CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 3

[Tempatan] Minta kerajaan lanjut tempoh pelaksanaan GST

[Copy link]
Post time 27-6-2014 03:43 PM | Show all posts |Read mode
BUTTERWORTH - Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) meminta kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selama tiga tahun lagi bagi membolehkan pengusaha PKS menyesuaikan diri dengan cukai baharu itu.





Presidennya Teh Kee Sin berkata berdasarkan seminar yang diadakan di 11 lokasi, lebih 80 peratus pengusaha PKS tidak tahu dan tidak memahami GST.

"Kami harap tempoh penyesuaian itu janganlah singkat. Berilah sedikit masa untuk PKS menyesuaikan diri dengan sistem ini. Janganlah denda kami, sekiranya ada yang belum mengikuti cukai baharu ini apabila ia dilaksanakan kelak.

"Kerajaan sudah berikan dua tahun, tapi kami berharap tiga tahun untuk tempoh penyesuaian diri untuk PKS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar GST untuk PKS Pulau Pinang di sini hari ini.

GST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar cukai jualan dan perkhidmatan kini masing-masing ditetapkan pada 10 peratus dan enam peratus.

Teh bagaimanapun berkata rata-rata pengusaha PKS memandang positif pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan itu.

Beliau turut meminta kerajaan meningkatkan nilai e-baucar GST untuk perusahaan kecil dan sederhana membeli atau menaik taraf perisian perakaunan pematuhan GST daripada RM1,000 kepada RM2,000 bagi mengurangkan beban pengusaha PKS.

"PKS kadang-kadang buat akaun secara manual. Kami rasa RM1,000 tidak cukup, terutama untuk pengusaha PKS yang langsung tidak ada komputer dan membuat akaun secara manual. Jadi, kalau boleh kami mengharapkan kerajaan menggandakan baucar itu," katanya.

Mengulas mengenai seminar itu, Teh berkata lebih 4,000 anggota menghadiri 11 daripada 30 seminar yang diadakan di seluruh negara.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan kesemua seminar itu akan selesai dalamtempoh tiga bulan akan datang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 08:07 PM | Show all posts
harap2 tak jadi terus. hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:13 PM | Show all posts
hummmm ngantuknya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 09:08 AM | Show all posts
GST tolong kerajaan bayar hutang. Menambah beban rakyat jaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.441136 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list