CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Asas Seni (Tips bagi pemerhati seni)

[Copy link]
 Author| Post time 30-9-2005 05:30 PM | Show all posts

Bahasa Seni Visual

oleh Mat Desa bin Mat Rodzi

Sifat Garisan

1.        lembut
2.        kasar
3.        berserabut
4.        tajam
5.        menggerutu
6.        licin
7.        kesat
8.        lurus
9.        berduri
10.        rapuh
11.        tegas



Jenis Garisan

Antara jenis garisan yang sering digunakan dalam lukisan adalah seperti:
1.        horizontal
2.        vertical
3.        diagonal
4.        straight/ruled
5.        curved
6.        bent
7.        angular
8.        thin
9.        thick/wide
10.        interrupted (dotted, broken, dashed)
11.        blurred/fuzzy
12.        controlled
13.        freehand
14.        parallel
15.        hatching
16.        spiraling



Gandingan sifat dan jenis garisan akan digunakan bagi tujuan melukis sesuatu objek, sama ada objek alam, buatan manusia, fenomena atau imaginasi. Setiap pilihan garisan dalam melukis disandarkan kepada fungsi garisan itu sendiri. Ada yang berfungsi sebagai menimbulkan rupa awal, menggubah bentuk, merangka struktur tertentu, mewujudkan ruang, menghasilkan jalinan, mengolah motif/rekacorak, menimbulkan ton/nilai dan sebagainya.

[ Last edited by fleurzsa at 30-9-2005 06:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2005 05:30 PM | Show all posts
Kualiti Garisan

Kualiti garisan merujuk kepada setiap karektor garisan yang dihasilkan semasa melukis. Pelukis akan menentukan setiap garisan yang akan dibuat sama ada garisan tegas tanpa banyak variasi, variasi dalam pemberatan seperti pada lukisan kontor, garisan berulang-ulang (semacam pergerakan/ritma)-pergerakan fizikal.

Jelasnya kualiti garisan tidak menggambarkan tenaga gestural yang terhasil dari strok pensel (kekuatan tekanan yang diberi) atau arang atau medium yang lain semasa melukis. Garisan yang dihasilkan melalui lukisan menjadikan kualiti ini sebagai faktor penting dalam menentukan karektor ekspresif kepada imej terutamanya dalam lukisan kontor dan hatching.



[ Last edited by fleurzsa at 30-9-2005 06:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:31 PM | Show all posts
Jalinan/Tekstur (texture)

Pengenalan tentang tektur

Jalinan ialah sifat pemukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan terdapat di permukaan objek alam dan objek buatan manusia seperti pada permukaan batang kayu, kulit siput, permukaan daun, kulit nenas, rumput, permukaan dinding, tikar mengjuang dan sebagainya.

Jenis Jalinan:
Jenis jalinan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Jalinan sebenar (actual Texture), jalinan tiruan (Simulated Texture) dan jalinan rekaan (Invented Texture). Kesemua jenis jalinan ini dapat diklasifikasikan kepada  jalinan sentuh dan jalinan tampak.

Jalinan Sentuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:33 PM | Show all posts
Sifat jalinan:       

Kasar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:33 PM | Show all posts
Warna

Jenis Warna
1.        Additive  
2.        Subtractive

Additive = digunakan pada paparan skrin = campuran warna oleh cahaya (CYMK)
Subtractive = digunakan oleh media cetak campuran warna oleh dakwat (RGB)



Warna harmoni (asas)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:34 PM | Show all posts
Warna kontras = bergantung kepada hue, saturation & value. Simultaneous contrast = merujuk kepada pengaruh visual satu warna kepada warna yang lain bila digandingkan bersebelahan atau beretentangan antara satu sama lain.

hsv  contrast = semua warna dalam petak tengah (satu warna), dibandingkan dengan dengan warna latar menampakkan perbezaan persepsi. Perbezaan sama ada warna pada petak lebih terang atau lebih gelap



[ Last edited by fleurzsa at 30-9-2005 06:35 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2005 05:34 PM | Show all posts
Sifat fizikal warna seperti :

Warna (Hue)
Nilai (value)
Kekuatan (Intensity/Saturation)

        Interval dan Warna seperti:
Warna keluarga
ˉ        (Analogous Colors)
ˉ        Komplimentari
ˉ        Split
ˉ        Triad
ˉ        Tetrad

Suhu Warna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:35 PM | Show all posts
Rupa

Lanjutan mengenai titik dan menjadi garisan yang bersambung sehingga menghasilkan rupa digandingkan dengan kefahaman berkaitan prinsip menggubah yang turut mementingkan ruang. Pada peringkat awal kefahaman mengenai rupa mungkin menggunakan garisan luar yang mudah untuk menggubah sesuatu gambaran.



Contoh bagaimana motif dalam tekstil dibuat dan digubah. Kemudian boleh ditingkatkan kepada analisis yang lebih rumit dan mendalam. Rupa dalam catan 2 dimensi umpamanya, akan membawa pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai rupa geometri dan rupa organik. Bila memperjelaskan mengenai rupa beberapa perkara yang berkaitan dengan rupa akan turut dibincangkan bersama pelajar.

Antaranya mungkin rupa sebenar (actual shape), rupa geometric (biasanya yang bersangkutan geometri, mudah), rupa organik, dekoratif (permukaan datar dihias), satah (plane), perspektif, implied shape (rupa yang dihasilkan melalui hubungan psikologi antara titik, garisan, yang tidak wujud secara fizikal (gestalt).

Dalam konteks berkarya, semua unsur seni termasuk rupa digubah bersama unsur lain bagi menyesaikan masalah ruang dan isu. Isu yang diberi penekanan, bagaimana unsur seni (dalam konteks ini rupa), dapat dihubungkan dengan struktur, suasana, ekspresi, emosi, perlambangan dan sebagainya. Bagaimana contoh yang ditunjukkan boleh membantu kita memperjelaskan mengenai rupa dan peranan nya.



[ Last edited by fleurzsa at 30-9-2005 06:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2005 05:36 PM | Show all posts
Bentuk

Lanjutan daripada pemahaman mengenai rupa (kebanyakannya 2D,), bentuk boleh di kategorikan kepada beberapa dimensi. Mungkin bentuk dalam 2dimensi, tiga dimensi ataupun pelbagai dimensi.

Bentuk 2 dimensi boleh difokuskan kepada hasil karya seni halus seperti catan, cetakan, fotografi atau reka bentuk grafik statik seperti dalam item-item promosi (cetakan). Bentuk 3 dimensi pula merujuk kepada bentuk yang mempunyai isipadu secara asasnya, yang dapat disentuh dan dirasakan kepadatan (solid) dalam ruang yang diwakilinya.



Dalam konteks ini arca, produk, model yang mempunyai kriteria solid body adalah contoh terbaik untuk memperjelaskan tentang bentuk. Manakala bentuk dalam pelbagai dimensi mungkin boleh diperjelaskan melalui media baru dan persembahan yang menggunakan teknologi komputer dan digital. Persembahan animasi yang menggunakan pelbagai perisian grafik berupaya menghasilkan bentuk-bentuk yang canggih dan tanpa melunturkan nilai estetik dan etik. Bentuk yang dihasilkan kebanyakannya memasukkan ciri kemanusiaan bagi menyampaikan mesej.



Ilusi-ilusi rupa 2 dimensi dan 3 dimensi digandingkan bagi menghasilkan equivocal space yang turut mempengaruhi ilusi optikal (optical illusion). Kesan yang boleh dibina melalui perisian tertentu, menggabungkan beberapa unsure seni dengan prinsip rekaanm menghasilkan bentuk-bentuk gabungan 2 dimensi, tiga dimensi dan dimensi baru seperti suatu ilusi maya.

Bentuk-bentuk ilusi dan maya ini boleh juga dijadikan bahan grafik statik yang menunjukkan sekuen atau frame penceritaan sesuatu persembahan. Dengan ini bentuk pelbagai dimensi juga boleh diterjemahkan untuk penerangan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi.



[ Last edited by fleurzsa at 30-9-2005 06:40 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 30-9-2005 06:16 PM | Show all posts
tq
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 08:05 PM | Show all posts
cik fleurzsa, nk tnya sket.
kalo belajar lukisan scr formal ni kan, byk ke subjek yg melibatkan teori?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2005 01:03 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 30-9-2005 08:05 PM
cik fleurzsa, nk tnya sket.
kalo belajar lukisan scr formal ni kan, byk ke subjek yg melibatkan teori?


Yg melibatkan teori biasanya....

-  Asas Seni Reka
- Sejarah Seni
- Tokoh Seni

Kira tak byk la..... amali atau penghasilan karya lagi byk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 03:32 AM | Show all posts
Fleurzsa,

Ada x contoh hasil seni artis yg dlm 2 mood berbeza:

1)menghasilkan seni semasa dlm mood MARAH

2)menghasilkan seni dlm mood TENANG

Saja kero nak tau, kalau ada laa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2005 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by Kero_kero at 2-10-2005 03:32 AM
Fleurzsa,
Ada x contoh hasil seni artis yg dlm 2 mood berbeza:
1)menghasilkan seni semasa dlm mood MARAH
2)menghasilkan seni dlm mood TENANG
Saja kero nak tau, kalau ada laa..


Hasil Karya Dato Ibrahim Hussein

1)menghasilkan seni semasa dlm mood MARAH

Kekecohan- Tumult

2)menghasilkan seni dlm mood TENANG

Manja

[ Last edited by fleurzsa at 3-10-2005 12:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 02:33 PM | Show all posts
Fleurzsa,

Thanx for the info.
Ni nak tanya sikit.

- Adakah perasaan marah seseorang itu semasa menghasilkan seni mempengaruhi kualiti kerjanya?

- Adakah seni yg dihasilkan lebih kreatif apabila dlm mood marah?

Adalah kebiasaan bg org yg melukisan dlm keadaan tenang. Tp apabila menghasilkan seni dlm situasi berkecamuk & perasaan marah, itu bg saya sesuatu yg lebih menarik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2005 01:50 AM | Show all posts
Originally posted by Kero_kero at 3-10-2005 02:33 PM
Fleurzsa,
Thanx for the info.
Ni nak tanya sikit.
- Adakah perasaan marah seseorang itu semasa menghasilkan seni mempengaruhi kualiti kerjanya?
- Adakah seni yg dihasilkan lebih kreatif ...


Pd pandangan I berdasarkan pengalaman bersama artis terkenal negara.

- Adakah perasaan marah seseorang itu semasa menghasilkan seni mempengaruhi kualiti kerjanya?

Yup perasan marah memang mempengaruhi proses kerja.  Seorg artis cetakan berkurung di dlm studionya berhari2 semata2 utk mendpt ketenangan dan kualiti berkarya.

Ramai artis2 suka menyendiri utk lebih mendpt mood yg relax dan sesuai dlm berkarya.

Tukang seni kraf tradisional memang memerlukan ketenangan dlm menghasilkan kraf mereka.  Sekiranya terdpt perasaan marah maka hasil kerja kurang bermutu dan kasar.

- Adakah seni yg dihasilkan lebih kreatif apabila dlm mood marah?

I rasa utk karya2 seni yg bersifat halus memerlukan ketenangan.  Mood marah mungkin lebih condong kpd karya2 berbentuk kasar atau abstrak.

Kreativiti adalah bersifat subjektif.  Terdpt artis yg lebih kreatif semasa mood marah atau panas dan terdapat pula sebaliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


McdCPc This user has been deleted
Post time 10-10-2005 07:08 AM | Show all posts
fluerzsa,
Bleh tanya...u keje aper? Org seni..? menarik penerangan u..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2005 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by McdCPc at 10-10-2005 07:08 AM
fluerzsa,
Bleh tanya...u keje aper? Org seni..? menarik penerangan u..


Tahun lepas I kerja sbg guru.  Sekarang I sambung belajar dlm Pend Seni secara full time.  Actually I bukan la seorg artis tetapi I mempunyai pengetahuan yg mendlm dlm bidang seni.

Harap mendpt penjelasan. Thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2006 08:49 PM | Show all posts

ASAS SENI REKABENTUK

Berasaskan kepada ~ asas senireka:-

                - elemen-elemen seni
                - prinsip-prinsip seni

- digunakan apabila membuat olahan dalam rekabentuk berasaskan 揜UPA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2006 08:50 PM | Show all posts

perceraian





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.646508 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list