CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7158|Reply: 2

Floorball (Hoki Lantai)

[Copy link]
Post time 19-6-2014 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Floorball tuntut stamina tinggi



Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA






DUA buah pasukan yang masing-masing terdiri daripada enam orang pemain termasuk penjaga gol sedang beradu ketangkasan di sebuah gelanggang lantai bersebelahan Fakulti Perundangan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini

Larian mereka pantas dan masing-masing berusaha untuk menjaringkan gol untuk mengatasi pihak lawan masing-masing dalam perlawanan seumpama hoki itu.

Namun, apabila diamati, kayu pemukul dan bola yang digunakan oleh mereka kelihatan sedikit berbeza dengan kayu yang digunakan dalam permainan hoki.

Kayu yang digunakan diperbuat daripada plastik pada bahagian bilah pemukul dan fiber pada bahagian pemegangnya.

Dilihat daripada aspek pukulan dan tolakan pula, kayu yang digunakan kelihatan lebih ringan dan ia lebih mudah untuk dikawal pemain. Rentak hantaran bola kepada rakan sepasukan dan pukulan menjaringkan gol dilihat begitu pantas dan ringan sifatnya.

“Ini dinamakan sukan floorball atau hoki lantai, namun ia paling mirip dengan sukan hoki ais. Perbezaannya ialah kelengkapan yang digunakan, gelanggang dan sistem peraturan yang telah ditetapkan,” ujar Mohammad Khalid Abdul Rahim, 31, yang merupakan seorang pemain sukan floorball yang mewakili pasukan Gang Bintang.

Khalid yang mula bermain floorball sejak 10 tahun lalu merupakan antara individu terawal yang mula melibatkan diri dalam sukan tersebut di Malaysia.

Mula bertapak

Menurut Mohammad Khalid, floorball mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2001 oleh beberapa individu yang juga merupakan pelajar UM ketika itu. Antara tonggak penting yang memperkenalkan sukan tersebut di negara ini ialah Mohd. Hafidz Zainalabidin.

Individu tersebut juga merupakan pengerusi Liga Floorball Selangor.

“ Tahap keselamatan terutamanya peralatan yang digunakan dalam sukan ini memberi inspirasi kepada saya untuk mencubanya.

“ Tidak sampai setahun bermain, saya terpilih untuk mewakili negara ke perlawanan Liga Kejuaraan Floorball, divisyen B di Finland. Ketika itu, kami sepasukan mengumpul dana sendiri untuk bermain di sana, ” ujarnya yang juga selaku Presiden Persatuan Floorball Selangor (PFS).




GELANGGANG lantai UM merupakan salah satu tempat untuk pasukan floorball mengadakan sesi latihan di ibu negara.



Menyingkap serba sedikit sejarah sukan floorball, permainan ini pada asalnya dimainkan oleh pemain hoki ais di Sweden ketika mereka berehat daripada kejohanan sukan tersebut.

Pasukan hoki ais mencipta permainan itu bagi memastikan tahap kecergasan mereka dapat dikekalkan serta dapat melakukan persediaan untuk menghadapi musim seterusnya.

Di Malaysia, floorball masih dianggap baharu dan masih belum mendapat taraf pengiktirafan sukan berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Namun, untuk peringkat antarabangsa, Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) dan sukan floorball telah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Disember 2008.

“ Gang Bintang dan PFS juga sering membawa sukan ini ke sekolah dan acara sukan untuk memberi tunjuk ajar kepada generasi muda. Setakat ini, ramai yang sudah menunjukkan minat, ” tambah Mohammad Khalid.

Strategi mencabar

Permainan tersebut memerlukan seramai 20 orang pemain dalam satu pasukan. Namun, hanya enam pemain yang bermain di gelanggang dan selebihnya pemain gantian yang boleh ditukar pada setiap masa tanpa had.

Seorang lagi pemain sukan floorball, Mohd. Fara Zulfadli Ramli, 28, memberitahu, corak permainan pantas yang digunakan dalam permainan itu menuntut setiap pemain dalam pasukan memerlukan stamina tinggi.




CORAK permainan yang pantas memerlukan stamina tinggi daripada setiap pemain.


“ Secara teknikalnya, floorball mempunyai persamaan dengan permainan futsal. Namun, ia lebih mencabar kerana ia merupakan sebuah perlawanan terbuka tanpa menggunakan peraturan bola keluar daripada kawasan gelanggang.

“ Untuk menjaringkan gol, setiap pasukan memerlukan kerjasama dan kepantasan yang maksimum. Gol yang dihasilkan oleh pemain juga menarik. Siapa sangka ketika berada di posisi belakang tiang gol, pemain boleh menjaringkan gol, ” jelasnya yang bermain di posisi pertahanan untuk pasukan Gang Bintang.

Menurut Mohd. Fara, selain daripada kelengkapan yang digunakan, kaedah untuk memukul bola juga turut diambil kira dalam permainan tersebut.

“Pemain tidak perlu memukul bola sekuat hati. Cukup sekadar meleretkan bola itu kepada rakan sepasukan kerana sifat fizikal bola itu direka dengan jisim yang ringan,” ujarnya yang berpengalaman bermain di Liga Kejohanan Sepanyol Divisyen C pada tahun 2004.

Setiap lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa boleh mencuba floorball. Kos untuk bermain sukan itu juga tidak semahal yang disangkakan.

Kayu pelbagai jenama seperti Fatpipe, Salming dan Unihoc yang itu dijual pada harga RM150 hingga RM600 dan ia boleh dibeli daripada pengedar barangan sukan tersebut di sekitar lembah Klang.

“ Pemain boleh menggunakan setiap sudut bilah pemukul untuk memukul bola tidak kira pada permukaan hadapan atau belakang.

“ Ia berbeza dengan peraturan permainan hoki yang hanya boleh memukul bola pada bahagian hadapan bilah pemukul, ” ujar seorang lagi pemain, Sjaiful Anuar Adzhar, 29.

Sjaiful yang merupakan salah seorang pembekal kayu pemukul dari Finland iaitu Fatpipe di Malaysia, beranggapan bahawa sukan floorball yang diceburinya itu berupaya mencetus silaturahim dengan ramai pemain lain.





GOL boleh dijaringkan daripada pelbagai sudut tanpa mengira sama ada bola keluar daripada kawasan gelanggang.


“ Apabila saya berjumpa dengan pemain floorball dari persatuan lain, pelbagai topik yang kami kupas terutamanya berkenaan strategi permainan serta perkembangan sukan ini di Malaysia, ” ujarnya yang juga merupakan jurulatih pasukan floorball wanita, Foxy Blizzard dan KLIUC Hornets.

Belum berkembang

Mengikut sumber daripada PFS, permainan floorball di Malaysia masih tertumpu di sekitar Lembah Klang dan masih tidak berkembang di negeri-negeri lain seluruh negara.

Sementara itu, pemain wanita yang bermain dalam pasukan di bawah kendalian Sjaiful, Nur Adila Mustafa, 20, di dalam pasukan Foxy Blizzard, sering kali mengikut jurulatihnya itu bermain floorball di gelanggang UM.

Menurutnya, dia lebih gemar berlatih dengan pasukan yang terdiri daripada kaum lelaki kerana dapat mempelajari pelbagai teknik baharu daripada mereka.

“ Corak permainan dalam perlawanan lelaki amat pantas hingga adakalanya sukar untuk mengawal pergerakan mereka.

“ Menerusi latihan bersama mereka, sedikit sebanyak saya dapat mempraktikkan cara mereka bermain dalam permainan saya, ” ujarnya yang pernah memenangi tempat ketiga bersama pasukannya dalam Liga Floorball Selangor (SFL) kategori wanita tahun lalu.


- Kosmo -





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2014 07:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 07:31 PM | Show all posts
Malaysia Vs Singapore (2014 World University Championship Floorball)















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.059796 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list