CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

NOVEL: Hijab Untuk Peah (rombakan besar-besaran ~ mula m/s 1)

[Copy link]
 Author| Post time 16-7-2014 10:51 AM | Show all posts
Penganjur low bajet. Cokolat peraro rohce mahal kahkahkah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2014 10:52 AM | Show all posts
BALA! Memang sengaja nak cari bala. Mendengar suara Madihah berdegar-degar berpidato di podium, lutut Peah sudah bergegar. Sudahlah puasa, perut lapar, makin bergegarlah lututnya. Semua orang kata Madihah bakal juara. Tapi kata Noraya, mana tahu Peah boleh dapat nombor dua. Afiqah berpidato macam kayu. Serupa tiang lampu. Tak ada nada. Mendatar saja.

Mata Peah tertancap pada kelibat Khalid yang segak berjubah kelabu dan kopiah juga kelabu. Amboi, segaknya Pak Imam tu. Macam janji pula dengan dia ni. Baju kurung Peah pun warna kelabu juga. Tudung warna biru telur itik. Padan benar dengan Abang Khalid. Ceh, dalam hati berdebar-debar nak berpidato pun matanya sempat meneropong si Imam Muda itu.

“Buat yang terbaik… Peah boleh!” Noraya memberikan kata-kata semangat buat Peah yang sudah mahu bergerak ke podium. “Ingat hamper! Ingat pidato!” Wah, bersemangat benar Noraya. Kalau suruh ke depan kelas buat pembentangan, terketar-ketar Noraya tu.

Peah senyum hambar. Matilah, matilah. Dia bukannya hafal teks pidato. Mana nak hafal kalau dekat jam 12 tengah hari baru jumpa teks pidato, jam 4:30 petang dah naik podium. Kertas yang berlipat di tangan dia genggam erat.

Peah mengatur-atur mikrofon di hadapannya. Tempat pidato itu di dalam masjid. Masjid inilah yang mereka panggil Pusat Islam. Sekarang dia berdiri betul-betul di atas mimbar, mimbar tempat Pak Imam selalu bagi khutbah Jumaat tu. Di hadapannya, ada ramai siswa yang duduk sambil menongkat dagu. Separuh daripada siswa itu sudah buat tahi mata dan air liur basi. Mata memang sah-sah dah pejam membuai mimpi. Siswi pula di jauh di belakang sana, duduk menyandar di dinding masjid. Ada juga yang duduk di kaki lima masjid.

Sempat dia toleh ke kiri. Hakim pertandingan ada tiga. Dia perasan Khalid yang segak itu sedang berdiri di sebelah hakim. Fuh! Mudah-mudahan dapat nombor dua, Peah sudah doa-doa dalam hati.

Peah tarik nafas panjang. Dia sudah bersedia hendak melantunkan suaranya ala-ala Sukarno. Biar semua orang terpegun.

“ASSALAAAAAAAAAMUALAIKUMMMM!”
Last edited by aylanins on 16-7-2014 10:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 11:30 AM | Show all posts

Tudung warna biru telur itik

jenuh dok pikir biru cemana...hahaha..sb jarang mkn telur itik or telur masin...

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 11:42 AM | Show all posts
UsuFie posted on 16-7-2014 11:30 AM
Tudung warna biru telur itik

jenuh dok pikir biru cemana...hahaha..sb jarang mkn telur itik or  ...

Cantek kaler tulur tu....makin lapar lak.....




Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 11:54 AM | Show all posts

ngape takleh reply post nicki...penat usu type...



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 12:04 PM | Show all posts
UsuFie posted on 15-7-2014 02:00 PM
wah...menarik ni...

pandai noraya yer...dia yg nak hamper...peah jadi bahan...

ok la tu.. buatnye johan dpt hamper penuh kuih kapit jek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2014 12:04 PM | Show all posts
UsuFie posted on 16-7-2014 11:54 AM
ngape takleh reply post nicki...penat usu type...


Samalah
Last edited by Nicki_Meow on 16-7-2014 12:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:57 AM | Show all posts
ala... awat dh stop tang peah nak start pidato TT... nak lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 09:37 AM | Show all posts
Uik, stop plk, mana pidato peah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 12:46 PM | Show all posts
“OPOCOT MAK KAU!!!” Mata Mustafa terbuka luas. Tadi dia tertidur di depan podium itu gara-gara dengar persembahan pidato dan bercerita yang membosankan. Ini kenapa pula matanya terbuka luas?

Alfian di sebelahnya yang terang-terang sudah buat air liur basi turut tersentak lalu terbangun. Dia memegang dadanya yang berdebar-debar. Macam ada bunyi yang sangat kuat. Bunyi apa tu.

Siswa lelaki lain yang duduk di depan podium semuanya mengurut-ngurut dada masing-masing. Terkejut. Semuanya terpinga-pinga. Siswi yang duduk menyandar di dinding masjid pun nampak terkejut.

Sepuluh saat berlalu.

Satu Pusat Islam terdiam. Seketika kemudian semua mata terarah ke podium.

Peah sudah terundur ke belakang. Dia sendiri terkejut mendengar suaranya bergema melalui mikrofon itu. Dan seketika kemudian, apa yang ditakutinya kini terjadi.

Semua siswa dan siswi yang jadi penonton pertandingan bercerita, pidato dan azan di Pusat Islam ini sudah ketawa terbahak-bahak. Bergema satu masjid ini dengan ketawa mereka.

Ustaz Syauqi yang jadi hakim pertandingan sudah senak perut ketawa tidak henti-henti melihat Peah yang terundur ke belakang gara-gara terkejut mendengar suaranya sendiri memberi salam di mikrofon. Ustazah Asma yang turut sama jadi hakim pun sudah menekup-nekup mulut menahan tawa.

Noraya sudah ketawa berguling-guling di belakang sana. Peah! Peah! Muka terkejut Peah itu yang membuatkan mereka semua ketawa.

Peah mengetap bibirnya. Malunya! Dan Khalid! Khalid pun sudah pecah perut ketawakan dia di sudut sana. Malunya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 12:58 PM | Show all posts
kesian peah...   
teruskan peah... biar sumer ternganga pulak dgr pidato peah...
go peah go!!!  

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 01:47 PM | Show all posts
hahahahaha... good job peah... kasi semua org bangun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 01:55 PM | Show all posts
Peah sila berpidato dgn lantang dan jelas biar semua celik mata yg kuyu time posa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 07:48 AM | Show all posts
TT... takde entry lg ke? tak sabar nak saksikan peah berpidato...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:14 PM | Show all posts
Go peah go!!!
Sokong peah 200%!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 08:02 AM | Show all posts
takde entry lg ke TT? tak sabar dengar peah berpidato ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 05:30 PM | Show all posts
sambung pleaseeeeee.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TT... Deadline dh hampir tamat... Takde entry lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 10:50 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 23-7-2014 06:22 AM
TT... Deadline dh hampir tamat... Takde entry lg ke?

25/8 kan tamatnya..

peah dh terkedu kena gelak lgsung xmmpu brsuara kot..

tt tgh buat kue raya ke ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 12:52 PM | Show all posts
Ada... ada entry ni. Dari tadi asyik log in nak masuk entry baru tapi asyik tak sempat je

Eh camne awanjingga tahu kita tgh buat kueh raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.075219 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list