CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Cerpen Bersiri: MENCARI KONKLUSI ~ Part 8, Page 6

[Copy link]
Post time 1-7-2014 02:38 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-7-2014 12:40 PM
Ko pandai? Aku tak.....

@Zamzam2013  Citer karut je Zam. Takde kreatif mana pown.

kalu nak potong tang tulang tu kena guna lesung batu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 07:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-7-2014 12:32 PM
hehehe..thanks for reading Lala...

Err... iols pun sebenarnya tak reti nak potong aya ...

haha.. kalau camtu hari dah lama tak hujan, bolehlah nicki potong ayam kat rumah. mana la tau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 01:27 PM | Show all posts




fakta: bkn semua org pandai potong ayam...


nicki... citer uols  ...siap sound efek...  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 01:42 PM | Show all posts
bianglala posted on 1-7-2014 07:14 PM
haha.. kalau camtu hari dah lama tak hujan, bolehlah nicki potong ayam kat rumah. mana la tau.
...

Semalam hujan.....

Tapi iols tak potong ayam pown....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 01:43 PM | Show all posts
UsuFie posted on 2-7-2014 01:27 PM
fakta: bkn semua org pandai potong ayam...

Usu musti pandai.... orang lama katenyeee.... (read between the line. Hahahahahhahahahah..... jangan marah.... )

Ada ke sound efeknye Usu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 01:48 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-7-2014 01:43 PM
Usu musti pandai.... orang lama katenyeee.... (read between the line. Hahahahahhahahahah..... jang ...


sound efek sendiri..hahaha...petir kilat..

usukan ada penyakit malas nak reply post sepenuhnya,
kadang ayat tergantung buat org baca tak berapa nak faham..
maaf..akan usu perbaiki...<gaya ala2 nobita..>








Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2014 10:34 AM | Show all posts
MENCARI KONKLUSI: BUKAN NIAT MEMBALAS DERITA….EH?
LOKASI: SEBUAH CAF&#201; ALA FUSION DI KOTA RAYA KUALA LUMPUR


Sham melihat jam. Sudah lima minit dia duduk bersendirian di situ, menanti seseorang. Pelayan yang datang mahu mengambil pesanan juga disuruh kembali sebentar nanti. Jam baru menunjukkan pukul dua setengah petang. Janjinya pada pukul tiga namun dia sengaja hadir awal. Sham menyandarkan badannya ke kerusi. Kenangan lalu mula berputar dalam minda.


“Boleh tak you cakap, apa salah I?”

“You tak salah, Sham.”

“Jadi, kenapa you mintak putus?”

“I...sebab I rasa, ini yang terbaik untuk kita.”

“What do you mean, terbaik untuk kita?”

Yasmin diam.

“Come on, Min. Boleh tak you terus-terang. Kalau you tak cakap apa masalah you, I tak akan faham. Dan I tak faham kenapa tiba-tiba aje you nak putus…”

“It’s not about you. It’s me. I yang ada masalah…”

“Kenapa dengan you?”

“I…dah jatuh cinta dengan orang lain.”

Sham terpaku. Seperti tidak percaya kata-kata itu boleh terkeluar dari mulut Yasmin.

“Dah berapa lama?”

“I don’t know. Six months?”

“So, dah enam bulan you ada orang lain?”

Yasmin mengangguk perlahan, tidak bersuara.  

“I tak cukup baik untuk you ke, Min?” Sham memecah sunyi.

“Sham. As I said, the problem is not with you. It’s me…” Yasmin menjawab.

“Min, I tahu I banyak kekurangan. Tapi…”

“Sham. Please. I dah buat keputusan dan I tak nak berbincang apa-apa lagi. I dah ada orang lain and I hope you akan jumpa somebody yang lebih baik dari I.”

“Min…” Sham terasa ingin merayu tetapi tiada ayat yang keluar dari mulutnya.

“I’m sorry, Sham.” Ujar Yasmin.

Mereka terdiam lagi. Yasmin kemudiannya meninggalkan Sham di situ tanpa apa-apa bicara lagi.

Dan Yasmin terus hilang dari hidupnya begitu saja.


Sham menghembus nafas perlahan. Kenangan terakhir bersama Yasmin setahun lalu masih lagi berlegar dalam fikiran. Sudah lama berlalu namun sekali-sekala, ianya datang mengetuk pintu hati.

Yasmin…

Gadis periang dan ceria itu memang seringkali membuatkan hatinya berdetak sejak pertama kali bersua di universiti dahulu. Namun kesempatan untuk lebih rapat dengan Yasmin hanya diperolehi ketika di tahun akhir. Dan apabila Yasmin bersetuju dan sudi menjadi teman wanitanya sehari sebelum mereka tamat pengajian, gembiranya tak terkata.  

Percintaan mereka berbunga seperti pasangan lain. Ada suka dan duka. Bila merajuk, ada yang pujuk. Saling menyokong antara satu sama lain.
Kini, itu semua tinggal kenangan. Yasmin, gadis yang pertama menjadi kekasih hati, gadis itu juga yang menghancurkan harapannya. Untuk bangkit kembali dari kekecewaan, agak mengambil masa juga. Namun tidaklah dia terus-menerus meratap sedih. Hidup tetap perlu diteruskan…

“Hhmm…” Sham menghentikan visual kenangan dengan Yasmin. Sekali lagi melihat jam tangan. Lagi 15 minit ke pukul tiga.

“Sham.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 10:44 AM | Show all posts
Lembut suara itu menegur. Sham mengangkat muka. Rentak jantungnya tergendala seketika. Senyuman Yasmin masih manis seperti dulu. Lirikan mata Yasmin masih mampu membuatkan dia bernafas tak tentu arah. Suara Yasmin masih dirindui.

Oh…payah!

“Min…” Setelah terdiam sejenak, Sham menyapa kembali. Yasmin kekal tersenyum.

“Duduklah…” Pelawa Sham. Yasmin angguk, lalu dia melabuh duduk di kerusi berhadapan dengan Sham.

Terdiam lagi beberapa saat.

“Apa khabar?” Soalan itu keluar serentak dari mulut. Sham senyum manakala Yasmin tergelak kecil.

“I’m fine, Sham.” Yasmin menjawab dahulu.

“Betul?” Soal Sham lantas memandang tepat ke mata Yasmin. Sesaat mata bertembung dan Yasmin pantas menundukkan wajah.

“How’s life?” Yasmin pula menembak soalan.

“Macam biasa.” Jawab Sham. Yasmin senyum lagi.

“Nak minum?”

Yasmin menjawab dengan anggukan. Sham melambai seorang pelayan. Dengan segera, mereka dihampiri.

“Hot Chocolate, Ice Coffee.” Sham membuat pesanan. “You nak makan, Min?”

Yasmin menggeleng.

“Itu saja.” Ujar Sham dan si pelayan terus berlalu.

“You ingat lagi favourite I?” Sambil tersenyum, Yasmin bertanya.

“Ingat.” Jawab Sham, juga tersenyum.

Mereka berbual. Sesekali ketawa apabil ada cerita yang mencuit rasa. Serius apabila ada cerita yang meruntun jiwa. Dalam diam, Sham merenung Yasmin. Tiada apa yang berubah pada gadis itu. Di mata Sham, gadis itu masih cantik seperti dulu.

Setelah setahun masing-masing membawa haluan sendiri, mereka dipertemukan lagi. Itu pun setelah Yasmin secara tiba-tiba meninggalkan Mesej Peribadi di Facebooknya. Dan kemudian, mereka saling berbalas mesej sebelum akhirnya, bersetuju untuk bertemu pada hari ini.

“I dah tak ada apa-apa dengan Arman.” Yasmin berterusan bercerita. Sham tetap menjadi pendengar setia.

“I tak sangka yang Arman sebenarnya dah kahwin.” Suara Yasmin perlahan saat dia menuturkan ayat itu.

“Arman cakap, dia tetap nak kahwin dengan I. Tapi, I tak sanggup nak jadi wife nombor dua. I tak boleh nak berkongsi suami dengan perempuan lain.” Yasmin tunduk, sedih hatinya tak dapat disembunyikan walaupun tiada air mata yang luruh.

“Sabarlah Min. Mungkin jodoh you bukan dengan Arman.” Balas Sham, cuba mententeramkan Yasmin.

“Mungkin juga, ini balasan sebab I tinggalkan you dulu.” Sahut Yasmin. Sham hanya tersenyum saja.

Minuman yang dipesan sampai lantas perbualan mereka tergendala seketika.

“Thanks.” Ucap Yasmin selepas minuman terletak elok atas meja. Si pelayan mengangguk dan terus berlalu.

“So…” Nada suara Yasmin berubah lebih ceria. “What about you?”

“I...kenapa dengan I?” Sham menjawab dengan soalan.

“It’s been a year…since…” Yasmin menghentikan kata-kata. Melirik sebentar ke arah Sham sebelum melarikan anak mata. Sham senyum melihat tingkah Yasmin.

“Yes Min. It’s been a year…” Sahut Sham.

“Sham belum ada pengganti Min?” Soalan tidak beralas dari Yasmin membuatkan Sham tersenyum lagi.

“Well..Min…” Sham menarik nafas seketika. “I…”

Last edited by Nicki_Meow on 27-8-2014 10:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 10:45 AM | Show all posts
wahhhh... Nicki sambung lg mencari konklusi... yeah2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:22 AM | Show all posts
I pong dah kawin sebenornye, kata Sham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:27 AM | Show all posts
“Susah juga I nak lupakan you.” Jawab Sham. Yasmin senyum lalu menundukkan wajah.

“Tapi…” Ayat Sham terhenti. Dia terus bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan menuju ke arah pintu masuk Café. Yasmin memerhatikan tingkah Sham dengan penuh tanda tanya.

“Min.” Sham memanggil nama Yasmin ketika kembali ke meja tempat mereka bertemu. Kali ini, berdua. Yasmin menelan air liur.

“I nak kenalkan you dengan…”

“Zara…” Gadis bernama Zara itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Teragak-agak pada mulanya tapi Yasmin tetap menyambut.

“Sayang…inilah Yasmin.” Sham bersuara. Zara mengangguk. Walaupun bibirnya tersenyum, matanya merenung Yasmin membuatkan Yasmin sedikit tidak keruan.

“Nice to finally meet you, Yasmin. Sayang I ni pernah cerita pasal you sebelum ni.” Zara berkata. Yasmin tersenyum kelat. Dalam masa yang sama, Zara diperhatikan.

Gadis itu agak tinggi. Kelihatan comel dengan rambutnya dipotong pendek. Entah sejak bila pula citarasa Sham berubah. Setahu Yasmin, Sham sukakan gadis yang berambut panjang.

Seperti dia.

Ah…

Yasmin mengeluh sendiri. Kalaulah dia tahu, Sham sudah ada pengganti. Kalaulah dia tahu, Sham tidak lagi sendiri dan kalaulah dia tahu, Sham mahu memperkenalkan Zara dengannya pada hari ini, tak mungkin dia mahu hadir di sini.

“Min…” Panggilan Sham mematikan lamunan. Yasmin memandang Sham dan Zara bergilir-gilir.

“Are you okay?” Soal Zara pula. Yasmin mengangguk.

“Kenapa diam aje?” Sham bertanya lagi dan Yasmin terus menggelengkan kepala.

“So, how you guys met?” Yasmin pura-pura senyum, menyembunyikan rasa hati.

“Well…” Sham dan Zara saling berpandangan lama dan masing-masing tergelak manja. Dapat Yasmin rasakan, betapa kimia antara mereka begitu kuat.

“I kenal Zara…” “Masa tu I…”

Seperti berebut pula mereka mahu bercerita. Yasmin senyum lagi…agak hambar. Sham dan Zara tergelak.

“Okay…okay. Awak cerita…” Suruh Sham pada Zara.

“Well…masa tu kita orang kat Gym..”

“Gym?” Sham memotong kata-kata Zara.

“Iyalah, sayang. Kan masa mula-mula tu I terlanggar you kat entrance…” Sambung Zara.

“Oh..betullah.” Sham terangguk-angguk.

Zara terus bercerita. Bagaimana selepas itu Sham beriya-iya mahu mendapatkan nombor telefon dan bagaimana cerita cinta mereka bermula. Sempat juga diselitkan sikap Sham yang sangat ‘sweet’ membuatkan hati Zara terpaut.

“He’s so sweet. Seriously I tak tahu macam mana you sanggup tinggalkan Sham dulu.” Zara mengakhiri celoteh dan cerita.  Yasmin mengeluh. Agak terasa dengan kata-kata Zara.

“Ooppss…sorry. I tak maksud nak sakitkan hati you.” Zara memohon maaf.

“It’s okay, Zara. Memang I yang salah…” Balas Yasmin. Memandang seketika pada Sham dan terus menundukkan wajah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:28 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 27-8-2014 11:22 AM
I pong dah kawin sebenornye, kata Sham

Hampir tepat....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:34 AM | Show all posts
yg ni tak dpt nak agak konklusinya TT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:51 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 27-8-2014 11:34 AM
yg ni tak dpt nak agak konklusinya TT....

Konklusi? Sat gi....



Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:53 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-8-2014 11:51 AM
Konklusi? Sat gi....

hehehehehe... tak sabar nak tau konklusinya Nicki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:55 AM | Show all posts
Selepas sejam mereka berbual, Yasmin meminta diri. Tak tahu apa lagi yang hendak dibualkan dengan Sham. Tak sanggup lagi menahan hati melihat pasangan serasi Sham dan Zara di hadapan matanya.

“Okay Zara. See you next time.” Yasmin berkata, tak berapa ikhlas. Tak mungkin dia mahu bertemu kembali dengan Zara. Salam dihulur. Zara menyambut. Senyum terukir dibibir.

“Bye Sham.” Ucap Yasmin.

“Take care…Min.”

Yasmin berlalu meninggalkan mereka.

Sham dan Zara berpandangan. Lima saat kemudian, tawa mereka terburai.

“Zara? Hoi. Sejak bila kau tukar nama jadi Zara?” Tempelak Sham. Ketawanya masih bersisa.

“Biasalah beb. Nama pun berlakon. Mestilah kena gempak.” Jawab Zara - bukan nama sebenar. Dia sebenarnya lebih dikenali sebagai Mel. Rakan sepejabat Sham.

“Kau jangan lupa, Sham. Sebulan kau kena belanja aku makan lunch.”

“Iyalah. Aku janji.”  Balas Sham.

“Pandai kau buat cerita pasal Gym tu. Berbulu telinga aku dengar.”

Mel berterusan ketawa. Entah dari mana datangnya idea tentang pertemuan dia dengan Sham di Gym itupun, tak tahulah. Semuanya berlaku secara spontan.

Iya spontan. Mereka berlakon cuma di hadapan Yasmin. Yang sebenarnya, antara mereka tiada apa-apa hubungan perasaan. Mereka hanyalah rakan sepejabat. Mel hanya memenuhi permintaan Sham untuk berlakon sebagai teman wanitanya pada hari ini. Setelah dipujuk berkali-kali dan mengenangkan Sham dengan dia memang berkawan baik, Mel bersetuju.

“Thanks Mel.” Sham berterima kasih.

“No problem.” Balas Mel. Tersenyum sedikit.

“Sham.”

“Yup.”

“Kesian pulak aku tengok muka Yasmin tadi. Sedih gila beb.” Ujar Mel. Sham hanya mengangkat bahu.

“Biarlah dia.” Balas Sham kemudiannya. Mel senyum sumbing. Sham menarik nafas. Sedikit rasa bersalah memanjat hati. Tetapi, ini saja cara yang dia ada agar Yasmin tidak meletakkan harapan untuk kembali kepadanya.

“Kau okay, Sham?” Soal Mel.

Sham angguk dan senyum. Namun maksud senyuman itu sukar untuk ditelah. Mel akhirnya tidak lagi membangkitkan isu Yasmin. Terpulanglah pada Sham sama ada mahu meluahkan perasaannya atau tidak.

*** Last edited by Nicki_Meow on 27-8-2014 12:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2014 12:21 PM | Show all posts
Sham menghantar Mel ke tempat parkir kereta. Sempat mencuri pandang beberapa kali ke arah gadis itu dalam diam. Mel berubah 180 darjah hari ini. Selalunya di pejabat, Mel hanya mengenakan pakaian pejabat yang ringkas. Blaus hitam dan seluar hitam hampir setiap hari. Cuma corak saja yang berbeza. Nak bersolek, memang haram tidaklah. Mel tak suka bersolek hatta selapis bedak padat sekalipun. Rambutnya juga dipotong pendek agar senang diuruskan.

Gaya macam tomboy tapi Sham tahu, gadis itu tidaklah bernafsu songsang. Cuma gayanya saja yang begitu. Mungkin kerana kerja-kerja mereka yang lebih banyak berhadapan dengan mesin dan komputer, membuatkan Mel malas untuk berhias seperti kebanyakan gadis.

Tapi hari ini, Mel tampak berbeza. Solekan nipis membuatkan wajahnya lebih berseri dari biasa. Pakaian yang dikenakan walaupun masih ringkas namun menyerlahkan sisi Mel sebagai seorang gadis manis.

Pujian Sham untuk Mel tetapi hanya bergema dalam hati.

“Hoi.”

Sham disergah dan dia terus terkebil-kebil.

“Apa?” Sham bersuara.

“Kau dah kenapa?” Soal Mel, agak kuat. Sham terus ketawa.

“Mel…Mel. Hari ni, kau nampak comel.”

“Sudahlah kau. Pasal kaulah aku pakai macam ni hari ni, tau tak?” Balas Mel. Sham tersengih cuma.

Mel menekan punat kunci kereta kelisanya. Pintu di buka lalu dia masuk. Enjin dihidupkan. Tingkap kereta di turunkan. Sham masih berdiri di tepi kelisa.

“Okay Sham. See you on Monday.” Ucap Mel.

“Monday, kau pakai macam ni lagi tak?”

“Tak kuasa!”

Sham ketawa. Mel hanya senyum namun Sham dapat melihat, wajah Mel merona merah.

Comel Si Mel bertambah dua kali ganda.

“Aku balik dulu.” Mel berkata lagi. Sham mengangguk. Sham menjarakkan diri sedikit dari kereta Mel untuk memberikan laluan.

“Bye Sham.”

“Bye…Melati.”

Mel memutar anak mata apabila nama penuhnya di sebut. Sham senyum lagi.

Selepas kereta kelisa berlalu, Sham berjalan pula ke arah keretanya.

Melati Zaharah…

Senyuman nipis kekal dibibir Sham.

The End ~ Part IV

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 12:33 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 27-8-2014 11:22 AM
I pong dah kawin sebenornye, kata Sham

Nak tacangs...

#gilatacangs
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 12:44 PM | Show all posts
ok jugak sham dgn si mel ni Nicki...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-6-2014 01:18 PM
Sham yang dari tadi bersandar di dinding pintu masuk dapur menggelengkan kepala. Matanya melingas me ...

Dah agak dah ayam...hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.840210 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list