CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

CERPEN : MAAFKAN AKU (TAMAT)

[Copy link]
Post time 30-6-2014 01:16 PM | Show all posts
profesional sungguh lisa bercakap bila sentuh bab kerjanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 01:19 PM | Show all posts
SEBULAN berlalu.Lisa masih menatap keratan akhbar. Satu berita mengenai kes bunuh Ashraf yang masih disimpan kemas dalam kotak. Satu lagi, berita yang baru dibaca dua minggu yang lalu. Azura telah membunuh diri dengan minum racun tikus ketika dalam tahanan. Azran pula yang tidak dapat menerima kenyataan adiknya telah pergi buat selamanya, telah disahkan gila oleh doktor yang merawatnya dan ditempatkan di sebuah hospital sakit jiwa di selatan tanah air.

Lisa mengeluh panjang. Begini kesudahan cerita cintanya. Imran, Ashraf, Azura dan Azran masing-masing menjadi mangsa keadaan.

“Lisa..kenapa termenung ni?”  Puan Habsah pandang Lisa yang kelihatan jauh termenung.

“Oh..mak..Lisa teringat kisah dulu..”Lisa cuba senyum. Air mata ditahan dari mengalir ke pipi.

“Macam mana?Setuju tak?” Puan Habsah masih menanti kata putus Lisa.

“Entahlah mak.Lisa dah tawar hati sebenarnya dengan Imran. Kenapa dia degil sangat?”Lisa tunduk.

“Lisa..Imran tak bersalah. Janganlah kerana dia bekas banduan, Lisa tolak dia mentah-mentah!” Puan Habsah memujuk Lisa yang ternyata masih marah pada Imran.

“Mak..bukan sebab tu mak. Sebenarnya hati Lisa dah tawar nak terima dia.”Lisa mula menangis.

“Habis..sampai bila Lisa nak membujang macam ni? Kalau Lisa ada pilihan lain, cuba cakap dengan mak!” Puan Habsah tidak faham dengan sikap Lisa.

Lisa peluk ibunya dengan erat. Kali ini dia pasrah.

“Mak…buatlah apa yang baik bagi mak. Lisa ikut saja..” Lisa seolah sudah hilang arah tuju.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:21 PM | Show all posts
imran dh keluar ke? hhmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:24 PM | Show all posts
DUA BULAN berlalu. Lisa pandang ke luar tingkap. Diari di tangannya dibaca lagi. Diari merah itu ditutup perlahan.  Segala kisah suka duka yang ditempuhinya terasa seolah dia berada di dunia drama. Azura dan Ashraf telah pergi buat selamanya.Azran pula masih di hospital sakit jiwa. Kini yang tinggal hanya dia dan Imran.

Persahabatan mereka berlima dulu masih segar berputar di fikirannya.  Azura yang petah bercakap. Ashraf yang tak pernah jemu merayu cintanya walaupun dia dan Ashraf saling menyintai, namun terpaksa ditolak kerana tiada restu dari keluarga Ashraf.  Imran pula ketika itu secara diam menaruh hati padanya. Azran pula setia berkawan dengan Ashraf dan Imran. Sungguh manis bila mengenang  saat itu. Namun semua itu sudah berlalu. Segala-galanya terasa seperti mimpi buruk. Kerana dendam segala-galanya berubah. Tiada lagi nilai persahabatan. Tiada lagi erti kasih sayang. Kerana dendam, hancur sebuah persahabatan yang sekian lama terjalin. Kerana dendam juga tiada lagi pertimbangan diri. Qada dan Qadar Allah diketepikan.Hanya nafsu yang menyaluti hati. Runtuh segala keimanan kerana kasih sayang dan dendam.

“Lisa, buat apa tu?”

Lisa berpaling dan tersenyum. “Teringat kenangan dulu..”

“Sudahlah..jika diingat perkara lalu, hanya membawa kepada air mata.”Imran senyum. Dia duduk sebelah Lisa di sofa.

“Abang nak makan apa malam nanti?” Lisa pandang wajah Imran yang masih merenungnya.

“Lisa tak payah masak. Abang belanja makan beef steak! Nak tak?” Imran cium tangan isterinya.

“Nak! Abang macam tahu je Lisa mengidam beef steak!” Lisa mula ceria.Perutnya diusap perlahan.

Imran senyum.Dia pandang Lisa yang semakin manis sejak berbadan dua. Syukur alhamdulillah,akhirnya Lisa sudi terimanya sebagai suami setelah berkali-kali dia memujuk.

Lisa turut senyum sambil mengusap perutnya yang sudah mula membesar.



TAMAT SUDAH..........
Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:26 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 01:24 PM
DUA BULAN berlalu. Lisa pandang ke luar tingkap. Diari di tangannya dibaca lagi. Diarimerah itu ditu ...

bahagia tetap milik mereka berdua... cerita yg menarik... tahniah TT... 2 thumps up for u TT...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:27 PM | Show all posts
Eh la... tamat?









Hehehehe.... nice story. Thanks Ipo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2014 01:29 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 01:26 PM
bahagia tetap milik mereka berdua... cerita yg menarik... tahniah TT... 2 thumps up for u TT...{:1 ...

happy ending..kalau buat sad ending nanti kena bambu pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:30 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-6-2014 01:27 PM
Eh la... tamat?

dah namanya cerpen..walaupun terlajak jugak nak jadi cerpan..

terima kasih baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 01:32 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 01:29 PM
happy ending..kalau buat sad ending nanti kena bambu pulak

hahahahaha...tau takpe...... tahniah sekali lg TT... byk idea buat semua cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:33 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 01:30 PM
dah namanya cerpen..walaupun terlajak jugak nak jadi cerpan..

terima kasih baca

Belajar dari kesilapan ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:36 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-6-2014 01:33 PM
Belajar dari kesilapan ek?

hehee...itulah kekdahnya..

GKM tu pun asalnya nak cerpen jek..alih2 dh jadi novel la plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 02:43 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 01:29 PM
happy ending..kalau buat sad ending nanti kena bambu pulak

Kaka suka juga yg sad ending tp itu lah....TERpaksa akur dgn kehendak pembaca.  

Baik punya alasan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:12 PM | Show all posts
dah tamat.....nasib baik bos cuti hari ni..sempat jugak mengulaq baca cerpen ni sampai habis....Ipo the best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 04:00 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 30-6-2014 02:43 PM
Kaka suka juga yg sad ending tp itu lah....TERpaksa akur dgn kehendak pembaca.  

Baik punya a ...

kan?..nape pembaca suka happy ending je?

Konpius sekejap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 04:01 PM | Show all posts
cegitu posted on 30-6-2014 03:12 PM
dah tamat.....nasib baik bos cuti hari ni..sempat jugak mengulaq baca cerpen ni sampai habis....Ipo  ...

hati2 baca kat ofis...bos TERJAH nanti...apa nak jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 04:32 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 04:00 PM
kan?..nape pembaca suka happy ending je?

Konpius sekejap..

sebab dlm kehidupan sebenar tak seperti apa yg kita rasa masa baca novel...
dunia jadi indah bila novel tu ada kegembiraan yg tak pernah kita tempuhi dlm dunia nyata...
mcm cite hindustan... hidup rakyatnya tak selesa mcm kita tp diorang buat filem yg berlatar belakangkan keindahan...
samalah konsepnya dgn novel...
al kisahnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 05:43 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 04:32 PM
sebab dlm kehidupan sebenar tak seperti apa yg kita rasa masa baca novel...
dunia jadi indah bil ...

wah baca zamzam punya point of view ni..macam baca kupasan novel vs realiti kehidupan pulak..

walau apa pun..memang itulah yang terjadi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 01:24 PM
DUA BULAN berlalu. Lisa pandang ke luar tingkap. Diari di tangannya dibaca lagi. Diari merah itu dit ...

Tamat dah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 08:30 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 30-6-2014 07:59 PM
Tamat dah??

dah tamat Nay. cerpen je kan..

...nak claim tacang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 10:10 PM | Show all posts
terima kasih Nay..

nah untuk sengkang mata malam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.328934 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list