CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43019|Reply: 383

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
Post time 22-6-2014 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Sekali lagi Nay nak berkongsi cerita ataupun hasil coretan

yang tidak seberapa .

Maklum lah Nay hanyalah 'HINGUSAN'

yang baru nak berkecimpung...

Masih belum putuskan Cerpen atau Novel.. tapi untuk seketika biarlah Nat letak under cerpen.




Harap komen anda semua boleh membantu Nay habiskan cerita ini.
   


Last edited by NaylaArisha on 5-7-2014 07:45 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 02:17 PM | Show all posts
Bab1

Pertemuan semalam menggamit memori Afiza. Pertemuan yang mengundang seribu rasa di hati.
Benci,kesal, geram dan marah bercampur aduk. Kalau dia tahu pertemuan itu hanya untuk
menyakiti hatinya lebih baik dia tidak keluar menemui lelaki itu.

“Fie dah lama tunggu?” satu suara menegur dari belakang. Afiza tersenyum simpul kerana lelaki
yang ditungggu telah kunjung tiba.

“Assalamualaikum abang….” Kebiasaan Afiza memberi salam.

“Lupa pulak. Waalaikumsalam.” Jawapan yang biasa keluar dari bibir lelaki itu.

“Ada apa abang nak jumpa Fie?” Afiza terus kepada topik pertemuan itu.

“Ermm…kejap lagi abang tunggu kawan datang.” Pelik. Itulah yang di rasakan Afiza.Selama
ini pertemuan mereka hanya berdua tanpa melibatkan orang lain. Hati rasa  berdebar dengan
jawapan itu.

Mereka saling bergelak ketawa dan bertukar-tukar cerita sambil menunggu kehadiran orang baru
yangbakal menjadi punca segala perasaannya berkecamuk. Perbualan yang sedang rancak
terhenti dengan kehadiran kawan yang juga seorang wanita agak jelita pada pandangan Afiza.
Kala wanita itu menyalami dan mengucup tangan abang Hairi, Afiza baru tersedar topikyang
akan mereka bincang sekejap lagi. Mungkinkah pertunangan mereka akan berakhir?

“Fie..kenalkan kak Puteri.” Salam saling di hulur mengenalkan diri masing-masing.Afiza masih
menunggu apa yang ingin di katakan oleh Hairi.

Hairi dan Puteri saling berpandangan antara satu sama lain. Tidak tahu bagaimana hendak
memulakan dan menceritakan keadaan sebenar yang terjadi antara mereka. Dalam hati Hairi,
Afiza masih mengatasi Puteri. Tetapi demi sebuah janji dan demi menyelamatkan maruah Hairi
terpaksa melukakan hati Afiza.

“Siapa kak Puteri?” terjahan soalan daripada Afiza membuatkan mereka terkedu.

“Isteri abang…” Bagaikan halilintar menerjah gegendang telinganya saat Hairi menyebut
perkataan‘isteri’ itu.

“1 tahun kita bercinta… dah masuk 1 tahun kita bertunang.. tiba-tiba abang perkenalkan
perempuan lain sebagai isteri abang? Kenapa abang buat Fie macam ni. Apa salah Fie abang?”
soalan  demi soalan meluncur keluar tanpa dapat ditahan Afiza. Air matanya bertakung di
kelopak mata. Seboleh mungkin di kawal agar tidak ternampak betapa remuk dan hancur hatinya  tika itu.

“Maafkan abang dan kak Puteri. Abang janji abang tetap akan memperisterikan Fie.”

“Betul kata abang Hairi. Kak Puteri sedia untuk hidup bermadu.” Puteri cuba untuk
mempertahankan keinginan suaminya untuk menikahi Afiza. Dia sedar dia bukan pilihan. Hairi
menikahinya kerana desakan. Dari awal lagi Hairi sudah menyatakan yang apa
pun terjadi dia tetap akan menikahi Afiza. Dan kerana itulah dia berada di sini.Berusaha
membantu suaminya untuk memujuk Afiza.



Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 02:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:18 PM | Show all posts
wah..dah claim awal2 Nay ya...mana cerpen tu???  tak sabar nak baca ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:18 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 02:17 PM
Bab1

Pertemuansemalam menggamit memori Afiza. Pertemuan yang mengundang seribu rasa di hati.

dah ada...hehehe..ok

huhu...awal2 dah bermadu... Last edited by Ipo on 22-6-2014 02:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 02:23 PM | Show all posts
Afiza memandang Puteri kehairanan. Suami sendiri rela di kongsi. Kenapa perlu berkongsi lagi?
Dia rela pertunangan mereka di putuskan daripada menjadi isteri kedua kepada Hairi.Dia juga
perempuan masakan dia tidak memahami hati seorang perempuan seperti Puteri.

“Tidak….Fie rela putus tunang daripada hidup bermadu.” Hairi menghela nafas saat jawapan itu
meluncur daripada mulut Afiza. Dia tahu jawapan itu tidak mungkin akan berubah semula.  Namun dia berusaha lagi untuk memujuk Afiza.

“Fie,abang ada alasan sendiri kenapa abang bernikah dengan  kak Puteri. Tapi abang terlalu  
sayangkan Fie. Abang tak sanggup kehilangan Fie. Abang janji akan berlaku adil antara kak
Puteri dengan Fie.” Hairi masih ingin memujuk Afiza menerima cadangannya tadi.

“Kalau abang sayangkan Fie kenapa abang sanggup berlaku curang?”

“Fie,semua ni salah kak Puteri. Akak minta maaf pada Fie sebab merampas abang Hairi dari Fie.
Apapun alasannya biarlah hanya kami berdua sahaja yang tahu.”

“Apapun alasan abang Hairi dan kak Puteri, Fie tak nak ambil tahu. Fie nak putuskan
pertunangan ni.” Hairi terkedu mendengar suara Afiza yang melengking. Hilang sudah
kelembutan pada Afiza.

“Fie,abang tak sanggup nak berpisah dengan Fie. Cinta abang hanya pada Fie.” Puteri sedar
luahan Hairi bukan di paksa tapi datang dari hatinya yang ikhlas mencintai Afiza.

“Maafkan Fie. Kak Puteri mungkin rela untuk berkongsi tapi bukan Fie, Fie tak rela.”Walaupun
hakikat yang dia terlalu menyintai Hairi tapi dia tidak mahu menjadi seorang wanita yang tega menghancurkan perasaan wanita lain walaupun dia lebih dulu hadir sebelum Puteri.

“Bagaimanadengan ayah Fie? Fie sanggup melukakan hati keluarga Fie yang berharap hubungan kita sampai ke jinjang pelamin?” Hairi mula membentak.

Afizah hanya menggelengkan kepala tanda dia tidak tahu begaimana hendak berterus terang dengan ayahnya. Afiza tahu Hairi adalah pilihan ayah. Ayahnya dan ayah Hairi bersahabat baik. Pasti akan berlaku perselisihan faham andai pertunangan itu di putuskan oleh Afiza. Dia tidak sanggup memikir apa yang akan berlaku.

Hati Hairi semakin yakin Afiza akan menerima cadangannya. Afiza cinta pertama tidak mungkin dia akan lepaskan dengan mudah sementelah untuk mendapatkan hati Afiza begitu sukar. Walaupun perkenalan mereka di atur oleh keluarga tetapi kerana sikap Afiza yang lemah lembut dan paling penting paras yang rupawan membuatkan dia nekad untuk menyunting Afiza menjadi isterinya.  Di kerling Puteri sekilas, dia tahu wanita itu terluka tapi dia yang memaksa. Cintanya hanya untuk Afiza. Bukan Puteri ataupun sesiapa. Sebab itu dia meminta Puteri untuk memujuk Afiza.
Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 02:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:27 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 02:23 PM
Afizamemandang Puteri kehairanan. Suami sendiri rela di kongsi. Kenapa perlu berkongsilagi?
Diarel ...

ooo...dilema tul

Nay..kena edit sikit..dah macm melekat ayat2 tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2014 02:28 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 02:27 PM
ooo...dilema tul

Nay..kena edit sikit..dah macm melekat ayat2 tu..

tengah bz mengedit yunk oii... cerpen dah siap ke? cepatnya bertandang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 02:29 PM | Show all posts
ya ampun payah benar nak paste dari word ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 02:32 PM | Show all posts
Baru tadi Puteri ingin menarik nafas kelegaan apabila Afiza menolak mentah-mentah cadangan
suaminya untuk bermadu. Tapi mendengar sahaja Hairi menyebut mengenai ayah Afiza, dia sedar
keinginan Hairi untukmemperisterikan Afiza begitu kuat sehingga dia sanggup menggunakan apa sahaja
alasan.

Tiga hati sedang berperang dengan perasaan masing-masing.Tiada kata terucap hanya mata
saling berbicara. Kerana seorang ayah keputusan akan dibuat. Satu jawapan yang akan
melegakan satu pihak tapi membuatkan dua jiwa merana. Akur dengan ketentuan Ilahi bahawa
jodoh itu bukan di tentukan oleh kita.

“Baiklah. Fie sedia menerima abang tapi…” Afiza memandangPuteri tajam sebelum
meneruskan kata-kata. “biarlah hanya Fie yang tahu kewujudan kak Puteri.”

“Apa maksud Fie?” terkejut dengan permintaan Afiza. Tidak mahu kewujudan Puteri di ketahui
oleh orang lain bererti Afiza hanya mahu dia sahaja dikenali sebagai isteri Hairi. Puteri tersentak
permainan apa yang ingin di lakukan Afiza. Hairi bungkam dengan permintaan Afiza.

“Fie orang pertama dalam hidup abang. Dan antara Fie dengan kak Puteri, Fie lebih berhak. Fie
nak status Fie sebagai isteri pertama.” Sinis. Itu yang dirasakan oleh Puteri. Afiza menafikan
hak dia selaku isteri pertama.

“Abang setuju.” Begitu mudah Hairi bersetuju dengan permintaan Afiza. Bergetar rasa jiwa Puteri.
“Seminggu dari sekarang kita berjumpa semula. Fie akan siapkan dokumen untuk kita bertiga.”
Nekad. Perkahwinan tapi bersyarat.

“Dokumen?” Puteri dan Hairi serentak bersuara. Permainan apa yang sedang di rancang oleh
Afiza. Masing-masing terkedu dengan permintaan Afiza. Tiada jawapan tiada pamitan Afiza
berlalu meninggalkan mereka. Mereka yang berdosa. Dan mereka harus menerima pembalasan.

Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 02:34 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:39 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 02:29 PM
ya ampun payah benar nak paste dari word ni

kaannnnnn...gitulah ipo rasa bila copy n paste dari words..

sebab tu ipo suka taip terus kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:40 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 02:28 PM
tengah bz mengedit yunk oii... cerpen dah siap ke? cepatnya bertandang

hahah...nak bertandang jugak..

cerpen ipo tu biar ler dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 02:42 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 02:39 PM
kaannnnnn...gitulah ipo rasa bila copy n paste dari words..

sebab tu ipo suka taip terus kat ...

nak taip terus tu mmg x mampu lah hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:43 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 02:32 PM
Baru tadi Puteri ingin menarik nafas kelegaan apabila Afiza menolak mentah-mentah cadangan
suaminy ...

makin menarik Nay...pernikahan bersyarat nampaknya ni..jgn pernikahan berdarah sudah ler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 02:43 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 02:40 PM
hahah...nak bertandang jugak..

cerpen ipo tu biar ler dulu..

boleh pulak cenggitu ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 02:50 PM | Show all posts
Bab 2



“Afiza…..” suara itumemanggil berserta hempasan fail. Afiza memandang suara yang

membentaknya tadi. Rasa mahu di telan hidup-hidup kerana mengejutkan dia begitu.

“Saya minta fail mengenai saman syarikat Maju Jaya bukan invoice. Awak berangan ke buat


kerja.” Lagi suara itu menengkingnya. Terkebil-kebil Afiza di sergah begitu. Selalu cepat


sahaja mulutnya menjawab tapi entah kenapa hari ini dia jadi bisu seketika.

“Maaf bos. Saya tersilap ambil fail.”

“Memang ini kesilapan awak. Lagi sekali awak tersilap saya potong gaji awak. Faham!” suara

Tengku Azahan melenting memarahi Afiza. Dengan Afiza mudah sahaja kemarahannya

meledak.

‘Silap sikit pun nak potong gaji’.. desis Afiza perlahan. Malas hendak bertekak dia menonong

pergi bersama fail yang tersilap diambil tadi.

Langkahnya diiringi pandangan tajam Tengku Azahan. Rasa hairan dan pelik kerana Afiza


langsung tidak melawan malah tanpa memandang dirinya terus berlalu bersama fail berisi invoice


itu. Tidak perlu dia menunggu lama Afiza muncul semula bersama dengan fail yang diingininya.

“Buat kerja tu biar ikhlas jangan nak makan gaji buta je.” Sempat lagi dia menyindir Afiza.

Terkulat-kulat Afiza mendengarnya. Afiza mencebik perlahan. Sudah lah serabut dengan

masalah Hairi tambah lagi dengan majikannya yang sering membuat dia naik angin.

Afiza pandang komputer dihadapannya. Dia memulakan tugasnya semula tanpa ambil peduli

staf-staf lain yang dari tadi mencuri dengar dia di herdik oleh majikannya. Berkerja sebagai PA

Tengku Azahan membuatkan dia lali dengan seranah dan kemarahan bosnya itu. Tapi dia tahu

walaupun nampak garang hatinya baik. Baik ke? Hatinya sempat berbisik membuatkan dia

tersenyum sendiri.

“Oit kau ape hal? Baru lepas kena bambu pun boleh tersengih-sengih kat sini” Safura

menyergahnya.

“Suka hati aku lah nak sengih ke nak nangis ke nak marah ke yang kau nak sibuk apa hal.” Dia

menyampah dengan minah kepoh ni. Pantang tengok orang senang.

“Wah..wah.. mulut kau tak ada insurans kan.” Perhatiannya di halakan ke hadapan semula

memandang komputer. ‘Baik aku siapkan kerja daripada melayan perempuan sewel yang perasan

cantik.’ Gerutu Afiza.

Sekali lagi perhatian Afiza terganggu dengan deringan telefon di mejanya. Di kerling seketika

untuk melihat nama pemanggil.Berkerut dahi melihat nombor ayahnya. Tertanya-tanya kenapa


ayahnya menghubungi ketika dia sedang berkerja. Satu perkara yang dia faham mengenai


ayahnya ialah tidak akan menghubunginya semasa dia berada di pejabat. Kecuali ada hal penting.


Afiza membiarkan deringan telefon itu berhenti sendiri. Belum masanya untuk dia bersembang.


Lagi 15 minit untuk rehat.Waktu kerjanya memang agak tegas. Kalau panggilan ke talian


pejabatnya baru dia akan menjawab. Dia malas hendak bersoal jawab dengan majikannya kalau


dia menggunakan handphone ketika waktu bertugas.

Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 02:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 03:01 PM | Show all posts
Beep..bepp… bunyi whatsapp masuk.

Ayah - Call back A.S.A.P.


Afiza berteka-teki sendiri.Hatinya berdolak dalik ingin menghubungi ayahnya semula. Kalau mengenai
Hairi dia tidak tahu begaimana hendak berterus terang dia belum bersedia lagi. Dan bagaimana
reaksi  ayahnya jika tahu yang dia juga bersetuju untuk meneruskan pernikahan mereka pasti ayahnya
akan  menghalang. Dia tahu mata-mata ayahnya berada di mana sahaja. Semua perbuatan dan kelakuan
mereka di ketahui oleh ayahnya. Jadi tidak mustahil ayahnya sudah mengetahui mengenai
perkahwinan Hairi dan Puteri.


Tengku Azahan keluar menjinjing briefcasenya. Dia berdiri memandang Afiza yang seperti
hilang dari diri. Berkali-kali dia memanggil gadis itu tapi tiada respon darinya. Anginnya yang
baru nak reda memuncak kembali. Dia tidak suka pekerja yang suka mengelamun. Apatah lagi
yang tengah mengelamun ini adalah pembantu peribadinya.

“Afiza!!!”

Gulp… Afiza menelan liur. Sekali lagi dirinya tertangkap sedang mengelamun. Terkebil-kebil
memandang majikan yang seperti singa kelaparan.

“Bos..”

“Awak nak mengelamun ke nak berkerja hah? Saya bayar gaji untuk awak berkerja bukan untuk
awak mengelamun.” Ini semua ayah lah punya pasal. Gerutu Afiza.

“Ikut saya sekarang.”

Tanpa banyak soal Afiza bangun dan menyiapkan diri. Sebagai PA walaupun waktu rehat
sekiranya dia diarahkan untuk mengikuti majikannya dia terpaksa akur. Nampaknya makan
tengah harinya adalah selepas habis mesyuarat tersebut. Kadang-kadang dia geram
dengan majikannya yang suka mengatur temu janji pada masa-masa seperti itu.

“Bos, kita ada appointment dengan client ke?” Selalu dia tidak bertanya tapi hari ini dia tahu
mereka tidak ada temujanji. Sebagai PA mestilah dia tahu jadual kerja lelaki itu.

Tengku Azahan terdiam. Dia tahu mereka tidak ada appointment tapi dia sengaja mengajak
Afiza. Dia memerlukan wanita itu sebagai scapegoatnya.

“My Mum ajak lunch.” Ringkas sahaja jawapan yang di berikan.

“So?” Mak Engku ajak makan apa perlunya Afiza berada disitu. Dia menangkap senyuman di
tubir bibir Tengku Azahan. Again??... nampaknya dia terpaksa berlakon lagi.

Tengku Azahan menumpukan perhatian pada pemanduannya tap isering juga dia melihat Afiza
melalui cermin pandang belakang itu. Ada sesuatu pada Afiza yang membuatkan dia selesa
bersama gadis itu. Namun sikap suka berkhayal Afiza itu membuatkan dia selalu naik angin.

Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 03:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 03:05 PM | Show all posts
Dia sedar dia sering mempergunakan Afiza demi kepentingan dirinya. Setiap kali ibunya ingin
mengenalkan dia dengan perempuan Afiza lah yang menjadi bentengnya. Tanpa segan silu dia
memperkenalkan Afiza sebagai kekasih membuatkan ibunya bosan. Malah hampir sahaja ibunya
ingin meminang Afiza tetapi dia tahu Afiza sudah mempunyai tunangan.

Afiza melihat majikannya yang terlalu kusyuk memandang depan. Dia mengeluh dengan sikap
majikannya yang suka menjadikan dia sebagai kambing hitam untuk menolak gadis pilihan
ibunya.Dia tidak tahu apa yang di cari lelaki itu sebenarnya. Malah gadis yang diperkenalkan
bukan calang-calang orang. Anak Datuk anak tengku anak menteri tapi kenapa majikannya
terlalu memilih. Apa lagi yang tidak sempurna pada mereka. Hana, Mysara, Julia, Raihan dan
yang terbaru Engku Juita pun dia tolak mentah-mentah.

“Bos, nak cari perempuan macam mana sebenarnya?” tanpa sedar soalan itu terkeluar dari
bibirnya.

“Saya nak macam……awak” Sebutan awak itu walaupun perlahan tapi masih boleh didengar
oleh Afiza.

“Macam saya?”

“Yes. Saya tak akan berkahwin  selagi saya tak jumpa perempuan macam awak.”

‘Haizz… aku ni yang selalu buat dia naik angin. Ada pulak dia nak perempuan macam aku.’
Afiza berbisik sendiri.

Tengku Azahan mempunyai alasan yang tersendiri kenapa dia masih belum berumahtangga.
Walaupun berjawatan tinggi sebagai Pengurus Besar di syarikat milik keluarganya itu bukan
tiket untuk dia berkahwin. Bukan dia anti perkahwinan tapi luka yang masih tersisa tidak
mungkin akan sembuh walaupun kisah itu berlaku 5 tahun yang lalu. Rania kekasih
pertama dan wanita itu lah yang tega meninggalkannya demi lelaki lain.

“BOS!!” Afiza menjerit apabila kereta yang di pandu oleh Tengku Azahan melanggar lampu
merah dan hampir-hampir menyondol motosikal yang tiba-tiba muncul dari belakang.

“Berangan erk?” Kantoi. Tengku Azahan hanya tersenyum sumbing terasa tersindir dengan
soalan Afiza.

Afiza mengurut dada tanda masih dalam proses menenangkan diri. Nasib baik dia sedar kalau
tidak entah apa yang akan berlaku. ‘Huh, suka marah bila aku mengelamun. Oi cik abang nasib
baik tak tercium motor tu.’ Afiza mengomel sendiri.

Last edited by NaylaArisha on 22-6-2014 03:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 03:15 PM | Show all posts
@bianglala @novelloverzz @ciksurie @anna-zara @ip_lepat  @punkerzoe @anniez08

seperti yang di janjikan....

ada sambungan tau  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:26 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 03:01 PM
Beep..bepp… bunyi whatsapp masuk.
Ayah - Call back A.S.A.P.

canggih...ayah whatsapp skrg
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 03:28 PM | Show all posts
jangan lupa sambung yer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.190386 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list