CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4245|Reply: 22

[Tempatan] DBKL Sita 18 Gerai,Tahan 32 Warga Asing Berniaga

[Copy link]
Post time 6-7-2014 02:03 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Kuala Lumpur: Operasi Bazar Aidilfitri dan peniaga warga asing atau Ops Tegas kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertukar kecoh apabila peniaga marah sebaik gerai miliknya disita anggota penguat kuasa.
[size=0.9em]Bagaimanapun, insiden hampir 15 minit itu dileraikan dan satu perbincangan dilakukan antara kedua-dua pihak yang memutuskan agar notis amaran dikeluarkan sebelum satu pemeriksaan susulan dilakukan selepas ini.

[size=0.9em]Penguasa Jabatan Penguatkuasa DBKL, Mohd Heriyadi Mohd Noor berkata, kejadian itu berpunca salah faham peniaga di bazar Jalan Chow Kit yang membuka khemah jualan atas jalan raya sedangkan syarat lesen melarang mereka berbuat demikian.

"Mereka mendakwa penganjur tidak memberitahu perkara itu malah sehingga kini lesen bazar juga masih belum diperoleh meskipun sudah menjalankan perniagaan sejak 29 Jun lalu," katanya.
[size=0.9em]
Oleh itu, Mohd Heryadi berkata pihaknya meminta penganjur iaitu Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera buat pemeriksaan dan menyemak semula syarat yang ditetapkan dalam lesen.
[size=0.9em]
Operasi di Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang itu bermula 8 malam dan berakhir tengah malam tadi, menyita 18 gerai dan khemah tanpa lesen serta menahan 32 warga asing disyaki menjalankan perniagaan dan bekerja tanpa dokumen sah.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05



Read here:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 02:06 AM | Show all posts
mmg penuh  gerai terpacak kiri kanan jalan kt chow kit neh.. gler babas nyer jammed...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:15 AM | Show all posts
skymania posted on 6-7-2014 02:06 AM
mmg penuh  gerai terpacak kiri kanan jalan kt chow kit neh.. gler babas nyer jammed...

ada tikus besar lintas masa kaka naik kete lalu sana. pk babi hutan? rupanye tikus gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:32 AM | Show all posts
every year gini
mmg chow kit mostly bukan org tempatan
sesak..

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 02:34 AM | Show all posts
sita aje la...sewa sampai ribu riban..

semua mau untung atas angin..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 02:36 AM | Show all posts
Agak2 berapa derang bayar sewa gerai kat situ kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2014 03:34 AM | Show all posts
Mereka mendakwa penganjur tidak memberitahu perkara itu malah sehingga kini lesen bazar juga masih belum diperoleh meskipun sudah menjalankan perniagaan sejak 29 Jun lalu," katanya.

Oleh itu, Mohd Heryadi berkata pihaknya meminta penganjur iaitu Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera buat pemeriksaan dan menyemak semula syarat yang ditetapkan dalam lesen.

Soklan:
1. Betul ker lesen bazaar masih belum diperoleh oleh peniaga tersebut?
2. Macamana dengan peniaga yang tapaknya tidak diganggu penguasa?
3. Soal takde petak dan lokasi berniaga takkan timbul jika benar-benar ada lesen. Tapi pasaipa pacak khemah atas jalanraya?

Lagi mau gadoh dengan penguasa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 03:36 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 6-7-2014 02:36 AM
Agak2 berapa derang bayar sewa gerai kat situ kan

Campor tolak 3-4 kali tukar tukar tangan mau cecah riban-riban.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2014 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor posted on 5-7-2014 07:36 PM
Campor tolak 3-4 kali tukar tukar tangan mau cecah riban-riban.

And I assume untung pun mesti lah berlipat kali ganda kan..dan pendatang2 tu wud be orang2 acheh.macamana derang boleh afford untuk sewa semahal tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 6-7-2014 03:46 AM
And I assume untung pun mesti lah berlipat kali ganda kan..dan pendatang2 tu wud be orang2 acheh.m ...

Acheh tak tau jual baju..

Jamu dgn runcit dorang power..

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 03:56 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 6-7-2014 03:34 AM
Soklan:
1. Betul ker lesen bazaar masih belum diperoleh oleh peniaga tersebut?
2. Macamana deng ...

tah. kalau aku, terang2 aku dah tau aku salah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:00 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 6-7-2014 03:46 AM
And I assume untung pun mesti lah berlipat kali ganda kan..dan pendatang2 tu wud be orang2 acheh.m ...

Kalau tengok gaya dorang ni meniaga atas jalanraya tu seolah-olah dorang ada berurusan (dan buat bayaran) lesen meniaga pada individu tertentu. Hujung-hujung tapak meniaganya duduk dilokasi yang tidak sepatutnya.
Kalau betul ada lesen meniaga, soal salah tapak dan tempat berniaga takkan timbul.

Jadi, samada wujud individu yg amik kesempatan ke atas peniaga (warga asing) ni atau,
memang peniaga ni cakap aje lebih ada lesen apa semua walhal habuk pun tarak.




Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:06 AM | Show all posts
nurul_akmar posted on 6-7-2014 03:56 AM
tah. kalau aku, terang2 aku dah tau aku salah

Tapi pada peniaga warga asing, itu adalah perkara biasa.

Kalu yang kecoh2 kat penguasa tu memang benar2 peniaga ada lesen sah bagai, yang dorang pi bertekak dengan penguasa dbkl buat apa?

Patutnya dorang pi hamput Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera tu haa. Hantam dorang kaw-kaw.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
lavasahur posted on 5-7-2014 07:52 PM
Acheh tak tau jual baju..

Jamu dgn runcit dorang power..

Aah padahal kadang modal kecik.curious gak nak tau macamana derang sustain kedai runcit derang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:34 AM | Show all posts
Peniaga yang bertekak dengan dbkl tu bukan orang asing.

Cuma operasi kali ini ada buat tangkapan orang asing di tempat berlainan saja
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 09:00 AM | Show all posts
Oleh itu, Mohd Heryadi berkata pihaknya meminta penganjur iaitu Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera buat pemeriksaan dan menyemak semula syarat yang ditetapkan dalam lesen.
Persatuan Melayu ..Bumiputra ....benda nie banyak ....???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 09:01 AM | Show all posts
chaintea posted on 6-7-2014 02:32 AM
every year gini
mmg chow kit mostly bukan org tempatan
sesak..

yg bcakap tu semua slang indon.. ak pun terfikir2 mne peniaga tempatan??
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka sgt park khemah atas jln raya...mane xjammed gila babas kt situ...:@
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 11:28 AM | Show all posts
perghh klau bulan pose cengini.. nak masuk town kena guna moto... even semalam beli kain pasag tuk baju raya naik moto pun nak jem .. dah.. huhuuhuhhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru blk dr kg baru..pastu ikut jln raja bot bagai nk elak jem...lalu lah blakang2 chowkit sempadan kg baru tu..dh jd pekan indon aku tgklah.. berderet stall urut tradisional. Kedai jamu. Warong makan kecik tepi longkang. Sume situ org indon belaka. Aku plak rs dh x mcm kat kl dahh ! Smp susur ke jln batu kat monorel tu byk betul bazar indon..adoi lah..pacak free ke sewa atas angin eh?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.138186 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list