CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

[Contest] Cerpen: Aku, Ramadhan dan Syawal (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 26-7-2014 06:52 AM | Show all posts
HARI sudah semakin menginjak tengahari. Emi dan rakan serumah mula bersiap-siap untuk menyambut tetamu pada hari itu. Rumah terbuka yang dibuat pada hari itu cukup meriah. Ramai tetamu yang dijemput. Jiran dan juga rakan satu kampus termasuklah pensyarah masing-masing. Tidak menang tangan melayan tetamu datang beraya. Budak-budak di kawasan perumahan itu juga turut memeriahkan rumah terbuak mereka.

"Emi, kenapa ni?" Kak Yati mula perasan sikap Emi yang sugul.

"Tak ada la kak.." Emi cuba senyum. Dia jenguk jiran sebelah kiri. Takkan tak balik lagi ke KL? Halim dan yang lain sudah pun datang beraya.

"Oh...patutlah muka monyok je. Tunggu Shafiq ke?" Usik Kak Yati lagi.

Emi senyum. Dia pandang Alin, Noor dan Shidah yang masih sibuk melayan tetamu. Matanya kembali pada rumah jiran sebelah kiri.

"Ya kak. Dia tak datang la.." Emi tunduk. Beria dia simpan agar-agar pelangi kebabom yang dimasak tadi.

"Alah..mungkin dia masih kat kampung la tu. Tak pun dia dalam perjalanan ke sini." Kak Yati pandang jam di dinding. Hampir lima empat petang. Tetamu masih ramai yang datang.

"Akak layan tetamu dulu ya."

Emi hanya mengangguk. Dia melihat kak Yati sudah menapak ke laman menyambut tetamu datang beraya. Matanya kembali menala ke rumah sebelah kiri. Semalam dia memang nampak kereta satria Shafiq di laman rumah. Bermakan memang Shafiq sudah sampai di Kuala Lumpur. Mana pulak dia pergi hari ni? Emi bangun malas dan menapak masuk ke dalam bilik. Moodnya sudah hilang hari ini.

"Kenapa Emi tu?" Alin cuit lengan Shidah yang sibuk memberi duit raya kepada budak-budak yang datang beraya.

"Buah hati tak datang la tu. Kan tadi hanya Halim dan kawan serumah yang je." Shidah menjawab ringkas.

Alin mengangguk. "Mana Shafiq tu ya? Nasib baik Halim datang tadi.."

"Amboi! Seronok la tu buah hati datang beraya." usik Shidah pada Alin yang sudah mula bercinta dengan jiran sebelah. Nampaknya tahun ini sudah rakan serumahnya bertemu jodoh dengan jiran sebelah kiri.

"Mestilah Shidah. Bukan saya yang mulakan dulu tau! Saya ni malu, tak macam Emi tu, dia yang sibuk usha Shafiq tu. Agaknya sebab tulah Shafiq tu buat dek je kat dia. Tengok, kita buat rumah terbuka pun dia tak datang." Alin mencebik.

"Tak baik Alin tuduh macam tu. Untuk pengetahun Alin, Shafiq dah pun hantar rombongan merisik Emi tu." Kak Yati menyampuk. Dia cuba pertahankan Emi.

"Oh ya ke? Maaf kak..saya ingat Shafiq tu rimas dengan Emi tu.." Alin mula termalu sendiri.

"Bukan minta maaf dengan akak, pergi minta maaf dengan Emi." Kak Yati pandang Alin yang sudah tunduk.

Alin mendongak. Terasa bersalah menuduh Emi bukan-bukan tadi. Dia menapak perlahan ke bilik Emi. Pintu bilik diketuk beberapa kali. Dia senyum sebaik pintu dibuka.

"Ada apa Alin?" Emi cuba mengukir senyum.

"Emi..kenapa kau berkurung dalam bilik? Kan kita buat rumah terbuka?" Alin pula merasa semakin bersalah. Mungkin tadi Emi sudah mendengar kata-katanya.

"Aku rasa pening sikit.." Emi cuba berbohong. Dahinya dipicit-picit supaya lakonannya tidak nampak amatur.

"Emi..kau berehatlah. Aku sebenarnya nak minta maaf kat kau. Aku kata kat kau tadi. Maafkan aku ek?" Bahu Emi disentuh lembut.

"Kau kutuk aku eh?" Emi sengih.

"Ya.." Alin turut sengih.

"Aku dah tahu dah kau tu. Tak kisahlah apa pun, aku dah maafkan kau.." Emi mengukir senyum. Kali ini ikhlas.

Alin turut senyum. Dia kemudian berlalu ke ruang tamu semula melayan tetamu.

Hari itu rumah terbuka mereka sehingga ke jam enam petang. Tetamu pun sudah mula lengang. Kak Yati mula mengemas mana yang patut. Alin, Shidah dan Noor juga turut menolong.

"Mana Emi?" Shidah melilau mencari Emi.

"Dia pening tadi. Biarlah dia berehat." Alin menjawab perlahan. Dia mula mengemas pinggan dan gelas kertas yang sudah digunakan dan dimasukkan ke dalam tong sampah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2014 07:16 AM | Show all posts
MALAM itu, usai solat isyak, Emi msih berkurung dalam bilik. Esok kelas sudah bermula. Dia belek jadual kelas. Tidak sampai dua bulan lagi, peperiksaan akhir akan bermula. Dia harus belajar bersungguh-sungguh. Matanya masih pada kalendar atas meja.

"Hujung tahun nanti, aku akan bertunang dengan Shafiq." Emi pandang pada satu tarikh yang sudah ditanda. Perancangannya, dia dan Shafiq akan bertunang selama setahun dan hari raya ke lima tahun depan, mereka akan bernikah.

"Kalau aku ada jodoh dengan Shafiq.." Emi menopang dagu. Benaknya mula teringat tengahari tadi. Shafiq tidak muncul-muncul.

Emi mula buka buku rujukan dan nota. Dia perlu mengulangkaji. Masih panjang lagi kehidupannya. Mana nota yang penting, dia mula mencatat dan mula mengulangkaji.

"Emi, boleh akak masuk?"

Emi menoleh ke arah pintu. Kak Yati terjongol di muka pintu yang terbuka luas. Dia senyum dan mempelawa kak Yati masuk. Kak Yati dilihat melabuhkan punggung di birai katil.

"Ada apa kak?" Emi mula bertanya.

"Akak perasan, dari tadi lagi Emi tak gembira, kenapa? Sebab Shafiq tak datang ke?" Kak Yati pandang Emi yang sudah mula tunduk.

"Mungkin kut.." Emi malu. Memang dia sedih, Shafiq tidak datang beraya tadi. Agar-agar pelangi kebabom masih disimpan dalam peti sejuk.

"Hmm..rindu la tu?" Usik Kak Yati.

Emi senyum lagi sambil menundukkan wajah.

"Shafiq ada datang tadi tapi dah lewat..pukul tujuh tadi.." Kak yati mula cerita hal Shafiq.

"Ya ke kak? Kenapa akak tak panggil Emi?" Emi muncung. Tak sangka, Shafiq datang juga.

"Jenuh akak panggil Emi tadi. Bilik kunci.."

Emi diam seketika. Dia mula fikir, siang tadi, selepas solat asar, dia baring di atas katil. "Ya Allah kak..saya tertidur la kak.."

"Tu la..jenuh akak ketuk pintu. Ni, tak elok tidur selepas asar. Otak jadi bingung nanti. Orang kata, kalau selalu diamalkan, boleh jadi bingung dan gila tau?" Kak Yati mula memberi nasihat pada Emi.

"Ya la kak. Saya tak buat lagi, mungkin saya penat sangat kut.." Emi sengih. Memang sebelum ini dia tidak pernah tidur waktu itu. Entah kenapa siang tadi, elok je baring atas katil, terasa matanya susah hendak dibuka. Terus saja terlelap. Sedar-sedar, sudah lebih 20 minit maghrib berlalu.

"Ni, Shafiq bagi ni." Kak Yati hulur sekeping kad dan sampul raya kepada Emi. Dia mula berlalu pergi.

Emi pandang kad raya merah dan sampul raya merah pemberian Shafiq. Dia senyum, Shafiq masih mengingati warna kegemarannya. Perlahan dia baca kad.

'Dear Emi Suraya binti Kamaruzzaman. Dengan ini saya Hazrul Shafiq bin Sulaiman, mengisytiharkan bahawa Emi Suraya binti Kamaruzzaman adalah kekasih hati saya dan akan bergelar tunang saya pada  4 February 2015, sempena hari lahir Emi Suraya binti Kamaruzzaman.'

Emi gelak sendiri. "Ceh! Aku ingat nak ucap selamat hari raya tadi."

Sampul raya merah pula dibuka. Perlahan Emi tarik wang kertas di dalam sampul itu. Dia senyum sebaik melihat wang kertas lima puluh ringgit sebanyak sepuluh keping.Terkedu seketika.

"Banyak ni. Mana dia dapat duit ni? Kan dia masih belajar?" Emi pula merasa bersalah. Minggu lepas, Shafiq bergurau dengan wang kertas seringgit tapi kali ini dia menerima duit raya lima ratus ringgit!

"Entah-entah dia ingat aku ni mata duitan.." Emi mula rasa bersalah. Wang lima ratus ringgit itu diperhatikan seketika.

"Tak apalah..aku akan pulangkan semula kat dia bila-bila nanti." Emi senyum. Duit itu dimasukkan semula ke dalam sampul surat dan dia menyambung menelaah.
Last edited by Ipo on 26-7-2014 01:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 05:25 PM | Show all posts
mane sapik ngn emi ni... raya ketiga dah ni.... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
suspens jer semua cite ipo ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 11:45 AM | Show all posts
Dah muak makan rendang dan ketupat

dah balik KL ni, nak tepek citer lah plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 01:24 PM | Show all posts
EMI mengukir senyuman lebar. Cincin di jari manisnya ditilik lama. Kini dia sudah selamat bertunang dengan Shafiq. Sudah sebulan lebih dia bergelar tunang Shafiq.  Kalendar atas meja ditatap seketika. Pengajiannya sudah lama berakhir. Alhamdulillah, dia mudah mendapat pekerjaan di sebuah bank sebagai pegawai akaun. Semua teman serumah yang lain juga sudah mula bekerja walaupun ada yang hanya bekerja kontrak untuk sementara waktu.Kak Yati pula sudah menjadi seorang pensyarah dan ketika ini mula sibuk dengan pengajian Phd pula. Sejak bertunang, Emi jarang Emi berjumpa dengan Shafiq dek kesibukan kerja. Kadang-kadang saja mereka berdua berbual ketika bertembung di pintu pagar rumah masing-masing.

Hari itu, usai balik dari tempat kerja, Emi seperti biasa akan menunggang motorsikalnya pulang ke rumah. Dari tempat letak motorsikal tadi, dia perasan Shafiq sedang berbual di telefon. Riak Shafiq seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Lama juga dia memerhati Shafiq yang sedang menapak ke kereta Satria.

Motorsikal disorong masuk ke dalam laman rumah. Emi mula berehat di bangku di tepi rak kasut. Matanya tertancap pada kasut Nike yang pernah dibubuh tahi lembu oleh Shafiq. Emi tergelak sendiri.

"Alahai lah kasut..nasib kau lah kena tahi lembu.." Emi geleng sambil tersengih-sengih seorang diri di situ. Teman serumah yang lain masih belum pulang dari kerja. Sejak mereka semua sudah mula bekerja, rumah mereka hanya jadi tempat tidur saja. Maklumlah waktu bekerja mereka semuanya tidak sama. Malah ada yang bekerja shift untuk sementara.

Emi buka kasut yang dipakainya dan diletakkan atas rak kasut di sebelah.

"Assalamualaikum."

Emi mendongak dan menoleh ke arah pintu pagar rumah. Seorang gadis yang agak sebaya dengannya sedang tersenyum manis di depan pintu pagar.

"Wa'alaikumussalam." Emi menjawab perlahan.

"Err...tumpang tanya, betul ke ni Taman Selasih?" Gadis itu bertanya.

Emi hanya mengangguk. Dia kemudian bangun dan menapak ke arah pintu pagar. Gadis itu dlihat seperti tidak biasa di kawasan itu. Mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan perumahan ini. Gadis itu diperhatikan lagi. Cantik dan putih, tinggi pula lebih kurang dengan ketinggian Shafiq. Rambut agak keperangan. Entah semulajadi atau pun sengaja diwarnakan. Pakaiannya pula, seluar jeans biru dan baju T saja. Ringkas dan tidak selekeh.

"Err..cik ni nak cari siapa?" Emi mula bertanya setelah masing-masing diam membisu.

"Saya sebenarnya baru balik dari US. Saya nak cari Shaq. Dia kata alamatnya di sini." Gadis itu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis alamat.

Emi melihat sebentar alamat yang tertulis di situ. Dia kemudian pandang gadis itu sekali lagi.

"Kalau alamat ni..rumah sebelah ni cik." Emi hulur semula kertas tadi dan menuding ke arah rumah jiran sebelah kirinya.

"Oh ya ke? Err..saya Qooh." Gadis itu mula perkenalkan diri.

"Saya Emi." Tangan yang dihulur Qooh disambut mesra oleh Emi. Emi hanya tersenyum mendengar nama yang disebut gadis itu tadi. Gadis itu juga sudah berslanga Amerika. Fasih menutur bahasa orang putih itu.

"Maaf..Shaq tu..lelaki kan?" Emi cuba meneka kerana setahunya jiran sebelah kiri semuanya adalah lelaki.

Qooh mengangguk sambil tersenyum.

"Tapi rasanya tiada nama Shaq di rumah tu.." Emi pandang lagi gadis berambut perang ikal itu sambil berkerut kening. Dia cuab mengingati seorang demi seorang jiran lelaki sebelah kiri rumahnya.

"Oh ya ke?" Qooh mula tunduk. Dia sedikit mengeluh.

"Kenapa cik?" Emi mula merasa pelik dan serba salah melihat riak gadis itu yang seperti kecewa.

"Hanya dialah saja yang saya ada dan boleh terima saya sekarang ni. Saya ingat kalau saya dah jumpa dia ni, saya nak tinggallah dengan dia." Qooh mula menjelaskan keadaaan sebenar.

Emi tergamam. Gadis itu perhatikan lagi. Dia masih sangsi dengan cerita gadis itu yang tiba-tiba muncul dan ingin mencari lelaki bernama Shaq. Manalah dia tahu siapa lelaki itu? Kalau tahu sekalipun, tak semudah itu dia beritahu kepada gadis itu. Tambah lagi gadis itu ingin tinggal sebumbung dengan lelaki yang dinyatakan namanya tadi. Takkan mereka itu adik beradik? Kalau kekasih, dia juga yang akan terima saham nanti kerana turut menyokong gadis itu bersekedudukan dengan lelaki itu.

"Err...Qooh tak ada famili ke?" Emi garu kepala. Dia terpaksa bertanya juga hal peribadi gadis itu.

Qooh tunduk. Dia melepaskan keluhan sebentar. Kepalanya didongakkan semula memandang ke arah Emi yang masih menanti jawapan dari nya.

"Maaf..saya tak sepatutnya minta bantuan awak." Qooh mula merasa tindakannya membebankan gadis itu. Dia mula ingin beredar dari situ.

"Tunggu!" Emi sempat tarik tangan Qooh dan mengajaknya masuk ke dalam rumah. Kasihan juga melihat gadis itu yang seperti hilang arah tuju.

Qooh mula mengikut Emi masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, Qooh dijamu dengan kuih raya yang masih berbaki dan juga turut dihidangkan rendang ayam yang dimasak oleh kak Yati semalam. Semalam, kawan kak Yati datang menziarah. Sempat kak Yati memasak rendang ayam dan ketupat walaupun Syawal sudah lama berlalu.

"Kenapa cik?" Emi sentuh bahu Qooh yang dilihat mula menitiskan air mata. Kuih semperit yang dikunyah diletak semula ke dalam pinggan.

"Sudah lama saya tak merasa semua ni. Saya..saya..saya.." Qooh tidak dapat menahan sebak. Air matanya jatuh juga ke pipi.

Emi masih memandang Qooh yang sudah menangis di situ. Dia masih menunggu kata-kata dari mulut gadis itu yang dirasakan masih menjadi tanda tanya baginya.

"Saya sebenarnya sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Sejak belajar di sana, saya sambung kerja di sana. Hampir enam tahun saya tidak jenguk dan bertanya khabar kedua orang tua saya.." Qooh menyeka air mata.

Emi tunduk. Dia usap bahu Qooh yang sudah menangis teresak-esak di sebelahnya.

"Err..famili awak tinggal di mana?" Emi beranikan diri bertanya.

"Saya tak tahu mereka masih ada di alamat yang sama ataupun sudah berpindah tapi saya malu. Malu nak jumpa mereka. Saya pulang ni pun sebab saya rasa bersalah dan berdosa. Hanya Shaq yang mengerti perasaan saya." Air mata diseka lagi.

Emi diam. Dia juga merasa serba salah ketika. Gadis itu muncul tiba-tiba. Sekarang ini bukan boleh percaya sangat. Tambah lagi dengan orang yang tidak dikenali. Bermacam cara yang digunakan untuk menipu.

"Err..jadi awak tinggal di mana sekarang ni?" Emi cuba berlagak biasa walaupun dia merasa ada kasihan pada gadis itu sebenarnya. Kalau boleh dia mahu buang jauh-jauh buruk sangka itu.

"Saya menginap di hotel buat sementara tapi saya pun dah tak ada wang. Jadi, saya teringat Shaq. Saya datang sini nak cari dia." Qooh tunduk. Wajahnya sudah sembab dengan air mata.

"Err..awak pasti Shaq tu tinggal kat sini?"

"Entahlah..itu yang dia beri alamat pada saya dulu. Masa saya mula-mula ke US." Terang Qooh pada Emi.

Emi mula merasa kasihan. Dia mengajak gadis itu tinggal bersamanya sementara mencari tempat tinggal yang sesuai dan kembali ke pangkuan keluarga atau mungkin lelaki yang bernama Shaq itu dijumpai. Mungkin lelaki itu boleh membantu Qooh dalam hal ini. Dia pasti gadis itu tentu dalam kesusahan. Dia perlu bantu mana yang termampu.
Last edited by Ipo on 1-8-2014 04:00 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2014 03:25 PM | Show all posts
qooh!!! jeng jeng ..

tinggalkan jejak yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 04:22 PM | Show all posts
SUDAH sebulan Qooh menetap di rumah Emi. Teman serumah Emi yang lain juga tidak kisah kehadiran Qooh di rumah mereka. Malah gadis itu sentiasa dialu-alukan kedatangannya. Mereka juga turut sama mencari Shaq dan juga alamat terbaru keluarga Qooh. Sehingga kini masih lagi tiada hasil.

"Qooh..akak rasa, Qooh tinggal jelah dengan kami di sini. Kami tidak kisah." Kak Yati turut merasa berputus asa.

"Ya Qooh...tak lama lagi dah nak puasa. Awak tinggallah dengan kami. Boleh kita sama-sama berpuasa dan berterawih di masjid." Emi turut mengiakan kata-kata kak Yati.

Noor, Shidah dan Alin juga turut mengangguk. Mereka juga tidak kisah jika gadis itu ingin menetap di situ.

"Saya malu..saya dah banyak menyusahkan awak semua. Lagipun,..saya ni jahil. Malu sebenarnya.." Qooh menekup muka. Sejak dia menetap di US dulu, dia seperti lupa asal usulnya dan langsung tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Sejak tinggal di sini, Emi dan rakan-rakan yang lainlah yang tidak pernah berputus asa mengajar dan membantunya mengenal islam semula.

"Qooh..tak baik cakap macam tu. Bersyukurlah Allah masih sayangkan awak. Allah beri peluang untuk bertaubat dan terbuka pintu hati untuk kembali ke Malaysia dan kembali juga ke pangkuan keluarga." Emi peluk Qooh yang sudah sebak.

Kak Yati turut sebak melihat gadis itu yang dulunya sudah hanyut dengan budaya barat kini sudah kembali ke pangkal jalan.

"Ya Qooh..kami semua sedia membantu." Noor pula peluk Qooh. Shidah dan Alin juga turut sama memeluk gadis itu untuk memberi semangat.

"Terima kasih semua..saya akan berusaha berubah." Qooh kesat air matanya dengan hujung jari.

"Macam tulah!" Emi sengih.



HIDUP Qooh sudah mula berubah sedikit demi sedikit. Dia sudah mula pandai menunaikan solat dan membaca al Quran walaupun kedengaran agak kekok. Emi pula sibuk mengajar gadis itu mengenakan tudung. Wajah bujur Qooh memang cantik bila mengenakan tudung shawl yang dililit ala stail sekarang ini.

"Hmm..cantik!" Emi pandang Qooh yang sedang menatap imej dirinya melalui cermin besar.

Qooh masih melihat dirinya yang begitu berbeza ketika ini. Saat Emi menyarungkan tudung itu, hatinya bagai ditebuk satu rasa yang maha hebat. Rasa yang amat berdosa selama ini dan rasa itu kini diganti pula dengan rasa bersyukur yang tidak terhingga. Kata-kata Emi minggu lepas semasa pulang dari masjid berjemaah maghrib dan isyak masih terngiang di cuping telinganya. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas dan nikmat manakah yang kita hendak nafikan?? Sungguh dia merasa selama ini dia begitu kufur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Dikurniakan dengan otak yang bijak, wajah yang cantik dan keluarga yang penyayang tetapi kerana seorang lelaki, dia sanggup pinggirkan keluarga dan lebih teruk sekali, pinggirkan kehidupannya sebagai seorang muslim!

"Emi..terima kasih. Saya tak tahu nak balas budi awak dengan apa..hanya Allah yang mampu membalasnya.." Qooh peluk Emi di sebelah.

"Sudahlah..sekarang ni, hidup awak dah berubah baik. Lepas ni, kita berusaha lagi mencari Shaq dan famili awak." Emi senyum.

"Emi..saya nak kerja. Segan pulak asyik makan tidur je di rumah ni. Saya ada kelulusan kejuruteraan mekanikal." Qooh mula senyum.

"Hmm..nanti saya cuba tanya tunang saya. Mana tahu, dia ada kenal siapa-siapa yang kerja bidang tu." Emi pandang Qooh yang sudah teruja.

"Terima kasih Emi.." Sekali lagi tubuh Emi dipeluk erat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2014 05:00 PM | Show all posts
HARI demi hari berlalu. Emi dan teman serumah yang lain masih tidak putus asa mencari dan menjejaki keluarga Qooh walaupun sudah hampir empat bulan berlalu. Bulan depan sudah masuk bulan puasa.

"Susah jugak ya.." Emi mengeluh.

Qooh juga sudah hampir berputus asa. "Emi..tak apalah. Saya pun dah dapat kerja. Terima kasih kepada tunang awak tu ya, walaupun saya tak kenal siapa dia, dia sudi bantu saya mencari kerja. Hanya Allah yang dapat membalasnya." Qooh senyum.

"Hah, apa kata kita iklankan kat paper atau tv?" Shidah pula memberi cadangan.

"Iklan?" Alin pandang Shidah yang sudah tersengih-sengih.

"Yalah..macam jejak kasih tu?" Noor mencelah.

"Kita kena tanya Qooh dulu." Kak Yati pandang Qooh yang sudah tunduk.

"Saya rasa tak payahlah. Kalau Allah ingin temukan saya dengan famili saya semula, tentu ada jalannya juga nanti." Qooh senyum lagi. Kini dia hanya mampu berserah.



SUDAH sebulan berlalu. Puasa pun sudah masuk hari kedua. Sejak itu Emi dan rakan serumahnya yang lain tidak lagi menumpukan pada pencarian keluarga Qooh. Mereka kini lebih menumpukan pada ibadat dan solat terawih. Sama-sam berterawih di masjid berdekatan. Emi pula sering juga bersedekah kuih kepada Shafiq dan rakan serumah Shafiq yang lain.

"Emi, yang mana satu tunang awak?" Qooh mula bertanya Emi.

Emi hanya senyum. Dia tidak mahu hebohkan semua itu selagi belum sah menjadi suami isteri. Setakat tunang, bila-bila masa boleh putus dan selagi Shafiq masih bergelar ajnabi padanya.

"Nanti bila dah nak nikah nanti, saya akan kenalkan dengan dia." Senyuman Emi semakin lebar.

Qooh hanya senyum. Dia pandang Emi yang manis dengan telekung putih. Mereka berjalan beriringan dari masjid ke rumah setelah selesai menunaikan solat terawih tadi. Banyak cerita yang diluahkan oleh Qooh sepanjang perjalanan mereka ke rumah. Emi pula hanya mencelah sekali sekala. Dari cerita gadis itu, dia boleh membayangkan gadis itu melalui liku hidup yang sudah menyimpang jauh dari kehidupan seorang muslim.

"Jadi..apa awak buat lepas awak dapat tahu awak pregnant?" Emi menoleh seketika ke arah Qooh yang nampak berseri dengan memakai telekung.

"Saya hilang akal. Saya nak dia bertanggungjawab tapi awak tahulah..mamat saleh ni bukan serius pun. Masa tu, saya seperti orang gila. Saya hampir membunuh diri dan hampir juga membunuh anak dalam kandungan saya. Lepas tu, baru saya tersedar, saya sudah hanyut jauh dan saya tak akan tambah lagi dosa dengan membunuh anak yang tak bersalah." Qooh menyeka air mata seketika. Dia berani luahkan semua itu hanya pada Emi saja. Kebetulan malam ketiga terawih itu, hanya dia Emi saja yang boleh solat.

Emi mendengar penuh khusyuk. Tidak sedar, air matanya mula menitis.

"Anak tu saya kandung sampai cukup sembilan bulan dan lepas tu, saya pergi ke hospital untuk bersalin. Lepas saja bersalin, saya serahkan anak tu kepada satu famili Muslim yang kebetulan juga dari Malaysia, mereka sudah sepuluh tahun menetap di US." Sambung Qooh dengan suara sebak.

"Oh...jadi, sampai sekarang Qooh tidak kenal anak sendiri?" Emi berkerut kening. Mendengar cerita Qooh, bagaikan mendengar dan menghayati sebuah drama.

Qooh geleng. "Tapi saya berdoa semoga satu hari nanti, saya akan ditemukan dengan anak saya."

"InsyaAllah.." Emi peluk bahu Qooh.

Mereka terus melangkah menuju ke rumah. Emi sempat pandang tapak bazar ramadhan yang pernah dia berniaga tahun lepas. Itu semua hanya tinggal kenangan. Kak Eton pun sudah berpindah. Dia pula sekali sekala saja singgah di bazar ramadhan itu untuk membeli kerabu dan kuih yang sukar dibuat dan dia juga mengajak Qooh untuk melihat keadaan bazar ramadhan di situ. Ternyata Qooh begitu teruja sekali. Banyak kuih yang dibeli gadis itu. Sebahagiannya disedekahkan kepada jiran sebelah menyebelah.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 06:12 PM | Show all posts
HARI YANG TAK DIDUGA


EMI tergesa-gesa ke tempat letak motorsikal di depan bangunan pejabatnya. Selesai saja dia mengimbangkan akaun tadi untuk keluar masuk wang hari ini, dia terus saja capai helmet dan menuju ke tempat letak motorsikal. Sejak bekerja, setiap hari dia terkocoh-kocoh mengejar masa. Tambah sekarang ini, sudah masuk pertengahan puasa. Nak kena sediakan juadah berbuka sudah jarang dilakukan. Kalau semasa bergelar pelajar dulu, dia mempunyai banyak masa untuk menyediakan itu semua.

"Emi!"

Emi menoleh. Alin yang bekerja tidak jauh dari pejabatnya mula menapak ke arahnya.

"Ada apa?"

"Aku nak tumpang. Kereta aku rosak la pulak. Baru tadi aku call bengkel." Alin sengih.

"Tapi aku mana ada helmet lebih?" Emi turut sengih.

"Aduh..macam mana ni?" Alin garu kepala. Dia juga sudah buntu. Jam di pergelangan tangannya dilihat sekilas. Sejam lagi hendak berbuka.

"Hmm..macam mana ek?" Emi turut garu kepala.

"Eh Emi, tengok tu!" Alin tuding ke arah seseorang di depan sebuah kedai menjual pakaian.

"Apa?" Terteleng-teleng Emi melihat.

"Tu! Itu bukan Qooh ke tu?" Alin panjangkan lehernya lagi. Cuba pastika apa yang dilihat bukan orang lain.

Emi masih terjenguk-jenguk. Matanya tertancap pada gadis itu bersama Shafiq. Qooh dilihat sudah menangis di bahu Shafiq. Berpelukan mesra. Tersentap hatinya ketika itu. Tunang sendiri dilihat berpelukan dengan perempuan lain, malah perempuan itu dikenalinya dan kini menumpang di rumahnya pula. Hatinya bagai disayat-sayat. Apa lagi dalam bulan mulia ini, selamba dek je buat maksiat!

"Alin...kau pasti itu Shafiq?" Emi mula sebak.

Perlahan Alin pandang Emi dan mengangguk. Dia kembali melihat kedua insan itu berpelukan erat. Jelas dia melihat Qooh memeluk Shafiq sampai teresak-esak di bahu lelaki itu.

"Alin..aku nak balik." Emi segera pakai helmet dan menderum pergi dengan hati bengkak.

"Emi! Emi!" Alin menjerit kuat. Geram dengan Emi yang tidak hiraukannya seorang diri di situ. Terpaksa dia menagmbil teksi pulang ke rumah.



TIBA di rumah, motorsikal modenas Emi sudah tersadai di situ. Terus saja dia buka kasut dan meluru masuk ke dalam rumah. Bungkusan nasi kerabu dan sedikit kuih onde-onde yang sempat dibeli di bazar ramadhan dekat dengan pejabatnya tadi diletakkan di bawah saji di dapur. Dia kemudian jenguk pula bilik Emi.

"Emi! Emi! Buka pintu ni Emi!" Banyak kali Alin mengetuk pintu. Dia faham keadaan Emi sekarang ini. Apa yang berlaku tadilah yang menyebabkan Emi berkurung dalam bilik.

"Emi..bukalah pintu ni. Dah nak berbuka ni." Pujuk Alin.

"Kenapa dengan Emi?" Kak Yati pula menghampiri bilik Emi.

"Oh..bila akak balik?" Alin senyum.

"Baru jap tadi. Tak nampak pun kereta Alin?" Kak Yati jenguk semula ke laman rumah.

"Kereta saya meragam pulak kak. Tadi saya nak tumpang Emi. Tiba-tiba je dia pecut motor dia balik. Terpaksalah saya ambil teksi.." Alin ketuk lagi bilik Emi.

"Tapi kenapa dia berkurung macam ni?" Kak Yati tidak faham.

"Kak..sebenarnya tadi kami nampak...kami nampak.." Alin tak sanggup membongkar apa yang dilihat tadi.

"Nampak apa?"

"Karanglah saya cerita kak. Sekarang ni Emi dah merajuk. Sepuluh minit lagi nak berbuka ni.." Alin pandang lagi jam.

"Emi! Buka  pintu ni dik! Dah dekat berbuka ni! Emi!" Laung Kak Yati. Dia menyuruh Alin memujuk Emi lagi sementara dia bersiap-siap menyediakan juadah di dapur.

"Kak, Shidah dan Noor tak balik lagi ke?" Laung Alin setelah melihat kak Yati sudah menapak ke ruang dapur.

"Mereka berbuka di rumah mak sedara masing-masing." Laung Kak Yati dari arah dapur.

Alin panggil lagi Emi yang masih berkurung dalam bilik. Dia kemudian menuju ke dapur. Sekejap lagi sudah hendak berbuka. Perlahan Emi buka pintu. Dia mengesat air mata yang mengalir.

"Hah..dah. Mari berbuka dulu. Karang lepas maghrib, kita solat terawih sekali." Kak Yati panggil Emi yang masih tercegat di muka pintu dapur.

"Mana Qooh?" Tanya Kak Yati lagi sekali. Dari tadi dia tidak nampak Qooh di rumah itu.

Alin dan Emi masing-masing diam membisu. Alin pula tidak berani beritahu apa yang mereka nampak tadi. Emi dilihat sudah tunduk.

"Sudah..kita berbuka dulu. Qooh berbuka kat luar la tu agaknya.." Kak Yati mula membaca doa setelah azan mula berkumandang.

Hari itu hanya mereka bertiga sahaja yang berbuka bersama. Usai berbuka dan solat maghrib berjemaah, Emi berkurung semula dalam bilik sementara menunggu kak Yati dan Alin bersiap untuk ke masjid. Emi menekup muka di bantal. Apa yang dilihat tadi masih terbayang-bayang di ruang mata. Sarat di benaknya, apa hubungan Shafiq dengan Qooh. Kenapa gadis itu menangis teresak-esak di bahu Shafiq? Rasa cemburu mula menguasai diri.

"Shafiq..sampai hati kau buat aku macam ni." Emi menyeka air matanya yang laju mengalir. Bunyi ketukan di  pintu oleh kak Yati yang mengajaknya ke masjid untuk berterawih jelas di telinganya. Dia terus pakai telekung dan menapaka keluar dari bilik.

Mereka bertiga berjalan beriringan ke masjid. Sebaik melintas rumah Shafiq, Emi menjeling seketika. Kereta Satria Shafiq tidak ada di situ. Hatinya semakin sebak. Mungkin Shafiq berbuka puasa dengan Qooh di luar. Selama dia bertunang dengan Shafiq, jarang dia keluar bersama. Bulan puasa  ini pun tidak pernah sekali pun dia berbuka bersama Shafiq di luar tapi tadi??

"Emi.." Alin sentuh bahu Emi. Dia faham perasaan Emi ketika ini.

Emi mengukir senyum hambar. Dia beri isyarat supaya Alin tidak beritahu apa-apa pada kak Yati. Mereka terus melangkah ke masjid. Lampu suluh turut dibawa bersama dengan keadaan jalan yang agak gelap begitu.




Last edited by Ipo on 1-8-2014 06:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pernah dgr jer nama Qooh ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 06:58 PM | Show all posts
BALIK dari masjid tadi, Emi terus saja berkurung dalam bilik. Dia tahu bila-bila masa Qooh akan balik ke rumah nanti. Emi perhatikan seketika biliknya yang dihuni bersama gadis itu sejak gadis itu dibenarkan menginap di situ.

"Shafiq.." Hanya nama Shafiq yang keluar dari bibirnya. Sekali lagi Emi menekup muka.

Dia kemudian pandang kalendar. Tidak sampai sebulan lagi dia akan bernikah dengan Shafiq jika mengikut perancangan mereka dulu. Hari raya ke lima nanti, dia akan diijabkabulkan. Emi menopang dagu. Hatinya sudah mula berbelah bagi. Apa yang dilihat tadi menyebabkan hatinya sudah tidak tentu arah. Siapa Shafiq sebenarnya? Siapa pula Shaq yang dicari-cari oleh Qooh selama ini?

"Ya Allah...aku tak nak buruk sangka. Kalau benar Shaq tu adalah Shafiq, aku rela putus tunang. Mungkin itu kekasih hati Qooh yang terpisah sejak dulu. Mungkin Qooh nak sambung semula kasihnya yang terputus tengah jalan.." Emi baring dan menangis lagi. Semuanya berselirat di dalam otak.

Bunyi bising di luar bilik jelas di telinga Emi. Perlahan Emi menapak keluar dari biliknya. Dia tergamam melihat Alin bertengkar dengan Qooh. Jadi, Qooh baru sampai di rumah. Emi jeling jam di dinding, sudah hampir sepuluh setengah malam. Dia kemudian menapak ke tepi tingkap dan langsir diselak. Kereta Satria Shafiq juga sudah tersadai di laman rumah. Matanya jatuh pula pada Alin yang masih memandang tajam ke arah Qooh. Kak Yati masih terpinga-pinga tidak tahu hujung pangkal cerita.

"Alin..sudahlah. Tak baik kau bercakap kasar dengan Qooh." Emi tarik tangan Alin yang sudah bercekak pinggang di tepi Qooh yang tunduk dari tadi.

"AKu hairan la dengan kau ni Emi. Sudah terang-terang perempuan ni cuba rampas Shafiq dari kau, kau boleh buat dek je?" Alin pandang Emi kemudian beralih pada Qooh.

"Jadi..awak kekasih Shafiq?" Qooh tersekat-sekat nadanya bertanya pada Emi.

"Bukan kekasih! Tunang!!" Pantas saja Alin menjawab. Terasa dia pula yang menyirap darah.

"Tu..tunang??" Qooh terkejut.

Emi diam sebentar. "Qooh..awak kenal Shafiq?"

Qooh mengangguk.

"Apa hubungan awak dengan Shafiq? Shaq yang awak cari selama ini tu, Shafiq ke?" Emi sudah sebak. Terasa dia sudah tidak berdiri dengan betul ketika ini.

Qooh hanya diam. Dia letak bungkusan mee goreng di atas meja sofa dan terus berlari masuk ke dalam bilik, menangis teresak-esak. Emi hanya memandang tingkah Qooh.

"Tengoklah tu! Macam tu ke orang yang tak mengenang budi?? Dah kita tolong dia macam-macam, alih-alih dia berkasih dengan tunang kau Emi. Kalau aku lah, aku dah cepuk sebiji!" Alin mengetap bibir.

"Alin..tak baik tuduh tanpa usul periksa. Kita kena tanya kedua belah pihak. Tanya Shafiq nanti apa yang sebenarnya berlaku." Kak Yati cuba tenteramkan keadaan.

Alin segera masuk ke biliknya. Emi mula menapak malas ke biliknya semula. Sebaik pintu dikuak, Qooh dilihat sudah tidur di atas katil. Dia menapak perlahan ke atas katil.

"Aku akan tanya Shafiq.." Emi mula baring. Dia kalau boleh tidak mahu mengeruhkan keadaan.


SEJAK kejadian itu, Emi menjadi pendiam. Bila ditanya pada Shafiq sendiri tentang hal itu, Shafiq juga seperti ingin berahsia darinya. Sekarang ini dia mengambil sikap berdiam diri. Tidak lagi semesra dulu dengan Qooh. Dengan Shafiq pula, dia langsung tidak ambil peduli. Kini hanya tinggal seminggu saja lagi untuk syawal menjelma lagi. Kalau dulu, dialah insan paling gembira bila munculnya syawal. Tahun lepas adalah paling menggembirakannya. Keluarga Shafiq datang merisik tapi kali ini, sepatutnya dialah insan paling gembira sekali kerana hari ke lima syawal, dia akan bergelar isteri Shafiq yang sah. Semua itu sudah dirasakan hambar..

"Emi..tolong akak tumbuk cili ni. Hari ni kita masak asam pedas melaka. Akak dah beli ikan merah tu dua ekor. Cukuplah untuk kita satu rumah ni." Kak Yati pandang Emi yang termenung panjang di depan sinki. Pinggan mangkuk masih banyak di dalam sinki, belum bercuci.

"Emi!"

Tersentak Emi bila namanya dijerit agak kuat. "Er..apa kak?"

"Tu la..termenung lagi. Tumbuk cili dan bawang tu kejap. Akak nak masak asam pedas." kak Yati senyum. Dia faham perasaan Emi.

"Baiklah kak.." Emi mula capai lesung dan mula menumbuk bawang dan cili kering.

"Emi..boleh saya tolong?" Qooh muncul di muka pintu dapur.

Emi mendongak. Dia tidak menjawab apa-apa. Cili kering ditumbuk semakin kuat. Terpelanting semua bawang dan cili.

Kak yati geleng. Dia kemudian menyuruh Qooh memotong sayur kangkung. Shidah pula memasak nasi. Noor dan Alin sibuk menyiang ikan. Kak yati seperti biasa, sibuk dengan kuih lepat pisang.

"Emi, kau tak nak buat agar-agar pelangi kebabom ke?" Usik Shidah, Emi dilihat masam dari tadi. Senyap saja.

Emi diam saja. Dia teus menumbuk cili kering dan bawang.

"Kenapa dengan  Emi tu? Sejak dua menjak ni, masam dah macam jeruk aku tengok." Shidah cuit lengan Noor. Noor hanya geleng.

Alin pula jeling Qooh. Eii! Rasa nak tenyeh muka minah ni! Selamba je rampas tunang Emi, dah tu muka tak langsung rasa bersalah! Shafiq pulak satu hal, tak nak cerita apa yang sebenarnya berlaku. Entah-entah, anak Qooh dulu tu anak Shafiq!! Alin terus ketuk mulutnya sendiri. Perkara itu sudah membuat mulutnya celupar di bulan puasa ni.

Qooh faham dengan jelingan rakan serumahnya terutama perasaan Emi tapi belum masanya dia ceritakan hal sebenarnya. Dia juga tidak sangka akan berjumpa dengan Shafiq di luar pejabatnya. Rupanya, Shafiqlah yang telah membantunya mendapatkan pekerjaan di situ sehinggalah dia berjumpa berdepan dengan Shafiq. Ya, Shaq yang dicari selama ini adalah Shafiq, jiran sebelah kiri Emi sendiri. Selama ini dia tidak pernah bertembung dengan Shafiq dan tidak pernah kenal siapa tunang Emi. Sejak berjumpa dengan Shaq, sejak itulah dia kerap berjumpa Shaq di luar. Acapkali juga mereka berdua berbuka bersama.

"Kak..saya tolong akak ya." Qooh menapak pula ke tempat kak Yati. Hanya kak Yati yang sudi berbual dengannya ketika ini. Sejak hari dia balik berbuka dengan Shafiq dulu, sejak itulah Emi, Alin seperti tidak suka padanya. Sepatah yang ditanya,sepatah juga yang dijawab.



USAI berbuka, mereka berenam berterawih pula di masjid. Qooh hanya mampu tersenyum bila terasa dipulaukan oleh Alin. Emi pula dilihat masih melayannya sebagai sahabat walaupun tidak semesra dulu. Biarlah. Tidak lama lagi mereka akan tahu juga siapa dia sebenarnya.

"Qooh nak raya ke mana nanti?" Kak Yati mula bertanya. Dulu, Emi beria mengajak Qooh beraya di Kuala Kangsar tetapi setelah apa yang terjadi, rasanya tidak mungkin Emi akan mengajak Qooh beraya bersama.

"Entah lah kak..saya raya kat sini je la.." Sugul nada Qooh.

Emi diam. Perbualan Qooh dengan kak Yati cuba didengar juga. Dia sebenarnya serba salah. Dia bukan sisihkan Qooh tetapi dalam hatinya segala persoalan masih belum terjawab.

"Macam nilah..Qooh beraya dengan akak. Nanti kenduri Emi nanti, kita pergi sama-sama. Akak dah plan dengan Shidah, Noor dan Alin." Kak Yati senyum.

Qooh hanya angguk.




Last edited by Ipo on 1-8-2014 07:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 07:06 PM | Show all posts
wasap posted on 30-7-2014 05:25 PM
mane sapik ngn emi ni... raya ketiga dah ni.... hehehe

sapiq dan emi dah mai dah ni

dah kenyang beraya dan makan ketupat rendang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 07:06 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 31-7-2014 05:08 AM
suspens jer semua cite ipo ni...

selamat raya  zamzam..suspen dan ipo tak leh terpisah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 07:07 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 1-8-2014 03:25 PM
qooh!!! jeng jeng ..

tinggalkan jejak yer

jejak bertapak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 07:07 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 1-8-2014 06:34 PM
Mcm pernah dgr jer nama Qooh ni...

ya conan..salah satu watak selingan dalam Arissa Daniel..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 07:17 AM | Show all posts
Ipo posted on 1-8-2014 07:06 PM
selamat raya  zamzam..suspen dan ipo tak leh terpisah

1st day kerja selepas seminggu bercuti... yeah... Ipo... yeah... makin rumit plk cite ni Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 08:44 PM | Show all posts
EMI mula berkemas pakaiannya. Dia letak siap-siap dalam beg pakaian. Sehari sebelum hari raya nanti, abang Edy akan menjemputnya seperti biasa. Sibuk melipat baju, Emi pandang cincin pertunangannya dengan Shafiq di jari manis. Cincin itu dibelek-belek.

"Shafiq...betul ke kau cintakan aku dan nak nikah dengan aku?" Emi usap cincin itu perlahan. Sebak dengan apa yang sudah berlaku.

"Emi..."

Emi mendongak. Qooh dilihat sudah menapak ke arahnya. Dia kembali melipat baju dan masukkannya ke dalam beg pakaian. Dia perasan Qooh asyik memandang ke arahnya.

"Emi..maafkan aku. Aku tak bermaksud nak lukakan hati kau atau nak rampas Shafiq dari kau." Qooh sentuh bahu Emi.

Emi menepis perlahan tangan Qooh. Dia menyambung mengemas baju. Apa yang dikatakan oleh Qooh tadi tidak dihiraukan.

"Emi..aku tahu kau marahkan aku kan?" Qooh sentuh lagi bahu Emi.

"Kau tak faham ke? Jangan ganggu aku!" Emi sedikit menjerit. Nafasnya turun naik.

Terkedu Qooh mendengar suara Emi yang tiba-tiba meradang begitu. "Ma..maaf. Aku tak akan ganggu kau lagi."
Qooh mula berlalu pergi.

Emi diam. Nafasnya semakin turun naik. Entah apa yang ada dalam otaknya ketika ini sehingga menjerit begitu pada Qooh tadi. Dia meraup muka. Qooh dilihat sudah beredar dari situ.

"Ya Allah..aku tak pernah marah-marah macam ni.." Sekali lagi Emi meraup muka. Beristighfar berkali-kali.

Malam itu tidurnya ditemani mimpi kosong. Qooh yang tidur di sebelahnya sudah mengiring membelakanginya. Biarlah. Dia bukan tidak bertegur sapa dengan Qooh. Cuma dia tidak semesra dulu. Itu saja. Matanya dipejamkan. Esok, lepas kerja, dia akan terus pulang ke rumah dan ingin membuat kuih raya sedikit untuk dibawa pulang.


PAGI lagi Emi menapak ke pejabat. Di pejabat dia menyibukkan diri melakukan kerja yang sememangnya tidak pernah habis. Sengaja dia menyibukkan diri agar otak kecilnya tidak memikirkan hal Shafiq dan Qooh. Bulan puasa pun hanya tinggal empat hari sahaja lagi. Lusa dia akan mula bercuti.

Usai kerja, jam lima petang, Emi bergegas ke tempat letak kereta. Dia perlu sampai awal ke rumah. Keretanya dipandu agak laju membelah kesibukan kotaraya. Tiba di kawasan perumahan, dia berhenti seketika di sebauh gerai menjual air tebu. Dari semalam tekaknya teringin menikmati keenakan air tebu Pak Ali di situ.

"Hmm..panjang pulak beratur ni.." Emi turunkan cermin kereta. Dia jenguk sekejap ke arah gerai Pak Ali.

Emi keluar juga dari perut kereta. Dia sudah lama mengidam air tebu Pak Ali. Air tebu Pak Ali punya pasal, dia rela beratur. Emi mula beratur di situ. Untuk sampai ke gilirannya, dia adalah orang yang ke sepuluh. Ah, tak apalah. Sambil beratur, Emi sempat melihat sekitar kawasan itu. Banyak juga gerai menjual air dan kuih di situ, di simpang masuk ke kawasan perumahannya. Usai membeli, Emi kembali ke kereta. Namun langkahnya terhenti sebaik terpandang Shafiq bersama Qooh sedang berbual dengan kedua ibu bapa Shafiq dan abang Shafiq di sebuah restoran di seberang jalan.

Emi tergamam. Shafiq dan Qooh kelihatan mesra. Rapat mereka berdua duduk di situ. Manakala ayah dan ibu Shafiq pula tidak lekang dari senyuman. Yang paling ketara, mak Shafiq asyik memegang tangan Qooh. Diusap-usap lembut. Sesekali pipi Qooh pula diusap.

"Patutlah beria sangat nak berahsia. Dari jauh mereka datang semata-mata nak jumpa Qooh. Habis aku ni siapa? Gundik dia agaknya." Emi mengetap bibir. Air matanya sudah mula tumpah. Dia buka pintu kereta dan menghempasnya dengan kuat.

Kereta dipecut laju menuju ke rumah sewa. Pantas saja dia capai air tebu dan beg kerja masuk ke dalam rumah. Kasut yang dipakai tadi dibuka kasar sehingga terpelanting entah ke mana. Hatinya sudah geram. Kak Yati dan Shidah yang sedang berehat di ruang tamu hanya memandang Emi yang sudah muncung dan merah mata.

"Haih..apa lagi yang tak kena?" kak Yati geleng.

Shidah juga hanya geleng. Dia kembali menonton tv. Alin dan Noor pula berbuka di rumah ibu saudara masing-masing. Qooh juga berbuka di luar hari ini.



USAI solat maghrib, Emi, Shidah dan Kak yati mula bergerak ke masjid. Seperti biasa mereka akan beriringan berjalan melalui jalan yang agak gelap itu menuju ke masjid. Emi sempat  menjeling rumah Shafiq, kereta satria milik Shafiq tidak ada di situ. Bermakna memang Shafiq berbuka di luar dan tentunya berbuka dengan Qooh dan famili yang datang dari jauh. Itu yang dia nampak siang tadi. Tak sangka, begitu bersungguh Shafiq perkenalkan Qooh pada keluarga sampai menyuruh keluarganya datang ke KL.

"Emi..kau ok ke?" Shidah sentuh bahu Emi yang dilihat mengelamun jauh. Kaki dihayun tapi mata dan otak tidak seiring.

"Hah? Err..ok..ok.." Emi tunduk. Dia tutup mukanya dengan kain telekung.

Malam itu mereka bertiga berterawih di masjid bersama sehingga pukul sepuluh setengah malam, siap menjamu selera dengan moreh yang disediakan di masjid itu oleh Tok Siak. Sepanjang balik dari masjid itu, Kak yati dan Shidah asyik bercerita tentang tazkirah yang disampaikan oleh pelajar tahfiz yang didatangkan khas dari Mesir.

"Kalau aku dapat suami macam ustaz tu..alangkah bagusnya.." Shidah sudah berangan.

Emi diam saja. Di benaknya sarat dengan persoalan siang tadi. Tak sedar mereka sudah sampai di kawasan rumah. Langkah Emi terhenti. Kereta satria milik Shafiq sudah ada di situ. Apa yang lebih terkejut, Shafiq dilihat sedang berbual mesra dengan Qooh di tepi pagar.

Kak yati cuit lengan Shidah, memberi isyarat supaya tidak menganggu Emi yang sudah tercegat di depan pintu pagar rumah Shafiq. Mereka berdua terus saja ke rumah.

Emi masih memandang Shafiq dan Qooh yang leka berborak. Dia menyambung langkahnya menuju ke rumah. Semakin dekat dengan Shafiq dan Qooh, semakin berat rasanya kaki melangkah.

"Emi.."

Emi mendongak. Shafiq memandang ke arahnya dengan sebuah senyuman diukir di bibir. Terkesima seketika Emi di situ. Dia mengalih pandang pada Qooh yang turut sama memandang ke arahnya. Langkahnya yang terhenti tadi disambung lagi. Malas hendak melayan dan mencelah perbualan kedua kekasih hati itu.

"Emi!"

Emi berpaling dan menoleh ke arah tangan Shafiq yang sudah menggenggam lengannya. Nasib baik dia masih dalam keadaan bertelekung. Dia rentap tangan dan terus saja berlari masuk ke dalam rumah. Kak Yati dan Shidah yang baru saja melabuhkan punggung di sofa terpinga-pinga melihat Emi yang sudah berlinangan air mata, meluru masuk ke bilik.

"Haih..ni yang tak syok ni, drama sedih macam ni.." Shidah geleng.

"Akak tak puas hati! Shafiq ni kena ajar ni!!" Kak Yati tercegat bangun. Dia singsing lengan baju kurungnya dan menapak laju ke laman rumah semula. Shafiq dan Qooh dilihat masih bermesra di situ, berborak tak ingat maksiat!

"Shafiq!!" laung Kak Yati sambil bercekak pinggang.

Shafiq menoleh dan mendongak ke arah Kak Yati yang sudah bercekak pinggang di atas tangga rumah di tepi rak kasut. Kak Yati dilihat sudah menapak ke arahnya berkaki ayam. Riak dan nada kak Yati tadi sudah berlainan.

"Ada apa kak?"

"Oh..tanya lagi ada apa kak! Tahu tak Shafiq dah buat apa kat Emi??" Kak Yati mengetap bibir. Kali ni dia tidak boleh berdiam diri.

"Buat apa kak?" Shafiq garu kepala. Dia pandang Qooh yang juga turut bingung.

"Tak payah nak loyar buruk dengan akak la Shafiq. Tak sangka, lepas jumpa minah saleh celup ni, Shafiq dah lupa pada Emi, lupa pada tunang sendiri! Ni, duk borak dari tadi, malam bulan puasa ni, dosa tahu tak!" Kak Yati semakin tinggi nadanya.

"Err..kak, kami tak buat apa pun.." Qooh pula mencelah.

"Memanglah tak buat maksiat yang tu tapi kalau dah tersengih-sengih dengan bukan mahram ni, bulan puasa lagi, apa ke bendanya? Ibadat??" kak Yati sudah menyinga.

Shafiq dan Qooh saling berpandangan.

"Kak..akak dah salah faham ni." Shafiq sengih.

"Apa sengih-sengih? Ingat akak main-main ke? Nak akak panggil orang pejabat agama tangkap korang kat sini?" Ugut kak Yati.

Ketawa Shafiq dan Qooh makin menjadi. Kak Yati semakin bingung. Pening dengan gelagat mereka berdua. Rasa nak ketuk je kepala sekor-sekor!

Qooh tarik tangan kak Yati dan mula berbisik sesuatu kepada kak Yati. Kak Yati terbeliak. Dia menelan liur.

"Jadi selama ni.." Kak Yati tidak meneruskan kata-katanya. Shafiq dan Qooh dipandang tak berkelip.

"Ya kak..saja saya nak uji Emi. Lagipun, sayalah orang paling gembira sekali sekarang ni. Mak dan ayah saya juga sudah tahu. Jadi, kami ingat hari raya ke lima nanti nak jumpa satu famili." Ujar Shafiq sambil kenyit mata pada Qooh.

Kak Yati hanya angguk. Dia kemudian minta maaf dan mula minta diri. Terduduk semula di sofa dan masih memikirkan kata-kata Qooh tadi ketika dibisikkan ke telinganya. Biar betul..

"Ada apa kak yati? Dah sembur dia orang tu cukup-cukup?" Shidah mula tidak sabar.

"Err..aa..err..aa.." Kak Yati hilang kata-kata. Dia tidak tahu hendak menjawab pertanyaan Shidah tadi. Mulutnya bagai dikunci. Tadi Qooh sudah pesan jangan beritahu hal ini sehingga hari pernikahan Emi dan Shafiq nanti.
Last edited by Ipo on 4-8-2014 09:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:59 PM | Show all posts
test la sangat sapik oiiii.. buatnye perantin pompuan lari sblm nikah.. ko jugak jilat gigi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 10:48 PM | Show all posts
SYAWAL DATANG LAGI


EMI mengacau rendang ayam dalam kuali perlahan-lahan. Otaknya ligat memikirkan hubungannya dengan Shafiq. Shafiq seolah bersikap bagai tidak apa-apa yang berlaku. Malah hanya senyum bila dia sempat jumpa Shafiq hari terakhir puasa. Shafiq siap memberinya pula kuih onde-onde buat berbuka masa perjalanan pulang ke kampung.

"Hmm..hairan aku. Sengih-sengih macam kerang ternganga. Nak tutup kesalahan sendiri la tu." Emi mencebik. Dia berfikir lagi. Kali ini tentang Qooh pula yang juga selamba dek saja bersembang dan berjumpa Shafiq tak kira masa. Mentang-mentanglah Shafiq tu adalah Shaq yang dicari selama ini, senang-senang saja dia keluar berdua dengan Shafiq ke hulu ke hilir.

"Eii! menyampah! Sekarang ni dia boleh macam tu, entah-entah dia dah pasang niat nak jadi bini nombor dua, madu aku!" Emi pandang dinding di dapurnya. Tangannya masih mengacau rendang yang hampir kering.

"Ya Allah Emi! Habis rendang mak!" Mak Emi sudah meluru ke dapur. Bau hangit tadi menggamitnya segera ke dapur. Bimbang juga jika ada kebakaran.

Emi tersedar. Rupanya tadi dia mengelamun sakan. Dia pandang rendang ayam dalam kuali. Hampir hangus. Bau hangit sudah menyucuk hidung. Cepat-cepat dia tutup api dan mengacau balikkan rendang ayam tadi.

"Tu la, berangan lagi! Anak dara berangan kat dapur, tak ada orang yang nak nanti! Masak semuanya hangus!" Edy muncul di muka pintu dapur. Dari tadi dia menghidu bau hangit dari luar.

"Err..maaf mak. Emi tak sedar tadi.." Emi tunduk.

"Haih..fikir apa sampai rendang mak ni dah hangit macam ni. Nasib baik hangit kat bawah je." Mak mula geleng.

Emi muncung. Dia kemudian ke belakang rumah menolong ayah merebus ketupat pula. Dia ambil ranting kayu dan disumbat pada celah bata. Ditiup sekali sampai penuh debu di muka.

"Dah la tu. Biar ayah je yang buatkan. Panggil abang Edy. Emi kan nak nikah tak lama lagi. Kalau kulit muka tu menggerutu, lari nanti Shafiq tu." usik ayah pula.

Emi muncung lagi. Dah tak ingin nikah dengan Shafiq penipu dan gatal tu! Dia melangkah pula ke ruang tamu dan mula mengemas dan pasang langsir baru. Entahlah, hari itu apa yang dibuatnya serba tak kena. Esok sudah nak raya. Tadi, mak ada beritahu yang Shafiq akan bertandang ke rumah mereka.

"Rajin pulak dia datang nak beraya. Nak minta maaf la tu konon." Emi mencebik. Tangannya ligat masukkan cangkuk pada kain langsir sebelum digantung pada tingkap. Rumah dihias cantik bukan saja untuk hari raya tetapi untuk hari pernikahan nanti juga. Kalau tidak, jarang mereka sekeluarga menukar langsir baru.

Malam itu, Emi tidak lena tidur. Kedengaran sayup-sayup suara takbir bergema dari masjid berdekatan. Terasa sayu sekali. Saat ini teringat yang Shafiq sudah menduakannnya. Dia menangis lagi. Esok sudah hari raya pertama dan esok juga Shafiq akan datang beraya. Mahu saja dia lari dari rumah dan lepak di rumah ibu saudara di kampung sebelah.



TAKBIR raya makin kuat bergema dari masjid. Usai solat sunat hari raya, Emi dan keluarga mula kembali ke rumah. Ramai budak-budak datang beraya. Tidak menang tangan Emi melayan karenah mereka. Walaupun penat, dia tetap gembira melayan mereka. Teringat pula zaman kanak-kanaknya dulu. Begitulah bila datang beraya ke rumah orang. Makannya sedikit saja tapi duit raya yang pertama sekali diminta. Emi sengih.

"Assalamualaikum."

Emi menoleh ke arah pintu. Shafiq segak dengan baju Melayu hijau pucuk pisang dengan samping tenun songket hitam bercorak bunga kecil warna perak. Terpegun seketika.

"Assalamualaikum." Shafiq sekali lagi beri salam. Emi dilihat kaku di situ sambil memegang balang kuih semperit.

"Hello! Aloha! Mushi Mushi! Namaste!" Shafiq tutur pula bahasa lain, mana tahu Emi tidak faham bahasa Arab.

"Hish! Budak ni! Orang bagi salam tu, boleh pulak tercegat macam patung kat situ! Wa'alaikumussalam." Edy menyambut salam Shafiq di muka pintu. Dia bersalam dan menjemput Shafiq masuk ke rumah.

Shafiq senyum. Dia sengaja lalu depan Emi yang masih tercegat di situ dan sempat juga berbisik. " Ehem..tutup mulut tu. Masuk lalat nanti.."

Emi tersedar. Mulutnya yang ternganga tadi segera ditutup. Dia letak balang kuih dan segera menapak ke dapur. Berkali-kali dia mengetuk kepalanya sendiri. Malunya pada Shafiq. Kenapalah dia macam terpacak macam patung cendana kat situ tadi? Apa yang hebat sangat Shafiq tu sampai dia boleh terlopong memandang lelaki tu? Haish!!

Edy berbual mesra dengan Shafiq yang datang beraya. Banyak perkara menyentuh hal pernikahan.  Perbualan mereka terhenti seketika bila melihat Emi membawa semangkuk rendang ayam dan juga agar-agar pelangi kebabom. Emi capai pinggan dan menyenduk beberapa ketul rendang ayam dan letak pula ketupat dalam pinggan lain. Agar-agar tadi dipotong cantik dan diletakkan dalam piring. Semua itu dihulur kepada Shafiq dengan manis muka.

"Terima kasih.." Shafiq melemparkan senyuman.

"Jemputlah makan." Edy pelawa Shafiq yang mula melihat Emi sudah melabuhkan punggung di sofa. Dia minta diri ke sudut lain melayan budak-budak lain yang datang beraya.

"Makanlah. Saya yang masak semua tu." Emi mencelah dan menyuruh Shafiq merasa masakannya. Dia senyum-senyum.

Shafiq mengangguk. Dia ambil ketupat dan juga seketul rendang ayam yang agak kecil lalu disuap ke mulut. Berkerut muka Shafiq sambil mengunyah ayam dan ketupat. Dia cepat-cepat minum air sirap limau yang juga disediakan oleh Emi. Sebaik minum sirap limau itu, terus saja tersembur.

"Kenapa?" Emi sengaja tanya.

Shafiq hanya sengih. Dia capai pula agar-agar pelangi kebabom dalam piring dan disuap ke mulut. Kali ini riak wajahnya semakin berkerut sehingga terpejam rapat matanya.

"Sedap tak?"

"Apa awak bubuh dalam agar-agar ni?" Muka Shafiq masih berkerut.

"Saya buat special untuk awak. Agar-agar tu saya bubuh kicap sikit, budu sikit, cencaluk sikit. Sedap tak?" Emi sengih lagi. Geramnya sudah terbalas.

"Apa? Awak nak kenakan saya eh?" Shafiq terasa nak muntah bila dengar semua itu. Sudahlah rendang ayam tadi rasa hangit semacam saja. Air sirap limau pula masin yang amat!

"Tu menu untuk orang yang curang!" Geram Emi masih bersisa.

"Curang? Maksud awak, saya curang??" Shafiq pandang Emi yang sudah muncung.

"Ya! Kalau awak nak sangat Qooh tu, ambillah. Kita putus tunang!" Emi mencebik.

Shafiq mula ketawa. Oh, rupanya Emi marahkan Qooh dan cuba balas dendam dengan masakan merepek ni semua.

"Kenapa ketawa?" Emi semakin geram.

"Cantik pulak awak muncung macam tu. Tak sabar saya nak cubit mulut awak tu hari raya ke lima nanti." Shafiq mengusik.

"Gatal! Awak jangan cuba nak gatal dengan saya! Ni! Nampak ni!" Emi tunjuk penumbuk.

"Huih! Bakal biniku gangster la!" Shafiq ketawa lagi.

Emi semakin geram. Dia terus bangun dan menapak ke dapur. Shafiq intai Emi yang dah hilang ke ruang dapur. Dia ketawa mengekek. Kuih dalam balang dimakan lagi. Hilang rasa masin tadi. Dia mula minta diri selepas berjumpa dengan mak ayah Emi dan juga abang Emi. Emi pula hanya pandang Shafiq meninggalkan rumahnya. Rasa nak baling je dengan pinggan ke muka Shafiq. Ada hati nak pasang dua! Geramnya masih ada.

"Tapi aku sayang dia tu.." Emi melepaskan keluhan sebentar. Shafiq dlihat sehingga hilang dari pandangan. Berdebar pula memikirkan hari raya ke lima nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.762199 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list