CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

[Contest] Cerpen: Aku, Ramadhan dan Syawal (TAMAT)

[Copy link]
Post time 7-7-2014 12:42 PM | Show all posts
Ipo posted on 7-7-2014 12:32 PM
SHAFIQ ketawa mengekek bila mendengar  Emi menjerit begitu.  Dia masih terhendap-hendap di sebalik l ...

Ya Allah... jahatnya shafiq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2014 01:54 PM | Show all posts
MALANG



EMI hempas tubuhnya ke atas sofa. Selepas membasuh kaki tadi, dia basuh pula kasut yang sudah terkena tahi lembu. Mulutnya tidak henti-henti membebel. Geramnya pada Shfiq makin meluap-luap. Ingatkan bulan puasa yang mulia ni, bolehlah dia berbaik dan bermaafan dengan lelaki itu. yalah. dahi lelaki itu sudah terkena balingan batunya malam tadi.

"Huh, kalau aku tahu perangai setan dia macam tu, aku tak hingin nak berbaik dengan dia!" Emi sandar kepala di sofa.

Kak Yati senyum melihat Emi yang sudah tersandar di sofa dengan baju sukan dan seluar sukan. Agaknya baru lepas berjoging tadi. Memang Emi rajin beriadhah pagi minggu. Perlahan dia melabuhkan punggung sebelah Emi.

"Kenapa ni? Masam macam cuka nipah ni?" Usik kak Yati.

"Tak ada lah kak..geram ni. Ingatkan nak minta maaf pada Shafiq tapi tak jadi." Emi muncung.

"Kenapa pulak tak jadi?"

"Kasut Emi dah kena tahi lembu. Emi rasa itu semua kerja dia!" Emi mencebik.

"Laa..ala..dia nak bergurau je tu. Sudahlah. Bahan-bahan buat kuih dah ada semuanya?" Tanya Kak Yati, cuba alih topik bila melihat riak Emi sudah berubah.

"Ada..semua dah ada." Emi mula senyum.

"Emm..baguslah. Nanti akak tolong Emi ok? Alin, Nor dan Shidah pun rasanya nak tolong jugak tu." Kak Yati senyum. Lega melihat Emi sudah mula tersenyum.

"Oh ya ke kak? Terima kasihlah banyak-banyak. Nanti Emi buat kuih lebih. Kita berbuka bersama ya." Emi mula bingkas bangun. Dia segera ke bilik air untuk mandi.



USAI mandi, Emi dan rakan serumah mula menyediakan kuih untuk dijual di bazar ramadhan nanti. Kali ini kuih ditambah dengan lima jenis lagi kuih. Itupun Emi ambil resepi dari internet. Dia cukup berpuas hati dengan hasil pagi itu.

"Emi, aku dengar  kau baling batu pada Shafiq, betul ke?" Shidah mula bertanya.

"Ha'ah..aku tak sengaja. Masa tu sebenarnya aku nak baling kat penyangak tapi terkena dia pulak." Emi menutur selamba. Kali ini tiada rasa simpati lagi pada Shafiq. Kejadian pagi tadi yang membuat hatinya membuak marah. Ditahan saja...

"Penyangak?" Alin dan Nor serentak bertanya.

"Ya, aku nampak dia perasap kemenyan. Lepas tu, pergi ke tapak gerai kak Eton. Pelik la.." Emi mula berkerut kening. Sampai saat ini dia masih tidak mengerti apa sebenarnya yang dilakukan oleh lelaki itu. Dia pula terlupa bertanya pada Shafiq dan Halim pasal lelaki itu yang dilihat sudah ditangkap pada malam itu.

"Entah-entah..dia nak sihir gerai kak Eton tak?" Shidah pula meneka.

"ish! Mana ada sihir-sihir bulan puasa ni Shidah!" Kak Yati menyampuk.

"Mana tahu kan..dah tadi Emi cakap dia nampak lelaki tu ada tanam benda kat situ." Shidah jeling Emi.

"Hmmm...mungkin juga. Aneh kelakuan lelaki tu." Emi mengusap dagu. Masih berfikir.

"Bukan ke kerja sihir tu..melibatkan jin dan setan?" Alin pula mencelah lagi.

"ish! Bulan puasa kan setan dibelenggu! Entah-entah tu kerja setan kepala hitam!" Nor menjawab sambil menggeleng.

Emi masih diam. Dia perlu tanya pasal tu pada Shafiq atau Halim. Kalau betul tekaan Shidah tadi, kesian nanti pada kak Eton. Sudahlah dia juga menumpang gerai nasi lemak kak Eton tu.

"Aku ingat..aku nak tanya Shafiq. Dia yang tangkap penyangak tu malam tadi." Emi senyum.

"Eloklah tu Emi. Kita jangan main serkap jarang je. Ni bulan puasa ni. Silap hari bulan langsung tak ada pahala nanti! Penat je berlapar dan dahaga." Kak Yati setuju dengan kata-kata Emi.


PETANG itu, seperti biasa Emi menyusun bekas kuihnya di atas gerai kak Eton. Nasi lemak kak Eton juga disusun kemas dan menarik mata memandang. Nama-nama kuih diletak pada setiap bekas kuih. Emi mula memanggil pelanggan membeli kuih dan nasi lemak di gerai mereka.

"Kak..kenapa ni? Akak tak sihat ke?" Emi pandang kak Eton yang sudah memicit dahi.

"Entahlah...dari malam tadi, akak rasa pening. Nasi lemak ni sempat buat sikit je." Kak Eton memicit-micit dahinya.

"Tak apa kak. Akak rehat dulu. Biar Emi yang tolong jualkan." Emi menyuruh kak Eton berehat di kerusi di belakang gerai.

Hampir sejam Emi menjual kuih di gerai itu namun kuihnya kali ini hanya laku sikit saja termasuk nasi lemak kak Eton. Dia mula risau. Matanya meliha aneka kuih yang masih banyak di dalam bekas. Emi laung lagi memanggil pelanggan. Dia senyum bila melihat seorang pakcik mula menapak ke arah gerainya tetapi langkah pakcik itu terhenti di situ sambil menggaru kepala.

"Hmm..kenapa pakcik tu? Macam tak nampak je gerai aku ni?" Emi lambai-lambai pada pakcik tadi. Pakcik itu dilihat sudah beredar ke gerai lain. Dia mengeluh. Bukan pakcik itu saja, sudah ramai pelanggan yang cuba mendekati gerainya, alih-alih mereka bertukar haluan ke gerai sebelah dan gerai-gerai lain.

Hari itu, hasil jualan kuihnya tidak memberangsangkan. Emi mual mengemas. Jarum jam sudah hampir tujuh petang. Sekejap lagi kak Yati akan datang menolong mengangkut bekas kuih. Sebelum dia beredar dari situ, sempat dia jeling kak Shimah di sebelah. Perempuan itu dilihat sudah tersenyum. Mungkin dia senyum kerana nasi tomatonya habis dijual. Laku bak goreng pisang panas.
Ah...itu rezeki kak Shimah..


SAMPAI di rumah, Emi mengemas pula bekas kuih dan kuih yang tidak habis dijual. Tadi kak Yati menyuruhnya sedekah pada jiran sebelah menyebelah tapi dia tidak tergamak berbuat begitu. Yalah..baki macam tu baharu nak sedekah. Sepatutnya masa kuih baru masak tadi. Itu yang sebaiknya walaupun dia tahu sedekah di bulan puasa banyak pahalanya. Malam tadi, selepas solat terawih empat rakaat, ada sedikit tazkirah oleh imam. Amalan bersedekah yang paling afdhal di sisi Allah s.w.t ialah ketika bulan Ramadhan. Hadis nabi dari Ibnu Abbas, berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedemerwannya pada bulan ramadhan ketika Jibril menemuinya.Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus al Quran (dengan nabi SAW). Sungguh Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam meberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.(Hadis Bukhari dan Muslim).

Emi tidak pernah lupa mengenai itu. Kuih yang masih banyak itu diperhatikan seketika.

"Assalamualaikum.."

Emi berpaling. Shafiq sudah tersenyum di tepi pagar.

"Wa'alaikumussalam..nak apa?" Lemah Emi menjawab.

"Banyak lebih kuih? Tak laku ke?" Shafiq intai bekas kuih di tangan Emi.

"Hmm..nampaknya macam tulah. Kak Eton pulak sakit hari ni." laju saja Emi bercerita. Mengharap simpati Shafiq.

"Emm..pelik. Aku rasa ada yang tak kena. Kan malam tadi, lelaki tu ada letak sesuatu kat gerai kak Eton tu." Shafiq turut bingung.

"Entahlah..tak baik tuduh orang. Anggaplah hari ni tak ada rezeki.." Emi sedikit mengeluh tapi dia cepat-cepat senyum.

"Err..tak nak sedekah ke kuih tu sikit kat aku?"Shafiq sengih.

Emi jeling. Dia tidak jadi nak marah. Satu bekas kuih dihulur kepada Shafiq untuk berbuka nanti.

"Terima kasih...sayang awak.." Shafiq kenyit mata. Dia segera masuk ke rumah.

Emi terkedu di tepi pagar. Mukanya sudah kemerahan. Mimpi apa Shafiq berkata macam tu? Ah! Wake up Emi!! Pipinya ditepuk berkali-kali. Dia melangkah lemah ke rumah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 02:10 PM | Show all posts
MALAM itu usai solat maghrib, Emi hanya baring di bilik. Kepalanya terasa berat sangat bagai dihempap batu. Terasa berpusing-pusing. Dahinya dipicit-picit. Tadi, kak Yati sudah memberinya ubat sebelum ke masjid bersama rakan serumah yang lain. Tinggallah dia seorang diri di rumah. Emi gagahkan diri untuk bangun solat isyak walaupun kepalanya masih pening dan berpinar-pinar.

"Ya Allah..aku salah makan ke apa ni?" Emi picit dahinya. Kepalanya terasa semakin berdenyut ketika sujud tadi.

Dia melangkah longlai ke dapur bila terasa dahaga. Air kosong dari peti sejuk dituang ke dalam gelas. Dia duduk seketika di meja makan. Air diteguk perlahan. Tangannya masih memicit dahi. Emi mendongak melihat jarum jam di dinding. Hampir sepuluh malam. Sekejap lagi orang berterawih akan pulang dari masjid. Air dalam gelas dihabiskan. Perlahan Emi bangun dan menapak ke sinki. Terasa kepalanya semakin berdenyut. Jalannya sudah tidak stabil terasa terhoyong hayang. Gelas di tangan kananya terlepas dari tangan. Jatuh ke lantai marmar, pecah berderai! Emi sudah berpinar matanya. Terjelepuk dia pengsan di atas lantai di ruang dapur.


KAK YATI mula buka pintu. Alin, Nor dan Shidah mengikut dari belakang.

"Senyap je...mana Emi?" Kak Yati kunci pintu bila semua sudah menapak masuk ke dalam rumah.

Alin, Nor dan Shidah seperti biasa akan lepak di ruang tamu dulu sebelum ke bilik masing-masing. Kak Yati pula terus ke bilik. Sempat dia jenguk bilik Emi yang pintunya sedikit terbuka.

"Hmm..tidur agaknya tu.." Kak Yati menapak ke biliknya.

"Kak Yatii!!!!"

Langkahnya terhenti. Jeritan kuat dari ruang dapur mengejutkannya. Cepat-cepat dia meluru ke dapur semula. kelihatan Alin, Nor dan Shidah sudah pucat muka dan panik.

"Kenapa ni?" Kak Yati terpinga-pinga.

"Emi kak! Dia pengsan! tu!" Alin tuding ke arah Emi yang sudah terbaring di atas lantai dapur dipangku oleh Shidah.

"Ya Allah Emi!"Meluru Kak Yati mendekati Emi yang sudah berbuih mulutnya.

"Cepat kita bawa dia ke klinik!" Shidah sudah panik. Pertama kali melihat Emi pengsan begitu.

"Tapi kereta akak rosak. Lepas ambik Emi tadi, kereta akak meragam pulak. Macam mana ni?" Kak Yati sudah menggelabah.

Masing-masing sudah buntu. Mereka yang lain hanya ada motorsikal saja. Takkan nak bonceng Emi!

"Tak apa..err..pakaikan tudung kat Emi tu.." kak Yati bergegas keluar dari dapur.

Alin, Nor dan Shidah saling berpandangan. Seketika kemudian, kak Yati mucul bersama Shafiq. Terpaksa meminta tolong Shafiq yang ada kereta satria untuk membawa Emi ke klinik berdekatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 02:29 PM | Show all posts
BALIK dari klinik tadi, Emi masih pengsan dan dibaringkan di atas sofa. Kak Yati pula semakin panik melihat keadaan Emi yang masih tidak sedarkan diri. Menurut doktor tadi, Emi tidak sakit apa-apa. Bingung!

"Macam mana ni kak?" Alin pula bertanya. Dia pandang pula Nor dan Shidah di sebelah yang turut gelisah.

"Entahlah..akak pun tengah bingung ni.." Kak Yati mundar mandir di ruang tamu.

"Err...kak..apa kata panggil ustaz.." Shafiq yang dari tadi diam membisu mula mencelah. Tadi sebaik balik dari klinik, dia terpaksa mendukung lagi sekali Emi dan dibaringkan ke atas sofa.

"Hmm..boleh juga. Ustaz mana?" Kak Yati pandang Shafif yang turut sayu melihat keadaan Emi.

"Nanti saya tanya Halim. Dia kenal seorang ustaz ni. Saya pergi dulu ya kak!" Shafiq mula beredar dari situ.


SEJAM kemudian, Shafiq muncul bersama Halim dan Ustaz Muhammad, pensyarah Halim dalam bidang Usuluddin. Ustaz Muhammad meminta semangkuk air dari kak Yati. Masing-masing hanya mampu melihat Emi diubati ustaz Muahammad tadi. Air yang dibaca ayat al Quran direnjis ke muka Emi.

"Err...Emi..kat mana ni?" Emi mula buka mata. Dia pandang sekeliling. Pandangannya masih kabur.

"Alhamdulillah...dah sedar.." Ustaz Muhammad senyum.

Shafiq juga turut senyum. Emi dilihat sudah mula sedar. Dia pandang pula pada rakan serumah Emi yang lain yang juga turut senyum melihat Emi sudah pulih seperti sediakala.

"Siapa ni?" Emi pandang lelaki berusia yang memakai kupiah dan jubah putih.

"Saya ustaz Muhammad. Anak ni pengsan tadi." Ustaz Muhammad turut senyum.

Emi bangun perlahan. Dia masih mamai dan terpinga-pinga. Seorang demi seorang mereka yang berada di situ dilihat.

"Err..ustaz..tadi saya bermimpi...ada orang nak aniaya gerai kak Eton." Emi bersuara perlahan. Payah menutur.

"Gerai?" Ustaz Muhammad berkerut kening.

"Maksud kau...lelaki malam tu ke?" Shafiq menyampuk.

"Entah la..tapi itu yang saya mimpi.." Emi duduk di sofa. Dia minum air yang dihulur ustaz Muhammad.

"Hmm..pelik..kak Eton pun sakit kepala siang tadi." Emi mula teringat pada kak Eton yang sudah lemah dan tak bermaya.

"Rehatlah. Semua ni kehendak Allah. Kita tak boleh tuduh orang macam tu tambah lagi bulan puasa ni. Lainlah kalau orang tu sendiri yang mengaku.." Ustaz Muhammad mula memberi nasihat sebelum minta diri untuk pulang.

"Emi..nanti aku siasat hal ni. Kau rehatlah ya..jaga kesihatan tau." Sempat Shafiq berpesan pada Emi sebelum turut sama mengikut Ustaz Muhammad keluar menuju ke laman.

Emi hanya angguk. Dia pandang Shafiq yang sudah lenyap dari pandangan.

"Huih! Dah ada orang ambil berat nampak?" usik Shidah.

Alin, Nor dan Kak Yati turut senyum.

Emi hanya tunduk. Di benakkanya dia masih memikirkan kejadian tadi dan mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Memang dia nampak jelas muka kak Shimah dalam mimpinya. Kak Shimah nampak bengis dan marah-marah.



Last edited by Ipo on 7-7-2014 02:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 02:41 PM | Show all posts
mcm ni punya orang pun ada ke... haishh... kesian emi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 03:21 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 7-7-2014 02:41 PM
mcm ni punya orang pun ada ke... haishh... kesian emi...

orang yg xblh tgk org lain senang....




Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2014 03:28 PM | Show all posts
EMI hanya berehat hari ahad itu. Malam tadi dia masih rasa pening dan muntah-muntah walaupun sudah diubati oleh Ustaz Muhammad. Kak Yati menyuruhnya supaya berbuka saja. Tak payah puasa. Emi jeling jam. Sudah hampir tiga petang. Teringat waktu begini dia sudah sibuk menyusun kuih di gerai kak Eton.

"Hmm...entah apa nasib kak Eton.." Emi menopang dagu.

"Buat apa termenung kat sini?"

Emi mendongak. Shidah sudah tersenyum kepadanya. Dia beri ruang kepada Shidah untuk duduk di sebelahnya di bangku tepi rak kasut. Petang macam itu, angin lembut begitu nyaman menyapa pipi. Terasa tenang.

"Bosan la duduk rumah.."

"Ke..kau teringat Shafiq?" Usik Shidah.Tersengih-sengih.

Emi diam seketika. Selama ini dia selalu bergaduh dengan lelaki itu. Hal kecil pun jadi bahan pergaduhan. Paling tidak lupa, tahi lembu yang diletakkan dalam kasut Nike dulu. Dia senyum sendiri. Nyata di sebalik sikap nakal Shafiq, Shafiq juga seorang yang mengambil berat dan lucu.

"Kenapa senyum-senyum ni?"

Emi menoleh. " Aku rasa..aku suka kat dia tu.."

Shidah sudah ketawa mengekek. "Tu la...orang kata, jangan benci sangat kat seseorang tu, nanti bertukar jadi sayang. Tengok, kau pun dah mengaku kan?"

Emi tunduk.  Malu pada Shidah sebenarnya. Entah bila dia mula suka pada Shafiq tapi semua itu terpaksa dilupakan. Malam tadi, mak menghubunginya tentang rombongan merisik pada hari raya kedua nanti.

"Aku dalam dilema la Shidah. Malam tadi, masa aku nak masuk tidur dalam bilik. Mak aku call...dia kata ada orang nak datang merisik aku. Aku tak tahu macam mana nak tolak.." Emi mengeluh.

"Bila dia orang nak datang?"

"Hari raya kedua.." Lemah suara Emi.

"Kau terus terang jelah."

"Senanglah kau cakap. Nak terus terang apanya?" Emi jeling Shidah yang masih ketawakannya.

"Yang kau suka Shafiq! habis cerita!"

"Banyaklah kau punya habis cerita! Cerita aku baru nak mula kau tahu tak." Emi mencebik.

"Eh! Tu! Buah hati kau dah sampai tu!" Shidah tuding ke arah kereta satria Shafiq yang baru memasuki laman rumah. Pintu pagar sentiasa terbuka luas.

Emi jenguk. Memang benar, Shafiq baru balik. Agaknya dari bazar ramadhan la tu. Ada bungkusan plastik di tangan kanan lelaki itu sebaik dia menapak keluar dari perut kereta.

"Kau cakap tu perlahan sikit. Malu aku kalau dia dengar..." Emi cubit lengan Shidah.

"Assalamualaikum.." Shafiq mula beri salam.

"Wa'alaikumussalam.." Emi menjawab selamba. Dia jeling Shidah yang sudah tersengih sumbing sebelahnya.

"Ni..ada sedikit juadah berbuka." Sahfiq hulur bungkusan plastik kepada Emi.

"Terima kasih...err..Shafiq, terima kasih malam tadi awak hantar saya ke klinik.." Emi mula merasa pipinya kemerahan.

"Tak apa..apa guna hidup berjiran kan?" Shafiq sengih.

"Oh ya..tadi masa saya kat bazar ramadhan, kak Shimah meracau-racau! habis disepahkan nasi tomatonya. Orang ramai cuba redakan keadaan. Awak nak tahu...kak Shimah tu, meraung-raung minta maaf. Dia sebut nama awak dan kak Eton." Shafiq mula buka cerita.

Emi terkedu. "Betul ke ni?"

"Ya betul! Halim pun ada sama tadi. Kak Eton pun tak berniaga hari ni."

"Hmm...pelik." Emi tunduk.

"Kak Shimah tu dengki dengan korang kut. Masa saya lalu gerai dia tadi, dia tarik baju saya dan mula meracau. Dia cakap macam-macam. Katak puru kena sula la, najis manusia la.." Shafiq merasa gerun bila teringat kejadian di bazar ramadhan tadi. Nasib baik ada orang tolong meleraikan keadaan.

"Hish! Apa kena mengena benda tu semua?" Shidah pula menyampuk.

"Malam tadi, lepas saya hantar ustaz, ustaz ada beritahu, hari ni orang yang aniaya Emi akan mengaku. Lelaki yang ke tapak gerai malam semalam tulah yang tanam katak puru dan najis tu kat depan gerai kak Eton. Lelaki tu dah mengaku. Dia sendiri pergi ke rumah ustaz pagi tadi. ustaz yang call saya kejap tadi, tanyakan pasal hal kak Shimah tu.." Shafiq geleng.

"Tu la..kalau dah tak ada iman. Bulan puasa pun boleh buat kerja syirik tu." Emi sebak. Kesian kak Eton yang terpaksa menanggung kerugian. Sudahlah kak Eton tu ramai anak.

"Saya minta diri dulu.." Shafiq senyum dan mula masuk ke rumahnya.

Emi dan Shidah hanya memerhati Shafiq masuk ke rumah.

"Tak sangka ya..kakak tu sanggup upah orang aniaya kak Eton. Dengan kau kau sekali kena!" Shidah geleng.

"Entahlah..syukurlah aku tak kena teruk..." Emi meraup muka.

"Tapi aku heran..kan syaitan dah diikat bulan puasa ni. Macam mana sihir dia tu menjadi?" Shidah garu kepala.

"Akak pernah baca...bulan puasa pun sihir boleh jadi. Tambah lagi gerai-gerai berbumbung ni. Mudah sangat kena sihir. Orang yang hantar sihir tu, lepaskan jin tu semasa dia berada di tapak gerai yang hendak disihir tu." Kak Yati mencelah dari ruang tamu.

Emi dan Shidah serentak menoleh.

"Mana akak tahu semua tu?" Emi berkerut kening.

"Akak baca kat forum cari.." Kak Yati sengih, menampakkan gigi putih sebaris tersusun cantik. Kaca mata ditolak ke atas bila melurut ke pangkal hidung.

"Wah..ada masa ya akak berforum?" Usik Shidah.

"Boleh la. Eh, jomlah masak. dah pukul berapa ni?" Kak Yati ajak Emi dan Shidah memasak juadah berbuka. Jam di dinding sudah hampir empat setengah petang.

"Emi ni dah ada juadah dah kak yati..tu..jiran sebelah kiri yang kasi.." Shidah usik Emi sambil menjeling rumah sebelah.

"Oh...patutlah. Eloklah tu.. akak suka Shafiq tu. Padanlah dengan Emi."

Emi tepuk bahu kak Yati. Mereka bertiga mula ke ruang dapur.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 03:38 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 7-7-2014 03:21 PM
orang yg xblh tgk org lain senang....

itula pasal... teruk betullah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2014 03:39 PM | Show all posts
SYAWAL DATANG LAGI (akhir)



HARI DEMI HARI berlalu. Emi tidak berani lagi berniaga. Dia sudah serik. Kak Eton dilihat masih berniaga di situ. Kak Shimah pula, sudah berpindah ke tempat lain. Sejak kejadian itu, Emi lebih banyak menghabiskan masa dengan menelaah kerana hanya tinggal satu semester sahaja lagi. Selepas itu dia akan tamat pengajian. Di rumah pula, dia akan mengelak dari bertembung dengan Shafiq. Malu pada lelaki itu yang sudah banyak menolongnya. Apa yang berlaku sebelum itu, dia sudah maafkan tetapi hanya dalam hati saja. Ada juga kak Yati mengusiknya dengan Shafiq berkali-kali. Semua itu terpaksa dilupakan. Mak sudah beritahu tentang jejaka yang bakal melamarnya nanti.

Kini tinggal seminggu sahaja lagi hari raya bakal menjelang. Emi dan teman serumah yang lain masih sibuk dengan belajar. Nor, Alin dan Shidah masing-masing sudah menempah tiket untuk pulang ke kampung. Kak Yati pula memandu sendiri pulang beraya di Sungai Udang Melaka. Emi masih termangu sendiri. Ikutkan hati dia ingin pulang dengan bas sahaja tetapi abangnya pula melarang. Abangnya sudah berjanji ingin pulang bersama dua hari sebelum hari raya.

“Apa yang Emi mengelamun tu?” Kak Yati menepuk bahu Emi yang sedang menongkat dagu.

“Tak ada apalah kak…nanti tinggal Emi sorang je kat sini. Nor, Alin dan Shidah lusa dah nak balik. Akak pula balik hari rabu kan?” Emi mula muncung.

“Eh, akak balik hari Khamis la.” Kak Yati senyum.

“Ya ke? Yes!Ada la kawan! Emi ingat, Emi sorang je yang tinggal nanti!” Emi mula senyum.Hatinya sedikit lega bila mendengar kak Yati juga pulang berhari raya pada hari yang sama dengannya.

“Hari ni tak ada kelas ke?” Kak Yati pandang Emi yang asyik menonton tv. Selalunya waktu begitu Emi masih di kampus.

“Tak lah kak…harini kelas Emi sampai tengahari je..” Emi menutur lemah.

“Kenapa lemah je suara ni? Ada masalah ke?”

“Kak…sebenarnya mak Emi ada call. Dia kata raya kedua nanti, ada orang nak datang merisik. Lecehlah kak…” Emi semakin sugul.

“Merisik? Baguslah! Apa yang lecehnya?” Kak Yati sengih.

“Lecehlah…Emi bukan kenal pun siapa lelaki tu..” Emi masih menongkat dagu.

“Merisik je tu..kalau tak suka..tolaklah. Bukannya mereka nak meminang.” Kak Yati mula memberi pandangan.

Emi hanya senyum hambar. Dia merasakan perjalanannya masih jauh. Walaupun berada pada tahun akhir pengajian, cita-citanya perlu dicapai dulu sebelum memikirkan soal kahwin. Dia mula gelisah. Bermacam-macam persoalan timbul dibenaknya.Fikirannya mula buntu.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 03:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 03:41 PM | Show all posts
mesti shafiq yg dtg merisik emi... kan Ipo... yeah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 03:44 PM | Show all posts
SELESAI solat terawih, Emi dan teman serumahnya yang lain mula berjalan beriringan pulang kerumah. Kekusutan fikirannya mula reda bila berbual dengan teman serumah.Sepanjang perjalanan pulang dari masjid, banyak perkara yang dibualkan.

“Kak Yati!”

Serentak mereka berpaling. Emi melihat Shafiq berlari ke arah mereka. Shidah dan Alin pula hanya senyum melihat Shafiq dan Halim rupanya turut solat terawih malam itu.

“Ada apa Shafiq?Halim?” kak Yati senyum.

“Err..kak..saya nak minta maaf kalau ada salah silap. Selamat hari raya ya kak.” Shafiq sengih.Termengah-mengah dia bersuara.

“Ooo..ingat apalah tadi. Samalah kita ya! Shafiq balik mana nanti?” Kak Yati senyum lagi sambil jeling Emi di sebelah yang hanya diam bila melihat Shafiq mendekati mereka.

“Kuala Kangsar kak..” Shafiq senyum lagi. Dia senang berbual dengan Kak Yati yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.

Emi pandang Shafiq sekilas. Orang kuala jugak ke? Kat mana agaknya rumah dia..

“Eh..samalah dengan Emi! Kuala Kangsar kat mana?” Kak Yati pula beria ingin tahu.

“Kat pekan kak.Akak nak balik mana?” Shafiq berbahasa.

“Akak dekat je..Melaka.”

Emi tunduk.Rupanya Shafiq juga senegeri malah sedaerah dengannya. Ah! Bukan masalah aku pun nak fikir.

“Takkan minta maaf dengan kak Yati je? Orang lain kau tak ada buat salah ke?” Emi mula bersuara. Bahasa aku kau mula digunakan semula. Biarlah dia dengan sikap lama dulu. Kalau berawak saya, nanti dia sendiri yang patah hati...Shafiq tidak pernah sukakannya selama ini.

Shidah, Nor dan Alin masing-masing senyum. Faham benar sikap Emi yang suka bertengkar dengan jiran sebelah kiri mereka. Kak Yati pula hanya ketawa kecil sambil menggeleng.

“Err..kau patutnya minta maaf dengan aku! Tapi tak apa..sebab kau ni perempuan lemah, so,aku minta maaflah ya! Halalkan apa yang aku makan. Kuih tak jadi kau tu!”Shafiq berkata selamba. Dia jeling Halim yang mula merenung Alin di sebelah Shidah.

“Siapa kata perempuan lemah? Kau ni kan! Aku..” Emi tidak sempat menghabiskan kata-katanya bila Kak Yati mula menarik tangannya.

“Dah la tu! Tak baik bergaduh!” Kak Yati jeling Emi yang mula mengetap bibir.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 03:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 03:48 PM | Show all posts
“Ehem! Alin balik mana raya ni?” Tiba-tiba Halim pula bertanya pada Alin.

Alin hanya senyum tersipu-sipu bila ditegur begitu.Sebenarnya sudah lama dia suka pada Halim tetapi dia tidak seberani Emi yang ringan mulut macam berteh jagung!

“JB..” Alin tunduk malu.

“Ehem! Ehem! Dah jom balik! Puasa-puasa ni tak boleh ngorat!” Emi tarik tangan Alin.

Mereka berlima terus beredar dari situ meninggalkan Shafiq dan Halim. Halim pandang Alin dengan senyuman lebar.

“Fiq..Emi tu cengeh la!” Halim jeling Emi yang masih memegang tangan Alin.

“Tahu pun kau!Tak apa..aku nak tengok sampai bila dia nak sombong!” Shafiq mula ajak Halim pulang ke rumah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 03:50 PM | Show all posts
EMI dan Kak Yati mula menghantar Alin, Nor dan Shidah ke stesen bas. Sempat mereka bertukar juadah kuih raya untuk dibawa pulang.

“Kirim salam pada keluarga ya!” Kak Yati peluk Alin, Nor dan Shidah. Emi turut peluk teman serumahnya.

Emi dan Kak Yati mula beredar bila Alin, Nor dan Shidah sudah menaiki bas. Mereka berdua menapak ke arah tempat letak kereta.  

“Eh..tu Shafiq kan?” Kak Yati menuding ke arah kanan jalan.

Emi mula jenguk ke arah kanan jalan. Kelihatan Shafiq bersama Halim sedang leka berbual di tempat menunggu bas. Dia pandang pula Kak Yati yang juga terjenguk-jenguk ke arah Shafiq dan Halim.

“Jom kita tegur dia orang!” kak Yati terus menarik tangan Emi menuju ke tempat menunggu bas.

Emi tidak sempat berkata apa-apa bila Kak Yati bertindak begitu. Dia turut terheret sama melangkah ke arah jiran sebelah kiri mereka di situ. Dari jauh, Shafiq sudah senyum.

“Shafiq! Nak ke mana ni?” Kak Yati mula mendekati Shafiq dan Halim.

“Nak balik ke rumah kak..tadi hantar kawan naik bas. Akak buat apa kat sini?” Shafiq pandang Kak Yati yang manis berbaju kurung biru. Dia jeling pula Emi yang juga berbaju kurung dengan warna merah menyala.

“Hantar kawan juga..Alin, Nor dan Shidah dah balik tadi. Jomlah naik kereta akak!”

Emi jeling Kak Yati yang mula mengajak Shafiq dan Halim. Dia mula resah. Mana pergi kereta satria dia??

Last edited by Ipo on 7-7-2014 03:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 03:54 PM | Show all posts
“Kak..Alin dah balik? Ala..tak sempat kirim salam..” Halim pula menyampuk.

Shafiq sengih melihat muka kelat Halim yang tak sempat melihat Alin. Dia pandang Emi yang tercegat berdiri di sebelah Kak Yati. Emi sudah muncung. Ada hati kat Halim ke minah ni..Shafiq mula meneka sendiri. Setiap kali Halim berbicara tentang Alin, Emi pula yang muncung. Ada sahaja cara yang digunakan untuk menghalang Halim berbual dengan Alin.

Shafiq dan Halim mula menaiki kereta Kak Yati. Sepanjang perjalanan, Emi yang berada di tempat duduk penumpang hadapan hanya diam membisu sambil melayan lagu yang diputar diradio. Kak Yati pula asyik melayan pertanyaan Shafiq dan Halim. Sesekali ketawa mereka berderai bila Shafiq membuat lawak.

Emi hanya senyum bila terasa cerita dari Shafiq lucu. Kerana ego, tidak berani dia ketawa. Dalam diam dia mula suka dengan sikap Shafiq yang peramah dan lucu. Selama ini dia asyik bergaduh dengan Shafiq. Mungkin dia tidak mengenali Shafiq secara dekat.Walaupun dia dan Shafiq satu fakulti tetapi mereka jarang berjumpa.

“Emi..kenapad iam je ni?” Kak yati mula pandang Emi yang diam dari tadi.

Emi pandang Kak Yati sambil tersenyum. Tiada apa yang penting hendak dikongsi. Dari cermin sisi, dia menjeling Shafiq yang berada di belakang bersama Halim. Dari dalam cermin, jelas bibir Shafiq menguntum senyum kepadanya. Sekejap itu juga dia terasa ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Jantungnya berdegup laju.

“Apa kena dengan aku ni?” Emi berkata sendiri.

“Apa Emi cakap?”

Emi pandang k esebelah. Rupanya Kak Yati mendengar kata-katanya tadi.  Cepat-cepat dia tunduk.




TIBA di rumah,Shafiq dan Halim mengucapkan terima kasih kepada Kak Yati kerana menumpangkan mereka sekali tadi. Emi pula cepat-cepat masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Shafiq dan Halim yang masih tercegat di depan pintu pagar.

“Kenapa dengan Emi tu kak?” Shafiq mula perasan sikap Emi yang diam sejak tadi.

“Entahlah!Selalunya mulut dia macam murai tapi kali ni diam pulak. Mungkin dia malu dengan korang kut..” Kak Yati mengusik Shafiq.

Shafiq hanya senyum. Malu?? Shafiq tidak mahu percaya kata-kata Kak Yati. Baginya itu bukan sikap Emi yang dikenalinya sejak mereka berjiran. Emi bukan pendiam begitu.Mungkin dia ada hati dengan  Halim sebab itulah Emi diam saja sepanjang perjalanan tadi.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 03:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 03:59 PM | Show all posts
Ipo... bestnya cite ni... hilang mengantuk... tq Ipo... sambung lg... yeah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 04:01 PM | Show all posts
SEBELUM bertolak pulang,melalui Kak Yati, Emi sempat menitipkan sekeping kad raya kepada Shafiq bersama hadiah kecil. Dia mengharapkan Shafiq sudi memaafkannya selama mereka berjiran.Dia sedar sepanjang bulan puasa, dia telah banyak melakukan perkara yang menyakitkan hati Shafiq biarpun hanya sekadar suka-suka terutama semasa melempar seketul batu kepada Shafiq.

Tiba di rumah,Emi terus bertanya ibunya mengenai perbualan di telefon tempohari. Ibunya hanya tersenyum. Dia faham Emi seperti tidak suka dengan berita itu.

“Terima jelah nanti. Abang tak suka Emi berkawan tak tentu fasal dengan lelaki. Dah ada orang datang merisik tu, terima jelah!” Edy pandang adiknya yang mula muncung.

“Abang cakap senanglah! Emi masih belajar lagilah bang. Lagipun Emi nak kerja lepas belajar nanti! Patutnya abang dulu yang kahwin!” Emi mula merajuk.

“Dah! Cepat anyam ketupat tu. Edy, tengokkan kayu api kat belakang rumah. Nanti nak rebus ketupat pulak.” Ibu mencelah perbualan anak-anaknya.


Emi pandang abang dan ibunya silih berganti. Mereka seolah tidak hiraukan perasaannya ketika ini. Esok sudah 1 syawal. Bermakna, lusa akan ada rombongan datang merisik. Dia kini berperang dengan perasaan tak puas hatinya sendiri. Dia mula menyambung  menganyam ketupat bila melihat ibu merenung tajam ke arahnya. Saat ini, teringat kad dan hadiah yang dititipkan untuk Shafiq. Harap-harap Kak Yati tidak lupa memberinya kepada Shafiq. Perasaannya mula resah.

Selesai menolong ibunya di dapur, Emi segera ke bilik. Teringat pula hadiah yang diberikan oleh Shafiq sehari sebelum Shafiq pulang ke kampung. Dia merenung kotak hadiah yang berbalut kertas warna merah. Emi senyum. Shafiq seolah tahu warna merah adalah warna kegemarannya. Kotak itu digoncang berkali-kali. Terasa berat. Perlahan Emi membuka pembalut.

“Hah??”

Emi terdiam. Ditangannya kini ada sebotol kicap bersama sekeping nota kecil yang dilekatkan di botol. Satu persatu tulisan tangan itu dibaca.

‘Jangan lupa bubuh inti kicap bila buat onde-onde nanti!’

Pada mulanya Emi ingin menjerit marah tapi perlahan dia mengukir senyum. Teringat kenangan onde-onde pemberian Shafiq yang berintikan kicap. Senyumannya semakin lebar bila teringat hadiah yang dititipkan kepada Shafiq. Apa agaknya anggapan Shafiq?

Last edited by Ipo on 7-7-2014 04:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2014 04:05 PM | Show all posts
KINI sudah satu syawal. Selesai solat Aidil fitri bersama abang dan ibu, mereka bertiga ziarahpula pusara arwah ayah.  Hari raya kali ini tidak seceria tahun sebelumnya. Waktu itu arwah ayah masih ada, beraya bersama. Emi menongkat dagu sambil merenung jauh keluar tingkap.

“Apa yang jauh termenung tu?” Edy tepuk belakang Emi.

“Abang ni! Nasib baik Emi tak ada sakit jantung tau!” Emi membalas balik. Dada abangnya ditumbuk kuat.

Edy ketawa geli hati dengan sikap Emi yang cepat melatah. Dia suakan sebiji kuih raya kepada Emi. Suka melihat Emi marah begitu. Emi segera mengekori abangnya ke ruang tamu. Emi pandang pula ibunya yang keluar dari dapur membawa semangkuk rendang dan sambal goreng.

“Apa yang lucu ni Edy?”

“Hahaha…tu..anak dara mak dah tentu arah. Esok ada orang datang merisik.” Edy semakin galak menyakat Emi.

“Dah lah tu. Mereka tu datang sebab dah lama tak bertandang ke rumah kita ni. Sambil tu..mereka nak tengok anak dara mak ni.  Kalau Emi tak berkenan, mak tak paksa. Tapi mak harap sangat Emi terima sebab mereka tu kenalan arwah ayah. Arwah ayah nak sangat berbesan dengan mereka.”

Emi pandang ibunya yang begitu mengharapkan dia menerima lamaran keluarga lelaki itu esok.Dia hanya diam. Fikirannya mula teringat Shafiq. Entah sejak bila wajah Shafiq seperti melekat di mata. Berkali-kali dia menidakkan perasaan dan ingatannya terhadap Shafiq.

“Err..siapa nama lelaki tu mak?” Emi tidak mahu melukakan hati ibunya. Sekurang-kurangnya dia ambil tahu juga fasal nama lelaki yang ingin merisiknya esok.

“Entahlah..rasanya nama dia Hazrul.”

Kali ini Emi diam.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 04:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 04:09 PM | Show all posts
Malam itu, Emi tidak lena tidur memikirkan esok yang bakal menjelma. Serba salah rasanya. Ditambah pula rasa penat melayan budak-budak yang ramai datang beraya siang tadi. Tak menang tangan dia melayan. Teringin nak beritahu ibu dan abangnya tentang Shafiq.Lagipun siapalah dia untuk berbuat begitu sedangkan Shafiq sedikit pun tidak menaruh hati padanya. Jenuh dia pejam mata namun tetap juga tidak lena. Bila memikirkan hal esok, hatinya semakin berdebar. Dia capai telefon bimbit dan menghubungi seseorang.

“Assalamualaikum kak Yati..” Emi mula teringat kak Yati. Dia harus mencari penyelesaian dengan kak Yati malam itu juga.

“Wa’alaikumussalam! Emi sihat?” ceria suara kak yati di hujung talian.

“Sihat kak…” Emi bersuara lemah.

“Kenapa ni..lemah semacam je suara tu. Cuba cerita dengan akak!”

Emi mula meluahkan segala yang terjadi dan juga perasaannya yang mula sukakan Shafiq tanpa dia sendiri sedari. Entah bila dia sendiri pun tidak tahu.

“La..jadi betullah selama ini tekaan akak.”

Emi tunduk malu bila mendengar kata-kata Kak Yati di hujung talian.

“Kak..macam mana ni..esok ada orang datang merisik. Emi bingung la kak…” Emi masih sugul.

“Macam nilah..Emi cakap elok-elok dengan mak dan abang Emi. Nanti akak cuba sampaikan pada Shafiq.”

Emi tergamam.“Kak! Jangan kak! Shafiq tu bukan sukakan saya pun!”

Talian putus.Emi mula resah. Di benaknya bermacam-macam persoalan timbul memikirkan apa yang kak Yati akan buat nanti dan kusut memikirkan hal merisik esok.

Last edited by Ipo on 7-7-2014 04:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 04:10 PM | Show all posts
misteri guy... hazrul shafiqkah Ipo?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 04:12 PM | Show all posts
EMI mengurung diri di dalam bilik. Sekejap lagi kenalan arwah ayah akan datang. Dia semakin gelisah.  Sesekali dia jeling jam di atas meja belajar. Hatinya berdebar-debar. Deruman kereta di luar mula kedengaran.Dia jenguk keluar tingkap. Dua buah kereta sudah siap diparkir di laman rumahnya.

“Aduh! Macam mana ni?” Emi mula rapikan tudungnya yang kusut.

Dia segera melangkah ke pintu bila mendengar ada ketukan. Perlahan pintu dibuka. Abangnya sudah tercegat di muka pintu.

“Tetamu dah sampai tu. Nanti tolong mak sediakan juadah okey?” Abang Edy senyum sambil mengenyit mata.

Emi muncung lagi. Jantungnya semakin berdebar. Ikutkan hati mahu saja dia keluar dari rumah hari itu dan lepak di rumah ibu saudaranya di kampung sebelah. Perlahan dia melangkah turun ke ruang dapur. Nasib baik ruang dapur tidak perlu melalui ruang tamu. Dari dapur, dia dapat mendengar dengan jelas perbualan ibu dan rombongan merisik itu. Sesekali kedengaran mereka ketawa. Mungkin ada cerita lucu agaknya. Malas dia ambil pusing. Jus lemon dibancuh perlahan. Kuih raya dan juadah sudah siap dihidang atas meja makan.

“Assalamualaikum..tumpang tanya..bilik air kat mana?”

Emi berpaling.Matanya kaku memandang seorang lelaki yang sangat dikenalinya berdiri di depan muka pintu dapur.

“Shafiq??”

“Emi??”

Last edited by Ipo on 7-7-2014 04:14 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.066797 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list