View: 2390|Reply: 13
|
[Jenayah]
Saman Mat Rempit Tegar - Ops Bersepadu
[Copy link]
|
|
Mat rempit digempur
Gambar hiasan
SERI ISKANDAR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah mengeluarkan 64 saman bagi pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu Khas cegah mat rempit di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Bota Kanan ketika Ops Bersepadu Khas, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, seramai 60 penunggang dan 50 motosikal diperiksa ketika operasi yang bermula pada jam 10 malam itu.
Menurutnya, enam pelajar sekolah yang masih di bawah umur turut diperiksa dan 64 saman iaitu tujuh saman daripada polis dan 57 lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, bagaimanapun pemeriksaan urin yang dijalankan ke atas 18 penunggang motosikal, negatif dadah.
“Saman-saman ini dikeluarkan kerana penunggang motosikal melakukan pelbagai kesalahan termasuklah tidak ada lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan lain,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 19 notis turut dikeluarkan kepada penunggang motosikal kerana kesalahan mengubahsuai motosikal.
Katanya, kesemua penunggang terlibat diarahkan oleh JPJ untuk membuat pemeriksaan semula motosikal milik mereka.
“Ini adalah satu kesalahan kerana boleh mengundang pelbagai risiko yang membahayakan pengguna,” katanya.
Mohamad Fakri berkata, Ops Bersepadu Khas itu dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk sukarelawan polis, JPJ, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Katanya, tujuannya adalah untuk mengekang gejala mat rempit dalam kalangan pelajar sekolah apabila perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa bertindak daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah turut memberikan kerjasama.
“Kita sedia maklum di daerah ini terdapat beberapa lokasi tertentu yang menjadi laluan mat rempit dan perkara diambil perhatian serius oleh pihak kami,” katanya.
Beliau berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.
“Masyarakat terutama ibu bapa diharapkan dapat memberikan kerjasama dengan tidak membenarkan anak-anak di bawah umur ataupun tidak ada lesen memandu kenderaan tidak kiralah motosikal ataupun kereta.
“Kita juga memerlukan sokongan masyarakat setempat dalam menangani isu ini supaya perancangan untuk membanteras gejala tidak sihat ini dapat berjalan lancar,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut..kene lebih tegas lagi biar mat rempit ni dengor kata sket..nyusahkan org je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya moto.....bila la nak dilelong ye... |
|
|
|
|
|
|
|
buat operasi lebih kerap..baru la mat rempit tu reti bahasa sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Hapuskan rempit |
|
|
|
|
|
|
|
org tarawikh 20 rakaat kt mesjid
dia merempit 20 kali tawaf jln tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
eloknya dorang ni disebat je dalam jel bia pecah buntut tu xboleh naik moto dah |
|
|
|
|
|
|
|
saman jangan tak saman orang yang merempit tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sigila posted on 3-7-2014 11:35 PM
Hapuskan rempit
Hapuskan saje mat rempit dan bukannya peminta sedekah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 3-7-2014 11:40 PM
org tarawikh 20 rakaat kt mesjid
dia merempit 20 kali tawaf jln tu..
Jalan straight tu...
Eloknya korner baring masuk masjid Sultan Yussuf tu terus |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya DO boleh pencen dengan senyum lebar dan berlapang dada...
Dia yang beria nak operasi bersepadu ni |
|
|
|
|
|
|
|
cari lah kerja yang elok sikit bulan pose ni wei..
|
|
|
|
|
|
|
|
rempit menyusahkn org. rempit dan melayu xdpt dipisahkan |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa ramai rempit? sbb habuan cantek...minah rempit free klau menang |
|
|
|
|
|
|
| |
|