecil, dan hli-ahli UMNO tak berani nak membincangkan masalah pokok atau dahan tetapi hanya menyentuh bahagian ranting-rantingnya sahaja.

Kata Ustaz Abdullah lagi, PAS telah membuat rujukan terperinci berdasarkan al-Quran, al-Hadith, ijmak dan qias, serta kandungan dokumen tersebut telah dibincang dan diteliti oleh pelbagai pihak, termasuk disemak oleh ilmuan dari pelbagai bidang. Oleh itu, PAS begitu yakin apabila membentangkan dokumen tersebut, kerana ia telah melalui penelitian yang jitu dan memakan masa yang lama. Tetapi Umno, dalam usaha untuk memperkecilkan dokumen tersebut, mengeluarkan hujah yang tidak mempunyai sebarang rujukan. Ini adalah kerana, sekiranya mereka membuat rujukan yang sebenarnya kepada 4 sumber tersebut, mereka akan terpaksa menerima dokumen tersebut, kerana itulah yang dikehendaki Islam.

Menyentuh tentang persiapan PAS menghadapi pilihanraya kali ini, beliau berkata persediaan PAS kini adalah untuk mencapai kemenangan. Allahyarham Dato’ Fadhil Noor pada ucapannya yang terakhir di Muktamar di PUTIK mengesyorkan moto ‘Memantapkan iltizam (komitmen) dan menyemarakkan perjuangan. Tetapi, Presiden yang baru YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melancarkan moto ‘Menuju Kemenangan’. Bila Mahathir ditanya setelah pulang dari bercuti di Sepanyol dia mengatakan kemenangan adalah angan-angan PAS. Tetapi, kenyataan Pak Lah pula lebih berhati-hati dengan mengatakan 'kita akan pastikan ianya tidak menjadi kenyataan.' Oleh itu, beliau menyeru seluruh ahli PAS supaya melipatgandakan kerja dalam usaha memastikan kejayaan menjadi kenyataan."Ahli PAS kena tingkatkan perjuangan mereka, makin mantap, makin yakin dan ini adalah motivasi pecutan yang terakhir untuk pilihan raya yang akan datang tidak lama lagi. Dalam pada bekerja untuk pilihanraya, ahli-ahli mesti terus bersama dalam program tarbiah dewan ulama dan perhubungan negeri secara istiqamah." kata Ustaz Abdullah lagi.  

Katanya lagi, Ramadhan adalah madrasah tarbiah utk memantapkan iman kita. Di waktu ini dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu  neraka dan syaitan dibelenggu. Namun begitu, syaitan telah membisik dan melatih manusia melakukan perkara mungkar sepanjang 11 bulan yang lalu. Kerana itu manusia sudah terbiasa dan terus melakukan maksiat di bulan Ramadhan ini. Tapi bagi orang yang beriman adalah berbeza, kerana bulan Ramadhan adalah latihan untuk melatih diri untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang. Ramadhan menjanjikan perlepasan api neraka dan barang siapa yang mengerjakan ibadat di bulan ini akan diampunkan dosa yang lalu. Orang yang berpuasa akan menghadapi kegembiraan iaitu ketika menghadapi iftar (berbuka puasa) dan ketika menghadap dan melihat Allah disyurga.

Mengenai persiapan Pilihanraya di Johor, beliau berkata persempadanan baru hanyalah untuk memastikan kemenangan BN. Terdapat begitu banyak pertambahan kerusi,iaitu bagi kerusi Parlimen dari 20 ke 26 dan DUN dari 40 ke 56. Tetapi PAS yakin akan juga memenangi beberapa kerusi di Johor. PAS di Johor sebenarnya sudah diterima masyarakat dan ini terbukti dari lawatan yang dibuat di beberapa kawasan di Johor. Sebenarnya masyarakat tidak lagi mencintai UMNO namun masih ramai yang belum lagi terpikat dengan PAS. "Tetapi kita jangan lupa dengan janji Allah, jika kamu berjuang memertabatkan ugamaKu maka Aku akan tolong kamu. Jadi ahli PAS kena bekerja lebih kuat lagi untuk memikat mereka ini" kata beliau lagi.

Menyentuh tentang program mendekati bukan Islam di Johor, beliau berkata, PAS Johor banyak menjalankan program mendekati masyarakat Cina. Dan, apabila mereka faham kedudukan mereka dalam negara Islam, ternyata masyarakat Cina menerima dan menyokong usaha PAS, yang lebih adil. Sebagai contoh, apabila orang Cina di Keluang balik dari lawatan ke Kelantan, mereka telah menampal gambar-gambar Nik Aziz di pasar tempat mereka berniaga. Ada dari mereka yang mengatakan kami bukan kafir, kami cuma zhimmi. Ini adalah perkataan mereka yang sudah faham kebaikan yang di bawa Islam. Nabi Muhammad saw telah mengatakan orang Islam wajib mempertahankan zhimmi dibawah jajahan mereka jika mereka diserang oleh musuh dari luar. Dan orang Islam akan mati syahid jika gugur ketika mempertahankan zhimmi dari serangan musuh. Manakala di Bukit Gambir pula masyarakat Cina sedang membuat perancangan untuk  menjemput Nik Aziz untuk berucap di dewan Cina, juga setelah pulang dari lawatan ke kelantan dan mendapat gambaran yang sebenar. Ini adalah antar bukti orang Cina tidak takut dengan negara Islam apabila mereka faham kedudukan yang sebenarnya dan bersedia menyokong PAS.

Pada penutup ucapannya Ustaz Abdullah Husin menekankan hadis Rasulullah saw bahawa orang yang menyumbang tenaga, masa, harta dan sebagainya di jalan Allah maka mereka adalah dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka.

Dan juga Apabila Rasulullah ditanya ‘Siapakah manusia yg paling jahat’ Rasullah menjawab ulama' yang sudah rosak yang tidak takut dengan Allah bahkan takut dengan manusia.'
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 04:09 PM | Show all posts

hahahahaha

Originally posted by Astora Jabat at 19/08/2003 16:02:
Salam kembali,

Kalau nak VCD, boleh datang ke pejabat saya. Ada ada VCD penuh ucapan Datuk Haron Din.

Di hawah ini sebuah yang rencana terdapat dalam laman web Pas Melaka mendakwa Dokumen N ...

wahyu dah pula......saja buat posting ni sebab malu ke dengan gambar orang PAS tak bertudung

[fly] gambar mana ? astora jahat [/fly]
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 04:10 PM | Show all posts

Post time 22-12-2003 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 22-12-2003 04:02 PM:
Salam kembali,

Kalau nak VCD, boleh datang ke pejabat saya. Ada ada VCD penuh ucapan Datuk Haron Din.

Di hawah ini sebuah yang rencana terdapat dalam laman web Pas Melaka mendakwa Dokumen N ...

Bila aku baca yang hang pastekan ni aku tercari2 mana fatwa yang hang kata tu?? Kalau setakat dia kata bukan ciptaan PAS, kalau dia cakap itu adalah wahyu dari Allah maka sumber rujukannya tetap Quran dan Hadis bukanlah dia keluarkan fatwa atau kata PAS dapat wahyu plak. Camaner ni AJ???????????????????????

Post time 22-12-2003 04:36 PM | Show all posts

hahahaha

Originally posted by guagcore at 19/08/2003 16:11:
Bila aku baca yang hang pastekan ni aku tercari2 mana fatwa yang hang kata tu?? Kalau setakat dia kata bukan ciptaan PAS, kalau dia cakap itu adalah wahyu dari Allah maka sumber rujukannya tetap Qu ...

tengok tajuk pun ...kita dah tahu ...putar belit penglipur lara si penari gelek ni...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Astora Jabat This user has been deleted
 Author| Post time 22-12-2003 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by sengat_tebuan at 2003-12-22 04:36 PM:
tengok tajuk pun ...kita dah tahu ...putar belit penglipur lara si penari gelek ni...

Tajuk lain dan laporan lain...

Itu yang ditulis dalam laman web Pas Melaka.

Sedangkan dalam ceramah pula boleh menonon VCD Haron Din. Covernya Tazkirah Khas Pembinaan Insan dan Persoalan Dokumen Negara Islam, Prof. Datuk Haron DIn, 16 November 2003, Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewati.

Kopi VCD tersebut boleh didapati di pejabat AL ISLAM.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 05:05 PM | Show all posts
Nik Aziz kata Melayu yg tak terima dokumen tu yahudi..
Fatwa ke idak tu?

Cammana kalau aku terima dokumen tu tapi aku tak sokong sebab aku fikir ada yg lebih baik drp itu yg aku lebih setuju dan serasi?

ok dak? hehe.. yahudi ke idak aku ni? hehe

[ Last edited by Camar on 22-12-2003 at 05:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
 Author| Post time 22-12-2003 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by Camar at 2003-12-22 05:05 PM:
Nik Aziz kata Melayu yg tak terima dokumen tu yahudi..
Fatwa ke idak tu?

Apa saja pandangan yang bersifat hukum menurut Rasulullah adalah fatwa, tetapi undang-undang Malaysia tidak menganggap begitu.

Tindakan Nik Aziz menghukum orang Islam menolak Dokumen Negara ISlam PAs sebagai Yahudi adalah sama dengan fatwa lama beliau yang mendakwa haram menolak negara Islam Pas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 2003-12-22 05:08 PM:
Apa saja pandangan yang bersifat hukum menurut Rasulullah adalah fatwa, tetapi undang-undang Malaysia tidak menganggap begitu.

Tindakan Nik Aziz menghukum orang Islam menolak Dokumen Negara ISla ...

Satu soalam AJ,
pada pendapat sdr. kenapa agaknya baru sekarang selepas 50 tahun kewujudan Pas dokumen itu baru timbul...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.079744 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list