CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Cerpen Bersiri: MENCARI KONKLUSI ~ Part 8, Page 6

[Copy link]
 Author| Post time 26-6-2014 02:59 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 26-6-2014 12:27 PM
hahahahahaha... kucing ke yg dimarah azlan tu...

@UsuFie   

Biasalah. Iols dan kucing berpisah tiada.....

Usu, Pasah dah ngandung berapa bulan?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2014 03:00 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 26-6-2014 02:03 PM
kiranya dalam benang ni banyak cerita lah?

Hah...macam gitulah plannya.

Macam semak le pulak nak bukak benang bebanyak tapi citer kontot-kontot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 03:02 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-6-2014 02:38 PM
Tak aci!!! Nanti citer Nicki yg kontot kontot dpt puluhan tacang! Novel yg pjg berjela hingga ke pul ...

Sama je konsepnya kalau iols bukak belasan benang cerita kontot dengan iols sambung cerita kontot kat benang yg sama....




Apa-apapun, itu ikut budi bicara Momod. Saja aje tanya kot boleh menacang lebih....

#Akumenulisbukankernatacang Last edited by Nicki_Meow on 26-6-2014 03:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 03:02 PM
Sama je konsepnya kalau iols bukak belasan benang cerita kontot dengan iols sambung cerita kontot  ...

iols tahu...  Moral of the stori nya... novel yg bab berjela tu harus diberi tacang berkali2...

Jap! @Ipo ....  Hang dpt berapa kali tacang?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:17 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 03:02 PM
Sama je konsepnya kalau iols bukak belasan benang cerita kontot dengan iols sambung cerita kontot  ...

No hard feeling, k?

iols saja je feeling2 super momod!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 03:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 02:59 PM
@UsuFie   

Biasalah. Iols dan kucing berpisah tiada.....



bestkan berkawan dgn kucing...
paling best time bila dia dah kenyang mkn, kita panggil dia buat bodoh..
sambil jilat bulu...




pasah lepas delivered yg last tu.. (anak yg batch last ni semua usu kasi org..)
usu dah kasi katup salur beranak dia..








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 04:23 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 03:00 PM
Hah...macam gitulah plannya.

Macam semak le pulak nak bukak benang bebanyak tapi citer kontot- ...

nay bagi +10 untuk setiap CERKOT nicki ... n sesapa yang nak tacang please uols pm sama iols atau conan..

kalau Novel lebih dari bab 10 x ada tacang sila mention pada momod

kalau cerpen yang dah ada penutup pon sila mention momod....






pssstttttttt cik Lady sejak nay jadik momod sini tak pernah miss bagi tacang kan... muahahahhahahahahahaha

cc @cmf_conan

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:24 PM | Show all posts
Cuma yang pembuka thread tu dapat +20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 04:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 02:59 PM
@UsuFie   

Biasalah. Iols dan kucing berpisah tiada.....

whatever pun... baek punya cerita... hihihihihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 07:49 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 26-6-2014 04:23 PM
nay bagi +10 untuk setiap CERKOT nicki ... n sesapa yang nak tacang please uols pm sama iols atau  ...

Kalu akak nyer cerpen 'HANTU PUNYA JIRAN'...kira camna yea...? dah tamat pom...

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:17 PM | Show all posts
Kira Black tu gentleman gak arr berani ngadap pak mertua kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:53 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 11:45 AM
Zaman remaja. Sham pun pernah jadi remaja juga. Jadi, tidak banyak sedikit dia memahami kehidupan se ...

yang ni dah dapat teka siapa lily..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:54 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 09:11 AM
“Baru saya tahu, Kak Timah….” Tutur Sham, memecah sunyi.

“Tahu apa?”

yang ni hujung cerita baru tahu..oh! ada tulis nama kat cawan tu..

suka2
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:55 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-6-2014 03:05 PM
iols tahu...  Moral of the stori nya... novel yg bab berjela tu harus diberi tacang berkali2...  ...

sekali jek Lady..time mula2 cerita tu..

pastu, bila dah tamat citer..huhuhu

@NaylaArisha  boleh sedekah tacang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 01:28 PM | Show all posts
sellie003 posted on 26-6-2014 07:49 PM
Kalu akak nyer cerpen 'HANTU PUNYA JIRAN'...kira camna yea...? dah tamat pom...

Kira timbang kati aje Sellie.....  

@Ipo @ladyFinger12   

Lenkali...nak tacang kalu...mintak kat Momod. Tengok macam iols ni. Dgn muka tak malu mintak tacangs. Dapat pulak tu....

Moral of the story: Nak tacangs, sila mintak. Jangan malu-malu. Kihkihkih....

@NaylaArisha

Thanks for the tacangs Nay....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 01:33 PM | Show all posts
UsuFie posted on 26-6-2014 03:40 PM
bestkan berkawan dgn kucing...
paling best time bila dia dah kenyang mkn, kita panggil dia bu ...

Kucing iols 'Nicki' + Kembang (Usu nampak tak persamaan kita kat sini? ), awal-awal lagi dah kena mandul. Tak sempat nak rasa nikmat dunia... Tapi iols kena marah gak pasal dituduh kejam sebab mandulkan kucing.


@Lynn9    Hahaha. Dapat Pak mertua kucing yg garang. Thanks for reading Lynn






Untuk semua....

Selamat Menyambut Ramdahan Al-Mubarak.



Last edited by Nicki_Meow on 27-6-2014 01:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 01:39 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-6-2014 01:33 PM
Kucing iols 'Nicki' + Kembang (Usu nampak tak persamaan kita kat sini? ), awal-awal lagi dah ken ...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak... semoga segala amalan kita akan mendapat berkat berkali ganda di tahun ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:15 PM | Show all posts
MENCARI KONKLUSI: POTONG…MATI…

LOKASI: UKAY PERDANA (Rumah sewa budak bujang)


Suasana gelap. Walaupun Jabatan Kaji Cuaca meramalkan El Nino melanda Malaysia menyebabkan cuaca panas namun, kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalang. Hari ini, hujan turun lebat, selebat-lebatnya. Petir dan kilat sabung-menyabung.

Zaki masih membuat kerjanya dengan senyap. Pisau pemotong daging diasah berkali-kali. Mahu memastikan pisau itu tajam agar kerjanya nanti dapat dilunaskan dengan mudah. Sesekali, pisau itu di siram dengan air.

Mesti tajam. Itu paling penting. Potongan harus licin dengan sekali tetakan. Pasti sempurna. Zaki menyeringai.

Petir berdentum.

Azlan memerhatikan Zaki mengasah pisau itu, juga dengan senyap. Sesekali, matanya merayap memandang sekujur tubuh kaku di lantai. Gelisah sungguh dia saat ini. Kadang-kala, matanya liar memerhatikan sekeliling.

“Ki…” Panggil Azlan. Zaki menoleh tanpa suara.

“Betul ke ni, Ki?” Azlan bertanya resah.  

“Kita kena potong jugak. Kalau tidak macam mana nak…”

“Tapi Ki…” Azlan pantas memintas. “Kita tak pernah buat semua ni…”

“Jadi, apa masalahnya kalau tak pernah buat?” Zaki menyoal kembali. Garang.

“Macam mana…kalau…” Azlan tidak meneruskan kata.

“Macam mana, apa? Kau takut?”

“Darah…tu…aku…” Azlan tidak menghabiskan ayat.

“Sudah! Kalau kau takut, biar aku yang buat.” Suara Zaki kedengaran benar-benar berang kali ini. Azlan menarik nafas panjang. Pandangan beralih kembali kepada tubuh yang terkaku di lantai.

“Tapi…aku pun rasa macam nak try jugak. Macam best aje…potong-potong…” Azlan tersengih pula kali ini. Zaki menngangkat kening dan tersenyum.

“Macam itulah baru semangat…” Balas Zaki.

Zaki memerhatikan pisau di tangan. Mata pisau di sentuh dengan jari. Zaki senyum lagi. Berpuas hati nampaknya dengan ketajaman pisau itu. Pasti putus dengan sekali tetakan.

Guruh berdentum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:16 PM | Show all posts
Zaki menghampiri tubuh di lantai. Perlahan-lahan, dia duduk  di sisi. Tubuh itu di sentuh-sentuh dengan jari. Tak bergerak. Ketiak di angkat lalu digeletek. Sudah semestinya tiada respon kerana nyawa sudah lama terpisah dari badan. Kaki juga di kuis-kuis.

“Kenapa kau geletek dia? Dia kan dah mati?” Soal Azlan.

“Saja…” Jawab Zaki tanpa memandang Azlan. Kali ini, suaranya tidak segarang tadi.

“Apa lagi. Buatlah…” Azlan berkata. Zaki angguk.

Bersinar-sinar mata pisau dipanah cahaya. Zaki memegang pisau dengan kejap. Pisau diangkat tinggi. Namun, apabila cuba dihayun, Zaki tak mampu meneruskannya.

“Kenapa?” Azlan kehairanan.

“Aku tak bolehlah…” Zaki bersuara lemah.

“Ah. Tadi, kau juga yang beriya-iya…” Suara Azlan meninggi kali ini. Zaki tidak membalas apa-apa.

“Sinilah. Biar aku yang buat.” Azlan pula meng ‘offer’ diri. Zaki mengangguk.

Pisau bertukar tangan. Azlan membelek sebentar kepala botak yang terkulai layu itu.

“Kita kena potong dari perut dulu ke? Ke…camna?” Soal Azlan.

“Tak silap aku…perut dulu. Buat dua bahagian…” Balas Zaki.

“Nak kena potong menegak ke, potong mengiring?”

“Entah. Potong tegak kot?” Zaki kurang pasti maksud Azlan dengan ‘potong mengiring’.

“Hhhmm…” Azlan terangguk-angguk. “Okay…”

Azlan memandang pisau di tangan. Kata kunci disini adalah Keyakinan. Kena yakin. Ya…dia perlu yakin. Pisau diangkat.

Petir berdentum di luar rumah.

“Aku pun…tak bolehlah Ki…” Azlan bersuara lemah. “Aku mana pernah buat kerja-kerja macam ni…”

Azlan dan Zaki saling berpandangan. Pandangan teralih pula pada tubuh yang tidak bergerak.

“Habis tu, macam mana?” Soal Zaki. Azlan hanya mengangkat bahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:18 PM | Show all posts
Sham yang dari tadi bersandar di dinding pintu masuk dapur menggelengkan kepala. Matanya melingas memandang jam dinding di ruang tamu.

Pukul 6.30 petang.

Ini kalau tak start lagi ni….memang tak ada lauk le jawabnya.

Sham maju ke arah Azlan dan Zaki.

“Apa yang susah sangat nak potong?” Soal Sham, memandang ke arah kedua-duanya.

“Tak reti. Tak pernah potong…” Azlan mengaku. Zaki pula hanya mendiamkan diri.

“Bak sini… pisau…” Pinta Sham. Azlan menurut. Pisau pemotong daging dihulur pada Sham.

“Lain kali, kalau tak reti, beli yang dah siap potong!” Sham menempelak. Azlan dan Zaki sengih kerang.

“Kau pandai ke, Sham?” Soal Azlan.

“See the leg lah bro…” Jawab Sham. Azlan sengih.

“Kalau tunggu korang, alamat makan nasi dengan sayur ajelah…” Sham sambung bebel lantas memulakan proses memotong.

“Sham…potong 16 tau…”

“Iyalah.” Sham menjawab sambil memotong ayam itu dengan cekap.

Sempatlah nak siapkan lauk sup ayam buat berbuka nanti…

~The End: Part 3~
Last edited by Nicki_Meow on 30-6-2014 01:39 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081895 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list