CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18792|Reply: 198

Hati rasa berat tak mau pulang rumah MIL sempena raya yang bakal tiba

 Close [Copy link]
Post time 1-7-2014 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Bertahun tahun memendam rasa ngan mulut mil yang tak makan saman, kali nih rasa hati cam bulat tak mau lagi menjengah rumah dia. Enough is enough gituh.

Kisahnyer begini aku dah berkahwin 10 tahun, n keluarga mentua duduk di negera belah utara. Aku pulak belah keluarga belah selatan. Menetap di kl. Namun setiap tahun 4 5 kali kami akan bergilir gilir balik ke kampung masing masing bagi melawat mentua n parent aku sendiri yang sudah berusia. Nak balik kerap sgt tak boleh lah pulak sebab komitmen keja n to be fair kenalah balik dua dua kampung sama banyak. Travel pulak agak jauh. Untuk raya lak setiap tahun balik dua dua kampung. Berejam rejam dalam kereta tuh perkara biasa lah bagi kami nih.

Sepanjang aku jadi menantu nih memang aku tak berapa ngan ngan mil aku memandang mulut dia yang selalu takde insuran n jeles pada keluarga belah aku. Banyak lagi dia selamba mencari cari kesilapan dalam kelaurga aku pastu mengutuk ngutuk depan aku. Aku jenis malas nak layan, aku jenis diam n never melawan. Dia jeles sebab merasakan aku sekeluarga lebih rapat dengan keluarga belah aku. Mak ayah aku memang jenis suka melawat cucu so every month akan datang melawat rumah aku n main ngan cucu sebab diorang paham aku n hubby punya jadual yang berbeza sukar sekali nak balik kampung tiap tiap bulan. So diarang dah bersara punya banyak masa so dioranglah selalu datang melawat cucu selalu. Manakala mil aku nih tak mau or tak suka nak melawat cucu aka datang rumah anak menantu. Padahal pada aku layanan aku sama jer kalu belah dia or belah mak aku datang. Cuma jenis dia tak suka nak renyah renyah datang rumah aku walaupun berkali kali aku jemput datang. Katanya takut rumah dia dimasuki pencuri. Entahlah apa yang berharga sgt dlam rumah tu. So jadilah anak anak aku lebih rapat ngan nenek dia belah aku. Itu menimbulkan rasa tak senang pada dia. Boleh nampak bila dia bercakap.

Selama ini aku bertahan selalu memikirkan bahawa takde jadi kudis apa pun aku tak melawan setakat 2 3 hari duk kat rumahnya. Hubby aku jugak yang tenang dan lega bini banyak mengalah. tapi peristiwa ketika balik kampungbaru baru nih memang buat aku rasa dah cukup dah. Perjalannan hampir 9 jam sebab jam untuk sampai kerumah dia. Penat letih semua ada tapi dah nak balik kampung kena la redah jugak. sampai jer dia dah start cari pasal, tanya kitaorang duk rumah dia berapa hari kata suami 2 hari pastu hari ketiga balik ke kampung aku lak sebab dah dekat 6 bulan tak balik kampung aku. Memanglah jumap mak selalu sebab dia datang tapi aku nak jugak jumpa adik beradik aku n saudara mara yang lain. Dia tanya kami nak balik kampung aku BUAT APA? OMG. Perlu reason ke nak balik kampung. Mestilah sebab nak jengok parent n keluarga. Hubby aku cakap oh ada hal sikit sebab tak tau nak jawab apa memandangkan nak balik tengok kampung kan dah lama tak balik kan. Dia start membebel katanya kitaorang balik selalu tak lama, balik kejap kejap jer. Padahal ianya tempoh yang sama aku balik rumah aku pun. nak lama camana kitaorang kerja, perjalanan pulak jauh dah makan masa 2 hari. Kalu ada cuti yng panjang barulah kita balik kampung tupun takat 2 3 harilah. Nak lama camana lg. Aku diam tak kata apa apa. N lepas tu dia cakap laki aku asyik dengar cakap bini jer. Mengata aku kat depan depan nih. N macam macam lagilah dia duk bising bising. Kali nih aku rasa macam dah tak boleh tahan n aku rasa laki aku pun tak boleh tahan dah. Actually before this diorang ada pertikaian kes lain.

Dia ajak aku keluar, rupa rupa terus ajak balik kl. Katanya dia tak mau jadik derhaka jika tinggikan suara tapi dia pun dah tak tahan katanya, so keluar n balik lagi baik dari bergaduh mulut ngan mak dia. Actually aku pun rasa dah separas hidung. Paling aku sakit hati bile aku dikaitkan dengan semua hal yang mana aku tak berkenaan n ayat dia menuduh aku mempengaruhi laki aku tuh memang takleh terima. Setakat cakap belakang aku tak heran. Tapi nih depan depan bermakna dia langsung tak hormatkan aku as menantu dia. So hati aku jadi keras cam batu dah. Aku cakap ngan suami aku takkan jejak dah rumah dia. Suami aku just diam. Baru ni diorang berbaik dah. Melalui telefonlah. Dia yang call laki aku. Cerita pasal hal kampung kampung. So maksud dia dia dah okaylah maklumlah cari gaduh ngan laki aku pun buat apa. Dialah sumber kewangan yang utama pun.

Suami aku pun mesti baik ngan mak dia. Nama pun mak kan. Tapi aku cukuplah disini. Ni nak raya macam dilemma gituh. Suami nak balik kampung dia tapi aku katakan pada dia, silakanlah bawak anak anak sekali but not me. I rather stay in hotel near there sambil tunggu suami. Kejamkah aku tapi aku memang takleh nak bertahan dah.

So what do you think? Pendapat uolls camana? Last edited by lostfaith on 1-7-2014 11:11 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 11:25 AM | Show all posts

ko kena faham, org2 tua nie diorg sensitive....hatinyer cepat terluka....walaupun kita rasa dia tak patut terluka pun...mak mentua ko dah pun call dan berbaik2 ngan hubby ko....why not ko pun berbaik2 ngan dia jugak....lagipun takde aper untungnyer ko nak menegakkan ego ko....buat laki ko rasa telan mati mak, luah mati bapak...u think this is good?

anak beranak bergaduh perkara biasa lam dunia nie.....asam garam kehidupan gitu....

mak mentua ko pun dah tua.....hayatnyer mungkin tak lama.....bila terjadi hal tu, jgn ko menyesal plak tak layan dia sebaik2nya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 11:29 AM | Show all posts
midori888 posted on 1-7-2014 11:25 AM
ko kena faham, org2 tua nie diorg sensitive....hatinyer cepat terluka....walaupun kita rasa dia ta ...

Tulah pasal jugak. tapi aku pun manusia. Sensitif jugak. Bertahun tahun aku bertahan, buat selamba jer walaupun selalu patah perkataan menikam dihati. Tak pernah lawan, tak pernah angkat suara. balik jumpa cam biasa.Sekarang,  sampai masa aku rasa cuma kebencian yang ada. Entahlah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:36 AM | Show all posts
bagi isteri yg berjauhan dengan parent, mmg dalam dilema la setiap kali hari raya..cam husband aku, rumah emak dia dekat aje..dlm 12km gitu, berbanding dgn kampung aku kat negeri lain..kalau aku nak balik kg, kadang2 aku balik je..takdelah aku citer pada MIL aku... Last edited by sakurahati on 1-7-2014 11:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:37 AM | Show all posts
Sabarlah,, part of the dugaan berumahtangga, macam mane pon die orang tua, mak kepada suami puan, ayah kepada anak2 puan, moga ade hikmah di sebalik kejadian and jadikan suami puan anak yang berbakti kepada ibu bapanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:42 AM | Show all posts
~ ada yang lupa.... ~


* Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri

* Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu

* Ada ibu bapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibu bapa

* Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri

* Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu dan bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan

*Ada anak perempuan yang lupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibu bapa suami lebih dari ibu bapa kandungnya sendiri


Kopipes Last edited by intriQue on 1-7-2014 11:43 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2014 11:46 AM | Show all posts
heheheh.... agak kejam la jugak... iols ada citer pasal menantu n mentua ni. Member iols ni pnah citer mak dia tak suka kat akak ipar dia. menangis2 xnak. iols rasa kes dia lagi teruk dr puan. iols bahasakan mak dia tu mntua and akak ipar dia menantu ok. mentua ni selalu marah2 menantu bila menantu balik umah mentua. mentua org melaka n duk KL. sudahnya boleh dikatakan every weekend dorang menjenguk. member iols selalu nampak si menantu ni menangis2 kat penjuru ruang sbb sedih kena marah.
Tp dia ckp menantu ni tak putus harap. balik umah mentua, basuh baju, jemur baju, lipat baju, sampai karpet pun dibasuhnya. Dapur toksah citer laa.. mmg tak segan turun dapur menolong. puan nak tau apa citer? sudahnya mak mentua sayang gila kt menantu n segala resepi2 masakan dlm tgn menantu. menantu tu dah jd org kanan mentua. mentua ni org bisnis.
senang ckp mcm ni la...
diibaratkan mcm ni, puan yg menanam padi selama ni, tetiba bila padi masak, ada org nk tumpang tuai sekali, apa yg puan rasa? begitulah kekdahnya anak yg dia jaga selama ni. dibelai, dipakainya lampin, diberi makan senang citer dibaja seeloknya pastu bila dia dah besar, org lain yg merasa untungnya (in fact dia pun merasa jugak). Tp kekdahnya dia kena berkongsi dgn org lain. Puan mungkin akan faham perasaan ni bila anak lelaki puan berkahwin dan sayang perempuan lain lebih daripada sayang puan sendiri.
Sy byk berkongsi pndpt dgn makcik2. Kbykn dorang sgt suka bila menantu ringan tulang n selalu turun dapur. ada sorang makcik tu dia ckp dia syg sgt kat menantu dia wpun menantu dia tu bskandal ngan jantan lain. Tu pun terpaksa anak dia ceraikan n kawin lain. Yg ganti pun x sama dgn menantu dia yg 1st. katanya menantu dia yg 1st tu, sampai umah cari dia dulu n selalu duk dapur ngan dia. selalu picit2kan dia. org tua ni mcm budak2 gak... dorang perlukan perhatian.
Mmg ada mentua yg jahat sbb mereka pun manusia yg boleh dipengaruhi syaitan n iblis. Tp terpulang atas kebijaksanaan kita utk handle. Kalau dia syg puan mcm anak dia sdiri, maka hilanglah rasa jaki dia pada puan. Satu lagi puan, bila tiba birthday suami puan, call la mertua ucapkan terima kasih sbb melahirkan insan yg cukup istimewa dlm hidup puan. Kalau boleh bagi hadiah sebagai tanda terima kasih lagi bagus. Sy rs ini adalah satu cara utk ambik hati dia. sekian pendapat doplosen saya.. mekasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:48 AM | Show all posts
lostfaith posted on 1-7-2014 11:29 AM
Tulah pasal jugak. tapi aku pun manusia. Sensitif jugak. Bertahun tahun aku bertahan, buat selamba ...

hmm....think like this....when time comes....bila anak2 ko dah besar, ko pun akan dpt menantu...ko pun akan dok kat tempat mak mentua ko skrg...think how u will feel kalu berada dlm situasi skrg....

ko kata ko dah bertahan lama...so why not bertahan jer lagi....bukan jadi kudis pun..... Last edited by midori888 on 1-7-2014 11:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada ibu mertua,  tiadalah suami kita tu.

Fikir2 kan lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:57 AM | Show all posts
intriQue posted on 1-7-2014 11:55 AM
Tiada ibu mertua,  tiadalah suami kita tu.

Fikir2 kan lah

.. sukunnnn!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 11:59 AM | Show all posts
balik la nakkk..jgn jd menantu durhaka nakkk
jgn d ikutkan sgt emosi dlm diri kelak membakar body..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:10 PM | Show all posts
kalau ikutkan hati yg marah..
aku pn takkan balik umah mertua.. biar la haih die nak kate ape..
sbb mmg die da fkr buruk pasal ko pn..
betul tak?

tp kalau fikir panjang... sampai bile nak berkeadaan mcm tu..
jadi.. banyakkan bersabar.....
cube la buat derk selagi boleh......

makcik aku salu pesan..
biar org buat kite.. tp jgn kite buat org..
lagi org buat jahat ngn kite.. lagi kite buat baik ngn org tu..
balik la raye umah mertua ko..
bawak balik biskut raya byk2..
beli la telekung ke.. jubah ke... tudung ke tuk mertua ko tu..
biar sejuk sikit hati die...
kalau die still buat perangai die.. abaikan je..
janji ko da buat yg terbaik tuk hubungan korung tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:22 PM | Show all posts
mengalah ler... wat per nak panjangkan cerita... lagi ko xbalik... lagi bernanah hati orang tua... nti isu jadi lagi besar... somi ko jugak yg serba salah nti... kalau pun ko xleh bertahan ngan MIL ko tu... ko pikir ler jugak somi ko tue... nti berantakan ... ko anak beranak jugak yg susah... lagi pun berapa kali sangat dalam setahun ko jumpa dia... bertahan lah yer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 12:25 PM | Show all posts
sakurahati posted on 1-7-2014 11:36 AM
bagi isteri yg berjauhan dengan parent, mmg dalam dilema la setiap kali hari raya..cam husband aku,  ...

i takdelah kisah tempoh beraya sebab biasanyer memang sama lama jer setiap kampung cuma sekarang bilalah dah n hati rasa cam marah benci semua ada, camana nak gi beraya dah. Masa i keluar hati tuh pun i just senyap takde kata apa terus masuk keta jah. walaupun rasa panas jer kat kepala. Sejujurnya daku jenis panas baran, kalaulah dia bukan ibu mentua memang dah makan penampar duk kata kat i yang bukan bukan. Sebab mentua jer, i diam tak jawab apa apa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 12:33 PM | Show all posts
Sagoo posted on 1-7-2014 11:59 AM
balik la nakkk..jgn jd menantu durhaka nakkk
jgn d ikutkan sgt emosi dlm diri kelak membakar  ...


Durhaka? Durhaka lah sangat. Durhaka kalu aku lawan dia, maki hamun dia. Menjawab or pukul dia. Or aku hasut laki aku jgn balik kampung, jgn jumpa mak semua jagan bagi duit. Tapi aku tak buat camtu cuma aku takleh nak berbaik baik berlakon hipo semua dah. So aku tak nak jumpa dia. Biarlah laki n anak anak aku jer jumpa dia.

Aku edit part ini memandangkan bila aku baca pun aku dapat rasa amarah yamg meluap luap. Last edited by lostfaith on 2-7-2014 08:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:41 PM | Show all posts
diam tu bagus u cz sedikit sebanyak blh meredakan keadaan semasa... tingkatkan lg kesabaran.. marah2 org tua klau u pandai bodek insya Allah senang cair nyer tu... nk tnya u penah tak bodek2 dia dan apa plak reaksi dia??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 12:42 PM | Show all posts
As salam...semoga bulan ramadhan ni...menjadikan kita lebih jadi seorg yg penyabar...

selama 10 tahun...TT dapat bersabar dgn MIL....

tapi sikit2 lama jadi bukit...so sakit hati tuh dah makin mengunung....TT cuma manusia biasa....ofcoz akan timbul perasaan marah yg sukar utk dikawal..

MIL pun tak fikir hati dan perasaan org lain...cakap main sedap mulut jek....

sentiasa rasa diri betul.....ramai org yg jenis cam nie.....since dia MIL nak tak nak kena hadap jugak...tak leh la nak balas balik....so sabar je la..

kalau org lain...kawan ke..leh jek putus kawan....tp MIL...takkan nak putus...sedangkan anak dia masih suami TT...takkan nak bercerai..?? not worth kan..

even TT cuma marah kat MIL...tp somi TT tetap anak dia....sure seorg anak tak sanggup nak dengar segala keburukan mak dia...so jgn la sesekali kutuk2 mak dia...

pendapat aku..TT..sila la teruskan bersabar....buat mcm yg TT buat selama 10 tahun lepas...TT dah berjaya selama 10 tahun..kenapa skrg tak boleh pulak..

dan sikit2  tarah la gunung kebencian tuh....tiap2 hari doa la..supaya MIL berubah sikap...semoga Allah jadikan dia hambaNya yg bertaqwa...

di bulan  ramadhan nie....doa masa dekat2 nak berbuka tuh..adalah amat afdal...so beberapa minit sebelum berbuka tuh...TT doa la..byk2...

1) Semoga Allah mengampuni dosa2 TT dan MIL
2) Semoga Allah kikis kebencian dalam hati TT terhadap MIL
3) Semoga Allah memberi hidayah dan kemudahan kepada TT dan MIL untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa...


Ammeeennn..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:44 PM | Show all posts
Bagi aku dia tetap bukan bertaraf ibu pada aku. Cuma ibu pada suami aku. Bukan pada aku. perangai dia sendiripun tak melayakkan dia menjadi ibu pada aku. So datang dari mana durhakanya. dia cuma manusia biasa pada aku

Angkuh sungguh kata2 awak ni tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:46 PM | Show all posts
lostfaith posted on 1-7-2014 12:33 PM
Durhaka? Durhaka lah sangat. Durhaka kalu aku lawan dia, maki hamun dia. Menjawab or pukul dia. Or ...

derhaka ni bukan dgn melawan jer. Tanda derhaka ni boleh dikesan bila ibubapa kol anak tanya khabar. ataupun ibubapa tu tertanya2 tentang khabar anaknya. wallahualam Last edited by rosevelvet on 1-7-2014 12:50 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 12:48 PM | Show all posts
ryshaNur posted on 1-7-2014 12:44 PM
Bagi aku dia tetap bukan bertaraf ibu pada aku. Cuma ibu pada suami aku. Bukan pada aku. perangai di ...

Takde pun angkuh. Betullah dia pun manusia biasa cam kita semua nih. So perlu kita hormati. Cuma nak anggap as mak tuh payahlah bila bukan dia yang melahirkan kita, membesarkan kita malahan tidak pernah menunjukkan kasih sayang pada kita, yang ada cuma perlian n kata tohmahan jer. Camana nak anggap as ibu kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.638956 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list