CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
 Author| Post time 26-8-2014 11:35 PM | Show all posts
Bab 44

Tengku Azahan buntu. Tiba-tiba sahaja Donna meminta dia datang ke rumah lama Afizah. Dia berkejar ke lapangan terbang tetapi bayang Donna tidak kelihatan. Dan sekarang Donna menghubunginya meminta dia ke rumah Afizah. Donna ada di situ bersama Afizah aka Rania. Patutlah Afizah meminta cuti kecemasan daripadanya. Tapi apa yang dia perasan wajah Afizah agak mendung sejak beberapa hari selepas dia mengatakan mahu berkahwin dengan Danial.


“Awak nak kahwin dengan Danial? Awak serius Afizah?”


“Serius sangat. Dah bos pun tak nak kat saya kan. Saya kahwin lah dengan Danial abang Rania.” Afizah menduga. Tapi wajah di hadapannya itu masih beriak selamba.


“Macam tu saya cuma boleh katakan semoga bahagia hingga anak cucu.”


Walaupun Tengku Azahan berlagak selamba dalam hati tiada siapa pun tahu. Betapa hancur lumatnya hati apabila kekasih hatinya bakal di miliki oleh orang lain. Dulu Hairi dan sekarang Danial. Memang tidak ada ruang langsung buat dia mendekati Afizah.


Sampai sahaja Tengku Azahan dia terus meluru masuk mencari Afizah dan Donna. Takut andai terjadi sesuatu antara mereka. Bukan boleh buat main kalau Afizah sudah mengamuk. Apa sahaja boleh terjadi kalau dia lambat.


“Ariff…”


“Bos…”


Tengku Azahan terpaku. Wajah Afizah yang tegang dan wajah Donna yang suram. Pasti mereka telah bertekak sebelum dia sampai. Dia sendiri sedikit cuak melihat wajah Afizah yang cukup ketat. Seperti nak makan orang sahaja lagaknya.


“Err…. Korang okay kan?”


“Rasanya?”


Soalan Tengku Azahan di balas soalan juga oleh Afizah. Nadanya cukup melemahkan hati Tengku Azahan.


“Apa-apa hal bincang baik-baik. Jangan marah jangan melenting. Tak baik.”


“Kenapa bos tak pernah beritahu siapa saya yang sebenarnya? Kenapa bos tak nak mengaku yang saya ni sebenarnya Rania kekasih hati bos?”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 11:36 PM | Show all posts
“Kalau saya beritahu awak rasa apa penerimaan awak ketika tu? Awak boleh terima tak? Mesti awak tak boleh terima dan lepas tu awak berhenti kerja dan jauh dari saya. So saya ambil jalan yang paling selamat. Tutup mulut.”

“Argh, bos dan Donna sama saja.”


“Apa beza kalau awak tahu sekarang dan awak tahu dulu reaksi awak tetap sama kan? Awak tetap tak boleh terima hakikat yang awak adalah Rania terkurung dalam wajah Afizah. Awak tetap akan melenting seperti ini.”


“Tapi kalau saya tahu sendiri mungkin saya tak sakit hati macam sekarang ni Tengku Azahan. Awak selalu cakap cintakan Rania, sayangkan Rania tapi awak tak pernah nak berterus terang. Bila saya tahu saya adalah Rania saya cuba untuk menyelongkar isi hati awak, saya sengaja beritahu saya hendak berkahwin dengan Danial tapi awak tetap tutup mulut. Awak sebenarnya yang tak boleh terima Rania yang berwajah Afizah.”


“Saya dah banyak kali bagi awak hint ketika awak masih jadi tunang Hairi lagi. Saya ingatkan bila Hairi dah kahwin dengan Puteri semuanya aman tapi awak pula buat keputusan mengejut begini. Susah payah saya plan semuanya. Saya aturkan Hairi dan Puteri berkenalan. Puteri Arbaiyah atau lebih dikenali sebagai Baby. Baby yang pernah menghancurkan hubungan saya dan awak ketika dahulu. Dan saya gunakan dia untuk buatkan hubungan awak dan Hairi berantakan. Semuanya kerana saya masih tak boleh lupakan awak. Kalau betul saya dah lupakan awak kenapa saya masih membujang sehingga sekarang?”


Donna hanya menjadi pemerhati. Memang patut Afizah menghamburkan kemarahan. Cerita yang tersimpan selama 4 tahun kini bukan lagi menjadi rahsia. Bagaimanapun masih banyak persoalan yang bermain di kepala Donna. Siapa pemanggil misteri dan juga penghantar email misteri itu?


“Chop…. Kau kata Puteri tu sebenarnya Baby yang pernah duduk dengan Rania dan Afizah? Bukan ke si Baby tu tuduh kau yang ada hubungan sulit dengan dia? Takkan dia tak kenal Rania yang berwajah Afizah? ”


Tengku Azahan pandang wajah Donna dan Afizah silih berganti. Terlalu banyak cerita yang masih disimpan. Betapa dia menhan derita selama 4 tahun hanya mampu memandang tapi tidak bisa menyentuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:38 PM | Show all posts
Bab 45

“50 ribu. Kalau kau nak aku tutup rahsia kau daripada nenek engku kau ikut cakap aku.”


Baby merenung Tengku Azahan. Hatinya mendongkol geram. Kalau sebelum ini dia yang menggunakan alasan kandungannya untuk mengugut agar segala kemahuannya di turuti. Tapi kini dia memang tidak mampu lagi untuk menggunakan alasan itu apabila keputusan DNA terbukti yang anak itu adalah hasil hubungannya dengan Hilman 4 tahun dulu dan anak itu pun di besarkan sebagai anak angkat oleh sahabat baiknya Isabella.


Isabella mengambil anaknya sebagai anak angkat setelah setahun anak itu dilahirkan dengan alasan dia tidak mahu menanggung risiko mengandung. Dia takut cutting tubuhnya akan lari kalau dia mengandung. Sudah 3 tahun Baby  tidak bertemu dengan Isabella dan anaknya itu. Baby pun malas hendak mengambil tahu. Selama ini dia sibuk mengejar Tengku Azahan tetapi cintanya tidak pernah berbalas.


“Tapi kenapa? Tak boleh ke abang lupakan perempuan tu? Baby dah lama kejar abang. Takkan abang tak boleh terima Baby? Lagipun Rania dah mati. Abang patut bagi peluang pada diri abang dan juga Baby.”


“Sebab aku nak bagi peluang pada diri aku lah aku nak kau buat lelaki ni tergoda dengan kau. Tak kira apa pun yang kau nak buat aku nak dia tinggalkan Afizah.”


“Oh, abang dah jatuh cinta pada perempuan gatal tu lah? Dulu dia rampas Hilman dari Baby lepas tu sekarang dia nak rampas abang pula? Baby tak akan benarkan.”


“Okay fine. Aku tahu anak kau di mana. Kalau rasa nak hidup merempat lagi cuba lah. Aku tak akan teragak-agak. Dulu kau fitnah aku depan Rania sampai Rania tak percayakan aku lagi. Dan sekarang kau nak saloon yang nenek engku bagi kepada kau di tarik balik? Lepas tu semua saham yang di berikan oleh nenek engku kepada ayah kau di tarik balik?”


Wajah Baby pucat. Kalau itu lah risiko yang ada sekiranya dia menolak permintaan Tengku Azahan dia tidak akan memperjudikan nasib ayahnya. Sudah lama mereka disisihkan oleh keluarga nenek engku kerana perbuatan ibunya yang berkahwin dengan orang yang tidak ada pangkat malah tak setaraf dengan keluarga nenek engku. Ayahnya hanyalah orang biasa dan tidak berdarah raja.


“Baiklah Baby ikut cakap abang tapi Baby tak janji yang dia akan jatuh cinta dengan Baby.”


“Kau kan pandai menggoda. Gunakanlah asset yang ada tu. Lagipun bukan kau tak biasakan tidur dengan lelaki.” Satu senyuman sinis terukir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:39 PM | Show all posts
“Maksud abang?”

“Perangkap dia untuk tidur dengan kau. Then create story yang kau pregnant. Habis cerita.”


Betapa setiap ayat yang keluar dari bibir Tengku Azahan menyakitkan hati Baby. Rupanya pada anggapan Tengku Azahan dia perempuan murahan yang boleh tidur dengan mana-mana lelaki. Dia hanya pernah terjebak sekali dan lelaki itu adalah Hilman. Malah walaupun dia nampak seperti tersua-sua terhadap Tengku Azahan tidak terniat pun untuk memerangkap dengan cara itu. Hanya sekali itu pun dia hanya cakap di hadapan Rania yang Tengku Azahan telah menodainya.


“Murah sangat ke Baby ni pada abang??”


“Kau memang murah. Fullstop.”


Sejak dari hari itu dia tidak pernah lagi bertemu Baby. Hanya sekali dia bertembung dengan Baby bersama Hairi ketika makan tengah hari bersama Afizah dan juga ibunya, Tengku Asna. Sekurang-kurangnya rancangan yang dia minta Baby laksanakan telah pun berjaya. Sejak dari hari itu dia cuba untuk menawan hati Afizah semula.


Tapi harapan hanya tinggal harapan apabila Afizah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Danial. Abang kepada Rania. Dia seakan lupa akan hakikat pertalian antara Danial dan juga Afizah.


“Jadi, Puteri tu adalah Baby? Memandangkan Afizah dah tak ingat siapa Baby sebab tu kau suruh dia main kayu tiga dengan Hairi?”


Tengku Azahan menganggukan tanda mengiyakan soalan Donna. Itulah hakikat sebenar bagaimana perkahwinan Puteri dan Hairi. Dan dia tidak pernah ambil tahu bagaimana cara Baby memerangkap Hairi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:40 PM | Show all posts
Bab 46

Haji Baharin menyinga. Rahsia sebegitu besar tapi tersimpan rapi selama 4 tahun. Mujur Afizah yang beritahu kepada Donna mengenai rancangan mereka untuk menyatukan Afizah dan Danial. Pada mulanya dia sangkakan Donna menyintai anaknya Danial sehingga menentang keras pernikahan mereka berdua. Tapi rupanya ada rahsia yang tersimpan.


“Apa alasan kamu Donna? Kenapa buat makcik macam ni? Makcik anggap kamu macam anak makcik sendiri. Kalau kamu tak beritahu bukankah makcik dah berdosa besar dengan menikahkan mereka berdua yang sebenarnya adik beradik kandung.”


“Donna, kenapa sampai macam ni sayang. Kenapa dengan ibu pun kamu tak pernah cerita?”


Berasak soalan dilemparkan kepada Donna. Dia mengaku silap dengan menyimpan rahsia besar itu selama 4 tahun. Tapi dia terpaksa melakukannnya. Demi sahabatnya Rania. Selama 4 tahun ini dia berusaha untuk menyiasat punca kemalangan yang mengakibatkan kematian Afizah Eresha yang sebenar. Afizah mengambil langkah berdiam diri, semuanya diserahkan kepada Donna untuk menerangkan cerita sebenar.


“Mak cik, pakcik, ayah, ibu.. Nia. Donna minta maaf sebab rahsiakan semua ini. Tapi ini untuk keselamatan Rania. Kemalangan yang terjadi bukan kerana kecuaian tapi kerana brek kereta yang dipandu oleh Afizah sudah di potong menyebabkan kereta hilang kawalan. Dalam masa yang sama ketika kejadian, ada yang nampak sebuah kereta Honda Jazz berwarna hitam menghimpit kereta yang dinaiki Rania dan Afizah. Pemandu kereta itu seolah-olah tahu keadaan kereta Afizah.”


“Siapa yang melakukakannya?” Tiba-tiba ada suara yang bertanya dari arah pintu.


Danial sedang merenung wajah Donna tajam. Hatinya merengus geram. Segala rancangannya hancur dalam sekelip mata. Hanya dengan cerita yang di bawa oleh Donna menyebabkan hasratnya terbantut.


“Danny?”


Semua mata memandang kehadiran Danial. Danial hanya melemparkan senyuman kepada semua yang hadir. Mereka tidak tahu bagaimana penerimaan Danial andai dikhabarkan yang Afizah itu adalah adiknya Rania.


“Danny tak percaya. Apa buktinya yang dia adalah Rania? Dari segi apa dari omong kosong? Ibu, ayah jangan percayakan cakap Donna. Dia sengaja halang perkahwinan kami sebab Danial tolak cinta dia”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:41 PM | Show all posts
Semua yang ada memandang simpati pada Danny. Pasti pertemuan dengan Afizah ataupun Rania sebelum ini membuatkan hatinya gembira. Tapi alangkah sedihnya apabila mengetahui hakikat yang Rania adalah adik kandung sendiri. Kerana itu Danial tidak dapat menerima berita yang baru sahaja disampaikan oleh Donna.

“Tanya dia kenapa dia lari ke luar negara selama 4 tahun? Apa sebabnya? Sebab Danny tolak cinta dia. Dia tak boleh terima yang Danny cintakan Afizah sebab tu dia sanggup lakukan apa sahaja supaya majlis terhenti.”


“Itu semua tak betul. Ibu tahukan kenapa Donna pergi luar negara?”


Wajah ibunya di pandang mohon pengertian. Si ibu terpinga-pinga. Ketika itu Donna hanya memberi alasan mahu ke luar negara mencari angin. Memandangkan waktu pemergiaan Donna selepas beberapa hari pengkebumian Rania membuatkan dia mengizinkan Donna untuk pergi. Kini dia tidak tahu hendak menyebelahi anaknya atau tidak ternyata Donna sendiri yang mengetahui Rania itu masih hidup.


Afizah memandang wajah Danial pelik. Sedangkan ketika keputusan DNA tu Danial ada bersamanya. Dan Danial yang memujuknya untuk menjalankan ujian DNA kerana meragui siapa diri Afizah yang sebenar. Katanya dia seperti mesra dengan Afizah dan perasaan itu kuat mengatakan Afizah adalah Rania.


“Keputusan DNA hari tu saya masih simpan lagi. Dan rasanya Danny pun mempunyai salinan yang sama. Keputusan baru keluar 3 hari yang lalu. Takkan Danny dah lupa?”


Suara Afizah memecahkan kesunyian. Walaupun dia marahkan Donna tapi dia perlu menegakkan kebenaran mengenai identity dirinya. Tidak mahu Danial memutar belitkan cerita yang dia sendiri sudah tahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2014 11:42 PM | Show all posts
Bab 47

Afizah hilang.


Keluarga Haji Baharin gempar dengan kehilangan Afizah. Baru sahaja selesai satu masalah kini timbul pula masalah baru. Semalam Hajah Salbiah sendiri yang menemankan Afizah dalam biliknya. Melepaskan rasa rindu terhadap anak yang di anggap mati tapi sebenarnya masih hidup. Selepas memastikan Afizah tidur baru dia masuk ke bilik bersama suaminya.


“Macam mana Nia boleh hilang makcik? Bila kali terakhir makcik tengok Nia?” Donna menyoal Hajah Salbiah.


“Semalam masa makcik masuk tidur Nia ada dalam biliknya. Makcik keluar dari bilik Nia lepas dia dah tidur.” Hajah Salbiah menjawab dalam esak tangisnya yang tertahan.


“Danny mana?”


Haji Baharin dan Hajah Salbiah berpandangan. Sejak semalam mereka tidak melihat Danny selepas dia bergaduh besar dengan Afizah. Semuanya kerana Danial tidak berpuashati kerana Afizah mendedahkan keputusan DNA yang diperolehi 3 hari lalu. Sepatutnya Danial gembira yang adiknya Rania masih hidup tetapi penerimaan Danial adalah sebaliknya.


“Danny keluar tak balik-balik. Makcik pun tak tahu dia pergi mana Donna.”


“Puan, hasil siasatan tingkap bilik yang menempatkan Cik Afizah telah di umpil daripada luar.” Detektif Razak menerangkan kepada Donna.


“Arahkan orang-orang kita untuk berada di sini sekiranya ada panggilan meminta wang tebusan? Saya perlu ke ibu pejabat untuk mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negara. Pastikan awak hubungi saya dengan segera sekiranya ada apa-apa yang mencurigakan.”


“Baik Puan.”


Donna kemudian meminta izin untuk keluar daripada Hajah Salbiah dan Haji Baharin. Sempat juga dia menitipkan pesan sekiranya ada apa-apa panggilan telefon maklumkan kepada anak buah Donna yang bertugas di situ. Pelbagai tanda tanya muncul mengenai kehilangan Afizah. Mungkinkah ada kaitan dengan Danial?


“Abang apalah nasib kita, baru semalam kita tahu Fia tu anak kita Rania. Sekarang dia dah hilang. Dia lari dari rumah ke? Dia tak boleh terima kita semula ke bang?” Hajah Salbiah menangis pilu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:44 PM | Show all posts
Baru semalam dia mengetahui anak yang selama ini di tatang seperti minyak yang penuh itu adalah anak kandungnya sendiri yang telah di buat pembedahan plastic akibat kecacatan pada muka. Paling dia tidak dapat terima apabila Donna mengaku mengarahkan doktor yang bertugas untuk menjalankan proses lobotomy iaitu memotong salah satu saluran otak yang boleh membuatkan ingatan Rania hilang terus. Memang dia marah sangat dengan tindakan Donna yang merahsiakan daripada pengetahuan mereka.

Kalaulah rahsia itu masih tersimpan bukankah dia telah menyebabkan anak-anaknya terjebak sumbang mahram. Semoga dijauhkan lah anak-anaknya daripada sebarang mala petaka. Cukuplah dia pernah kehilangan Rania selama 4 tahun. Tidak sanggup rasanya untuk dia kehilangan Afizah lagi.


Haji Baharin termenung di beranda rumahnya. Baru sahaja mahu menghilangkan kerinduan bersama anak itu tiba-tiba pula anak itu hilang. Walau hatinya sekeras kerikil tapi apabila mengetahui Afizah itu adalah anaknya yang di war-warkan telah meninggal dunia dia sangat gembira. Baru kini dia terkenang bagaimana Donna melarang keras mereka daripada membuka balutan jenazah Rania. Malah proses memandikan pun dilakukan di hospital. Hanya isterinya sahaja yang di benarkan menyentuh jenazah Rania.
Ketika itu dia tidak banyak soal kerana masih mengalami kejutan dengan pemergian anaknya yang tiba-tiba. Dan sekarang dia mengerti kenapa Donna tidak mengizinkan dia menyentuh Rania.


“Pakcik cuma nak pandang wajah dia untuk kali terakhir Donna. Salahkah pakcik nak tengok anak pakcik?”


“Maaf pakcik. Donna memang tak boleh beri keizinan. Jenazah Rania sudah di sempurnakan oleh pihak hospital lagipun keadaannya sangat teruk sehingga kita tidak boleh melihat rupa Rania. Donna minta maaf pakcik.”


Dia hanya boleh melihat dari jauh sahaja mereka mengangkat jenazah Rania daripada rumah ke kawasan perkuburan. Rupanya Donna tidak mahu dia menyentuh kerana jenazah itu bukan muhrimnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 11:45 PM | Show all posts
Bab 48

“Donna, where is Nia?”


Tengku Azahan menyerbu masuk ke bilik ASP Harlina Abdullah. Nama cantik tapi di panggil Donna seperti anak mat saleh.  Puncanya nama itu melekat pada Donna semasa dia kecil lagi oleh kedua orang tuanya. Singkatan daripada Abdullah dan Harlina menjadi Donna. Hanya kerana ayahnya teringinkan anak lelaki membuatkan ayahnya memanggil dengan nama Don ditambah menjadi Donna oleh ibunya.


“Lain kali nak masuk bilik aku tolong ketuk dulu bukan main masuk melulu macam tu. Kau kena tahu ini balai polis. Macam mana aku nak jawab pihak atasan aku kalau waktu kau masuk tadi aku tengah membincangkan urusan negara.”


“Sorry, aku risaukan Rania. Mana dia?”


“Aku sendiri tak tahu mana Rania. Aku sedang giat mencari Danial. Aku takut dia yang bawa lari Rania.”


“Takkan tak ada klu langsung Donna?? Macam mana kalau terlambat kesan Rania dah tak sempat di selamatkan. How???” Tengku Azahan membentak.


“Aku tahu kerja aku Ariff. Orang-orang aku sedang berusaha untuk mencari keberadaan Rania. Tolong jangan masuk campur dengan urusan polis.”


“Kau tak nak aku masuk campur?? Macam mana aku tak masuk campur. Kau tau tak how much I love her? Kau tak akan pernah tahu Donna.”


Donna memandang wajah Tengku Azahan yang kusam. Pasti dia sedang risaukan keadaan Afizah.  Bukan Tengku Azahan saja yang risau tapi dirinya juga turut risau. Bila rahsia yang tersimpan selama ini terbongkar inilah akibatnya. Tapi siapa dalang masih lagi samar-samar.


“Puan kami dah dapat kesan isyarat telefon Danial. Dia sekarang berada di sebuah gudang tinggal di kawasan Meru. Beberapa orang kita sudah bergerak ke arah sana.”


“Okay. Move.”


“Aku nak ikut Donna. Aku tau Rania mesti ada sekali.”


“Jangan bahayakan nyawa kau Ariff. Biar kami laksanakan tugas kami.”


“Aku nak ikut tak kira apa pun. Aku risaukan Rania.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:46 PM | Show all posts
Donna tidak mampu hendak melarang. Dia hanya member isyarat mata kepada salah seorang detektif untuk memakaikan pakaian kalis peluru kepada Tengku Azahan. Dia terpaksa melanggar etika kerjanya yang tidak boleh membawa orang luar menganggu tugasnya.

Dengan menaiki kereta peronda 2 buah dan 1 land rover laju menuju ke destinasi yang di arahkan. Mengikut maklumat perisik yang berada di kawasan itu mereka mengakui kereta milik Danial kelihatan di kawasan tersebut. Malah mereka juga nampak Danial memasuki gudang itu dengan tergesa-gesa.


Daripada ibu pejabat polis Dang Wangi menuju ke Jalan Meru mengambil masa hampir satu jam akibat kesesakan lalu lintas. Donna sudah mengeluarkan arahan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini pegawai-pegawai yang ada di situ untuk bertindak. Dalam hatinya berdoa agar tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Dia takut untuk menghadapi kehilangan Rania untuk kali yang kedua.


Tengku Azahan hanya membisu sepanjang perjalanan ke destinasi. Mulutnya tidak putus-putus dengan zikir dan doa. Jangan lah berlaku sesuatu ke atas Rania. Kenapa terlalu banyak rintangan yang haruis dilalui mereka untuk bersama. Ada saja halangan yang menghalag hubungan cinta mereka.


Baru semalam dia melafazkan perasaan cintanya kepada Rania yang berwajah baru. Dan sekarang dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang dia bakal kehilangan Rania lagi sekali. Perpisahan yang abadi. Hatinya kecut memikirkan itu.


“Donna, aku sayangkan Nia sangat-sangat. Pastikan Nia selamat okay.” Tengku Azahan menitipkan pesan buat Donna ketika sampai tempat yang di tuju.


“Aku janji. Aku akan pastikan semuanya selamat.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:48 PM | Show all posts
Bab 50

Afizah melihat sekeliling. Keadaan yang samar-samar sukar untuk dia mengenal pasti di mana dia berada. Apa yang dia tahu semalam dia masuk tidur bersama ibunya, Hajah Salbiah. Dia sendiri bingung bagaimana dia boleh berada di tempat itu dalam keadaan dirinya terikat kaki dan tangan.


Dalam dia terping-pinga terasa simbahan air di mukanya. Kelihatan Danial dan juga seorang perempuan berada di situ. Dia kenal perempuan itu, Tengku Aida kakak ipar kepada Tengku Azahan. Dia pernah bertemu dengan wanita itu di majlis tahunan syarikat milik keluarga Tengku Azahan. Tapi yang menjadi persoalan kenapa perempuan itu berada di situ bersama dengan Danial.


“Dah bangun tuan puteri?” wanita itu menegurnya sinis.


“Lepaskan aku. Danny lepaskan Nia.”


Danny hanya kaku memandang Afizah. Wajahnya seperti kosong seolah-olah tidak ada perasaan langsung. Berkali-kali Afizah menjerit dia hanya memandang dan diam tak berkutik. Mindanya seperti berada di tempat lain.


“Dean sayang come.” Danial melangkah menghampiri Tengku Aida. Bagai robot yang hanya mengenali tuannya.


“Danny, lepaskan Nia.”


“Jeritlah. Jerit sepuas hati tak ada siapa yang boleh menolong kau. 4 tahun dulu kau mungkin terselamat tapi bukan hari ini. Apa yang aku dah mulakan aku kena akhirkan sendiri.”


“Apa salah saya? Saya tak kenal rapat pun dengan awak? Kenapa awak buat macam ni pada saya?”


“Nak tahu kenapa?? 4 tahun dulu aku lah yang potong  brek kereta kau. Aku juga lah yang menhimpit kereta kau di tengah jalan. Kau tahu kerana apa? Sebab kau lah punca Dean nak tinggalkan aku. Tapi nyawa kau memang liat kan tapi hari ni kau tak akan terlepas.”


Serentak dengan itu rambut Afizah disentap. Dia meletakkan pisau ke muka Afizah.


“Kau tahu tak aku tak sukakan persaingan dalam perhubungan aku. Bertahun aku jadi hamba seks untuk jantan tak guna ni tiba-tiba dia buat pilihan untuk kahwin dengan kau. Kau sakit hati tak? Sakit tak? Kau nak tahu kau kekasih dia yang ke berapa aku bunuh? Kau adalah yang kelima. Tapi antara semua nyawa kau lah yang paling liat sekali. Kekasih dia yang pertama aku tolak daripada tingkat 10 pangsapuri dia. Kesian berkecai muka dia. Kekasih dia yang kedua pula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:49 PM | Show all posts
aku tikam 10 kali di perut. Tapi jantan ni tetap tak serik, dia cari lagi kekasih lain. Kekasih dia yang ketiga aku kerat 10 bahagian. Siapa suruh dia menggatal dengan teman lelaki aku. Yang keempat aku bakar hidup-hidup. Masa tu dia tengah sedap main dengan jantan ni. Aku buat semua ni sebab jantan ni. Lepas tu aku dapat tahu pula dia bermain cinta dengan kau silap sebenarnya dia dekati kau sebab dia nak bawa Rania lari. Nak tahu kenapa dia anggap Rania tu kekasih dia? Sebab kekasih dia yang ke empat tu persis wajah Rania. Dan yang ke empat tu lah yang dia sayang sangat. Tapi aku dah kata aku tak suka persaingan. Dia adalah milik aku. Milik aku.”

“Tapi lepas ni tiada siapa lagi yang boleh mengganggu aku dan dia. Sebab kau akan mati, lepas kau mati aku akan hantar keluarga Tengku Azahan sekali bersama kau hahaha. Puas hati aku. Semua lelaki yang aku suka mesti menggilai kau termasuk Azahan. Dia tahu aku cintakan dia tapi dia pula terkejar-kejar kan kau. Apa yang hebat sangat dengan kau ni???”


Satu tamparan kena di pipi Tengku Aida. Dia tergamam melihat wajah bengis Danial. Seingatnya dia sudah berikan sedatif kepada Danial. Malah dalam dos yang agak berlebihan. Mustahil Danial boleh sedar dengan cepat. Rosak rancangannya begini. Dia mahu menjadikan Danial sebagai kambing hitam.


“Rupanya you yang bunuh mereka semua. Bila I tanya you kata tak tahu. Kenapa you kejam sangat Bell?”


“I kejam? You yang buat I jadi macam ni. Kalau you tak curang I tak akan jadi macam ni. You tahu I sangat sayangkan you. Tapi you cuma anggap I sebagai boneka untuk you melepaskan nafsu serakah you. You memang jantan tak guna sama macam Hilman sama macam Asyraf. Tapi Hilman dah tak ada. Hilman dah mati. You yang bunuh Hilman. Bukan I… you yang bunuh.”


Tengku Aida sudah tidak keruan. Melihatkan keadaan Tengku Aida yang tidak betul membuatkan Danial mengambil kesempatan untuk selamatkan Afizah.  Sedang asyik dia membuka ikatan Afizah tanpa di sedari Tengku Aida mara ke arahnya.


“Kenapa kau lepaskan dia? Kenapa?” serentak dengan itu bertalu-talu tikaman manusuk ke perut dan pinggang Danial.
“Darah…. Dean.. Dean are you okay honey. I am sorry. I didn’t meat to hurt you. Semua ni salah kau betina.”


Sebelum sempat pisau yang di pegang Tengku Aida sampai ke perut Afizah satu tembakan kedengaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:50 PM | Show all posts
Okay lagi 5 bab kemudian yer dah ngantuk tenet lah macam sewel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:54 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 26-8-2014 11:21 PM
afizah... kenapa dia tak percaya pd citw bella ni TT... pakar psikologi tp bongok jgk ttg kehidupan

Bukan pasal bongok atau pun tidak ada pengalaman tentang kehidupan...

adakalanya sesetengah perempuan tidak akan percaya bulat2 pada

kata-kata orang lain kerana dia berpegang pada kepercayaan.

lgpun zam.. sebagai pembaca memang lah kita tahu kan

apa yang bella cerita tu betul2 berlaku...

tapi... Afizah hanya watak di dalam ini cerita....

manalah dia boleh berfikiran jauh tanpa ada bukti yang kukuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 11:55 PM | Show all posts
colling @novelloverzz @anna-zara @ciksurie @fatehana @chit_ana

balance lagi 5 bab terakhir belum tepek
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
x sbr nk bc baki 5 bab lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...... Dah baca...... Ehem2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Noorlie posted on 27-8-2014 12:07 AM
x sbr nk bc baki 5 bab lg..

thanx for reading
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
anna-zara posted on 27-8-2014 01:49 AM
Hahaha...... Dah baca...... Ehem2

apa yg ehem2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 07:58 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 26-8-2014 11:54 PM
Bukan pasal bongok atau pun tidak ada pengalaman tentang kehidupan...

adakalanya sesetengah pe ...

betul jugak tu Nay... ada bukti br boleh percaya...thanks Nay... entry yg sgt memuaskan hati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074912 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list