CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Cerita-cerita Mistik bersama Hantu Killer Part 4

  [Copy link]
Post time 4-7-2014 07:52 AM | Show all posts
hantukiller posted on 3-7-2014 04:33 PM
Hakikat amalan ni menjurus pada apakah tujuan amalan, dan apa kesannya pada sipengamal

Jika ber ...

Ada orang bagitau aku Allah Taala itu membawa maksud jalan yang lurus...Bila dikaitkan dengan kata-kata Wak kat atas tu boleh aku nyatakan disini semua amalan kita itu mulanya berpandukan kepada niat..Semua niat amalan pun kalau kita lihat diakhirnya mesti disudahi dengan lillahitaala..Baik puasa ke, solat wajib ka, solat sunat ka, mandi ka, wuduk ka....Semuanya lah...Termasuklah untuk tolong orang, mungkin.....

dan Lillahitala itu sendiri ertinya 100 peratus amalan yang kita nak buat itu kita sandarkan kepada Allah SWT juga..Tiada kerana lain melainkan kerana Allah SWT jua..Tiada kerana lain-lain lagi..Tiada kerana nak kaya ka, nak apa-apa la selain dari kerana Allah SWT jua...

Jadi, dari lafaz niat itu pun kita telah diajar untuk buat sesuatu tiada kerana lain hanya kerana Dia...Inilah jalan yang lurus dan akan memandu dan mengajar kita kepada tahap ikhlas....Betul kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2014 11:05 AM | Show all posts
johnlabi posted on 4-7-2014 07:52 AM
Ada orang bagitau aku Allah Taala itu membawa maksud jalan yang lurus...Bila dikaitkan dengan kata ...
Semua niat amalan pun kalau kita lihat diakhirnya mesti disudahi dengan lillahitaala..Baik puasa ke, solat wajib ka, solat sunat ka, mandi ka, wuduk ka....Semuanya lah...Termasuklah untuk tolong orang, mungkin.....

dan Lillahitala itu sendiri ertinya 100 peratus amalan yang kita nak buat itu kita sandarkan kepada Allah SWT juga..Tiada kerana lain melainkan kerana Allah SWT jua..Tiada kerana lain-lain lagi..Tiada kerana nak kaya ka, nak apa-apa la selain dari kerana Allah SWT jua...

Jadi, dari lafaz niat itu pun kita telah diajar untuk buat sesuatu tiada kerana lain hanya kerana Dia...Inilah jalan yang lurus dan akan memandu dan mengajar kita kepada tahap ikhlas....Betul kan?
Betul sangat tu, semua lafaz niat yg diajar dan dipelajari akan berakhir dengan perkataan Lillahitaala

Macamanapun, dari segi hakikatnya, sebutan dilidah dan sebutan dihati bukan lah niat sebenar, yg bermaksud niat itu ialah 'mengapa' kita lakukan amalan tu, untuk apa, dan bagaimana kita melakukannya.

Contohnya kita bersolat, akan sebut di lidah dan di hati 'lillahitaala', tapi adakah sebenarnya lillahitaala 100%, rata rata tidak! pasti kita akan lakukan bersebab yg lain, contohnya takut dosa kalau tak buat, takut tak de bekalan akhirat, takut murka Allah, takut kene marah. malu pada manusia, solat sebab hajat, sebab waktu dsb, amat jarang kita lakukan solat semata mata untuk menyanjung Allah sejujur jujurnya sanjungan....sejujur jujurnya pujian, sejujur jujurnya bersujud merendahkan diri kepada Allah yg Esa.....


Waulohua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:13 AM | Show all posts
hantukiller posted on 4-7-2014 11:05 AM
Betul sangat tu, semua lafaz niat yg diajar dan dipelajari akan berakhir dengan perkataan Lillahit ...

subhanallah...memang betul la TT...saya pun rasa macam tu..

mulut kata lillahitaala tapi sebenarnya hati kat sebab takut masuk neraka, amalan belum cukup..etc..

apakah jika kita niatkan kerana Allah dan mengharapkan redha Allah atas semua amalan kita itu juga dikira ikhlas kerana Allah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 12:16 PM | Show all posts
Ipo posted on 4-7-2014 11:13 AM
subhanallah...memang betul la TT...saya pun rasa macam tu..

mulut kata lillahitaala tapi sebena ...
apakah jika kita niatkan kerana Allah dan mengharapkan redha Allah atas semua amalan kita itu juga dikira ikhlas kerana Allah?

Mengharapkan Redho Allah, mengharapkan amalan diterima tu bagus sangat

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran".Al Kahf 28

"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat". Ar Raad 22

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."Al Ahzab 21


Dari beberapa ayat Allah tersebut, Allah memberitahu amat baiknya mengharap keredaan Allah, dan mengharap balasan yg baik dihari akhirat. Bagaimanapun Allah tidak menyuruh kita ketika melakukan amal itu, beramal ibadah seperti solat, sedekah dll kerana mencari keredaan Allah, tetapi Allah sebut mereka tu beramal baik dalam masa yg sama sentiasa mengharapkan keredaan Allah, nampak sama tapi tak serupa tu.

Sedangkan dalam beribadah pula iaitu ketika kita melakukan sesuatu amalan, Allah menyuruh kita melakukannya hanya dan semata mata kerana Allah

An-Nisa 146
Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Az-Zumar 14
Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.

Ghafir 14
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang  kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).

Al- Hajj 31
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).

Al-Baqarah 139
Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu (wahai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya.

Al-Ankabut 56
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

Al-A’raf 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya).


Kesimpulannya, beramallah semata mata kerana Allah iaitu sejujur jujurnya amalan, dan dalam masa yg sama sentiasa mengharapkan keredaan Allah (walaupun ketika tak beramal)


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 03:32 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-7-2014 11:05 AM
Betul sangat tu, semua lafaz niat yg diajar dan dipelajari akan berakhir dengan perkataan Lillahit ...
Macamanapun, dari segi hakikatnya, sebutan dilidah dan sebutan dihati bukan lah niat sebenar, yg bermaksud niat itu ialah 'mengapa' kita lakukan amalan tu, untuk apa, dan bagaimana kita melakukannya.

Contohnya kita bersolat, akan sebut di lidah dan di hati 'lillahitaala', tapi adakah sebenarnya lillahitaala 100%, rata rata tidak! pasti kita akan lakukan bersebab yg lain, contohnya takut dosa kalau tak buat, takut tak de bekalan akhirat, takut murka Allah, takut kene marah. malu pada manusia, solat sebab hajat, sebab waktu dsb, amat jarang kita lakukan solat semata mata untuk menyanjung Allah sejujur jujurnya sanjungan....sejujur jujurnya pujian, sejujur jujurnya bersujud merendahkan diri kepada Allah yg Esa.....
Pada hakikatnya nak capai tahap ikhlas itu 100% memanglah susah..Aku setuju dan semua orang pun setuju...Kadang-kadang kita ditipu oleh perasaan sendiri tanpa disedari...Ada juga sampai tahap morally down....sebab nak dapat ikhlas itu tak semudah dicakap...contohnya, untuk apa kita solat kalau tak ikhlas...Dok pikir-pikir pasal tak ikhlas sudahnya memang kita tak buat lah...pilihan kita sendiri samada nak buat atau tak nak buat....Wak juga pernah bagitau, kenalah kita cuba dan cuba...Atau bila kita rasa kita tak boleh nak ikhlas, kita tak perlu buat amalan tu? Dalam hal ni solatlah..And solat itu juga kita diajar bertujuan 'mencegah dari perkara mungkar'...Tetapi solat yang bagaimanakah yang betul-betul boleh mencegah perbuatan mungkar?......Adakalanya kita solat tetapi kita masih berbuat perkara mungkar...Adakah ini juga dikaitkan dengan faktor lain seperti bisikan jahat samada dari dalam diri atau luar?

Humm...Nak cakap lebih-lebih pasal solat pun tak pandai...Tetapi pada aku elemen-elemen dalam solat itu juga adalah doa...Alfatihah itu juga doa...Mengambil contoh solat hajat, pada aku solat itu perbuatan tetapi apa yang kita hajatkan itu yang kita minta...Minta itu doa..Atau dengan kata lainnya mohon...Hajat kita itu dimohon dalam doa setelah habis solatnya..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 04:03 PM | Show all posts
johnlabi posted on 4-7-2014 03:32 PM
Pada hakikatnya nak capai tahap ikhlas itu 100% memanglah susah..Aku setuju dan semua orang pun se ...

Apapun, dah solat diwajibkan, tetap lah kene buat walau tak ikhlas, sebab wajibnya dia....


Yg agak mudah capai ikhlas ni ialah bende yg tak wajib, tapi disunatkan, contohnya solat solat sunat, baca quran, zikrullah dsb. ialah tak wajib, tapi bila tak wajib lalu kita rajin buat, tentulah tiada paksaan, malah selalunya lahir dari hati yg murni....


Apapun perkara sunat samada ikhlas atau tidak, tetap Allah terima iaitu sedekah.... so perbanyakkanlah sedekah, kerana sedekah itu benteng dari api neraka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2014 04:11 PM | Show all posts
hantukiller posted on 3-7-2014 03:46 PM
Biasalah bro

Selagi adanya kehidupan manusia, selagi itu syaitan tetap akan berusaha menyesatka ...

teringin nak tgk waktom rawat kes2 kronik. sampai bersilat2 ke...
dulu pi aman damai saja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 04:16 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-7-2014 11:05 AM
Betul sangat tu, semua lafaz niat yg diajar dan dipelajari akan berakhir dengan perkataan Lillahit ...
Contohnya kita bersolat, akan sebut di lidah dan di hati 'lillahitaala', tapi adakah sebenarnya lillahitaala 100%, rata rata tidak! pasti kita akan lakukan bersebab yg lain, contohnya takut dosa kalau tak buat, takut tak de bekalan akhirat, takut murka Allah, takut kene marah. malu pada manusia, solat sebab hajat, sebab waktu dsb, amat jarang kita lakukan solat semata mata untuk menyanjung Allah sejujur jujurnya sanjungan....sejujur jujurnya pujian, sejujur jujurnya bersujud merendahkan diri kepada Allah yg Esa.....
yg ni wak kena sebut selalu2....jgn jemu ulang berkali2 dlm thread wak ni. bagi melekat dlm hati. sbb manusia ni mudah lupa, mudah lalai. saya la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2014 04:53 PM | Show all posts
erin86 posted on 4-7-2014 04:11 PM
teringin nak tgk waktom rawat kes2 kronik. sampai bersilat2 ke...
dulu pi aman damai saja.

hehe, awak....


sekarang tak banyak kes kronik, sebab kalau nampak macam kronik sangatpun, dah malas nak layan sangat, kasi mampus terus, dah malas nak layan bual, malas nak layan bertumbuk berterajang..... lagi dilayan lagi penat, baik kasi mampus cepat cepat... hehe



Almaklum, dah tua agaknya, kene simpan tenaga
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:46 PM | Show all posts
hantukiller posted on 4-7-2014 04:53 PM
hehe, awak....

waktom dah tua tak larat, nak cari perawat mana lg? ada pelapis tak? byk perawat suka berbual2 dan soal selidik dulu jin tu asal mana, buat apa kacau pesakit...mmg kalau bleh pesakit pun nak kasi settle bg cepat. tanya byk2 pun dok kena bohong ngan jin tu je
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 2-7-2014 10:46 AM
Nampaknya tak de siapa berani jawab persoalan aku ni



Uncle HK, kalau dah pulih dr sihir pd bln ramadhan, tp bila masuk syawal geng2 jin jun july ni xkan balas dendam ke atas kematian kengkawan diaekor dulu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 2-7-2014 04:36 PM
Hadisnya kata:
hadith Riwayat At-Tirmidzi yang mempunyai lafaz berikut:



Kat malaysia ni ade ke org yg blh scan tp termasuk dlm kategori yg 10% yg bukan kasyaf jin tu ye?

Yg scan tanpa disedari dibantu jin ni berdosa ke uncle HK?macamana diorg nak bebas dr kasyaf jin ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 09:46 AM | Show all posts
erin86 posted on 4-7-2014 08:46 PM
waktom dah tua tak larat, nak cari perawat mana lg? ada pelapis tak? byk perawat suka berbual2 dan ...

Pelapis kan dah ramai tu, malah siapa yg berubat pun dah tau macamana nak bunuh jin dalam tubuhnya dengan cara yg sangat mudah.., cuma nak atau tak nak je buat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 09:50 AM | Show all posts
D.. posted on 6-7-2014 07:14 PM
Uncle HK, kalau dah pulih dr sihir pd bln ramadhan, tp bila masuk syawal geng2 jin jun july ni xka ...

Sebab tu masa Ramadan kene banyakkan ibadah yg ikhlas terutama zikir zikir ribu ribuan kali tiap hari, bila roh kita tu dah kenyang dengan makanannya tu, inshaAllah jin dah tak berani nak kacau, disamping tu kenelah rajin rajin bunuh jin ditubuh dengan cara yg dah di beritau, InshaAllah, takkan beraninya jin lain nak balas dendam. Kan jin tak boleh menewaskan orang yg ikhlas....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 09:55 AM | Show all posts
D.. posted on 6-7-2014 07:19 PM
Kat malaysia ni ade ke org yg blh scan tp termasuk dlm kategori yg 10% yg bukan kasyaf jin tu ye?
...

Entah, rasanya tak de scan yg betul betul tepat 100%, kalau yg guna sirr atau gerak hati yg dikurniakan Allah tu ramai jugak yg ada, tapi kebanyakkannya bukan perawat, kalau perawatpun , dikalangan perawat yg tak suka merawat, tapi orang biasa yg sentiasa mendekatkan dirinya pada Allah dengan sejujurnya.


Sebaiknya tak payahlah percaya scan scan ni, rata rata tak kan tepatnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hantukiller posted on 7-7-2014 09:50 AM
Sebab tu masa Ramadan kene banyakkan ibadah yg ikhlas terutama zikir zikir ribu ribuan kali tiap h ...

Orrite roger that :-)

Macamana nak istiqamah dlm berzikir ni ye? Kerap turun naik..turun tu disebabkan dah ade balik jin dlm badan ni ke atau memang roh tak kenyang lg ye?
T_T

Bile uncle HK nak update blog.we need input...utk topup ilmu n iman..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2014 03:24 PM | Show all posts
D.. posted on 8-7-2014 12:40 PM
Orrite roger that :-)

Macamana nak istiqamah dlm berzikir ni ye? Kerap turun naik..turun tu dis ...
Orrite roger that :-)

Macamana nak istiqamah dlm berzikir ni ye? Kerap turun naik..turun tu disebabkan dah ade balik jin dlm badan ni ke atau memang roh tak kenyang lg ye?
T_T

Bile uncle HK nak update blog.we need input...utk topup ilmu n iman..
Manusia ni seperti putaran tayar, ada masa kat atas, ada masa kat bawah.... ada masa ingat, ada masa lupa.

Kalau kita sentiasa cuba mengingat ingat ingat ingat, inshaAllah tak lupa, atau kurang lupa, tapi kalau asal ingat baru buat, tak diberi penekanan untuk beringat, ye tentulah banyak lupanya, tak semestinya ada jin ditubuh.


blog hantukiller memang takkan diupdate, kalau aku nak update pun yg darulhantu je....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ya sebab bulan posa pun ada org melayu muslim pegi ke bomoh utk cari spell. yg lagi teruk ianya perempuan. nauzubillahiminzalik. nape ya org melayu muslim ni sikapnya sangat animisme sebegini. walhal dalam islam kan tergolong dalam 7 dosa besar bende sihir n menyekutukan Allah ni. papepun tq tt for sharing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 03:36 PM | Show all posts
En HK yang budiman...

hari tu mama ada cerita pasai mak mertua kan...
dia masih macam tu, ahad ni nak bawak pi darul shifa....utk pengetahuan en HK, dia ckp dia ada
kacip azimat, mama penah tengok kacip tu, berat dan karat, dulu masa mama pantang dia letak
kacip tu bawah bantal tapi mama bagi balik, sbb tak suka...skrg dia nak wariskan kacip tu, sapa pun
tak nak...dan kacip tu ada di rumah pusakanya di Tg karang...

soalnya....boleh ka buang saja kacip tu atau ada caranya???
anak anak beliau dah semua tak sanggup nak bela dan bagi
pelbagai alasan utk mengelak dari menjaga dia..sekarang mama selaku menantu sulung
terpaksa akur perintah suami utk menjaganya...skrg mama tengah pregnant 6 bulan.
mama pagar diri mama dgn ayat qursi saja dan tawakal pada Allah...

mohon penjelasan....


TT ampun maaf terkacau thread TT...mama terjumpa En HK di sini, baru teringat benda benda yg nak tanya kat dia...
ampun maaf sekali lagi.


@mamaezah
berkenaan Kacip tu, bukan masaalah sangatpun, sebab kacip tu hanya barangan, tapi jika selama ini dipuja, jin pasti ada pada barangan itu. Yg masaalahnya ialah jin nya, bukan kacipnya kerana jinnya boleh jadi seekor, boleh jadi beratus ekor dan mungkin jin jinnya dah pun mengikut setiap si anak anak.


Membuang saja kacip tu tak menyelesaikan masaalah, sebab yg jadi masaalah ialah jin yg dah pun berada pada si anak. Lagipun kacip tiu ada nilai kommersial, sayang jika dibuang.

Paling senang bunuh saja jin yg ada dikacip itu dan ditubuh si anak..... tapi darul syifa' rasanya tak buat kerja bunuh membunuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam ramadhan wak..
Nak tnye eh... Sy pnah encounter dgn org yg bila tengok je seseort itu, dia dpt tahu peribadi org bkenaan. Apa mechanism bende ni eh??
Sy xsuka betul bila 'org' ni claim si polan cenggitu cenggini... dengan hanya melihat mata....'org' ni dpt tahu peribadi.
Dan sy curious je, 'org' ni nampak ke perbuatan salah kita?
W/apa pun... Allah maha mengetahui.
Sy cuma wonder..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077546 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list