CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

NOVEL: Hijab Untuk Peah (rombakan besar-besaran ~ mula m/s 1)

[Copy link]
 Author| Post time 23-7-2014 12:54 PM | Show all posts
ADA biskut. Kejap, aku bancuh air kopi.” Tanpa dipelawa Noraya sudah mengambil boiler, mahu menjerang air. Bukan dia tidak biasa dengan bilik Peah itu. Dia tahu mana letak serbuk kopi, gelas, mangkuk, sudu, dan stok makanan Peah yang lain. Peah tu tak kedekut dengan makanan. Sebab itu murah rezeki. Tengok ni. Sudah dapat hamper sebuah. Nombor tiga pun jadilah.

“Coklat. Bukak coklat dulu,” ujar Kamalia yang mengendeng sama mengadap hamper.

“Amboi… dia penganjur, dia pun tumpang makan sekali…” kata Pija pula. Bilik yang dia dan Peah huni ini penuh dengan kawan-kawan yang mahu tumpang sekaki makan hamper kemenangan Peah. Semua teruja Peah dapat nombor tiga.

“Patutnya ko dapat nombor dua Peah. Afiqah berpidato macam kayu. Tertidur aku,” kata Amy sambil membuka tin biskut. Dia pun ada menonton pertandingan di Pusat Islam petang tadi. “Bila ko berpidato je Peah, fuhhh… terbangun satu masjid. Hebat… hebat…”

“Ceh… hebat apanya… malu setahun aku macam ni. Kamalia itulah punya pasal. Dan Noraya ni. Aku dah takde muka ni nak mengadap satu kampus. Semua ketawakan aku…” kata Peah sambil buka bungkusan mee segera pula.

Merah padam wajahnya usai saja dia berpidato tadi. Semua yang ada di Pusat Islam ketawakan dia. Sudahlah kena ketawa, menang pun dapat nombor tiga saja. Madihah johan. Afiqah tempat kedua. Tebal seinci mukanya terima hadiah dari Ustazah Asma siang tadi.

Disebabkan malu dengan aksi pidato melampaunya petang tadilah, dia tidak ada muka hendak berbuka puasa di dewan makan dengan kawan-kawan seperti selalu. Dipaksanya Noraya tapau makanan untuknya berbuka di bilik. Tarawikh pun dia tak pergi. Pagi nanti, dia bercadang tidak mahu turun sahur di dewan makan seperti selalu. Biar Noraya saja tapau makanan untuknya tengah malam ini. Atau susah-susah, biar saja dia makan isi hamper yang banyak ini.

“Ko tak tarawikh tadi ke?” Tanya Kamalia. “Mustafa, Alfian, geng siswa yang jadi AJK Makanan semua tanya kau.”

“Dia takde muka dah nak mengadap khalayak ramai…” sahut Noraya. Mulutnya penuh  mengunyah badam madu. Noraya ini kalau soal makan, hilang perempuan melayu terakhirnya.

“Assalamualaikummmmm…” pintu tiba-tiba dikuak dari luar.

“Waalaikumsalam…” jerit mereka yang ada di dalam bilik itu. Semua mata memandang ke arah pintu bilik.

“Kak Peah ada?” sapa gadis manis yang menjenguk wajahnya di balik pintu.

“Ya… ya… saya. Kenapa?” Peah melompat dari tempat duduknya lalu menuju ke pintu. Mulutnya penuh mengunyah biskut coklat. Dalam pada malu dapat nombor tiga pidato, hamper itu sebenarnya dia pun suka juga dapat. Sengal!

“Ada surat untuk akak…” siswi itu menyerahkan sepucuk surat dalam sampul biru kepada Peah. “Ada abang senior tadi bagi…”
Last edited by aylanins on 23-7-2014 01:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 01:53 PM | Show all posts
awanjingga posted on 23-7-2014 10:50 AM
25/8 kan tamatnya..

peah dh terkedu kena gelak lgsung xmmpu brsuara kot..

bulan puasa ni mata saya pun kadang2 out... tarikh pun dh tertukar TT... haishh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:58 PM | Show all posts


waaa.....khalid bagi surat ke...


very d old skol hokeh..whataspp ajelah...



Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 02:15 PM | Show all posts
uik peah dah setat dapat surat cinta pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:28 PM | Show all posts
alaaaaaa nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoho.. Terujanya nak tau saper bagi surat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 12:17 AM | Show all posts
Wah...seronoknyaaa dpt Surat...bukn Senang nk dpt Surat zaman wasap ni

Next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 08:06 AM | Show all posts
Sorry mod... ini dah jadi cerpan pulak dah
Ni dia entry baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2014 08:08 AM | Show all posts
Kenapa tak datang tarawikh tadi? Moreh malam ni makan sedap, laksa penang. Rugi awak.

Awak sahur awal ke? Atau tak sahur langsung? Tak apalah, hamper awak kan besar. Seminggu makan pun cukup.

Tak tarawikh lagi? Ops… sorry. Uzur ke hahaa… banyak tanya pula saya. Tapi, takkanlah lebih seminggu dah ni tak pegi tarawikh lagi. Ke awak malu pasal pidato awak yang mengancam di Pusat Islam tempoh hari?

Sahur yang sunyi tanpa awak. Pakcik Hatta tak mahu goreng ikan spesel sebab awak tak ada. Datanglah sahur, boleh saya menumpang makan ikan goreng panas-panas. Awak sorang je yang boleh pujuk Pakcik Hatta goreng ikan panas jam 3.15 pagi. By the way, bilik saya mengadap bilik awak. Tolong tutup langsir tingkap kalau bersiap nak pegi kelas.



Peah terhendap-hendap di celah tingkap biliknya.  Mengintai blok lelaki di hadapan sana. Nasib dia semester ini memang kurang baik. Dapat bilik berhadapan dengan blok lelaki. Hanya dipisahkan oleh padang rumput sederhana luas.  

Sudah empat pucuk surat ringkas dia terima dari pengirim misteri. Klu yang ada dalam surat terakhir itu membuatkan dia cuak. Siapa ya yang selalu sahur lewat? Dia teringat siswa yang selalu dia nampak makan sahur jam 3.15 dengannya. Yang itu kot. Atau, jangan-jangan surat ini karangan budak-budak sekelas dengannya yang mahu bergurau.

“Woi! Mengintai…” Noraya yang menguak pintu bilik Peah menegur. “Gelap ni apasal?” Noraya mengitari bilik Peah yang gelap.

“Tutup pintu hoi. Tutup…” Peah memberi isyarat pada Noraya. Dia masih lagi mengintai di tingkap. Kalau buku lampu bilik, nanti penghuni-penghuni blok depan sana nampaklah dia mengintai.

“Budak posmen tu tak nak bagitahu aku siapa bagi surat ni semua. Aku tengah cari suspek ni…”

“Khalid kot?” Noraya serkap jarang. Dia sama bertenggek di atas meja panjang di tepi tingkap itu. “Bilik Khalid memang ngadap blok kita.”

“Tapi tak mungkin…” Noraya yang tanya, dia sendiri juga yang menjawab. Noraya sudah geleng-geleng kepala. “Dia kan Pak Imam… alim tu..”

“Geng Pusat Islam ni. Mesti yang selalu pergi solat tarawikh ni… sapa ya? Ehh… bak aku tengok surat last yang dia bagi. Yang ada tulis sahur tu…” Noraya meminta.
Last edited by aylanins on 24-7-2014 10:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:22 AM | Show all posts
semakin menarik cerpan ni TT... teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:35 AM | Show all posts

haih TT...nape tepek sejemput-sejemput...

kasi habis semua......




Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:55 AM | Show all posts
UsuFie posted on 24-7-2014 09:35 AM
haih TT...nape tepek sejemput-sejemput...

kasi habis semua......

kan usu kan...
berkobar2 ni iols nak tau kesudahan crite hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:05 AM | Show all posts
khaizarina posted on 24-7-2014 09:55 AM
kan usu kan...
berkobar2 ni iols nak tau kesudahan crite hehehe

hi khai...


tulah....mai kita babap tt neh..

dah la mood nak cutikan...


selamat hari raya khai...

maap zahir batin...rasanya lepas harini dah slow nak online..
esok start menyinsing lengan baju dah..spring cleaning..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 10:09 AM | Show all posts
Ingat nak habiskan hari ni atau esok, tapi sekali tengok tarikh tutup bulan 8, eh eh... bolehlah carik idea lagi ni...

larikkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:57 AM | Show all posts
UsuFie posted on 24-7-2014 10:05 AM
hi khai...

selamat hari raya juga usu
maaf zahir batin

org lain nak slow...tapi rasanya iols akan berkuntum kat sini

sambut raya sorang2 lagi



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Haipppppp.... ni cerpen bukan cerpan atau novel... nak wat cerpan baik buat peah versuon 2.0 nnt Last edited by cmf_conan on 24-7-2014 11:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 10:59 AM | Show all posts
aylanins posted on 24-7-2014 10:09 AM
Ingat nak habiskan hari ni atau esok, tapi sekali tengok tarikh tutup bulan 8, eh eh... bolehlah car ...

bulan 8??? biar betik TT!!!

sempena nak raya enam ke? hehehehe

habiskan la TT ek.. utk iols hilangkan kerinduan beraya diperantauan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:01 AM | Show all posts
Alaaa...pak imam pun Ada nafsu jugk...

Sila habiskan sblm Raya!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 11:47 AM | Show all posts
Alamak... ampunnnnn mod

Baeklah... saya habiskan hari ini atau hari esok...

Nah entry lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 11:47 AM | Show all posts
PEAH menolak pintu besar perpustakaan. Kalaulah tidak kerana hendak memulangkan buku yang dia pinjam 2 minggu lepas, dan Noraya yang malas mahu jenguk muka di perpustakaan ini, tak adanya dia nak menjengah ke sini. Sejak aksi melampau pidato yang bikin satu Pusat Islam pecah ketawa 2 minggu lepas, dia sudah tidak ada hati hendak tunjuk muka di kampus ini.

“Nak renew ke?” Tanya staf di kaunter.
“Tak… tak nak…” minggu depan dah nak raya. Lusa dia dah nak balik kampung dah. Selepas kad matriknya dipulangkan, Peah berpusing ke belakang, mahu keluar. Dan tiba-tiba matanya terpandang seseorang di satu sudut.

Khalid? Siapa di sebelah Khalid tu ya?

Mata Peah semakin bulat.

Madihah? Madihah!

Khalid dan Madihah!
Last edited by aylanins on 24-7-2014 11:48 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.079305 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list