CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2136|Reply: 8

[Dunia] FIFA: sebab Piala Dunia dalam bulan Ramadhan

[Copy link]
Post time 27-6-2014 12:54 AM | Show all posts |Read mode
BULAN Ramadhan tidak beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Tetapi bagaimana pula dengan para pemain Muslim yang bermain di Piala Dunia 2014?

Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada hujung minggu ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam keadaan fizikal mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak FIFA selaku penganjur Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Kami sudah melakukan kajian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang membimbangkan. Para pemain yang tengah menjalani ibadah puasa selalu mempunyai peruntukan untuk memohon kelonggaran agar tetap akan menjalani Ramadan pada masa yang tepat. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Algeria, "ujar Jiri Dvorak, Ketua Bahagian Kesihatan FIFA, Selasa (24/6/2014).

Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, dijangka akan bermula hari Ahad ini (29/6/2014).

Dvorak mengatakan kepada wartawan pada taklimat media harian FIFA, bahawa organisasi bola sepak dunia itu sudah melakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam mengenai para pemain selama Ramadhan.

"Kesimpulannya adalah jika puasa di bulan Ramadhan dijalani dengan betul, tidak akan ada penurunan pada prestasi fizikal para pemain," ujar Dvorak.

Michel D'Hooghe, Ketua Jawatankuasa Perubatan FIFA, mengatakan kepada wartawan bahawa puasa Ramadan ini seharusnya tidak menjadi masalah, kerana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama pada Sukan Olimpik London 2 tahun lalu.

Sukan Olimpik London yang berlangsung pada 27 Julai-12 Ogos 2012 juga diadakan bertepatan dengan bulan suci Ramadhan, dan para atlet masih boleh bertanding seperti biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 07:31 AM | Show all posts
puasa bukan alasan...nabi masa perang badar (tak silap aku) dgn jumlah sedikit sangat telah mengalahkan tentera kapir yg begitu banyak sekali bilangannya...semua berlaku dlm bulan posa...

lagi pun kalau musaffir boleh buka posa...bayar shj nanti bila balik...

tapi ronaldo/ neyma..tak boleh tak posa sbb mereka bukan musafir....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:13 PM | Show all posts

Puasa tak jejas prestasi otot: FIFA

Recife (Brazil: Pemain beragama Islam yang sedang berentap di perlawanan Piala Dunia, berdepan keputusan sukar apabila pusingan kalah mati bakal bermula ketika umat Islam di seluruh dunia sedang berpuasa.

Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria, antara pasukan yang mempunyai pemain Islam perlu membuat keputusan sama ada akan berpuasa sepanjang tempoh perlawanan.
Keadaan cuaca panas serta diet yang dikawal ketat dilihat akan memberi kesan kepada pemain yang memilih untuk berpuasa.

“Cabaran utama sekarang adalah untuk memastikan pemain kekal hidrat dan meningkatkan tenaga serta tahap kecergasan mereka ketika berpuasa.

“Jisim otot juga perlu diberi perhatian. Kajian menunjukkan pemain boleh kehilangan jisim otot sepanjang Ramadan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:16 PM | Show all posts
Berpa kerat je owang Moslem main bola tang werld cup tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:30 PM | Show all posts
Bagus juga ada world cup dalam bulan posa.  Jadi ramai yang rajin bangun sahur sambil tonton perlawanan live bola tahun ni.  Jadi tak boleh le bagi alasan tak sempat bangun sahur untuk tidak berposa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:33 PM | Show all posts
Nokiaman posted on 27-6-2014 11:16 PM
Berpa kerat je owang Moslem main bola tang werld cup tu....

boleh tahan ramai la jugak.algeria tu dah satu tim...france ada segelitir...nigeria....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2014 11:37 PM | Show all posts
R2D2 posted on 27-6-2014 11:13 PM
Puasa tak jejas prestasi otot: FIFA

Recife (Brazil: Pemain beragama Islam yang sedang berentap  ...

“Jisim otot juga perlu diberi perhatian. Kajian menunjukkan pemain boleh kehilangan jisim otot sepanjang Ramadan."



aku pun tgh pening nih, camner nak menten shape dgn kebizian keje, mana lagi nak masuk gym, mana lagi nak solat qiyam, adoyaiiiii....lari alignment laa raya nnt

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bukan muslim pula yang tahu banyak pasal puasa.

Sedangkan ada aja yang lahir2 muslim bagi alasan tak mahu puasa kononnya memudaratkan. Sedangkan Tuhan ada bagi kelonggaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya tak posa la pemain world cup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.059994 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list