CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Asas Seni (Tips bagi pemerhati seni)

[Copy link]
 Author| Post time 12-2-2004 08:14 AM | Show all posts
Ruang

Kehadiran ruang dirasai dalam semua hasil seni.  Ia sangat diambil berat oleh artis.  Ruang bukan satu elemen tetapi dicipta oleh elemen2 seni.  Kepentingan ruang adalah terhadap fungsi dan pengetahuan asas bagi implikasi dan kegunaannya.

Ruang Cetek

Ruang yang terhad atau ruang cetek  boleh diibaratkan seperti perasaan yang dialami terhadap sebuah kotak atau pentas yang terhad.  Ruang itu terhad secara menempatkan tepi2 atau dinding2.  


Penggunaan rupa2 dengan warna dan nilai yang padat.  Ketiadaan bayang yang menjadi tradisi catan menghasilkan keseluruhan perasaan yang datar.  Kesan suasana pentas timbul dari ruang yang sempit.

Ruang infinit dan yang dalam.

Hasil karya yang menunjukkan ruang yang dalam tidak menggunakan permukaan datar dalam gambar kecuali sebagai tempat permulaan ruang.  Pemerhati seperti bergerak dalam jarak jauh di lapangan gambar.  Perasaan ruang ini sama seperti melihat keluar tingkap di mana lanskap terbentang tanpa penghujung.


Catan lanskap yang bermatlamatkan ilusi bagi realiti visual, menekankan konsep ruang infinit.  Saiz objek2 yang menyusut dan kesan kabur pada perspektif memberi pemerhati perasaan penglihatan jarak jauh.

Saiz, kedudukan, imej berlapis, detail yang jelas atau kabur, garisan selari yang memusat dan perspektif adalah metod yang boleh menggambarkan tembusan ruang yang dalam.

Setiap abad dalam sejarah seni mempunyai konsep ruang yang tertentu.  Penekanan ruang ini menggambarkan keadaan dasar di mana tamadun yang menghasilkannya. Dalam rekod sejarah penumpuan terhadap asas ruang digunakan dalam bentuk yang berbeza2.

Contohnya, artis zaman renaissance memotong ruang2 alam , mengikut bahagian2 berpandukan  慻eometric system
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2004 03:07 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 12-2-2004 08:12:
salam...

Terima kasih..
Sorrylah kalau menunggu lama sedikit..

Menyebuk di board2 lain..
Kadang2 untuk 'post' sesuatu ikut mood juga..


no problemo...

I'll be right here waiting - Richard Marx
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2004 09:34 AM | Show all posts
Semalam dengar lagu oleh Don Mclean tajuk Vincent...
Teringat pula lukisan Vincent Van Gogh.. Starry Night

Kisah hidupnya memang sedih...
Dia boleh potong cuping telinga dia untuk kirim pada kekasih..
Frust giler la tu..

Nanti saya cari info tentang beliau...dan beri sedikit komen tentang lukisan tu..
(Nak keluar rumah dah ni)

Vincent
(Don Mclean)

Starry, starry night
Paint your palette blue and gray
Look out on a summer's day
With eyes that know the darkness in my soul...
Shadows on the hills
Sketch the trees and the daffodils
Catch the breeze and the winter chills
In colors on the snowy linen land.

Now I understand
What you tried to say, to me
And how you suffered for your sanity
And how you tried to set them free:
They would not listen; they did not know how --
Perhaps they'll listen now.

Starry, starry night
Flaming flowers that brightly blaze
Swirling clouds in violet haze
Reflect in Vincent's eyes of china blue
Colors changing hue
Morning fields of amber grain
Weathered faces lined in pain
Are soothed beneath the artist's loving hand.

Now I understand
What you tried to say, to me
And how you suffered for your sanity
And how you tried to set them free:
They would not listen; they did not know how--
Perhaps they'll listen now.

For they could not love you
But still, your love was true
And when no hope was left inside
On that starry, starry night
You took your life as lovers often do--
But I could've told you, Vincent:
This world was never meant
For one as beautiful as you.

Starry, Starry night
Portraits hung in empty halls
Frameless heads on nameless walls
With eyes that watch the world and can't forget
Like the strangers that you've met
The ragged men in ragged clothes
The silver thorn, a bloody rose
Lie crushed and broken on the virgin snow.

Now I think I know
What you tried to say, to me
And how you suffered for your sanity
And how you tried to set them free:
They would not listen; they're not listening still--
Perhaps they never will.



[ Last edited by  fleurzsa at 6-9-2006 05:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2004 11:04 AM | Show all posts
salam akak, nak tanya, yang lino tu  untuk jalinan apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2004 05:47 AM | Show all posts

Waalaikumsalam

Originally posted by mbhcsf at 8-5-2004 11:04 AM:
salam akak, nak tanya, yang lino tu  untuk jalinan apa?


Cetakan lino ada dalam print making..
Nanti akak kasi info lagi ye...

Jam 7 ni akak nak keluar rumah dah..

Take care..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2004 06:25 PM | Show all posts
Sesiapa Mod yang ada broadband, kalau boleh tolonglah bagi Cik Fluerza kredit, saya susah sikit sebab connection kat sini 33.6, tu pun macam surf internet pakai fax machine... apapun I applaud your effort Fluerza.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2004 06:59 PM | Show all posts
btw marquez, hang digestkan terus topic nie.... sayang kalau terhilang nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2004 09:37 AM | Show all posts
Terima kasih banyak2 mod marquez dan mod Remy...

Dulu ada mod warning nak kasi thumbs down saya dok mengalir air mata...
Sekarang mod puji pun saya dok mengalir air mata gak...
(Cewek betul)

Kembali kepada topik Van Gogh ni... di sini sedikit sejarah hidupnya:

Sebagai seorang pemuda, keinginan Vincent Van Gogh yang terkuat ialah untuk membantu sesama manusia. Sebagai anak kepada seorang paderi, dia sudah tentunya memilih jalan keagamaan, dengan itu pada 1878 dia memohon untuk memasuki sekolah theology tetapi ditolak.

Dia kemudiannya menjadi paderi tidak terlatih dan Van Gogh berjimat makan dan keperluan hidup agar dapat menyimpan wang untuk di berikan kepada orang miskin. Sekiranya dia berjaya sebagai seorang pendakwah, seperti yang dicubainya selama beberapa tahun, dia mungkin boleh melakar dan melukis sebagai hobi tetapi Van Gogh sudah pastinya tidak akan menjadi seorang artis.

Van Gogh percaya bahawa kehidupan adalah tiada berpenghujung. Salah satu lukisan Van Gogh terakhir ialah Ladang Gandum dengan gagak (Wheatfield with Crows). Ia dikatakan menunjukkan perasaan Van Gogh yang ingin bebas seperti burung tetapi terhad oleh langit mendung yang gelap. Serangan sakit sawan dan kekecewaan yang akhirnya mendorong Van Gogh membunuh diri, tidak menjejaskan mutu ataupun jumlah penghasilan hasil seninya.

Walaupun selepas peristiwa di Arles, apabila Van Gogh memotong sebahagian dari telinganya dan cuba memakannya, Van Gogh terus memaksa dirinya melukis, lukisannya terganggu hanya seketika. Setiap kali selepas serang sawan berlalu, Van Gogh menjadi riang seperti biasa, dan mula melukis pandangan mukabumi, potret, potret diri sendiri dan menulis berpuluh-puluh keping surat dengan jelas dan waras.

Meskipun Van Gogh risaukan tentang sawannya, Van Gogh sedar bahawa serangan sawannya itu tidak menjejaskan hasil seninya. Karya seninya bukanlah karya seseorang yang gila. Gaya yang matang, yang berkembang di Arles, menjadi bertambah gemilang dan karya lukisan terakhirnya dilukis dengan menggunakan warna yang terang dan garang.

Pada 27 July 1890, Vincent Van Gogh membunuh dirinya sendiri setelah pulih dari satu serangan penyakit sawan. Selepas diserang penyakit sawan Van Gogh telah keluar berjalan. Selepas beberapa ratus ela dari rumah tumpang dia memasuki satu kawasan ladang gandum, dan menembak dirinya sendiri pada bahagian perutnya.

http://w3.spancity.com/yosri/TokohVincentVanGogh.htm


Vincent Van Gogh

[ Last edited by fleurzsa on 10-5-2004 at 07:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2004 10:10 AM | Show all posts


Pada pandangan saya....

Karya ini dihasilkan ketika Van Gogh berada di puncak kejayaannya.  Karya ini nampak matang walau pun beliau menghasilkan suatu stail baru dalam catan. Stail ini bertentangan dengan gaya catan pada zaman itu....

Pelukis2 zaman ini mendapati warna2 yang digunakan oleh beliau terlalu cerah dan tidak menyenangkan.  Tetapi kini ia diterima sebagai dapat menonjolkan maksudnya dengan jelas dan terlalu cantik dipandang.

Dalam karya ini beliau menggambarkan keadaan suasana malam dengan penuh realistik.  Menggambarkan suatu dunia yang telah diubah, seperti yang kita dapat lihat, ia adalah suatu dunia yang dilihat dari kaca mata seorang ahli agama.

Garis2 bulatan pada karya memberikan gambaran yang agak ngeri.  Tafsiran yang tersirat bagi karya ini agak peribadi dan mendalam.  Van Gogh menggunakan kaedah2 yang tersendiri untuk menghasilkan gambaran khayalannya.

Jelas kelihatan pokok cypress yang banyak terdapat di selatan Perancis.  Keseluruhan catan menggunakan warna kontras, terbahagi kepada 3 ruang.  Bahagian belakang... rakaman angkasa di waktu malam. Bahagian tengah... rakaman sebuah perkampungan.  Bahagian hadapan yang dirakamkan pokok cypress seolah2 terlalu dekat dengan kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2004 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 8-5-2004 11:04 AM:
salam akak, nak tanya, yang lino tu  untuk jalinan apa?


Pagi tadi nak post server slow lak...

Jalinan lino ialah hasil imej yang terdapat pada kepingan lino oleh dakwat lino.  Akak pernah gak buat cetakan lino ni...  ada dalam kotak2 kat stor.  

Cara nak buat cetakan lino ni lebih kurang begini...

1.  Lakaran dibuat di atas kepingan lino. (kepingan lino ni mahal..gunakan papan lapis pun boleh)

2.  Melakukan kerja mengukir mengikut lakaran tu.

3.  Sediakan kepingan kaca, lebih kurang 1 kaki persegi.

4.  Letak sedikit dakwat lino atas kaca.  Campur sikit minyak linsid untuk mencairkan dakwat.

5.  Ratakan dakwat di atas kaca dengan roda pengelek.

6.  Gelekkan roda penggelek yang terlekat pada kepingan lino yang telah siap diukir.

7.  Tekap kertas pada permukaan lino. (gunakan kertas nipis macam kertas mahjong tu.  Kalau guna kertas yang mahal lagi cantik hasilnya)

8.  Gosokkan kertas dengan alat yang licin untuk pastikan semua bahagian kertas terkena dakwat.

9.  Tarikkan kertas tercetak dengan perlahan2.  Walahhhh... dah dapat hasil dengan jalinan yang dicipta..


Roda penggelek ngan pengukir lino.


Karya cetakan lino yang dah siap.


Karya ini guna 2 warna. Yang putih tu warna kertas.


Avatar En. OnEdge ni pun macam lino print

[ Last edited by fleurzsa on 14-5-2004 at 12:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2004 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-5-10 10:10:


Pada pandangan saya....

Karya ini dihasilkan ketika Van Gogh berada di puncak kejayaannya.  Kar ...

teringat masa our first painting project..
we had to do a balinese painting tapi painted it in either Van Gogh style or monochrome
i still have that A4 brief of dat project somewhere in my portfolio..
nostalgic siotsss

nayyyy..i'm not going to put it here..hehehehe


if i'm not mistaken lah..
these kind painting masuk dlm kategori intuitive painting/art..
lahir dari rasa n pengamatan 'semulajadi' individu tanpa ada didikan khas atau asas yang berkaitan dgn arts
biasanya lahir dari those yang dibesarkan dlm persekitaran kampung/ peasant.. n factor ruang lingkup kita dapat lihat jelas dipaparkan dlm pilihan2 subjek/objek painting..

[ Last edited by ninoZ on 10-5-2004 at 08:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2004 11:53 PM | Show all posts

salam aka Fluer.

yg Lino
ni kalau satu color sekolah menagh rendah form 1 saya pernah buat satu color tapi kan bila banyak color saya  fikir keliru lah ssb tak tahu nak buang part mana?
ada satu rakan saya cakap buat lino ni konsep dia mcm kentang ..yer? betul ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2004 10:01 AM | Show all posts

Salam,

Betul la tu... konsepnya macam buat cetakan dari kentang... budak sekolah rendah selalu buat...

Akak tak boleh nak fikir pasal forum hari ni..  he he he he..
besuk nak interview...Adik doakan akak berjaya ye...

[ Last edited by fleurzsa on 12-5-2004 at 09:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2004 08:33 PM | Show all posts

alahamduliullah tahniah semoga berjaya

eh kalau boleh kan akak di samping theory tu boleh kasi contoh tak ttg apa yg you tulis dgn apa yg kita beljaq kat sekolah rendah dulu
like catan- kentang
lino
wood carving..
lepas tu

apa ni kolaj...yg lekat lekat tampal tampal tu...

basic art warna harmony warna  ...tak harmoni ?? warna  dlm roda warna tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2004 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 12-5-2004 08:33 PM:
eh kalau boleh kan akak di samping theory tu boleh kasi contoh tak ttg apa yg you tulis dgn apa yg kita beljaq kat sekolah rendah dulu
like catan- kentang
lino
wood carving..
lepas tu

apa  ...


Sebab kandungan dan gaya karya seni telah diasaskan oleh orang2 barat..
Maka di sini akak ketengahkan cara orang2 barat melihat karya seni.

Kalau kat sekolah akak ajar asas seni cara lain... Ada dua main topic yang penting:

1.  Unsur2 Seni

- Garisan

- Warna

- Jalinan

- Rupa

- Bentuk

- Ruang


2. Prinsip Rekaan

- Harmoni

- Penegasan

- Imbangan

- Kontra

- Pergerakan

- Kepelbagaian

- Kesatuan

Nanti akak kupas lagi topik2 di atas berdasarkan apa yang kita belajar kat sekolah... termasuklah cetakan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2004 11:45 PM | Show all posts
Sungguh malang kerana ramai Pencinta Seni yang terikut-ikut dengan gaya penghayatan Seni Barat tanpa mengenali asas-asas tradisi dan kebudayaan warisan sendiri. Jadilah mereka sebagai pemuja jumud yang terikut-ikut tanpa mengetahui bahawa benda yang di puja itu penuh dengan kesesatan. Van Gogh dianggap sebagi greatmaster tapi rupa dan kehidupannya penuh tercemar dengan noda dan dosa. Apakah seorang yang mulanya sebagai paderi dan kemudiannya keluar dari keyakinannya dan hidup merempat dengan arak dan wanita dipuja sebagai great Artist? Apakah jenis orang ini yang sanggup mengerat telinganya sendiri dan dihadiahkan kepada pelacur serta kemudian sanggup menembak dirinya sendiri? Orang yang sakit jiwa inikah dikatakan sebagai 'Greatmaster of art' dan kemudian diikuti pula oleh pelukis-pelukis kita hari ini?
Pelukis yang jujur dan ikhlas berjuang bukan untuk dikenali tapi menghasilkan sumbangan untuk membina masyarakat yang Indah serta beretika.
Kembalilah kepada akar-akar tradisi dan warisan kebudayaan yang agung dimana banyak evidence hasil-hasilnya yang masih boleh diperolehi hingga hari ini.
"Allah itu Indah, Dia sukakan Keindahan" - al-hadis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2004 01:32 AM | Show all posts
hmm GD, anatara hasil nukilan seni = peribadi ?? ?? great artist?
atau kita patut menumpu pada the product of that poor soul  shj?
which criterion?

menarik jugak  tapi bagu yg obsweerven tentulah tak rugi it's a matter of perception

yep i agree dgn al- hadith tu which sourse dear?? please quote.
lagi satu ..Monet i like him water lilies series..
tapi kalu nak memperkatakan kesempurnaan sejati - absolute prfection then - lihat , observelah surrounding ..that's the art of THE MASTER HIMself....cantik kan..

[ Last edited by mbhcsf on 13-5-2004 at 01:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2004 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-5-2004 11:45 PM:
Sungguh malang kerana ramai Pencinta Seni yang terikut-ikut dengan gaya penghayatan Seni Barat tanpa mengenali asas-asas tradisi dan kebudayaan warisan sendiri. Jadilah mereka sebagai pemuja jumud  ...


Salam,

Baguslah en Gravedigger mempunyai kepekaan terhadap senario perkembangan seni..

Dari segi menghayati karya seni ni kita perlu juga mengetahui latar belakang sesuatu karya itu..
A fact is a fact.... Tak kira la samada karya Barat, India, China, Islam dsb..
Bukan kita bertujuan untuk mengikut cara hidup sesuatu kaum tu...
Rasanya kita yang dah besar panjang.. boleh menilai mana yang baik dan yang buruk... kenapa perlu takut pada bayang2 barat contohnya..

Dalam aliran2 seni Barat, India, China, Islam dsb terdapat faktor2 yang mempengaruhi wujudnya stail atau aliran2 tersebut.

Contohnya...bahan, masa, tradisi, perkembangan politik, cara pemikiran, tujuan berkarya, manupulasi sesuatu institusi dsb.

Di samping itu terdapat juga aspek2 yang tetap dalam sesuatu stail karya tersebut.

Contohnya... dalam seni Islam sesuatu karya itu mestilah tiada figura, tiada peralihan, tiada penghabisan, dematerialisasi dan denaturalisasi.

Kalau ada yang berminat saya boleh terangkan apakah ciri2 karya dalam Islam dan karya tradisional Melayu (karya melayu sekarang byk terikut ngan barat)..
Tapi satu2 la dulu... Asas seni bebudak sekolah tu pun tak habis lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2004 02:05 AM | Show all posts
>>>Contohnya... dalam seni Islam sesuatu karya itu mestilah tiada figura, tiada peralihan, tiada penghabisan, dematerialisasi dan denaturalisasi.

Seniman Islam tidak pernah berkarya untuk disanjung dan dipuja. Manifestasi karya mereka adalah dari jiwa yang ikhlas suci untuk mendekatkan diri kepada Maha Penciptanya. Karya-karya mereka menghasilkan bangunan-bangunan yang terhias dengan keindahan arabesque serta keseimbangan dengan alam, alat-alat kegunaan yang diwarnai dengan keharmonian dengan fungsinya, serta karya-karya kegunaan lain untuk kesejahteraan kehidupan.
Seniman Islam berkarya bukan untuk Seni (art for art sake) tapi adalah untuk merasai kekerdilan mereka berbanding Maha Pencipta Yang Agung. Lahirlah tulisan-tulisan indah puji-pujian terhadap Yang Khalik mengajak ummah bersatu denganNya. Seniman Islam memulakan perjalanan mereka dari buku suci yang memberi panduan serta petunjuk.
Kehadiran seni Barat yang sentiasa berubah aliran sebenarnya untuk mendatangkan kealpaan dan kelalaian kepada ummah. Seni catan tidak pernah ada dalam tradisi seni Islam justeru Barat menganggap bahawa seni inilah yang perlu dikultuskan sebagai bahan pemujaan dan ditempat yang tertinggi. Seni Islam bagi Barat hanya 'applied art' yang statusnya rendah untuk mengasingkan ummah dari kesedaran dan sanjungan kepada Yang Maha Pencipta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2004 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 15-5-2004 02:05 AM:
>>>Contohnya... dalam seni Islam sesuatu karya itu mestilah tiada figura, tiada peralihan, tiada penghabisan, dematerialisasi dan denaturalisasi.
Seniman Islam tidak pernah berkarya  ...


Apa yang en Gravedigger itu adalah benar...
Mungkin encik ada basic knowledge tentang art ni...

Saya tambah sikit pemahaman tentang Seni Islam...

Seni adalah proses pencarian dalam alam semulajadi.  Bukannya meniru alam semulajadi yang sudah tercipta.  

Seni Islam tidak berminat pada sifat manusia tetapi pada kebesaran Illahi.  Oleh itu figura manusia tidak dibincangkan dari segi estetika.

Dalam seni Islam berlaku bentuk baru.  Ia original dan unik. Tiada naturalisma dalam Islam. Tidak boleh melukis objek secara natural atau nyata tetapi boleh dilakukan secara stailisasi.  

Anti Naturalisma di sini bermaksud menolak peniruan alam semulajadi.  Kerana sifat alam  semulajadi itu tidak kekal.  Naturalisma adalah sejenis penipuan yang mengajak manusia menikmati sesuatu yang palsu.

Contohnya: Potret yang menyerupai model asal itu sebenarnya adalah salinan yang boleh mengelirukan.

Seniman haruslah mencungkil essence (intipati) di dalam nature lantas memberikan bentuk kepada essence tersebut.  Cara memberi bentuk ialah dengan menstailisasikan alam benda.

Oleh itu seniman cenderung mencipta seni baru secara stailisasi.  berlaku pemiuhan dalam imej iaitu hilang sifat asal dan sukar untuk dikenali.  Contohnya, dalam arabes di mana flora digabungkan dengan geometri. Ini menerangkan mengapa karya seni Islam adalah abstrak.

Arabes adalah corak yang tidak terbatas.  Iaitu pengulangan tanpa kesudahan.

Seni Islam menginsafi peranan tauhid.  Tauhid memastikan 2 kedudukan iaitu Allah diatas dan manusia di bawah.  Memisahkan kedudukan Tuhan daripada manusia.

Seniman Islam itu adalah alat kepada Ketuhanan.  Dicipta oleh Allah.  Mengabdikan kepada Allah.  Tidak menjadi alat untuk diri dan tujuan sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.408338 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list