CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
Post time 27-6-2014 09:52 AM | Show all posts
Rania tu bekas teman wanita Azahan..speku

Azahan suka kat Afiza

Afiza adik beradik angkat dengan Rania..huhuhu

Puteri dipaksa nikah dengan Hairi tp nak halang Afiza beri syarat ...heheh

*baru boleh tepek komen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 12:07 PM | Show all posts
nay nov pening watak rania..siap start baca dr bab 1...

afiza jadi anak angkat hjh salbiah sejak bila?

yg 1st time fie jumpa danny tu berapa tempoh ngan rania kuar dr rmh danial ms nk kena rogol tu..

byk lg nk tny tp tgg nay jawab yg ni dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 27-6-2014 09:52 AM
Rania tu bekas teman wanita Azahan..speku

Azahan suka kat Afiza

Yunk ooi.... Puteri memang dah bernikah dgn Hairi... skrg dlm proses memujuk Afiza jd nomot 2

yg lelain no komen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz posted on 27-6-2014 12:07 PM
nay nov pening watak rania..siap start baca dr bab 1...

afiza jadi anak angkat hjh salbiah sejak  ...

Watak rania flashback... bukan nay ada terang kat grup wssp ke?

Jd anak angkat after Rania 'death'

4 years........
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 27-6-2014 06:44 PM
Watak rania flashback... bukan nay ada terang kat grup wssp ke?

Jd anak angkat after Rania 'de ...

Mn la nov pasan..nay kn mention dlm cerpen klu x org lost track..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 12:54 AM | Show all posts
Bab 10

Hairi merempuh masuk ke ruang pejabat yang menempatkan Afizah. Dia mencampakkan cincin tanda yang telah di kembalikan oleh ayah Afizah kepada ayahnya. Bukan sahaja kisah pertunangannya yang menjadi masalah malah pernikahannya dengan Puteri juga telah diketahui oleh ahli keluarganya. Afizah harus memberi penjelasan atas segala masalah yang baru menimpanya kini.

"Apa tujuan Fie buat macam ni? Depan abang kata setuju belakang abang Fie suruh ayah Fie pulangkan cincin ni kepada ayah abang. Kenapa Fie? Kenapa?"

Afizah tersentak di tempat duduknya. Dia sedar setiap mata menjadikan dirinya dan Hairi sebagai tumpuan. Pasti mereka juga memasang telinga untuk mengetahui kisah di sebalik pertengkaran dia dan Hairi. Kalau boleh dia tidak mahu mereka membuat andaian sendiri.

"Kita bincang di luar."

Hairi dan Afizah berjalan menuju ke ruang hadapan pejabat yang agak terlindung daripada telinga-telinga lintah yang sentiasa mencari gossip liar terhadap diri Afizah.  Seketika mereka berdua diam membisu menunggu salah seorang untuk membuka ruang bicara. Bertentangan mata membuatkan Afizah menundukkan wajahnya. Dia tidak sanggup menatap mata Hairi yang terlalu tajam menikam.

“Kenapa Fie?”

“Dah tak ada jodoh.”

“Semudah tu jawapan Fie? Hari tu bukan main lagi Fie setuju, siap nak sediakan dokumen semua tapi akhirnya begini?” Tempelak Hairi.

“Sama juga dengan abang kan? Berjanji nak setia tapi apa yang Fie dapat? Dapat madu terus.” Afizah membalas sinis.

“Abang ada alasan sendiri. Kenapa Fie degil sangat nak faham keadaan abang?”

“Sudah lah. Semuanya dah berakhir. Tak perlu kita nak bertekak di sini. Oh ya! sebelum tu Fie cuma nak ingatkan abang rahsia dalam kelambu tak perlu nak di ceritakan atau di perlihatkan kepada orang lain. Abang tahu kan apa hukum menyimpan apatah lagi mengambil gambar mahupun video lucah sekalipun untuk simpanan abang suami isteri.”

Hairi memandang Afizah bingung. Gambar mana  video apa yang di maksudkan Afizah. Setahunya dia memang tidak pernah menyimpan di dalam telefon ataupon komputer ribanya. Ayat Afizah seolah-olah yang Hairi terlalu jijik kerana menyimpan benda-benda yang tidak bermanfaat begitu.  Dia dibesarkan dengan asuhan dan didikan agama yang cukup dari kedua orang tuannya. Masih mengenal halal haram tapi… cuma sekali itu dia tersasar dari jalan yang benar. Dan yang sekali itulah menjebakkan dia pada pernikahan bersama Puteri.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2014 12:55 AM | Show all posts
“Fie, demi Allah. Abang masih tahu bezakan halal dan haram. Kalau Fie nak putuskan pertunangan kita abang tak boleh terima. Abang terlalu sayangkan Fie.”

Hairi masih cuba untuk meraih perhatian Afizah. Dia tidak rela untuk berpisah dengan Afizah. Cintanya bukan cinta yang boleh di pakai buang. Bila perlu baru terhegeh-hegeh nak cari. Kasihnya pada Afizah tinggi melangit sekalipun dia sedar dia sekarang suami Puteri. Tekadnya hanyalah untuk memiliki Afizah. Sekiranya Afizah meminta dia melutut akan ditunaikan agar Afizah menarik balik kata putus.

“Maaf abang. Sehingga kini pun Afizah masih sayangkan abang tapi Afizah tak sanggup untuk melukakan hati kak Puteri. Abang dah menikahi dia, melafazkan ikrar taklik di saat pernikahan bukankah abang sudah memeterai janji untuk tidak mempersiakan kak Puteri.”

“Masalahnya abang tak cintakan dia. Abang tak rela berkahwin dengan dia. Tolonglah faham keadaan abang Fie.”

“Tak rela? Oh dalam tak rela tu abang ulit juga kak Puteri kan? Senang jadi lelaki kan. Lain di mulut lain pula perbuatan.”

“Abang tak pernah sentuh Puteri walaupun Puteri isteri abang yang sah. Abang tak mahu menambah dosa dengan melakukan hubungan intim tapi asyik teringatkan Fie setiap masa. Abang bukan lelaki sebegitu”

Afizah mencapai telefonnya dan mencari whatsapp yang di hantar oleh Puteri. Bukan niat untuk mencetuskan pergaduhan kepada Hairi dan Puteri. Sekadar mahu Hairi bersikap jujur pada diri sendiri. Sewenang-wenang menafikan kedudukan seorang isteri bukan seorang lelaki yang boleh melindungi dia. Puteri pun sanggup dimadukan. Lelaki..lelaki.. adakah wanita itu boneka pada kalian?

“Astaghafirullah-al-azim. Sampai hati Puteri buat macam ni.”

“Abang, baliklah pada isteri abang. Dia lagi berhak berbanding Fie. Fie tak nak abang jadi lelaki yang tidak adil. Neraca abang akan jadi berat sebelah kalau Fie teruskan niat untuk menjadi isteri abang. Sedangkan sekarang secara terang-terangan abang menafikan hak Puteri, bagaimana suatu hari nanti kalau abang bertemu wanita lain adakah abang juga akan melakukan yang sama pada Fie. Apa yang terjadi pasti akan terjadi lagi.”

“Abang terlalu sayangkan Fie. Tolonglah jangan tinggalkan abang. Abang nikah dengan Puteri pun sebab dia mengandung. Dia mengandung anak sesiapa tapi abang yang terpaksa menanggung kisah hitamnya. Apa salah abang? Kenapa Fie tak nak percayakan abang?”

Peritnya yang dirasakan Hairi terasa air-air jernih menitis di tubir matanya. Salahkah dia kerana terlalu menyintai Afizah. Dia rela berterus terang dengan Afizah mengenai perkahwinannya dengan Puteri, mengapa Afizah masih tidak mahu menerima. Kenapa wanita terlalu kejam? Puteri mempergunakan dia untuk menutup keaiban yang telah terconteng dan kini Afizah wanita yang amat dicintainya sanggup meninggalkan dia kerana Puteri. Adakah cinta sejati itu tidak wujud?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 12:56 AM | Show all posts
Afizah terkedu mendengar luahan Hairi sebentar tadi. Adakah alasan itu direka demi memancing hatinya? Mungkin memang Hairi yang bertanggungjawab masakan Puteri membuat tuduhan palsu sehingga Hairi dipaksa kahwin. Dipaksa kahwin dalam keadaan Puteri sedang hamil? Adakah Hairi tidak mengetahui hukumnya menikahi wanita yang telah disetubuhi oleh lelaki lain atas nama berkorban??

Menikahi wanita hamil, korban perbuatan zina dengan lelaki lain, statusnya pernikahan yang batal. Para lelaki dilarang melakukan hubungan dengan wanita yang hamil dengan mani orang lain. Dari Ruwaifi’ bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يسقي ماءه زرع غيره

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, janganlah dia menuangkan air maninya pada tanaman orang lain.” (HR. Ahmad 16542)

Yang dimaksud tanaman orang lain adalah janin yang disebabkan air mani orang lain. Ancaman dalam hadis ini menunjukkan larangan.

Karena itu, tidak ada istilah menolong wanita hamil korban hasil zina dengan bentuk menikahinya. Menikahi wanita hamil, justru menjerumuskannya pada perbuatan zina yang dilegalkan dengan pernikahan yang batal.

Kedua, tidak boleh menikahi wanita pezina kecuali dia telah bertaubat

Dalam pernikahan, Islam memperhatikan adanya kesepadanan dalam kehormatan. Orang yang menjaga kehormatan, hanya akan dipasangkan dengan pasangan yang juga juga menjaga kehormatan. Untuk itulah, Islam melarang lelaki yang baik, menikahi wanita pezina, atau sebaliknya, wanita yang baik, menikah dengan lelaki pezina. Allah berfirman,

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

“Lelaki pezina tidak boleh menikah kecuali dengan wanita pezina atau wanita musyrik. Wanita pezina tidak boleh dinikahi kecuali oleh lelaki pezina atau lelaki musyrik. Dan hal itu diharamkan untuk orang yang beriman.” (QS. An-Nur: 3)

Seseorang disebut pezina, ketika dia pernah berzina meskipun sekali, sementara dia belum bertaubat. Dan selama belum bertaubat, predikat sebagai pezina akan senantiasa melekat pada dirinya.

Sebagai regulasi yang diberikan dalam Islam terhadap keutuhan sebuah keluarga, Islam melarang lelaki atau wanita yang baik, menikah dengan model pasangan pezina.

Karena dikhawatirkan, orang yang pernah berzina, sementara dia belum bertaubat, kemudian dia menikah, boleh jadi penyakit zinanya akan datang semula , dan terjadilah luka mengerikan, yang kita kenal dengan istilah ‘selingkuh’.

Sebagai nasihat kepada para pemuda, ketika Anda hendak menikah dengan pasangan yang pernah terjebak dalam perbuatan nista berupa zina, pastikan dulu bahwa pasangan Anda telah bertaubat. Pastikan bahwa dia telah menjadi sosok yang berbeda dari pada sebelumnya. Jika dia wanita, pastikan bahwa dirinya telah menutup aurat dengan sempurna dan berusaha menjaga pergaulannya. Jika dia lelaki, pastikan bahwa dirinya telah bergaul dengan komunitas yang baik, dan tidak pergaul dengan wanita yang bukan mahramnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2014 12:56 AM | Show all posts
Ketiga, pernikahan yang batal

Mengingat pernikahan Anda tidak memenuhi syarat yang berlaku, maka status pernikahan Anda batal. Wanita itu bukan istri Anda, demikian pula si anak yang dia lahirkan, juga bukan anak Anda. Kami sarankan, lepaskan wanita itu bersama anaknya, karena mereka bukan keluarga Anda. Dengan demikian, Anda bisa menikah dengan wanita yang lebih baik agama dan akhlaknya.

Untuk itu, berusahalah untuk menjadi lelaki yang baik, karena Allah memberikan jaminan bahwa lelaki yang baik, yang menjaga kehormatannya akan dipasangkan dengan wanita yang baik, yang menjaga kehormatannya. Sebaliknya, wanita yang buruk, yang tidak menjaga kehormatannya, akan dipasangkan dengan lelaki yang sama karakternya. Allah berfirman:

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…” (QS. An-Nur: 26)

Ketika Anda berharap untuk mendapatkan pasangan yang baik, istri yang sholihah atau suami yang sholih, jadilah manusia yang baik, yang sholih, menjaga kehormatan, menjaga aturan Allah Ta’ala.

Afiza memandang screen telefonnya tanpa berkelip. Sesungguhnya dia tidak tahu bagaimana hendak menyampaikan kepada Hairi apa yang diperolehinya dari sumber internet tersebut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 12:57 AM | Show all posts
Bab 11


Afizah kembali ke mejanya selepas berjaya memujuk Hairi untuk balik. Walaupun hatinya turut berduka tapi apa yang dia mampu hanya meminta Hairi melaksanakan tanggunjawab sebagai suami kepada Puteri. Apa yang bakal terjadi pada mereka dia tidak perlu ambil tahu. Cukuplah hubungan dia dengan Hairi sampai di situ saja.

“Hai menung jauh nampak. Yer lah kan tunang dah kena kebas orang.”

Afizah memandang Safura yang berada di depannya. Rasa kecil saja pada pandangannya. Tak sudah-sudah nak mengganggu hidupnya. Agaknya janda ni memang suka mengharu-birukan hidup orang lain.  Serabut otak bila memandang janda kepoh di depannya ni. Melihat kelibat Tengku Azahan keluar dari bilik membuatkan Safura kalut dan tergedik-gedik macam gaya Neelofa. Kenapa nama Neelofa pula yang keluar ni nampak sangat (penulis) tak suka Neelofa .

“Afizah, tolong dapatkan temujanji dengan Tengku Aszfar dari Teguh Holding.”

“Bila?”

“Kalau boleh saya nak dalam minggu ini juga.”

Tengku Azahan terus berlalu selepas memberi arahan.  Sudah 2 minggu Tengku Azahan seperti orang yang tidak berperasaan. Mukanya pun sudah dipenuhi jambang. Dari sinar mata Afizah dapat melihat yang Tengku Azahan sedang berduka cita. Dia perlu lakukan sesuatu untuk majikannya gembira semula. ‘ Haihhh hati orang juga yang dikisahkan.’ Hatinya mendesis.

Selepas menghubungi pejabat Tengku Aszfar dan mendapatkan temujanji Afizah bergegas masuk ke pejabat Tengku Azahan. Kelihatan majikannya itu tengah bersandar di kerusi sambil memandang gambar yang terletak atas mejanya. Gambar ketika Tengku Azahan dan Tengku Asyraf baru balik dari latihan menembak.

“Bos.”

“Bos…..”

“Bosssssss!”

Tengku Azahan tersentak. Tarzan mana pulak yang menjerit memanggil dirinya. Tercegat di hadapannya kini Afizah yang tengah memandangnya hairan. Alah, bukan selalu nak termenung. Sempat lagi nak selamatkan diri sebab tertangkap sedang mengelamun.

“Awak nak apa Afizah? Dah tak nak jadi manusia normal? Nak jadi tarzan?”

“Amboi sedap mulut nak kata saya ni tarzan. Rasanya memang nak kena jadi tarzan kalau bos saya ni dah tahap pekak badak.” Hah.. ni Afizah yang sebenar suka melawan cakap Tengku Azahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 12:58 AM | Show all posts
“Awak kata saya apa?”

“Pekak badak bos. Tau tak pekak badak tu apa? Tapi bos ni bukan pekak badak sebab kalau orang yang pekak badak ni dia tak boleh dengar bunyi yang kuat tapi boleh dengar bunyi yang perlahan.”

“Coverline nampak.”

Afizah tersipu-sipu malu sendiri. Tersilap pula dalam penggunaan simpulan bahasa. Mesti sekejap lagi akan berjela-jela syarahan dari Tengku Azahan. Agak-agak tak nak diam dia sumbat saja dengan kasut tumit Vincci yang di pakai hari ini.

“Eh.. eh mana ada coverline. Dah betul lah tu maksud dia.”

“Banyaklah awak. Siapa guru bahasa awak ni? Kata SPM dapat A1 lagi. Simpulan bahasa pun tak reti nak guna.”

“Malas lah layan bos ni. Saya nak beritahu dah set temujanji hari rabu dengan Tengku Aszfar di pejabat Teguh Holding.”

Tanpa menunggu lama Afizah bergegas keluar dari pejabat Tengku Azahan. Dia tidak mahu terus di ejek oleh majikannya. Nanti ada yang makan kasut kalau lagi lama dia menunggu di situ. Masih segar lagi dalam ingatan bagaimana dia menyimbah kopi kepada Tengku Azahan kerana tidak tahan dibuli pada hari pertama dia berkerja. Bukan itu sahaja pernah juga dia menyumbat kertas dalam mulut Tengku Azahan kerana asyik memerli dirinya yang selalu berbaju kurung. Ketinggalan zaman katanya.

Afizah membuka komputernya  dan meneliti setiap emel  yang masuk. Salah satunya menarik perhatian Afizah. Penghantarnya hanya menggunakan emel peribadi cucumber@hotmail.com.  Ada beberapa keping gambar  yang di hantar kepada Afizah.  Sedikit titipan daripada pengirim buat Afizah.

~Aku tahu kau adalah DIA~

Afizah termangu sendiri. Gambar itu milik seseorang yang dia kenal tapi kenapa pengirim mengatakan Afizah adalah orang yang berada dalam gambar tersebut. Hari tu dapat panggilan yang memanggil dia sayang. Dan kini dapat emel daripada orang yang tak dikenali. Apa kena-mengena Rania dalam hidupnya? Dia hanya anak angkat kepada orang tua Rania selepas Rania meninggal dunia. Pada siapa Afizah hendak bertanya mengenai Rania. Dia tidak berani mebuka mulut pada ayah dan ibu takut hati mereka terluka lagi.

“Afizah jom.”

“Jom nak ke mana bos?”

“Teman saya jom. Esok birthday anak abang Asy, Lala. Nak cari hadiah untuk dia.”

“Bos, saya tak makan lagi tau. Kalau nak saya temankan  Kenny Rogers satu .”  Tengku Azahan memandang Afizah atas bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 01:00 AM | Show all posts
“Awak ni badan sekeping jer tapi bila bab makan melampau-lampau pula permintaan.”

“Badan sekeping pun bos suka kan.”

“Saya memang suka.”

Afizah terkedu mendengar jawapan Tengku Azahan. Bukan sekali tapi rasa dah berkali-kali dia mendengar Cuma dia malas nak ambil port sahaja. Nanti kalau dia layan mula lah Tengku Azahan kata dia perasan sendiri. Jalan selamat duduk diam-diam jangan melawan. Makin di lawan makin melalut jadinya Tengku Azahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 01:01 AM | Show all posts
mana - mana ayat yang nampak indonnya tu .. nay amik dari internet.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 10:46 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 27-6-2014 06:41 PM
Yunk ooi.... Puteri memang dah bernikah dgn Hairi... skrg dlm proses memujuk Afiza jd nomot 2

y ...

hehehe...ha'ah..lupa pulak si Puteri tu dah nikah ngan Hairi..tapi nikah paksa kan?
Afiza pulak beri syarat nak jadi yg pertama
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 10:56 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 29-6-2014 12:58 AM
“Awak kata saya apa?”

“Pekak badak bos. Tau tak pekak badak tu apa? Tapi bos ni bukan pekak ba ...

nak korek cerita dari cucumber@hotmail.com la..boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok nay
So far so gud
waiting for next.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 07:30 AM | Show all posts
mcm2 si afizah ni... yg si bos pulak pun tak berapa centre otak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 07:30 AM
mcm2 si afizah ni... yg si bos pulak pun tak berapa centre otak...

Huhu x kan nak siyes je kan huhuhu so setakat ni okay x zam? Nay mcm terlajak cerPAN ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:06 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 30-6-2014 12:58 PM
Huhu x kan nak siyes je kan huhuhu so setakat ni okay x zam? Nay mcm terlajak cerPAN ni

ok sgt Nay... 2 thumps up for u... kalau jd cerpan lg ok... hehehehehehe... chaiyok TT...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 10:09 AM | Show all posts
okay, kita buat nota camni untuk lebih ingat pada watak.

betul tak watak-watak ni semua?
tengku azahan + tengku asyraf = adik beradik
tengku asna = emak tengku azahan + tengku asyraf
tengku aida = isteri tengku asyraf

rania = ex- girlfriend tengku azahan + adik kandung danial
danial @ danny = abang kandung rania.
hajah salbiah & haji baharin = emak bapa kandung rania & danial + emak ayah angkat afiza

afiza @ fie @ fia = PA azahan + anak angkat hajah salbiah & haji baharin

hairi = bekas tunang afiza
puteri = isteri hairi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.081565 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list